29 August 2019

Pencuci Serba Guna Yang Wajib Ada Di Setiap Rumah

Hi

Setiap kali hujung minggu je mesti pening kepala fikir nak kena kemas rumah. Nak cuci itu, nak cuci ini. Habis semua nak sental sana-sini sebab dah lama tak membersih. Nak sental sana sini tu takkan nak guna air je kan mesti nak kena guna bahan pencuci sekali supaya kerja-kerja membersih tu lebih berkesan.


Tapi kalau dapat pulak tangan yang jenis sensitif dengan bahan pencuci yang kebanyakannya penuh dengan bahan kimia ni payah sikit. Mesti akan fikir dua tiga kali sebelum tangan nak tercelup dalam air bancuhan sabun. Tapi korang pernah dengar tak pasal basic h? Basic h ni pencuci serba guna yang sepatutnya wajib ada dekat rumah korang sekarang.

Sebabnya basic h ni tak diperbuat daripada bahan yang bertoksik macam gas beracun, klorin, fosfat, sebab ianya diperbuat 100% menggunakan bahan semulajadi dari jagung dan surfektan berasaskan kelapa. So lepas ni orang yang ada kulit sensitif dah boleh mencuci rumah dengan bahagia. Tak perlu dah nak risau pasal kulit tangan yang sensitif.

Yelah pencuci yang sedia ada di pasaran ni kebanyakannya ada bahan kimia. Sebab tu kadang-kadang bila kita mencuci apa-apa kat rumah guna bahan pencuci tu kulit tangan kita jadi kering, menggelupas, and gatal-gatal.


Yang bestnya basic h ni boleh cuci segala macam benda. Dah namanya pun pencuci serba guna kan. Sebab tu benda ni wajib ada kat rumah korang. Lepas dah cuci lantai, cuci dapur, cuci tingkap apa semua, boleh guna pencuci yang sama je nak cuci baju pulak. 


Biasa kalau baju yang ada bintik-bintik hitam macam tahi lalat tu pun boleh hilang kalau rendam dengan basic h. Sangat mudah nak tanggalkan gris dan kotoran degil yang ada kat setiap penjuru rumah. Lagi satu, guna basic h ni tak perlu bilas pun sebab cecair pencuci ni tak meninggalkan kesan kotor pada baju atau apa-apa permukaan yang kita cuci dengan basic h ni. 


Tak rasa syok ke satu botol 473ml boleh gantikan semua produk pencuci korang yang banyak-banyak tu? Satu botol ni boleh guna untuk cuci semua benda yang ada dalam rumah sebab basic h ni boleh jadi pencuci toilet, peluntur, pembersih kaca, dan sebagainya.

Nak cuci sayur nak masak pun boleh sis!


Aik selamat ke? Basic h ni kan diperbuat daripada 100% bahan organik, tanpa fosfat, tanpa toksik, level ph pun balance so apa nak risau? Malah sayur jadi lebih segar lepas cuci dengan basic h tau.


Nak kata magic pun takde lah magic sangat kan haha. Tapi kan best kalau ada satu pencuci je kat rumah tapi boleh settle macam-macam kerja mencuci dalam rumah. Jimat pun jimat. Lepas ni tak payah pening-pening nak beli banyak-banyak pencuci nak sental semua benda.


Untuk order, contact :
+6014-657 9781 
(Dila AG. Saidi)


14 August 2019

sejarah left-handed aku


aku selalu takut kalau nak menulis depan orang. sebab aku selalu kena attack (most of the time la),

"weyh kau tulis guna tangan kiri?!!!"

*sambil dia tenung tangan kiri aku yang tiba-tiba terberhenti menulis

apa? pelik sangat ke ada makhluk kat bumi ni left-handed?

aku ni dah lah selalu cepat kena panic attack. kau sergah aku sambil terus-menerus tenung aku menunggu jawapan yang tak pernah wujud macam tu terus aku tak jadi nak menulis sampai bila-bila. terus hilang konfiden aku T_T

janganla

ye aku tahu ada certain orang dia teruja tengok orang tulis guna tangan kiri sebab dia bagi dia right-handed ni tersangatlah normal. orang selalunya terbayang-bayang macam mana kau lahir-lahir kat bumi ni boleh terus decide nak menulis guna tangan kiri.

