4 January 2020

Bandung, Indonesia - Day 1 (satu family termissed flight xgzcfasbhs)

  • written on 12/30/16--00:47: Bandung, Indonesia - Day 1

    dalam jadual penerbangan, flight kitorang ke bandung pukul 6:40 pagi. so dari rumah kitorang gerak ke klia dalam pukul 4:40 pagi macam tu. sampai sana dah 5:30 pagi. kira sempat laa en. ada satu jam sebelum flight. sepatutnya lah. tapi lupa pulak waktu pagi....

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    sampai sana je, kaunter imigresennya bukak berapa kerat je. pastu ramai gila orang. beratur tunggu turn je dah amik masa dekat sejam. kitorang pun sabar jelaa tunggu. sambil beratur tu kitorang asyik tengok jam je takut terlepas flight.

    lepas dah pass kat kaunter imigresen tu, punyalah kitorang BERLARI kejar gate sebab memang dah terlambat dah. tiba-tiba time lalu tempat scan bag tu, mak aku ngan adik aku dua orang terpaksa tunggu sebab orang depan diorang tu ada menatang apa ntah dalam beg diorang so pegawai tu suruh mak aku tunggu jap sebab nak check bag orang depan diorang tu. bang, tak boleh ke lepaskan mak aku ngan adik aku dulu baru check bag orang tu?

    tengok screen, gate untuk flight ke bandung dah closed. ayah dah, 'habislah kita,' sambil tengok ibu ngan adik-adik terpaksa tunggu kat belakang orang tu. hshshshs

    sampai kat pintu tu, punyalah kitorang merayu kat akak tu bagi kitorang masuk. akak tu kata kitorang dah lambat seminit. hahaha seminit weyh. ada 11 orang termasuk family aku yang tak sempat masuk gate. lagi satu family tu terlambat sebab anak diorang tiba-tiba nak terberak haha. so akak tu suruh kitorang keluar balik pergi ke kaunter tiket yang mula-mula kitorang sampai airport tadi, untuk bayar penalty sdhsdjfzxkjdsd. k, ini gila. aku rasa aku dah nak kurus dah pagi-pagi subuh duk berlari kejar flight tadi lepas kaunter imigresen tu. last-last kena halau keluar balik ke kaunter imigresen tu. 

    apolah nasib.

    kitorang terpaksa bayar penalti sorang seratus lebih pastu dapat next flight pukul 5:00 petang. nasiblah kitorang dah rugi sehari. tak tau nak buat apa, perut pun dah lapar sebab belum breakfast so kitorang gi sarapan kat marrybrown dulu. then alang-alang kitorang melepak jalan-jalan kat airport berplaying tourist. masa tu baru pukul 8 pagi.

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    tiba-tiba ayah kata dia ngantuk. konon semua nak pergi ke kereta lah nak teman ayah tido. last-last ibu kata,

    ''kita balik rumah jelaa. tido kat rumah lagi best. ada katil.''

    memang semua tengah penat + ngantuk + stress pagi tu. aku sampai rumah terus terbongkang ah depan tv ngantuk gila. sedap dapat tido kat sofa. semua tido recharge energy kat rumah. pukul 12 camtu kitorang gerak ke airport balik. adik aku kata,

    ''awalnya gerak ke airport nak buat apa kat sana?''
    "nak berlari kejor gate lagi la apa lagi hahaha"

    takpe gerak awal better mereput lama kat airport daripada termissed flight lagi kan tsk tsk 

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    alhamdulillah time kitorang sampai airport tu boleh lek lek je takyah berlari marathon siap boleh masuk singgah setiap kedai lagi haa. kaunter imigresen pun kosong tarak orang hahaha kenapalaaa pepagi tadinya tak macam tu :')

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    ibu kata, ''ada hikmah ni kenapa Allah lambatkan perjalanan kita,''

    :'))

    aku lupa pulak yang aku ni mabuk flight. dah duduk kat seat dalam kapal terbang tu tetiba rasa nak turun. hadui. kapal terbang belum gerak lagi aku dah pejam mata try nak tido. tapi tak boleh tido gak. so sepanjang dekat DUA JAM aku terpaksa pura-pura pejam mata sebab nak kurangkan rasa pening. sian aku tsk tsk.

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    sampai bandung dah waktu maghrib so kitorang terus pegi makan. ada supir jemput kitorang dari airport. supir tu macam tour guide. jalan kat bandung ni kan sempit sempit je tapi kereta motor sentiasa penuh atas jalan. tipu ah kalau jalan tak pernah jammed. otw nak pergi dari satu tempat ke satu tempat lain yang jaraknya dekat je pun boleh ambil masa dekat sejam lebih. kalau tidur dalam kereta sambil redah tunggu jammed tu, mimpi aku dah boleh masuk episode kelima dah. then, lepas makan malam supir tu terus hantar kitorang ke hotel.

    Trip Bandung, Indonesia - Day 1

    so inilah first day holiday kitorang, holiday kat klia H A H A H A H A 


    *bersambung...

14 comments:

  1. ni lah takut sgt nak naik flight..takut terlewat..hihi..burn la tiket..huhu

    ReplyDelete
  2. perkara yang paling ngeri bab kena tinggal..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Missed flight kat luar negara? Ishhhh sangat takut tau. Saya pernah missed flight lat luar negara. seronok tu dapat bercuti....tak pernah lagi ke Bandung.

    ReplyDelete
  4. Bandung is a lovely place for vacation. I miss Bandung. Makin best, shopping pun best kat Bandung. Plus, there are a lot of interesting spots to visit there.

    ReplyDelete
  5. walaupun termiss flight, tapi ok la masih lagi dapat ke sana. Nak masuk dalam wishlist la bandung ni.

    ReplyDelete
  6. aduh kesiannya... dah rugi satu hari dan kena bayar penalti pulak tu... takpela.. apa-apa pun still pengalaman yang berharga juga

    ReplyDelete
  7. Sis pun pernah juga terkena..kemain kelam kabut bawak keta pun pecut gila.. berlari lari dalam sirport dah tak kira apa dah, nasib baik le sempat..hehehe. Dah byk kali dah ke Bandung, syiok shopping sana n makan2..hehehe

    ReplyDelete
  8. Seronok gi bandung. Tak pernah lagi naik flight ni. Hihihi. Lambat naik flight kena penalti pulak ye

    ReplyDelete
  9. Adoi... ni mmg pengalaman ngeri betul. Selalu mmg terkejar2 sbb takut tertinggal flight je.

    ReplyDelete
  10. kalau kena tinggal bas pun saya dah sedih, ni pulak tertinggal kapal terbang. fuhhh

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. Xsmpai2 lagi bandung kita ni... Kita pernah missed flight jugak ke perth tpi tu salah malindo.. Main tukaq2 boarding time.. Nasib dpt tiket d next morning

    ReplyDelete
  12. Alahai sayangnya terlepas flight. Pagi2 dah ber-running man eh. Alhamdulillah selamat juga akhirnya ke Bandung

    ReplyDelete
  13. adoi tak pasal2 kena penalty. Nasib baikla rumah ngan airport tu dekatkan, boleh jugak balik rumah sementara nak menunggu next flight.

    ReplyDelete
  14. Adoi. Pengajarannya, kena dtg airport 3 jam sebelum flight. Paling susah kat check-in dan imigresen lah.

    ReplyDelete