Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Banyak-banyak flight company so far aku selalu gunakan air asia. Malaysia airlines pernah je tapi jarang, kalau sekali sekala nak merasa naik flight selesa sikit, nak reward diri sekali sekala boleh lah aku beli mas hehe tapi mostly memang aku naik air asia je sebab "everyone can fly" en hahaha. Lagipun for me, Air Asia ada banyak benefits especially dari segi harga and reward untuk customer dia. Bila aku as anak kelahiran selangor yang sedang belajar di terengganu ni, bila time cuti nak balik kampung, akan ada dua pilihan transport untuk balik ke rumah, sama ada bas atau flight. No train.

Fyi, aku ni salah seorang makhluk kat dunia yang selalu mabuk naik apa-apa kenderaan. Aku pernah rasa nak mengamuk dalam bas sebab tak tahan mabuk dalam bas lama gila. Biasa ticket bus dari terengganu ke shah alam around RM46 sehala. Kalau naik flight (air asia) standard price yang aku selalu dapat is RM69 sehala. Kalau aku bertuah dapat beli time murah boleh dapat RM49 per ticket, harga lebih kurang ticket bas je. Antara dua harga standard ni biasanya memang aku akan pilih yang RM69 even mahal sikit tapi bagi aku lagi berbaloi kalau naik flight yang mabuknya cuma sejam berbanding naik bas yang mabuknya almost 10 hours sampai aku rasa nak mengamuk dalam bas hahaha.

To make sure aku selalu dapat harga tiket flight paling berbaloi as aku still student en, nak balik rumah pun at least 2 bulan sekali, aku selalu cari tips dari blogs or twitters and kebanyakannya share pasal big pay. Big pay ni aku dah lama dengar nama dia tiap kali nak bayar flight ticket sebelum ni, selalu keluar another payment options, big pay. Yang paling tak boleh blahnya processing fee dia FREE! Gila tak gila aku pun banyak study pasal big pay ni, macam mana nak register, nak guna/topup credits semua. So aku nak share semuanya dalam satu entry ni. Rupa big pay tu macam ni tau, ye dia adalah sejenis kad paling lawa pernah aku ada so far. 

BigPay Airasia
Gambar credits to big pay.

BigPay ni sejenis prepaid card yang korang boleh topup secara online and boleh guna untuk shopping kat mana-mana je asalkan yang terima MasterCard. Yang paling best, every transaction yang korang buat melalui BigPay akan dapat BigPoint dari AirAsia. Dapat bigpoint pun untung tau boleh redeem free flight. 

Biasa bila nak check out air asia, kalau bayar guna kad debit/credit card akan ada charge around RM17. Kalau guna internet bank in macam maybank2u, cimb clicks, public bank, fpx, or union pay, processing fee dia akan charge dalam RM4 lebih. Tapi, kalau guna Big Pay korang dah tak payah bayar RM17, RM4 lebih mak nenek semua tu sebab charge dia FREE je. Yela penat-penat cari tiket flight murah tiba-tiba processing fee pulak mahal, kan dah lari bajet. Dengan big pay, korang cuma perlu bayar tiket flight je, zero processing fee.



Bila nak buat payment tu korang pilih payment method : BigPay. Processing fee dia akan berbeza untuk setiap payment method. Bigpay free je.


BigPay Airasia

Now korang dah boleh jimat RM17 ni untuk layan fav movie blockbuster korang yang baru keluar kat cinema okeh. Logik lah sikit kan, buat apa nak bayar RM17 kalau sepatutnya korang dah tak perlu bayar dah. Kalau korang memang selalu beli ticket airasia tapi still tak ada intention nak ada big pay card ni aku pun nggak ngerti sama kamu sebab process dia senang sangat, register online then tunggu kad delivered depan pintu rumah. Rugi rugi kalau malas nak apply BigPay ni ish ish ish.