"sebelum aku keluar perut mak aku, mak aku dah suruh buat pilihan nak menulis guna tangan kanan or kiri bila dah lahir nanti so aku pilihlah kiri sebab aku rasa macam rare"

aku tak boleh nak bagi jawapan macam tu sebab SEBENARNYA aku bukan dari kecik left-handed. dulu aku menulis normal macam kanak-kanak lain, guna tangan kanan. aku start tulis guna tangan kiri masa aku darjah 1. ke darjah 2 ntah aku pun lupa.

*suka hati je main tukar-tukar tangan, tau la baru sekolah rendah

sebenarnya masa darjah 1 or 2 tu aku ada sorang kawan yang boleh menulis guna dua-dua belah tangan (haa lagi rare ngko!). tapi aku dah tak ingat siapa dia. bagi aku masa tu tulisan tangan kanan dengan kiri dia dua-dua sama cantik, tulisan kanak-kanak yang masih boleh dibaca la kiranya so aku macam amazed, mula memasang azam nak jadi macam dia.

at least bila penat tulis guna tangan kanan, ada spare lagi satu tangan nak menulis hahahaha.

aku tanya lah dia tips macam mana nak jadikan tulisan tangan kiri aku kelihatan sedikit normal. dia kata kena praktis tulis guna tangan kiri hari-hari. so sepanjang minggu tu tulisan kat buku tulis latihan sekolah aku tu dah macam cacing kerawit dari a sampai z. aku pun redho jela nak praktis punya pasal kan.

orang kata kena sentiasa konfiden dalam mengorek bakat terpendam diri sendiri tu yang sanggup korbankan tulisan homework sampai kena marah dengan cikgu tu.

praktis punya praktis, tulisan tangan kiri aku pun dah semakin normal. tiba-tiba nak tulis guna tangan kanan balik, aik apahal dah jadi tak normal pulak? lepas tu aku tak ingat apa jadi. yang penting aku dah malas nak praktis guna tangan kanan balik, so aku proceed je jadi left-handed sampailah sekarang. lol

so kalau orang tanya aku sama ada sempat tak kalau dia baru nak bertukar tangan sekarang, aku akan cakap tak haha. time kecik dulu boleh lah nak main tukar-tukar, life experience masih fresh baru keluar perut ibu kan. nak melentur buluh pun kena mula dari rebung.

ni aku dah tua ni ada le juga try-try nak kembali ke pangkal jalan, tulis guna tangan kanan. tapi hareyyy last-last aku fedup sebab aku rasa aku buang masa. bila akhirnya aku sedar yang aku hanya memerlukan satu tangan untuk menulis sebab tangan lagi satu function untuk makan.

kannn?! aku boleh menulis sambil makan!

bijaknya keputusan aku nak ikut jejak langkah kawan aku tu dulu. thank you dear old friend ihiks <3

sejarah left-handed aku

ni lukisan tiru internet yang dihasilkan oleh Yang Amat Berhormat Tangan Kiri Maisarah sementara si tangan kanan menyuap fries mcd ke dalam mulut. syiok woo boleh melukis sambil makan. jimat masa i.

9 August 2019

my favorite sendu song all the time (and why)


some people said, kalau tengah broken jangan layan lagu sendu. nanti luka dalam hati tu lagi parah. orang kata la. however, sometimes aku rasa layan lagu sendu ni satu keperluan bagi aku. lepas dah settle layan kesenduan sorang-sorang sambil dengar lagu sendu yang most-relatable, then comes satu rasa puas dalam diri sendiri. macam selama ni asyik terbuku dalam hati je, now you can let them go. kau lepaskan semua yang kau pendam selama ni, through a song.

some people choose to not share semua problems dia kat orang lain. bagi dia, orang yang menyanyikan lagu sendu ni lagi faham apa yang dia rasa waktu tu. so he/she will keep playing the song time dia rasa sendu sebab bagi dia lagu tu je yang faham perasaan dia.

*pentingnya memahami maksud lagu

mostly lirik lagu broken yang ditulis pun kebanyakannya wujud daripada pengalaman penulis tu sendiri. fun fact, bila kita tengah broken, otak akan automatik jadi kreatif mengarang ayat-ayat puitis. hareyy betul. time cikgu kat sekolah suruh karang puisi jenuh 40 hari 40 malam fikir idea cari ilham semata nak pastikan puisi yang dikarang menjadi puisi yang paling menyentuh hati dalam kelas.

so, what is my favorite sendu song all the time?

i would say, Aishiteru by Zivilia.

eleh tahu dah cliche. lagu lama pulak tu. but this song has never fail to spoil me tsk tsk. aku start layan lagu ni masa darjah 6, lepas upsr. kemain kau maisarah ehhh darjah 6 dah layan lagu broken sendu. kau sedih nak tinggalkan boyfriend sebab dah masuk asrama ke hape.

huhuhu.

taklah, that time my 'boyfriend' yang tinggalkan aku.

