10 January 2020

Bandung, Indonesia - Day 4 (shopping day & thoughts on Bandung)


aku rasa dia dah ada perjanjian dengan orang outlet-outlet tu la mana tau dia dapat komisen ke kan hahahaha. datang sini bawak dua luggage, balik malaysia jadi 4 luggage pfft.

    Bandung, Indonesia - Day 4 (shopping day & thoughts on Bandung)

    blog post kali ni aku rasa lebih nak cerita pasal kehidupan diorang kat sana la. penduduk diorang memang sangat padat. tak tipu. masa sebelum flight aku nak mendarat kan boleh nampak bandar-bandar diorang, memang penuh lampu weyh bangunan diorang sangat padat dan rapat dan penuh. baru keluar airport diorang je dah ada kawasan perumahan, kedai-kedai. supir kitorang pun parking kereta bapak jauh siaaa kitorang usung luggage tu dari airport lalu lorong-lorong kecil sempit tengah-tengah bangunan kedai apa semua semata nak pergi ke kereta dia. ingatkan dia nak culik kitorang hahaha.

    tepi-tepi jalan raya tu memang penuh dengan rumah dan kedai dan ianya sangatlaaaa padat. jalan raya memang sempit gila. even jalan raya yang besor pun setiap masa jadi sempit gila sebab kenderaan penuh. jalan raya diorang boleh dikatakan sangat kelam-kabut. nak tidur dalam kereta pun tak aman.

    kadang-kadang aku tak pasti jalan tu ada berapa line sebenarnya sebab diorang bawak kereta memang agak biadap sikit (sorry hahaha) main masuk selit-selit jalan orang pastu bawak kereta memang rapat-rapat sipiiii gila tapi tak pernah kena langgar even terseret sikit pun takde laa pulak. pelik hahaha. jalan sesak-sesak macam tu of course laa banyak bunyi hon en. tu yang viral 'om telolet om' tu. siap masuk berita negara diorang kut aku tengok kat tv. hot malaysia hahaha. time kat jalan raya tengah sesak-sesak tu, aku pernah nampak ada dua tiga orang budak kecik duduk kat tepi jalan sambil pegang papan tanda yang bertulis 'om telolet om'. aku tak faham sangat apa maksudnya hahah tapi merata aku nampak and dengar ayat tu. om telolet om.

    kehidupan diorang, kalau yang miskin tu memang daif betul, kalau yang kaya tu memang mewah nak mati serious aku cakap. kitorang ada lalu satu rumah ni memang besar gila kalah rumah orang kaya kat malaysia. rumah dia betul-betul tepi jalan raya je, pastu pintu gerbang dia kemain besor tinggi gila macam private sangat lah rumah tu sebab orang luar memang tak boleh nampak halaman dalam kawasan rumah tu macam mana. 

    then masa tu pintu gerbang nya tengah terbuka tau sebab orang rumah tu nak parking kereta so aku intai-intai la sikit tengok bahagian dalam pintu gerbang tu macam mana sambil-sambil tengah tunggu jammed tu, rupanya dalam kawasan pintu gerbang tu cuma tempat parking kereta je! dalam tu ada lagi SATU pintu gerbang lain yang laaaaaagi besor untuk dia masuk rumah dia hahaha.

tak sure lah kalau ni rumah orang-orang ternama ke apa ke tapi rumahnya betul-betul tepi jalan raya je weh hahaha sebab tu kot pintu gerbang dia tinggi nak mampus. rumah-rumah jiran keliling dia rumah kaya gak tapi tak lah sebesar pintu gerbang dia hahaha.

    time tengah tunggu traffic light pulak, selalu ada orang ketuk pintu mintak sedekah, takpun jual mainan, takpun menyanyi sambil main gitar. bukan sikit orang-orang macam tu tapi memang ramai. ramai sangat. kadang jalan tu jadi sesak sebab ramainya orang-orang macam ni dekat jalan raya. yang jual souvenir kat pejalan-pejalan kaki sampai sanggup kejar orang sampai ke kereta pujuk suruh beli tu pun ramai. saingan hidup kat sini tinggi.

    lagi satu 'job' diorang kebanyakannya jadi pengawal trafik part time haha. jalan sesak kan, so diorang laa yang tolong jaga laluan kereta nak masuk simpang itu ini. pastu nanti yang pemandunya akan bukak tingkap bagi duit kat diorang sebagai tips sebab tolong mudahkan perjalanan diorang. benda ni macam normal kat sana. even kalau orang tak nak bukak tingkap bayar pun diorang tak kisah, diorang akan try tolong kereta lain untuk cari duit. tsk tsk

    Bandung, Indonesia - Day 4 (shopping day & thoughts on Bandung)

    after dah penat shopping sampai petang, pukul 5 kitorang dah sampai airport nak balik malaysia. flight pukul 7:30 malam asalnya tapi delay dekat sejam lebih sebab hujan. dalam flight macam biasalah aku mabuk sangat sampai makanan tak terusik pun sebab masa tengah fly tu gegor-gegor sebab hujan.

    then sampai rumah, sambung tidur dengan tenengggg....

the end.

12 comments:

  1. Bila travel ni kita banyak belajar tentang budaya orang lain. Menarik pengalaman tu. Fuhhh nak kena seret beg berat2 tu sampai kena lalu kawasan rumah orang tu rare sebab selalunya supir tunggu kat airport ajer.

    ReplyDelete
  2. Mesti seronok shopping kat Bandung. i dulu pegi sana pun shopping banyak juga. Orang bandung memang banyak yang kaya kaya sama juga kat Medan.

    ReplyDelete
  3. memang tak pernah lagi sampai bandung. Baca artikel ni rasa membuak-buak nak pegi ke sana. Apapun nice artikel.

    ReplyDelete
  4. Bandung memang syurga shoppi g kan.. liez ni tak sampai lagi bandung. Duk kena saving banyak2 kalau kesana.. sbb nak spent biar berbaloi bila g sana.. shopping habis-habisanla katanya hihihi

    ReplyDelete
  5. Best dapat pergi Bandung kita tak sampai-sampai lagi lagi tahun 2020 ni dapatlah pergi semua bucket list kita hehehehe banyaknya shopping murah kat sana kita pun kalau pergi Indonesia akan shopping macm-macam..

    ReplyDelete
  6. Cara dieorang drive dan bawak motor dekat sana memang huhuh out la kot. Geram. Kejap kejap jem, kejap kejap hon. Tapi kalau luar bandar, ok sikit kot. Dulu pernah pergi surabaya dengan bandung jugak.

    ReplyDelete
  7. Murni pernah pi Bandung 6thn lps..byk kali kena tipu..memang betul pak supir ada pakat dgn tokey kedai sbb kedai yg supir rekomen tu mahal2 sedangkan yg kita cari sendr murah..kedai makan pon sama..bawa pi kedai makan kena charge mahal..

    ReplyDelete
  8. Seronok plak bca entri ni. Hehe. Sebab biasa orang cerita pasal shopping n makanan. Tp ni berkaitan life mereka. Agak dahsyat jugakla lifestyle disana

    ReplyDelete
  9. OMG teringat kat kegilaan of my family who just wont stop going to Bandung. They simply love it there especially when it is shopping season. It's crazy! I'd always end up sitting at a corner because my legs would kill me. Hahahaha

    ReplyDelete
  10. bestkan kalau shopping harga murah....kes beg bertambah tu biasa...hehehe...

    ReplyDelete