Cara Apply/Register Online BigPay Card

1. Download apps Big Pay

BigPay AirAsia

Apps ni memang penting sebab korang akan register melalui apps ni, nak topup guna apps ni, nak bayar apa-apa pun guna apps ni. Nak masuk apps ni pun ada registered pin number or fingerprints macam apps bank lain macam maybank or muamalat sebab dia memang secure apps. Bigpay ni memang macam bank cuma takde bank, faham tak hahaha. Topup duit guna online transfer from your other bank account, and boleh withdraw kat atm.


2. Register account

Time register account ni, dia akan suruh masukkan referral code (kalau ada). Kalau takde korang boleh skip je part tu. Tapi kalau korang nak dapat credit RM10 FREE, masukkan lah code di bawah ni sebab once kad korang dah activated, diorang akan masukkan another RM10 percuma dalam account korang sebab register guna referral code. Tapi kalau tak masukkan code ni korang tak dapatlah RM10 fgheee. Nak selamat, sila copy code di bawah. 

4IQDDSLTHC

Time register account ni korang ikut je arahan dia. Dia suruh selfie ke apa ke, engko ikut je hahaha. Jangan nak pelik pelik, dah namanya nak register card en bukan nak register account facebook. Then korang kena set pin number untuk korang guna setiap kali korang nak masuk dalam apps tu or nak withdraw duit kat atm. Jangan lupa masukkan alamat rumah yang sah ye sebab nanti kad bigpay tu akan dihantar ke alamat rumah yang korang daftarkan tu. And no telefon pun kena valid sebab dia akan send TAC number bila ada any transaction. Then tunggu pihak bigpay untuk verify semua identiti dan maklumat diri korang. 


3. Topup minimum RM20 dalam account bigpay

Lepas team bigpay dah verify semua maklumat korang tu, korang kena topup minimum RM20 dalam account korang, then baru diorang hantar kad ke alamat rumah korang. Nak topup lebih pun boleh. Boleh topup guna debit/credit bank card or online bank in. Jangan risau RM20 korang tu diorang takkan sedut sebab lepas kad korang activated korang boleh guna RM20 tu macam biasa. Lepas dah topup, korang boleh track card korang if dah sampai rumah or belum. Selagi tak topup min RM20 selagi tu dia tak akan process untuk delivery kad korang. 


4. Activate card

BigPay AirAsia
credits : twitter suraya zainudin

Bila kad dah sampai rumah, korang akan dapat macam ni. Guna citylink tak silap. Dalam brochure tu pun diorang dah explain macam mana nak aktifkan kad korang. Kena masukkan CVC number yang ada belakang kad korang then masukkan pin number untuk pengesahan. Then korang dah boleh guna BigPay card korang! Bila korang bayar flight airasia guna bigpay ni dia akan automatik tolak duit dari akaun bigpay korang. Make sure kena ada balance yang cukup lah ye before nak bayar. 


Cara Nak Topup BigPay Credits

Ada dua cara untuk topup credit korang so far; debit/credit bank card dan online bank in. Aku biasa topup guna maybank2u je. Process dia sama je macam korang shopping online time nak buat payment cuma duit korang akan masuk dalam BigPay, tak de gi mana-mana pun. Siapa yang familiar guna GrabPay pun, sama je process dia. Easy peasy. 


So far, ni je aku nak share untuk entry kali ni. Tunggu next entry aku akan share further pasal BigPay ni. Thanks for reading!


*updated :
Hi guys! Ni entry pasal BigPay card ni >>> Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Hi semua!

Dekat setahun lebih rasanya aku tak run giveaway kat blog ni hihi. So sebelum habis tahun 2018 ni, aku nak buat giveaway untuk semua readers blog ni sebagai tanda aku appreciate semua jasa korang yang sudi support blog ni dari awal sampailah sekarang, selalu rajin datang singgah baca blog post and komen-komen yang membina, bagi aku semangat untuk terus menulis. Thank you so much! So here it is.

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Before that, aku nak reveal kan dulu hadiah-hadiahnya huahua. Mesti excited kan? Sebab planner kali ni memang cute gila and ramai berebut-rebut nak beli planner ni. InshaAllah kalau ada rezeki korang untuk menang giveaway kali ni, dapatlah korang merasa planner 2019 ni :))

Planner 2019 Giveaway by LullabysszPlanner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Dua planner ni khas untuk dua orang pemenang yang akan terpilih. Bukan setakat planner je, semua peserta yang join giveaway kali ni akan dimasukkan dalam bloglist blog ni untuk tahun 2019 selama setahun hehe. Sambil-sambil join giveaway boleh blogwalking and tambah lebih ramai kenalan between blogger. 

