Life Update; Mese Occupato (Busy Month) Festival

Tahun ni je dah dua kali aku pindah rumah. First masa habis sem 3, kena keluar dari asrama pastu cari rumah sewa. Aku pun duduk lah dengan sorang classmate aku, dia ajak sebab ada kosong satu masa tu and aku pulak malas nak cari rumah sewa so aku masuk jelah rumah tu. Aku pun duduklah rumah tu dengan 14 orang housemates, pergi class pun asyik naik grab je sebab takde transport. Nak guna dapur pun kena bergilir sebab ramai sangat serumah. Peti sejuk selalu penuh sebab nak masukkan barang 14 orang alahai. Tuan rumah pulak macam hape, tau nak duit awal bulan je tapi kebajikan kitorang as penyewa dia tak jaga dengan alasan dia tengah stress sebab baru kahwin. Siapa suruh kau kahwin hahaha.

Tapi aku stay rumah tu kejap je. Lepas dua bulan, masuk sem 5 aku pindah rumah geng cekodok aku lepas ada sorang orang rumah diorang keluar. Tenang lah sikit aku duduk rumah baru ni. Pergi class pun berlima dengan geng cekodok aku sebab pq bawak kereta dia dari perlis. Kalau nak beli barang or keluar ke mana-mana pun senang sebab ada transport, bayar duit minyak je. Habis class asyik pergi pantai je keje. Aku pun nggak ngerti sama mereka...


Tuan rumah pun okay and pakcik tu memang always concern dengan semua complain pasal rumah sewa if ada problem. Serumah pun duduk 7 orang je. Cuma tu lah mesin basuh kat rumah tu mesin manual aku tak pernah guna. First time aku guna machine manual nasib tak meletup je mesin tu. Bising dari mesin tu sampai luor rumah bunyi sebab aku tak letak baju betul-betul masa spin hahaha. Toilet pun ada sebijik je huhu ok ler tu. Andddd rumah baru ni ada kucing! 


So budak ni akan ada di mana-mana sahaja dan beliau boleh muncul bila-bila masa dia nak. Oyen oyen...


Lepas semua keluar dari asrama, masing-masing duduk rumah lain-lain. Melda (paling depan) dapat stay asrama sebab dia ahli majlis kolej kediaman + masuk unit beruniform. Aku, esah dengan dayah yang memang tak aktif ni memang kena kick lor hahaha. Dulu masa duduk asrama selalu tunggu masing-masing kat pondok sebelah blok E sebab kitorang satu blok then bila semua dah turun baru jalan kaki pergi class sama-sama. Kalau malas jalan kaki or dah terlambat nak ke class and class pulak jauh sanggup amik grab adoyai. Sekarang semua pergi class sendiri-sendiri jurr kecuali aku dengan dayah sebab still serumah hihi. 

Lepas aku pindah rumah, minggu tu terus pergi penang. Sem 5 ni aku join revbiz challenge kat usm penang. Budak unisza ada 10 orang pergi. Dah macam sardin berhimpit dalam van hahaha. Jujur aku cakap ni ye. Aku isi nama nak join benda ni sebab aku nak jalan-jalan free and malas masuk class je sebenarnya (harharharrr). Pergi penang naik van unisza, tido homestay kat sana, unisza bayor. Program 3 hari kat sana dapat kupon makan dari usm. Stress kot asyik belajo je aku pun terus isi nama nak join hahaha. Tapi tak expect pun...


yang kitorang akan menang hahaha. Alhamdulillah rezeki aku malas nak datang class kk gurau. Ok lah tu pengorbanan kitorang berjemur tengah panas terik jual prepaid celcom, jual beg, dah namanya pun revbiz challenge. Bertambahlah communication skill aku lepas paksa orang beli prepaid group aku hahaha. Waktu free, kitorang jalan-jalan area penang.


Pergi penang street art, penuhkan gallery phone pq, makan aiskrim, malam singgah mamak lepas tengok paskal kat mall. Masa nak balik dari penang street art ni aku rasa kitorang dah jalan satu pulau dah semata nak cari van kitorang lepas sesat hahaha. Memang masing-masing muka burn lit lit lah and berpeluh teruk sampai hilang 10kg masing-masing. Terus kurus lepas round satu pulau.


