22 March 2020

Tips Mudah Bulu Mata Panjang dan Lebat

Kenapa semua orang sibuk nak panjangkan bulu mata ni? Rasa tak cukup lagi panjang, ditambahnya lagi dengan eyelash extension. Ada yang paling tak masuk akal dia pilih eyelash extension yang dah serupa macam bulu penyapu tebal dan panjangnya.

No no no.

Bagi aku kalau setakat untuk dandanan harian cukup lah bulu mata tu nampak 'wujud' dekat mata kita kan? Ni tak, dah lah mata sepet, bulu mata pulak kontot. Kalau pakai mascara, leceh nak kena cuci pula. Kalau pakai eyelash extension lagi lah, kena buang gam bulu mata tu betul-betul baru bersih dan boleh dibawa solat.

Tips Mudah Bulu Mata Panjang dan Lebat

Sebab tu kita sebenarnya ada petua atau tips atauuuuu cara mudah nak panjangkan bulu mata tanpa sebarang extension. Dalam bahasa mudah, ini tips panjangkan bulu mata dan lebat untuk orang pemalas.

Dah tak perlu pakai mascara tebal-tebal untuk nampak lebih menawan. Mungkin akan mengambil masa sedikit tapi okay lah daripada nak kena letak extra effort hari-hari semata-mata nak bagi nampak kewujudan bulu mata kita sebab proses nak mencuci nya tu agak leceh dan sangat tak praktikal untuk orang pemalas macam aku hahaha.

So, antara tips yang paling popular orang banyak share adalah dengan menyapu vaseline pada bulu mata. Kenapa vaseline boleh panjangkan bulu mata? Sebab produk yang berasaskan 'petroleum jelly' boleh merangsang pertumbuhan bulu mata.

Cara nak apply vaseline pada bulu mata adalah dengan menggunakan apa-apa berus mascara terpakai yang dah dibersihkan dan apply pada bulu mata macam apply mascara setiap kali sebelum tidur. Tapi kalau tak ada berus mascara boleh je pakai cotton bud atau pun pakai jari.

Cumanya kalau pakai jari tu akan jadi agak comot sedikit lah. Aku selalu pakai jari je dulu sebab aku suka letak banyak-banyak setiap kali sebelum tidur sampai aku dah tak boleh nak buka mata esok paginya hahahaha (jangan tiru aku).

Bila tahap kebijakan aku dah tinggi sikit, aku try pula tips lain.

Sebab bagi aku macam leceh juga nak apply vaseline pada bulu mata hari-hari sebelum tidur. Sebab tekstur vaseline tu kan agak bold so dia macam agak berat sikit pada mata sebab tu orang biasa pakai sebelum tidur je. Tapi kalau sebelum tidur tu dah tak sempat nak buat-buat apa-apa dah terpengsan dulu macam mana kan?

So aku pun beli lah eye lash serum.

Tips Mudah Bulu Mata Panjang dan Lebat

Aku terjumpa benda magic ni masa tengah window shopping dekat website Althea. Tak silap aku ada dua brand eye lash serum yang ada dijual di website Althea waktu tu and aku beli brand Etude House ni sebab dia lagi murah. Disebabkan ini first time aku pakai eye lash serum, aku pilih lah yang lagi murah dulu sbeab nak try hahaha.

Aku pun apply lah eye lash serum ni hari-hari. Rupanya menjadi juga weh! Dia punya kesan bagi aku sama je macam pakai vaseline tapi yang bestnya, serum ini bukan setakat boleh pakai sebelum tidur je, nak pakai sepanjang masa dalam sehari pun boleh. Aku actually jarang nak pakai mascara kalau keluar berjalan ke pergi kerja ke sebab bagi aku leceh nak kena cuci bila nak solat nanti (sebab aku jarang pakai makeup sangat bila keluar).

So bila dah ada eye lash serum ni, sepanjang masa aku boleh apply kat bulu mata sebab dia kan macam serum je tak perlu nak kena cuci. Yang pemalas macam aku sangatlah sesuai gunakan cara ini. Sebelum pergi kerja aku pakai, tengah lunch break aku pakai, lepas habis solat aku pakai, sebelum tidur aku pakai. Dia dah ada berus mascara tu kan so serum tu boleh apply dengan sangat senang pada bulu mata bila-bila masa je kau nak.

Tips Mudah Bulu Mata Panjang dan Lebat

Benda ni dah jadi antara benda wajib dalam hand bag kalau pergi ke mana-mana. Nak bulu mata panjang naturally kena lah konsisten. Aku ni mata jenis bulat tu kalau aku termenung orang pun seram tengok biji mata aku macam nak tersembul keluar hahaha. Bulu mata pula kontot alahai. At least bulu mata dah panjang sikit boleh lah nampak balance sikit mata aku ni. And kurang seram. Kot.

Anyways, ada je lagi tips lain yang kita boleh guna untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata. Contohnya macam sapu bulu mata dengan natural oil macam minyak zaitun, tekap mata dengan uncang teh hijau sepanjang malam waktu tidur, sikat bulu mata dengan kerap, sapu vitamin E yang macam cosmoderm punya toning lotion tu, makan biotin lah.

Tapi aku sure tak ada siapa yang akan rajin nak buat hari-hari termasuk aku ahahaha.

Bagi aku cara paling senang dan mudah adalah dengan menggunakan vaseline sebab produk sangat mudah didapati beli di drug store dalam RM5 je atau pun beli je eye lash serum harga tak sampai RM20 boleh tahan lama. Eye lash serum boleh try cari kat any online beauty store macam Althea ke, Hermo ke, Sephora ke, inshaAllah ada hehe.

Selamat mencuba!


*Disclaimer : Bukan sponsored post. Review ditulis berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri.

17 comments:

  1. oh ade jual eh. bru tau ni

    ReplyDelete
  2. Hahaha gelak baca bila ayat penyapu tu hahahah..
    Eh Sis pun bulu kontot tau, mmemag kena pakai mascara baru nampak hitam dan panjang..nanti nak lee beli satu ni...

    ReplyDelete
  3. I also have this! High 5 sister! ~ Indeed a good product!

    ReplyDelete
  4. Nak panjang dan lebatkan bulu mata boleh juga apply castor oil.

    ReplyDelete
  5. I used to put on this kinda serum. It does help but need to be rajin to keep apply everyday la. good product

    ReplyDelete
  6. tak terfikir pulak ada sebenarnya cara nak jadikan bulu mata panjang. menarik ni. bolehlah apply :)

    ReplyDelete
  7. Ohh in ker rahsia ramai artis dan juga model-model tu bulu mata yang panjang dan cantik hehehe kita orang lelaki kalau bulu mata panjang nampak ayu wakakkkaka... Untung lah orang perempuan ada macam-macam bahan untuk cantik...

    ReplyDelete
  8. Banyak natural remedies boleh bantu enhance kecantikan kita. Sama ada rajin atau malas aje kan. Bulu mata sihat, mata pun cantik. hehe

    ReplyDelete
  9. wow. bagus ni. terkenang zaman remaja dulu, aida ada maskara plain colour gini.
    now, no more la dgn mascara.
    takde time :) ha ha ha ah ha...
    but, one thing aida dpt ilmu kat sini is bab vaseline tu - panjangkan bulu mata.
    nak try la. memang ada vaseline pun.

    ReplyDelete
  10. kita dulu pun suka la letak vaseline ni smpi satu masa tu kena stop sebab kita renyah mata pedih sbb lupa , gosok2 mata..hahah sampai mak bising ckp ko nak panjang mana lagi kak..bulu mata kau mmg dah panjang... kita nak panjang lentik2...hahha

    ReplyDelete
  11. Memang menjadi ehhh kalau amalkan pkai vaselin tu. Sebab tak pernah buat. Sebab bulu mata dah elok tebal. Panjang..
    Orang kataa la. Haha
    Diri sendiri rasa sama je biasa.

    ReplyDelete
  12. terbaek.. nak cuba la.. hehehe

    ReplyDelete
  13. bagusnya! bolehlah zul kekalkan bulu mata supaya lentik dan panjang.

    ReplyDelete
  14. Lebih mudah kalau produk tu mmg khas dibuat utk rawat/enhace tmpt tu. kalau guna vaseline tu mungkin okay tp agak leceh sikit sbb tekstur dia

    ReplyDelete
  15. boleh prektislah musim MCO ni kan. ada banyak masa bolehlah cuba tips ni

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this, bulu mata sis memang pendek nanti nak check out this product

    ReplyDelete