Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - Kumpul AirAsia BIG Points (Part 2)

Hi! Bertemu kembali dalam segmen CJBTFAA (Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia) untuk siri kedua hahahaha. Kk. Sebenarnya untuk yang selalu sangat naik flight, especially AirAsia, ada banyak cara nak jimat duit dari segi kos tiket penerbangan & sebagainya. Before this aku pernah share cara jimat part 1, pasal Big Pay. Siapa belum baca & teringin nak baca sila lah klik link di bawah :)

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Dengan adanya BIG Points, kita boleh redeem FREE flights yang harga beratus-ratus tu or even yang beribu pun boleh. Bila nak pergi travel mana-mana dah boleh save budget on flights bila boleh redeem free je en.

Rasanya ramai dah tahu BIG Points tu apa tapi kebanyakannya tak tahu macam mana cara nak dapat lebih banyak points dalam masa yang singkat, cara nak guna points, nak claim or redeem points, dan sebagainya. Setiap kali kita beli tiket flight AirAsia, BIG Points akan automatik dikreditkan ke dalam akaun kita 5 hari selepas penerbangan dengan SYARAT dalam booking details tu kena masukkan big member ID. Kalau terlupa masukkan big member id masa book flight tu, boleh modify booking and add big member id. Nak dapat big member id kena register sebagai Ahli Big dulu. Sign up FREE je.


Setiap RM2 kita spend on flights, kita dapat 1 point. If beli tiket premium flex atau business class boleh dapat 1 point for every RM1. Tapi kalau nak harapkan beli tiket flight je baru dapat point memang lambat nak banyak hahaha. So act banyak lagi cara lain nak kumpul BIG Points selain beli tiket flight. Kat bawah ni aku highlight tips yang paling mudah & selalu orang buat je tau.


1. Berbelanja guna BIG Pay Card

Aku pernah share pasal Big Pay card ni kat entry ni ; Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Big pay card ni macam kad prepaid. Isi dulu baru boleh guna. Mana-mana kedai yang terima mastercard boleh bayar guna Big Pay Card. Dah biasa kan kalau pergi mana-mana nak shopping barang biasa pakai kad. Nak isi minyak, bayar guna kad. Memang berbaloi kalau ada Big Pay card ni sebab setiap transaction melalui Big Pay card ni korang akan dapat BIG points. Even masukkan duit dalam card before nak shopping pun dapat points. 

Every RM50 topup : 1 point
Every RM20 spend : 1 point

Boleh lah tu ennn takkan asyik nak beli tiket flight jeee.


2. Convert dari Bank Points

Mostly company bank di Malaysia selalu bagi mata ganjaran kepada pelanggan diorang dengan pelbagai cara. Ni antara bank yang boleh convert points to Big Points. Untuk details lanjut seperti rate conversion points boleh terus ke link tersebut. Kebanyakan company bank di malaysia memang akan collaborate dengan AirAsia untuk buat conversion partners. Points dari akaun bank kita boleh diconvert ke Big Points AirAsia.


3. Book Hotel & Trip

Biasa kalau pergi travel mana-mana kalau book hotel online biasa guna agoda ke, trip.com ke, booking.com or hotels.com, semua boleh redeem big points for every RM yang korang spend. Korang boleh check dekat page ni untuk tahu cara nak dapat bigpoints untuk setiap merchant sebab setiap merchant, proses & conversion rate dia lain-lain.

https://www.airasiabig.com/my/en/earn-redeem#travel


4. Online Shopping

Sama macam bila korang book hotel or trip travel online tadi, ada cara tertentu untuk redeem big points bila shopping online. Ini termasuk bila korang shopping kat Zalora, Lazada, Sephora, Hermo, Fave, Photobook, 11Street, dan sebagainya. Boleh check page ni untuk details every merchants :

https://www.airasiabig.com/my/en/earn-redeem#lifestyle


5. Jawab Survey

Tengah bosan-bosan tunggu makanan sampai kat kedai makan, jawab survey boleh kumpul points. Aku dah lama jawab survey ni sebab nak FREE Big Points je hehe. Bagi aku ni cara paling senang lah nak dapat big points segedebukk banyak sekali gus sebab tak payah keluar duit pun nak shopping apa-apa, kena ada internet/wifi untuk jawab survey je. Setiap survey akan dapat points YouGov ikut panjang mana survey yang kita jawab tu. Ni contoh survey yang aku pernah jawab baru-baru ni.


Bila dah jawab survey, dah dapat points, kumpul points tu sampai banyak. Sebab points dari YouGov ni kita boleh redeem benda lain. Ni points terkumpul aku setakat ni sebab haritu dah 2 kali aku redeem Big Points sebab tu dia sikit balik hehe.


Dekat YouGov ni aku biasa redeem 2500 AirAsia Big Points je sebab aku memang hantu big points hahaha. Banyak kott dapat 2500 points. Lepas request untuk redeem Big Points ni sekejap je dia masukkan Big Points dalam akaun Big Loyalty kita.

Jawab survey pun dah dapat berapa points en. Cuma kena rajin jelah jawab survey. YouGov akan sentiasa bagi email kalau ada survey baru and kita kena jawab tak boleh tangguh-tangguh sebab nanti dia close survey tu so kita kena tunggu next survey diorang send. Korang boleh register kat sini;

https://my.yougov.com/en-my/refer/KcRuNZsJMJxIT7jjA6GB5g/


6. Apply Credit Cards

Ramai orang suka guna cara ni bila ada kad kredit promotions yang bagi Big Points FREE bila sign-up untuk kad kredit diorang. Contohnya Standard Chartered Worldmiles bagi 25,000 Big Points FREE kepada yang sudi memiliki kad kredit mereka buat kali pertama. Tak perlu beli apa-apa. 25,000 BIG Points tu boleh pergi-balik Bandung atau Bali tauu.


Setakat ni tu jelah 6 highlighted tips from me and also the most common things people will do to increase their big points. Hope membantu hehe,

1 comment: