Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight AirAsia Dengan Harga 9 Sen Je!

Lagi 3 weeks nak final exam urgh. Jadual exam baru keluar yang draf tapi aku gatai dah beli tiket flight untuk cuti semester pergi-balik hahaha. Sesungguhnya saya 100% comfirm cuti semester saya memang start 9 january sebab last paper aku memang 9 january and 9 january tu memang last day exam week, bakal student balik paling lambat masa exam week nanti tsk tsk.

Act ramai tak berani lagi nak beli tiket flight balik kampung lagi-lagi yang rumah dekat kl/selangor/melaka sebab takut tiba-tiba jadual exam berubah en, tapi aku lantak kau lah aku nak balik & aku yakin jadual aku tak berubah hahaha. (Harap-haraplah). Anyway tu baru cerita cuti SELEPAS final exam nanti. SEBELUM final exam pun aku kena balik rumah sebab aku nak balik hahahahaha.

Target memang nak beli tiket bas je sebab flight tiket dah naik untuk tarikh-tarikh before final exam (study week) tu so tunggu nanti minggu nak balik tu ler baru aku beli. Tapi aku rajin gak godek-godek Air Asia kalaulah tiba-tiba Tony Fernandes suruh turunkan harga flight dari terengganu ke kl sampai RM39 (harapan je) untuk student financially broke macam aku ni ke huahua. Tengok apps AirAsia harga sama je memasing paling murah RM89 sehala dari terengganu ke kl hm. Then godek-godek apps AirAsia Big Loyalty, sekali....

Fuhhh dia buat promo Big Points lah!

Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight AirAsia Harga 9 Sen Je!

Biasa kalau nak redeem FREE flight dari terengganu ke kl paling sikit pun kena ada 5500 BIG Points. Kali ni dia buat promo boleh redeem FREE flight terengganu ke kl guna 1000 big points je! (haritu dia pernah buat 500 points je untuk free flight dari terengganu ke kl tapi tak sempat kejar promo tu sebabnya aku pun tak tau kenapa tsk tsk). Masa tu aku ada 2500+ big points ingat boleh lah nak redeem flight pergi-balik terus untuk study week sebab sehala 1000 points je en. Tapi... aku ditipu tsk tsk.

Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight AirAsia Harga 9 Sen Je!

Ingatkan fixed 1000 big points boleh dapat free flight rupanya passenger service charge dia lagi mahai :'( So aku dapat redeem free flight untuk return je dari kl ke terengganu. Balik kl aku naik bas okeh hehe. Kalau ikutkan points aku memang tak cukup lagi 9 rupanya kena bayar RM0.09 je untuk cover lagi 9 points yang tak cukup tu hahaha. Okay lah tu jimat RM46 aku daripada beli tiket bas hahaha.

Macam Mana Aku Boleh Dapat Tiket Flight AirAsia Harga 9 Sen Je!

Ramai tak percaya tiket aku tak sampai 10 sen pun hahaha. Biasa tiket flight dari terengganu ke kl dalam RM69 sehala. Tu standard price lah paling murah biasa dapat. Untuk cuti semester yang aku dah terbeli awal tu aku dapat RM98 pergi dan balik gila melepas kalau tak beli paling murah dah tu sama harga tiket bas je sebab tu beli awal gila. 

Act ni first time aku redeem free flight guna big points hehe. Ada jugak yang tanya aku ni takdelah selalu sangat naik flight airasia tapi macam mana big points boleh banyak? Aku ada share tipsnya dalam entry ni, tips paling berkesan adalah tips no 5 okeh please follow me hihi


Aku bayar 9 sen tu guna big pay card je so dia memang betul-betul tolak 9 sen je dari kad aku, no hidden charges. Biasa kalau bayar guna kad debit bank dia akan tolak RM17 untuk processing fee je huh. Kalau nak tau Big Pay card tu apa boleh baca kat sini, sharing is caring kennn muahaha


Ni kan first time aku redeem free flight, so dengan gembiranya aku bagitau mak aku dapat tiket balik study week free hahaha mesti dia bangga ada anak macam aku (tiba-tiba).

2 comments: