19 March 2020

List of Movies Recommendation and Review 1.0

Hai!

Okay dah alang-alang kita semua kena kuarantin duduk kat rumah ni, antara aktiviti yang boleh kita buat kat rumah selain baca buku, tingkatkan amal ibadat, dengar podcast, dan sebagainya adalah dengan menonton movie ehek. For sure we will need some entertainment jugak kan? Bawah ni aku list out some movies yang aku pernah tengok sebelum ni with some reviews on behalf of my own. Genre ada bercampur-campur sikit sebab aku malas nak sort hahaha.

So, let's #QuarantineAndChill :D


1) Dunkirk (2017)

At first aku nak tengok movie ni sebab ada Harry Style je hahaha. Tapi dia bukan hero dalam cerita ni la but still one of the main characters. This movie is about historical war film. Cerita perang-perang anak muda zaman dulu. Waktu perang dunia kedua, tentera-tentera dari 3 empayar cuba nak berpindah dari bandar Dunkirk masa diorang tengah perang dengan Jerman. So within that time diorang try nak pindah tu, movie ni cerita pasal apa yang jadi sekian sekian.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 6/10

2) Stronger (2017)

Movie ni cerita pasal seorang lelaki yang hilang dua-dua kaki masa letupan bomb di Boston Marathon April 2013 and actually movie ni based on REAL story. Lelaki ni dengan girlfriend dia (now she's his wife) are really exist in real life and kisah diorang dijadikan as movie ni adalah sebagai inspiration untuk orang lain. On how he counter his life sejak hilang dua-dua kaki sambil tolong polis identify suspek yang menyebabkan letupan bom tu, hubungan dia dengan girlfriend dia, macam mana family dia support dia dari A-Z dan sebagainya. Sedih lah juga movie ni but people around him and his own spirit sangat sangat inspired. Kalau kita tiba-tiba hilang dua kaki mesti kita pun macam nak give up our life kan?

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 9/10

3) Leatherface (2017)

Kalau korang jenis yang geli tengok darah-darah, bunuh-bunuh orang ni better korang avoid this movie la sebab movie ni a bit disturbing sikit haha. Pasal seorang budak lelaki yang dibesarkan untuk menjadi seorang pembunuh. Budak lelaki ni macam ada masalah 'muka tak siap' time dia lahir so dia pakai mask dari kulit-kulit orang yang diorang pernah bunuh sebelum ni dan dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ada masalah mental sikit andddd diorang jenis hidup tak bercampur dengan orang sangat. Diorang tak ada belas kasihan pada stranger, but when it comes to their own family diorang sangat protective to each other. Aku ada terbaca yang movie ni pun based on real story di mana dulu ada satu bandar ni ramai penduduk tiba-tiba hilang setiap hari rupanya pembunuh misteri ni dah bunuh diorang semua.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 7/10

4) What Lies Beneath (2000)

Thriller movie tentang sepasang suami isteri yang baru pindah ke rumah lama suaminya. Isteri dia mengalami gangguan supernatural selama mereka tinggal kat situ. Then when she discovered pasal semua supernatural event yang jadi kat rumah diorang tu, akhirnya dia TER tau rahsia besar pasal suami dia sebelum ni. Rupanya lelaki dia ada tipu dia something before this haa.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 8/10

5) The Princess Switch (2018)

Movie ni best! Sesuai untuk orang yang suka berangan tiba-tiba satu hari nanti dia jadi princess and then kahwin dengan putera raja macam aku ahahaha. Dua orang perempuan yang muka sama ni terserempak and diorang swap life diorang untuk beberapa hari sebab princess tu bosan hidup jadi princess je. Tiba-tiba pasangan diorang pun dah bertukar antara satu sama lain time diorang swap life tu sebab yelah dah jodoh kan nak buat macam mana ahahaha.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 8/10

6) Freaks (2018)

Mengisahkan seorang budak perempuan yang dikurung ayah dia dalam rumah sejak dia lahir. Tapi ada sebab yang tak ada siapa boleh brain kenapa ayah dia sorok dia dari dunia luar selama ni. Semua consequences yang aku expect dari awal movie semua salah ahahaha. Aku ingat ayah dia psycho ke apa tapi ha kome tengok ler sendiri.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 8/10

7) Exam (2009)

Sumpah mindblown gila movie ni. 8 orang calon peperiksaan masuk dewan yang agak scary (sebab tertutup gila) untuk amik exam last stage before diorang dapat job offer dekat company tu. Setiap calon diberi sehelai kertas dan pensel tapi yang tak boleh blahnya kertas tu KOSONG hahahaha. Dalam masa 80 minit diorang kena jawab satu soalan exam tu tapi masalahnya soalan tu tak ada pun so diorang kena cari apa soalan tu. Problem solving jugak la time tengok movie ni. Kena bijak sikit ahaha.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 9/10

