28 December 2019

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Hai!

Lama tak review skincare products. Actually I've received all these ORGGA products since last month tapi sebab nak kena buat review, kita kena lah test dulu best ke idok hehe. So far, almost sebulan dah aku stop skincare aku yang lama and guna ORGGA skincare ni.

Nak tahu honest review dari aku, iqra'.

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

So, they sent me out some of their product lines yang khas untuk oily skin since I have oily skin. For Orgga, they have their 4 skincare routine yang kita boleh follow based on their skincare products.

1. Cleanse
2. Face Mist/Toner
3. Treat & Moisturize
4. Face Roller

BACA: Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Yang paling best about Orgga bagi aku adalah diorang punya cleanser. Biasa yang kita selalu guna adalah gel cleanser, foam cleanser, cream cleanser, dan sebagainya kan? Tapi Orgga punya cleanser adalah dalam bentuk POWDER!

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Actually ni first time aku try cleanser dalam bentuk powder so eksaited sikit lah haha. Kalau pakai cleansing powder ni, kira dah complete 3 skincare routine dalam 1 routine je. Sebab apa? Cleansing powder ni pada masa yang sama, dia boleh jadi cleanser, mild exfoliator, dan juga mask.

Hari-hari aku cuci muka, pada masa yang sama aku buang sekali sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit, dan pada masa yang sama lagi, aku rawat kulit muka aku dengan natural ingredients yang ada dalam cleansing powder ni.

Yang aku notice after dekat sebulan pakai cleansing powder ni, muka aku dah tak kusam sangat macam dulu. Yelah dah hari-hari aku exfoliate kulit muka aku habis hilang semua sel-sel kulit mati hahaha, tapi ni mild exfoliator je aku pakai hari-hari tak ada irritation pun jangan risau uhuks.

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Cara aku pakai bacca bliss cleansing powder ni;

1. campur dengan air sikit (macam dalam gambar)
2. gosok gently pada muka
3. biarkan dalam 5 minutes camtu
4. then bilas :)

Untuk cleansing powder ni Orgga ada dua jenis je iaitu Bacca Bliss dan French Rose. Bacca Bliss teksturnya lebih halus dari French Rose sebab tu Bacca Bliss ni sesuai untuk kulit jenis normal, combination, oily, atau acne. Kalau kulit jenis kering, boleh pakai yang French Rose!

Next step after using cleansing powder is, face mist atau toner.

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Masa aku baru-baru bukak parcel Orgga en, bau face mist ni paling kuat tau. Aku suka gila bau rose dia, belum spray lagi dah bau rose. Face mist ni aku pakai, aku spray je dekat the whole face sekali dengan neck and then dap dap je sampai dia betul-betul serap dalam kulit.

Function face mist ni untuk menyegar dan melembapkan kulit kita sambil merawat. If nak jadikan setting spray pun boleh tau! Makeup jadi lagi natural gitu. Face mist diorang ada dua jenis iaitu, Rose Otto dan Le Neroli. Both sesuai untuk semua jenis kulit cuma bahan utama masing-masing adalah berbeza. Macam aku oily skin, elok pakai yang ada ingredient rose.

Next step is........ moisturize guna beauty oil!

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Ew kulit dah oily kenapa still guna beauty oil? Bukan lagi berminyak ke?

Tak weh serious tak. At first aku memang ada thought macam tu, insecure kemain haha. Tapi lepas aku apply dekat skin aku kan, ehhh kejap je dah fully absorb. Tak rasa melekit or berminyak pun. Yang ada cuma rasa macam kulit aku dah moisturized je and tak menyebabkan pori tersumbat pun.

Orgga Luxe Beauty Oil ni 100% diperbuat daripada natural active ingredients yang diimport dari UK, US, Eropah, Timur Tengah, and China untuk make sure kualiti ingredient tu terjamin. Pakai beauty oil ni best je sebab time kita provide hydration untuk kulit kita, at the same time kita provide sekalli nutrition untuk develop skin health kita.

Another tips, kita boleh jadikan Luxe Beauty Oil ni as primer untuk makeup yang lebih glowing dan natural hihi.

Ok, last step. Yang last step ni jarang orang masukkan dalam skincare routine tapi bila aku try dia jadi addictive pulak haha. Gemstone face roller.

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Dia ada teknik dia untuk roll kat muka kita, aku youtube je tutorial then roll kat muka ikut suka hati aku hari-hari hahaha. Face roller ni sebenarnya satu alat kecantikan yang berasal dari China sejak abad ke 7. Antara batu yang famous dijadikan face roller ni adalah Rose Quartz dan Jade Stone (warna hijau).

Biasa lepas aku dah settle apply face mist and beauty oil kat muka tu, aku akan guna face roller ni sambil tengok anime untuk bantu face mist dengan beauty oil yang aku dah pakai tu untuk lebih menyerap dalam kulit. Sambil-sambil tu dia macam urut kulit wajah kita untuk merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garis halus, mengecilkan liang pori, serta meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah.

Aku google gemstone roller lain kan, baru aku tahu yang Orgga punya ni paling murah antara semua hshshs. And for your information, Orgga Face Roller diperbuat daripada 100% Batu Jade dan Rose Quartz yang asli.

ORGGA Natural & Organic Skincare Review

Orgga ada tawarkan kalau korang nak beli loose produk, basic set, complete set, atau powerdul duo set. Even trial set pun ada tau! So far, aku memang berpuas hati dengan Orgga punya produk sebab dia memang local produk yang natural and organic. Btw, my favorite product is their cleansing powder hehe

And jangan lupa join Orgga Year End Sale tau! Masih ada masa lagi untuk korang dapatkan Orgga skincare pada harga yang sangat murah dan berbaloi.

Orgga Year End Sale Natural & Organic Skincare

Website : orgga.my
Instagram/Twitter : OrggaMalaysia

#YESORGGA 

19 December 2019

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Hai!

Most of us selalu rasa lost bila terlalu banyak jenis produk skincare yang ada di pasaran sampai dah tak tahu mana satu yang patut beli atau tak. Untuk rutin penjagaan muka setiap orang ni sebenarnya berlainan tau lagi pun tak semua orang boleh konsisten ikut rutin 10-steps korean skincare routine macam orang korea tu.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

So basically kita kena faham dulu fungsi dan kegunaan setiap jenis produk skincare untuk apa baru kita boleh tentukan skincare routine jenis yang macam mana yang sesuai untuk kita. Kalau kita kurang faham fungsi setiap produk skincare tu macam mana kita nak tahu yang rutin skincare tu sesuai dengan kita or tak, kan? Sebab ada orang guna 3-steps skincare routine pun dah cukup untuk dia.


1) Cleanser 

Cleanser ni semua orang tahu benda paling basic yang wajib ada dalam skincare routine harian kita. Kebanyakan dermatologist (pakar kulit) akan menyarankan kita untuk mencuci muka dua kali sehari sebab kulit muka kita ni memang akan sentiasa terdedah dengan kotoran, bakteria, dan bahan-bahan tercemar yang lain.

Tak kisah lah walaupun seharian tak keluar rumah pun kita tetap kena cuci muka sebab dalam rumah pun ada banyak bakteria yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. And function every type of cleansers yang ada dekat pasaran, dekat drugstore pun berbeza tau and I akan create blog post lain untuk explain function setiap jenis cleanser ni. Sebab setiap jenis kulit yang berbeza, dia ada certain cleanser je yang sesuai sebab tu cleanser pun kita kena pilih yang betul-betul sesuai dengan kulit kita.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya


2) Exfoliator 

Untuk elakkan kulit muka kita dari kelihatan kusam, exfoliator ni memang sangat penting sebab exfoliator ni lah yang akan membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit kita. Exfoliator ni biasa kita perlu gunakan 1-2 kali dalam seminggu. Tak boleh guna hari-hari sebab kalau guna hari-hari boleh menyebabkan irritation pada kulit. Exfoliator pun ada dua jenis yang biasa kita guna iaitu physical exfoliator dan juga chemical exfoliator.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Physical exfoliator ni contohnya macam face scrub yang biasa kita tonyoh kat muka bagi tanggal semua sel-sel kulit mati. Chemical exfoliator ni pula yang kita tepek je pada kulit muka kita macam toner and tak perlu bilas. Biasanya chemical exfoliator ni sesuai untuk orang yang ada kulit kering sebab kalau guna physical exfoliator tu akan menyebabkan kulit dia bertambah kering dan menggelupas.

I akan share more about exfoliator in the next blog post.


3) Moisturizer 

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Fungsi moisturizer adalah sangat penting untuk hydrate kan kulit kita serta membantu meningkatkan kandungan air pada kulit wajah lebih-lebih lagi jenis yang kulit kering. Tapi jangan ingat orang yang kulit berminyak tak perlukan moisturizer ye sebab walaupun kulit kita jenis berminyak, kita tetap perlukan moisturizer. Cuma pemilihan jenis moisturizer tu kena sesuai dengan jenis kulit. Moisturizer pun ada yang jenis cream, lotion, jenis yang light macam water-based atau gel. And sometimes produk moisturizer ni ada yang dinamakan dengan 'lotion' sahaja so kalau nampak produk nama lotion lotion tu maksudnya moisturizer la tu haha.


4) Toner

Toner basically tugas dia adalah untuk restore balik ph balance skin kita, buang segala lebihan kotoran-kotoran kecil yang belum habis diremove menggunakan cleanser, dan juga untuk mengecutkan pori. Kenapa nak kena balance kan nilai ph skin kita?

Sebab nilai ph kulit kita ni mudah terganggu dengan bahan-bahan kimia yang ada dalam cleanser. Ada seorang dermatologist pernah cakap yang toner ni dicipta sebab face cleanser yang kita pakai sometimes boleh jadi too harsh untuk kulit muka kita sampai boleh naikkan ph kulit kita ke unhealthy level. Bila nilai ph kulit kita tak balance, kulit kita boleh breakout. Tapi sekarang dah tak payah risau sebab cleanser pun dah banyak yang jenis gentle/ph-balanced.

Toner biasa dipakai selepas cleanser dan exfoliator tapi sebelum moisturizer sebab biasanya texture toner lagi light dari moisturizer dan lagi cepat serap dalam kulit. Kira toner ni macam untuk prep kulit kita before pakai skincare yang lain.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Cara nak pakai toner either kita dap dap guna kapas muka, atau spray je kat muka. Kalau takut membazir dap dap guna kapas sebab kapas tu menyerap toner kita, boleh je dap dap guna tapak tangan tapi make sure tangan bersih la hehe.


5) Sunscreen

Setiap hari kulit kita akan terdedah dengan cahaya matahari. Walaupun kita seharian duduk dalam rumah tak keluar-keluar, ianya tak bermaksud kulit kita tak terdedah dengan cahaya matahari ye sebab dalam rumah pun cahaya matahari boleh masuk takkan kita bergelap je siang-siang?

Sinaran UV yang ada pada cahaya matahari boleh merosakkan kulit kita sebab tu ada orang cakap tak kisahlah kalau kita konsisten cuba repair kulit kita dengan any serum or toner, if kita tak pakai sunscreen kira sia-sia je sebab UV rays tu dah rosakkan balik kulit muka kita. (Tapi I pun malas pakai sunscreen hshshhss)


Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

So ini adalah gambaran cara sunscreen melakukan kerja mereka pada kulit kita. If nak pilih sunscreen, better pilihlah yang ada both protection from UVB dan UVA for full protection. Nama dia broad spectrum so kalau kat bottle sunscreen tu dia ada tulis broad spectrum tu maksudnya ada protection untuk dua-dua uv rays. Untuk daily use (bukan yang untuk berjemur dekat pantai or main sports tengah panas), pakai sunscreen yang SPF30 pun dah cukup.


6) Serum

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Why we need serum? Every serum ni actually dia ada concentrated ingredient untuk bantu kita repair specific skin issue. Contohnya kulit kering, acne, parut jerawat, redness skin, kulit kusam, antioxidants dan sebagainya. Serum ni dalam erti kata lain dia macam water-based treatment and sometimes orang akan pakai serum as moisturizer (pengganti moisturizer la kiranya). Serum biasanya dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur dan kalau nak masukkan dalam skincare routine, pakai serum lepas cleanser dan toner tapi sebelum moisturizer.


7) Essence

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Sebenarnya essence dengan serum ni exactly has the same function cuma texture serum lebih light daripada essence sebab essence biasanya quite thick. But sometimes ada juga texture essence yang lagi light daripada serum so it depends on the product itself haha and one more thing, essense is less concentrated berbanding serum untuk repair those certain skin issues. 


9) Ampoule

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Ampoule ni apa benda pulak dah.... hahahaha. Ampoule ni actually satu family dengan serum dan essence cuma concentration dia on skin concerns lebih tinggi berbanding serum dan essence with active ingredients. Kiranya ampoule ni macam supercharged serum la function dia lagi advance. Biasanya ampoules ni orang pakai dalam seminggu atau dua minggu sebagai booster untuk mempercepatkan treatment kulit kita.


8) Face Oil 

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Face oil  biasanya diekstral dari benih, buah-buahan, kacang, dan sebagainya berfungsi untuk memelihara dan memulihkan kita secara semula jadi. Tapi kita tak boleh main guna mana-mana natural as face oil kita. Better pilih natural oil yang molekulnya lebih kecil macam jojoba oil, argan oil, roseship seed, tea tree, shea butter, grapseed, sunflower seed, dan juga almond oil untuk mengelakkan clogged pores dan supaya mudah nak menyerap ke dalam kulit kita.

Kalau kulit yang jenis ada dry patches or kering gila tu memang sesuai sangat lah pakai face oil sebab face oil boleh provide mega-dose of hydration to your skin than moisturizer. Lagi satu, face oil ni boleh form satu lapisan untuk block or seal hydration kulit kita for long-lasting moisturization.


9) Facial Mask

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Okay, untuk face mask i ada terangkan dekat blog post lain sebab there are 7 types of mask (that i know so far la). So basically face mask ni kalau yang jenis drying function utamanya adalah untuk 'membersihkan' muka. Kalau jenis yang moisturizing sometimes dia ada treatment tertentu untuk kulit muka kita sebab dia lebih kurang macam essence. Mask biasa orang akan pakai 10-15 minutes.

Baca : Jenis-Jenis Facial Mask


10) Eye Cream

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Bila cakap pasal mata je mesti orang akan kaitkan dengan EYEBAG. Maka berpusu-pusu lah kita mencari solution nak atasi eyebag yang makin merebak di bawah mata kita. Maka waktu ini lah eye cream akan dicari. Untuk melembapkan bawah mata, hilangkan garis-garis kedut bawah mata, dan juga mengurangkan eyebag. Tapi selalunya harga eye cream yang tube nya seci'ot tu lagi mahal dari moisturizer T_T

So ada beberapa orang yang mengatakan sebenarnya kalau kita letak moisturizer atau vaseline bawah mata pun dah memadai, tak perlu eye cream. Tapi i tak pasti sangat lah kalau keberkesanannya sama kalau macam kita pakai eye cream.


Thanks for reading!

18 December 2019

Jenis-Jenis Facial Mask


Hi! I'm going to share all types of mask that I know and the functions of each mask.


1) Sheet Mask
- boleh pakai daily (setiap hari), kalau rasa macam banyak sangat boleh pakai selang sehari
- pakai sebelum tidur last sekali dalam night skincare routine
- sekali pakai 10-15 minit je
- jangan pakai sampai dia kering atau pakai sepanjang tidur, sebab nanti dia akan buat kulit kita bertambah kering

- sheet mask boleh pakai sekali je (tak boleh guna sheet mask yang sama berulang kali). kalau lebihan essence dari sheet mask boleh sapu kat leher, siku, lutut, etc
- lepas dah pakai sheet mask, tak perlu bilas dengan air
- kalau rasa melekit sangat just lap sikit dap dap dengan tisu je
- setiap sheet mask ada active ingredient yang tersendiri untuk treatment tertentu contohnya whitening, moisturizing, anti-aging, preventing dullness, skin nutrition,brightening dan sebagainya

Jenis-Jenis Facial Mask


2) Compressed Sheet Mask
- ni sama je macam sheet mask cuma bezanya kita diy
- boleh pakai daily
- cara nak guna dia, rendam compressed sheet mask dengan mana-mana essence yang kita ada (tapi jangan tuang essence banyak sangat)
- then pakai macam sheet mask biasa
- yang ni lebih jimat berbanding instant sheet mask (yelah sekeping sheet mask je dah RM5 tsk tsk)
- beli satu pack compressed sheet mask kat daiso ada 24pcs baru RM15
- benefits dia depends on jenis essence yang kita pakai

Jenis-Jenis Facial Mask
ni contoh compressed sheet mask. bentuk dia macam pil then bila kita rendam dengan essence dia akan mengembang jadi sehelai sheet mask


3) Sleeping Mask
- boleh pakai daily
- function lebih kurang macam night cream untuk provide extra hydration time tidur so bila bangun tidur kulit terus rasa lembut je
- tak perlu bilas dengan air lepas pakai
- pakai sebelum tidur dan biar sampai pagi esoknya

Jenis-Jenis Facial Mask
laneige water sleeping mask adalah antara sleeping mask yang paling top. sometimes i jadikan dia as moisturizer (bila moisturizer i dah habis hshshshs) but it quite thick for me


4) Clay Mask/Mud Mask
- pakai 2-3 times per week
- tak boleh pakai daily sebab nanti kulit kering sangat
- function clay/mud mask adalah untuk tarik semua kotoran yang ada pada muka dan buang sel kulit mati
- perlu bilas selepas 10-15 minit pakai atau selepas mask dah bertukar warna
- jangan tunggu sampai mask kering merekah baru nak bilas, tak elok
- clay/mud mask ni sesuai untuk oily skin. kalau dry skin better avoid sebab dia akan lagi mengeringkan kulit

Jenis-Jenis Facial Mask


5) Peel-Off Mask
- pakai 2-3 time per week
- function lebih kurang macam clay/mud mask cuma lepas pakai tak perlu bilas, cuma perlu peel off sahaja
- mula mula pakai dia rasa macam gel yang melekit macam tu then lama lama dia kering jadi macam plastik
- boleh pakai sampai dia betul-betul kering (supaya senang nak peel-off)

Jenis-Jenis Facial Mask


6) Exfoliating Mask
- pakai 2-3 times per week
- exfoliating mask ni lebih kurang macam exfoliator je sebenarnya cuma masa pakai tu kena tunggu beberapa minit sebelum nak bilas
- sometimes dia tulis as 'liquid peel'

Jenis-Jenis Facial Mask


7) DIY Mask
- boleh pakai daily
- guna bahan-bahan asas yang ada kat dapur macam tepung, telur, buah avocado, madu, yoghurt, oatmeal, timun, strawberi, dan sebagainya

Jenis-Jenis Facial Mask


**Boleh campur tak nak pakai banyak jenis mask dalam sehari?

Jenis-Jenis Facial Mask

Boleh. But make sure kalau dah pakai mask yang drying dalam satu hari tu, jangan pakai mask lain yang drying jugak. Pakai yang jenis moisturizing pula untuk mengelakkan kulit terlalu kering.


Thanks for reading!

10 December 2019

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Hai!

Pernah dengar brand LOHAS?

Lohas ni actually salah satu brand optometry dari Taiwan tau. LOHAS ni singkatan daripada "Lifestyles of Health and Sustainability". Lohas sangat mementingkan kesihatan dan keseimbangan lifestyle kita melalui mata sebab mata kita ni merupakan salah satu gear terpenting dalam hidup kita.

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

So ni adalah salah satu cawangan diorang yang ada kat Taiwan. Lawa kan outdoor view diorang? Rekaan bentuk bangunan dan tema warna brand yang menarik buatkan kedai diorang nampak sangat exclusive.

Nak tengok view dalam kedai diorang? Nahhh

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Ada port mengopi kat tangga untuk orang yang bosan menunggu family beli cermin mata hahaha 

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Instagrammers spot!

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Vibe ala-ala Harry Potter gituuu

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Lawa gila kan?! Kalau aku kerja kat sini mesti hari-hari best gila. Instagram comfirm penuh. Aku pernah kerja kedai optometry sebelum ni dan kedai tu sangatlah bosan susun atur dalamannya. Customer datang nak beli cermin mata pun rasa tak happy apatah lagi aku yang hari-hari 'menginap' dalam kedai tu uhuks.

Dan untuk pengetahuan korang, cermin mata dari LOHAS ni kebanyakannya adalah handmade!

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Ni lah 'kabin' tempat diorang hand made semua spectacles diorang. Gempak kan? Memang exclusive gila.

Selain tu, semua customer yang datang ke store lohas akan dapat minuman free. Minuman pun bukan biasa-biasa tau, dapat teh herba yang memang sangat bagus untuk kesihatan mata. Lohas memang sangat mementingkan kesihatan mata kita semua sampai customer yang datang pun akan dapat teh herba.

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Dekat store diorang pun ada service glasses maintanence, FREE pulak tu. Dekat kedai aku kerja dulu pun tak ada okeh. Semua glasses diorang harga standard RM298 sahaja plus 90-day warranty dan semuanya high-valued and quality tip top. Hand-made sis.

Okay! So sekarang the good news is, LOHAS akan adakan Grand Opening untuk branch mereka yang PERTAMA di Malaysia pada 14 hingga 16 December 2019 ni yang beralamat di

A13, Jalan SS 15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

LOHAS Eyewear Malaysia Grand Opening @ 14-16th December 2019

Dekat grand opening ni nanti, 150 orang yang pertama akan dapat FREE glasses worth RM298! Best gila! Siapa tak nak free glasses yang memang high quality?

Nak tahu tak cara express untuk dapatkan FREE glasses?

Korang hanya perlu like dan follow Facebook Lohas atau follow Instagram Lohas serta tinggalkan comment,

"I would like to sign up for LOHAS Malaysia SS15 branch Grand Opening from December 14th (Saturday) to December 16th (Monday) with FREE prescription eyewear experience activity (first 150 people who make a successful reservation will get a FREE prescription glasses)."

dan tag 3 orang kawan.

1) Screenshot comment korang di Facebook Lohas atau Instagram Lohas
2) Send screenshot tersebut melalui Messenger Facebook Lohas atau DM Instagram Lohas
3) Mention sekali nama dan nombor telefon korang

Done all and LOHAS will get in touch with you!


Jangan lupa ramai-ramai datang ke Grand Opening LOHAS Eyewear pada 14-16 December 2019 tau!

Website : LOHASglasses.com