20 April 2020

Jenis-Jenis Parut Jerawat


Parut jerawat biasa terjadi selepas proses penyembuhan jerawat. Bila kulit muka kita breakout, pori-pori akan mula membengkak dan akhirnya akan memberi kesan pada kulit. Sebab tu boleh wujudnya parut berlubang, hyperpigmentation, dan kesan bintik-bintik merah pada wajah selepas fasa pertumbuhan jerawat.

Jenis-Jenis Parut Jerawat

Tidak dinafikan, untuk menghilangkan kesan parut jerawat bukannya mudah dan akan mengambil sedikit masa bergantung kepada jenis parut jerawat yang dialami. Oleh sebab itu, kita perlu kenal dan tahu serba sedikit tentang bagaimana parut jerawat terbentuk dan jenis-jenis parut yang biasa terjadi supaya kita boleh merawatnya dengan kaedah yang lebih sesuai dan efektif.


BAGAIMANA PARUT JERAWAT TERBENTUK?

Sebelum mengetahui bagaimana parut jerawat terbentuk, kita perlu tahu tentang bagaimana jerawat terjadi dan proses penyembuhannya. Jerawat biasa terjadi melalui pori yang tersumbat. Ia bermula apabila sel kulit mati dan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit muka mula terkumpul di dalam liang-liang pori.
Jenis-Jenis Parut Jerawat
Clogged pores atau pori tersumbat akan menyebabkan timbulnya whiteheads atau blackheads. Keadaan dalam pori sendiri tersebut akan menarik perhatian bakteria untuk membiak dan menyebabkan keradangan (inflamasi) pada lapisan kedua kulit iaitu dermis. 

Hasilnya? Jerawat pun muncul!

Bila jerawat mula terhasil, kulit akan terus mengalami keradangan sehingga liang pori pecah. Kesannya, kulit akan semakin rosak dan akhirnya akan meninggalkan kesan parut. 


JENIS-JENIS PARUT JERAWAT

Kenapa parut jerawat pun ada banyak jenis? Ini terjadi kerana setiap jerawat mempunyai proses penyembuhan yang berbeza di bawah kulit. Umum yang perlu kita kenali, terdapat lima (5) jenis parut jerawat yang sering terjadi. 


1 - Parut Hyperpigmentasi merupakan sejenis tompok hitam atau merah yang ditinggalkan pada kulit selepas proses penyembuhan jerawat berlaku. 

Jenis-Jenis Parut Jerawat
Pic from babeanbeauty.com

Parut gelap dan hitam, juga dikenali sebagai Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) terjadi apabila badan menghasilkan melanin yang berlebihan. Melanin ialah pigmen yang memberi kesan warna pada kulit. Melanin akan bertambah apabila inflamasi berlaku. 

Parut merah yang juga dikenali sebagai Post Inflammatory Erythema (PIE) disebabkan oleh salur darah yang membengkak akibat rangsangan inflamasi. Badan akan mengarahkan darah untuk pergi ke tempat yang mengalami keradangan. Sebab itu boleh wujudnya tompok-tompok merah pada kulit muka.

Jenis-Jenis Parut Jerawat
pic from babeandbeauty.com

2 - Parut Icepick, atau dalam bahasa mudahnya sejenis parut berlubang yang macam kena cucuk jarum. Parut ini boleh tembus sehingga ke lapisan kulit yang kedua iaitu dermis. Ia terjadi apabila jerawat timbul hingga ke permukaan kulit. Apabila jerawat sembuh, pori akan menjadi kosong dan meninggalkan parut berlubang. 

3 - Parut Boxcar juga sejenis parut berlubang, cuma bentuknya lebih berlekuk seperti kotak. Lubang parut ini lebih besar berbanding parut ice pick. Bentuknya yang berlubang dan berlekuk ini disebabkan oleh kulit kehilangan tisu akibat inflamasi yang menghancurkan kolagen semulajadi kulit. Semakin banyak tisu hilang, semakin teruk keadaan parut boxcar ini.

4 - Parut Rolling nampak seakan-akan berombak. Ia terjadi apabila jerawat mengalami keradangan dalam tempoh yang lama. Kebiasaannya orang yang lebih berumur lebih senang mendapat parut jerawat jenis ini kerana waktu itu kulit makin hilang keanjalan dan kurang menegang. 

5 - Parut Keloid kelihatan seperti kulit yang timbul atau benjolan. Ini disebabkan oleh badan menghasilkan tisu yang berlebihan secara tidak sengaja apabila merawat kesan inflamasi. 

23 comments:

  1. Ada banyak jenis rupanya..

    ReplyDelete
  2. saya ada banyaaaak sangat PIH tu :( rasa mcm dah putus asa dah kadang2

    ReplyDelete
  3. oh ada byk jenis juga parut jerawat ye..baru tau...jerawat bila tumbuh paling digeruni oleh wanita sbb nanti akan tinggal kesan parut

    ReplyDelete
  4. sambil baca ni, sambil raba pipi sendiri :) ha ha ha ha...
    ada jenis-jenis parut rupanya kan.

    ReplyDelete
  5. Sisyat byk yang PIH tu..adoii, stress mikir macamna nk pudarkan.

    ReplyDelete
  6. good sharing. baru tau parut pun berjenis2. 1st time tengok jenis keloid tu.

    ReplyDelete
  7. Oh no Keloid tu look so scary. Need to take care our skin everyday to avoid all this problem ya

    ReplyDelete
  8. terima kasih share. awal tahun dulu saya ada jumpa doktor yg khas untuk rawat parut jerawat dan dri situ saya tau mcm2 pasal ni

    ReplyDelete
  9. Fuh selama ni tak tau jenis2 nama jerawat tapi yg keloid tu pernah dgr sbb tgk cite dr. Pimple poppers..hahha

    ReplyDelete
  10. Jerawat ni kalau tak jaga dengan elok, dia akan jadi teruk. .jerawat berlubang la paling sedih.. Huhuhu. Sekrg nad tengah usha nak hilangkan

    ReplyDelete
  11. mommy tengah stress ni dengan jerawat. agaknya hormon dah berubah. terima kasih share tau

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg bagus. Alhamdulillah setakat ni kulit wajah tak ada jerawat..tapi dh mula nk ada jeragat. Risau jugak

    ReplyDelete
  13. Saya tak ada parut jerawat yang teruk, tapi ada parut chikenpox yang teruk...puas pakai organic aids nak bagi hilang parut tu

    ReplyDelete
  14. Baru tau pasal jenis parut jerawat.Nasib baik la parut jerawat iena tak berlubang-lubang hehe :D

    ReplyDelete
  15. Baru tahu info pasal parut jerawat ni. Kat muka saya ada parut jerawat jenis PIH dan icepick. Macam macam cara buat nak hilangkan parut tapi tak berjaya.

    ReplyDelete
  16. betul tu, tak semua parut sama. ada yang nipis shj, ada yang tebal, jadi nak pulihkan pun ambik masa

    ReplyDelete
  17. Baru tahu jenis-jenis parut jerawat ni. Tq atas perkongsian 🤗

    ReplyDelete
  18. Kesahnya ada banyak jenis ek..macam anak Sis banyak parutnya, sebab memang kena jerawat..
    Macam Sis dulu kena cikenpox, tapi pakai krim temulawak, hilang semua hehehehe

    ReplyDelete
  19. Pih dan icepick dulu kulit I teruk macam ni gak la semua sebab jerawat teruk kat wajah.. tapi makin meningkat usia macam dah tak kisah anymore Hhaha

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing. Although I'm a beauty consultant too.
    This helps a lot in my learning.

    ReplyDelete
  21. i was so confused sblm ni. thank you so much for sharing this.

    ReplyDelete
  22. Wonderful tips. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  23. sejak2 kolagen berkurang ni, aduhai selalu nampak parut2 jerawat T_T

    ReplyDelete