2 weeks before result upsr keluar, my dad outstation kat germany seminggu. dia ada job training kat sana. that trip was the longest ever yang dia pernah tinggalkan kitorang. biasa dia outstation sebelum tu paling lama 4 hari je. but that time dia pergi seminggu, JAUH pulak tu.

so kepulangan dia tu menjadi satu penantian besar bagi kami semua. my mom, my sisters, hari-hari tak sabar nak tunggu dia balik malaysia. but, masa hari dia sampai malaysia tu, he already 'dead'. he used to be cheerful all the time, jarang sakit, selalu bising, riuh sana-sini.

kitorang jumpa dia kat airport masa dia baru sampai malaysia tu, muka dia dah pucat teruk. i remember that time i even asked myself,

"eh, betul ke tu ayah? macam lain je muka."

ayah kata dia start demam masa last day kat germany. ibu pernah cerita, masa tahun 2011 tu, germany ada wabak virus apebende ntah & doctor cakap ayah kena virus tu masa seminggu dia kat sana. so long short story, dia sampai malaysia hari isnin masa tu, dalam keadaan yang lemah and pucat. sampai malaysia terus kena warded.

dah lah seminggu tunggu ayah balik malaysia, lepas tu kena tunggu lagi how-many-days yang i-don't-even-know untuk dia discharge dari ward. that was the time i learned that,

''penantian tu satu penyeksaan"

but apparently, dia cuma bertahan kat malaysia cuma 5 hari. hari jumaat tu, he is totally dead. maybe Tuhan bagi dia extra 5 hari just untuk jumpa anak-anak & spend time dengan wife dia for the very last time. me and my sisters kat rumah, yang total almost 2 weeks tunggu dia yang 'sihat' untuk balik rumah, end up diorang bawak balik mayat and tiba-tiba aku kena cium dahi mayat tu sebab diorang cakap tu ayah aku. smh.

baru nak dengar dia story pasal experience dia kat sana :')

even lepas dah settle kebumi dia pun, aku still tunggu dia balik. balik dari mana ntah aku pun tak tahu. sebab aku rasa yang balik malaysia hari isnin haritu adalah 'orang lain', bukan ayah. aku rasa macam dia masih ada kat sana (germany) lagi, or somewhere else. sebab tu aku still tunggu dia 'balik'. haih susah betul budak darjah 6 ni nak move on.

sooooooo, macam mana lagu ni boleh jadi related dengan this most-worst-heartbroken event yang pernah jadi dalam life aku?

lepas result upsr keluar, kakak saudara aku bagi aku hadiah phone blackberry (masa tu paling hottt henfon blackberry kan) sebab aku dapat straight A's. then aku createlah playlist sendiri dalam phone tu. masa tu pun lagu aishiteru ni memang tengah hit teruk. aku pun masukkan sekali lagu tu dalam playlist.

bila banyak kali aku dok ulang-ulang lagu aishiteru ni, siap study lirik dia kat internet, aku sedar yang lagu ni sangat related dengan apa yang baru jadi waktu tu. dalam lirik lagu ni, perkataan paling first dia pun dah spoil mood aku sebab masa tu aku still tunggu dia 'balik'.

my favorite sendu song all the time (and why)

paham-paham jelah kenapa lirik dia menyentuh hati aku sangat. tiap kali aku nyanyi lagu ni mesti meleleh air mata. sendu-sendu pun, lagu ni lah yang paling favorite aku dengar sampai sekarang walaupun since LAPAN tahun yang lepas. layan-layan lagu sendu ni takdelah best mana tapi feel dia lain macam tau. 

lantaklah kalau lepas ni ali gatie, james arthur, lewis capaldi ke, sam smith ke nak keluar lagu sendu omputih yang baru yang boleh hit worldwide, i tetap akan stan lagu aishiteru sampai bila-bila

my favorite sendu song all the time (and why)

at least, dia tahu yang aku still tunggu dia balik.