Ni punya syok bergambar kat lorong-lorong cina ni bila bukak group whatsapp peserta revbiz usm tu tau tau je unisza menang hahaha. Petang tu lepas tuntut hadiah terus gerak balik terengganu. Sampai unisza pukul 3 pagi pastu esoknya aku ponteng class lagi mihmih. Masing-masing lepas balik unisza semua up status rindu trip penang ni tapi aku tak sanggup dah nak jual prepaid berjemur tengah panas lagi hahaha. Tapi rindu lah jugak.

Next weeknya pulak, aiman ajak budak classmates kitorang spend time. Nak hiking katanya sebab budak intrade dah lama tak bonding. Pukul 4 pagi gerak dari rumah nak hiking bukit keluang kat besut. 


Jadilah ni berapa ketul je yang join hihi. Burn dari penang haritu tak hilang lagi dah tambah burn lagi haih memang itang muka aku masuk oktober wei. Aku dah lah memang cepat burn, jalan kaki pergi class masa duduk asrama dulu pun dah burn teruk. Sunscreen mahal sebab tu kena berjimat hahaha. Bila bukak tudung nampaklah macam aku pakai topeng memanjang sebab tona kulit dah obvious sangat bezanya huhu. Turun dari bukit, singgah lata payung buat acara kuak lentang tapi last-last semua jadi dugong dalam air.


Habis trip intrade ni, next week nya terus sibuk dengan Efest 1.0 (Karnival Keusahawan Unisza). Aku diletakkan di bawah unit pendaftaran. Sepanjang 3 minggu sampai last day karnival tu whatsapp aku memang serabut. Discussion untuk program itu program ini, meeting tiap malam, update peserta punya information nak kena taip number ic satu satu, peserta tu nak tuntut sijil lah, nak register program itu ini lah. Serabut weyyy dengan test, quiz, assignment belambak dua date dalam minggu yang sama :'(


Program dari pagi habis tengah malam, pastu post mortem setiap hari sampai 2 pagi. Dalam ramai-ramai ni, ada je team yang lagi struggle uruskan karnival ni. Kehulur kehilir bawak peralatan, uruskan sampah kat tapak, jaga parking vip, jaga protokol dan sebagainya. Yang urusetia lelaki pun ada jadual masing-masing bergilir tidur atas pentas kat tapak karnival sebab nak jaga barang-barang peniaga, peralatan karnival semua. Alhamdulillah everything went well even banyak gila kekurangan dalam event sebab kami masing-masing first time uruskan first karnival besar under kelab keusahawanan. Masing-masing dapat belajar benda baru dari pengalaman and kenal lagi ramai orang through this event :))


Tak pernah menyesal join family kku ni (*wink wink eyes + huge hug for this fam) :3


After those hustle weeks, tinggal lagi 3 hari sebelum cuti mid sem. 3 hari pergi class tu otak penat asyik loading je kat class. Buat assignment yang nak kena submit minggu tu and jawab last test before midsem break pun aku dah berserah dulu sebelum berusaha hahaha. Dalam kepala banyak ingat pasal balik je.


Alhamdulillah malam tadi dah selamat sampai rumah, ayah amik dari terminal bas shah alam. Pagi tadi bangun tidur terus bagi kucing-kucing i makan. Mesti diorang dah tak ingat aku sebab aku dah lama tak balik rumah, tau tau je diorang dah besar :') #rindu

9 comments:

  1. assalamualaikum sarah.. terima kasih sudi singgah ke blog sis hawa dot com.. sis dtg sini balas kunjungan,.. nice entry... suka baca kisah adik2 student ni. teruskan menulis ye.. salam sayang , sis hawa

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sarah,
    Bila baca post ni dapatlah sis bayangkan betapa mencabar kehidupan sebagai pelajar yang tinggal di luar.. Sis doakan semoga urusan Sarah sentiasa dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. busy nya! rindu nak busy macam ni hahaha

    ReplyDelete
  4. k.fiezz balas kunjungan..fuh padatnya jadual...tapi pengalaman tu..nnti dah kerja, confirm rindu semua xtiviti ni especially dengan kawan2..nnti memasing dah kawen, tak ada xtiviti cam ni hah..so enjoy walaupun penat..haha

    ReplyDelete
  5. yA Allah penatnyaa macam tu tapi seronok kan? Heee enjoy yur U time. Nanti rindu² pulak.. ^^

    ReplyDelete
  6. So happening with lot of activities. Best gila jadi busy macam ni.

    ReplyDelete