8) Little Women (2019)

One of the classic movie yang aku tak akan bosan kalau tengok ulang-ulang. Kisah hidup tentang 4 orang adik-beradik perempuan, gaduh, sayang, rampas boyfriend kakak sendiri, handle family financial problem, sedih time adik sendiri nak kahwin, lepas tu kena hadap pulak adik bongsu nya sakit, sumpah best. Sebab banyak benda baik kita boleh belajar from this 'little women'. Benci mana, marah mana pun dengan adik-beradik sendiri, kita tetap sayang sebab dah darah daging sendiri kan. At the end, kita mesti nak tengok orang yang kita sayang happy. Diorang berempat ni cute betul. Plus, ada emma watson dalam movie ni hehe.

https://messarah.blogspot.com/
Rate : 10/10

9) Non-Stop (2014)

Cerita tentang seorang air marshal yang diugut waktu dia tengah iring passengers dia naik international flight. Setiap 20 minit akan ada seorang penumpang dalam pesawat tu yang akan mati if dia tak transfer money as financial demand yang pengugut tu minta. So air marshal ni cari orang yang ugut dia tu dalam flight sebelum ada penumpang lain yang terbunuh. Stress gila jadi dia ni ahahah. Tapi ending so so je but story okay.

https://messarah.blogspot.com/
8/10

10) The Dude In Me (2019)

Sorry lah tersesat satu movie korea kat sini tapi sumpah movie ni best and kelakar gila! Dua orang lelaki ni tertukar badan lepas satu accident kat tengah jalan raya ni and the things happen sepanjang badan diorang bertukar tu sumpah kelakar and sedih sikit sikit hehe. Kira actually badan diorang tertukar ni ada hikmah la. Sorang lelaki highschool ni jenis noob gila selalu kena buli kat sekolah, sorang lagi ni lelaki yang dalam 40-an tapi gangster gila. Bayangkan hidup diorang bertukar 360 darjah time bertukar badan ni sebab both attitude lain gila hahaha. Sorang gangster, sorang budak noob.

https://messarah.blogspot.com/
10/10

Ok la 10 dulu ye. Next aku sambung list movies lain hehe.

19 comments:

  1. exam n non stop je wak dh tgk.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tgk rating cerita korea tinggi, tapi memang tk minat korea huhu. Nak tgk stronger tu la. Macam kisah inspirasi

    ReplyDelete
  3. Ohh. Nanti bolehlah cari semua movie ini.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni dah ada senarai movie, bolehla duduk nengok sambil makan cekodok hehehehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share senarai pilihan movie nak ditonton di kala bosan ni. saya pilih cerita Freaks (2018)untuk movie hari ini. haha

    ReplyDelete
  6. Tq for the listing movie. Definitely Akan search dan tengok. Dari keluar rumah kan.

    ReplyDelete
  7. thanks share..bosan2 boleh la tgk movie ni :D

    ReplyDelete
  8. Semua movie yang disenaraikan ini tiada dalam list kita dan kita tak pernah tonton lagi hehehe mungkin masa yang ada ni kita akan khatamkan semua movie ni kita suka yang horror. hehehehhee

    ReplyDelete
  9. cite freaks tu sampai ke sudah tak habis nak tengok... boleh la sambung nanti sambil tengok listing sarah yg lain...

    ReplyDelete
  10. Alamak.nak tgk.little.woman tu.mesti best dannswdih..cerita korea tu pun

    ReplyDelete
  11. tak sempat lagi nak tengok mana2 movie. banyak urusan juga walaupun stay at home

    ReplyDelete
  12. Ok. Nak tgk Exam dan Freaks lepas Rawlins habis layan anime nie jap ye. Now dah memacam movie dah daku tengok di Netflix

    ReplyDelete
  13. Thanks for listing! I got things to do already! Hehehe!

    ReplyDelete
  14. Tak boleh tengok semua movies pun sebab tv I dah out ;(( sedey gilaaa 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  15. Time macam ni memang kita layan movies & kdrama jer, nanti nak check out The Dude In Me

    ReplyDelete
  16. should add these on my list movie to watch hahahaha

    ReplyDelete
  17. banyak lagi yang tak tengok dari list2 ni.nanti nak tengoklah buat hilang bosan.

    ReplyDelete
  18. Ok ni la masa nak layan semua movie ni. Tq share pasal movie2 ni

    ReplyDelete
  19. Filem last tu je dah tengok.. hehehe..
    Kelakar, ohsem dan pelakon dia best.. Jalan cerita pun not bad..

    ReplyDelete