Ada lagi satu hadiah tambahan if peserta melebihi 40 orang. Jeng jeng jeng ke jeng ke jengg hahaha

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Cute kan beg ni? :')

Okay now we proceed dengan syarat-syarat giveaway. Pastikan buat semua tau baru masuk dalam list peserta giveaway. Mudah je syarat dia ;)

  1. Follow blog Lullabyssz
  2. Buat satu entry/blog post bertajuk "Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz"
  3. Jangan lupa letak banner giveaway (gambar paling first dalam entry ni) dalam entry tersebut & sila backlink kan banner tersebut ke link blog post ini sahaja.
  4. Dalam blog post tu ikut korang lah nak taip apa-apa, letak ucapan ke, quotes ke, nak share some story even takde kaitan dengan giveaway pun boleh, tak kisah. Kalau tak nak tulis apa-apa pun tak pe hihi.
  5. Lepas dah publish entry jangan lupa submit link blog post giveaway korang kat ruangan komen di bawah ni tau!
Senang jurr ni. 


Tempoh giveaway berlangsung bermula 4 hingga 30 November 2018


Pemenang kita akan cabut secara random. Semua orang berpeluang untuk menang hadiah-hadiah ni okey so don't be afraid. Goodluck guys!

Life Update; Mese Occupato (Busy Month) Festival

Tahun ni je dah dua kali aku pindah rumah. First masa habis sem 3, kena keluar dari asrama pastu cari rumah sewa. Aku pun duduk lah dengan sorang classmate aku, dia ajak sebab ada kosong satu masa tu and aku pulak malas nak cari rumah sewa so aku masuk jelah rumah tu. Aku pun duduklah rumah tu dengan 14 orang housemates, pergi class pun asyik naik grab je sebab takde transport. Nak guna dapur pun kena bergilir sebab ramai sangat serumah. Peti sejuk selalu penuh sebab nak masukkan barang 14 orang alahai. Tuan rumah pulak macam hape, tau nak duit awal bulan je tapi kebajikan kitorang as penyewa dia tak jaga dengan alasan dia tengah stress sebab baru kahwin. Siapa suruh kau kahwin hahaha.

Tapi aku stay rumah tu kejap je. Lepas dua bulan, masuk sem 5 aku pindah rumah geng cekodok aku lepas ada sorang orang rumah diorang keluar. Tenang lah sikit aku duduk rumah baru ni. Pergi class pun berlima dengan geng cekodok aku sebab pq bawak kereta dia dari perlis. Kalau nak beli barang or keluar ke mana-mana pun senang sebab ada transport, bayar duit minyak je. Habis class asyik pergi pantai je keje. Aku pun nggak ngerti sama mereka...


Tuan rumah pun okay and pakcik tu memang always concern dengan semua complain pasal rumah sewa if ada problem. Serumah pun duduk 7 orang je. Cuma tu lah mesin basuh kat rumah tu mesin manual aku tak pernah guna. First time aku guna machine manual nasib tak meletup je mesin tu. Bising dari mesin tu sampai luor rumah bunyi sebab aku tak letak baju betul-betul masa spin hahaha. Toilet pun ada sebijik je huhu ok ler tu. Andddd rumah baru ni ada kucing! 


So budak ni akan ada di mana-mana sahaja dan beliau boleh muncul bila-bila masa dia nak. Oyen oyen...


Lepas semua keluar dari asrama, masing-masing duduk rumah lain-lain. Melda (paling depan) dapat stay asrama sebab dia ahli majlis kolej kediaman + masuk unit beruniform. Aku, esah dengan dayah yang memang tak aktif ni memang kena kick lor hahaha. Dulu masa duduk asrama selalu tunggu masing-masing kat pondok sebelah blok E sebab kitorang satu blok then bila semua dah turun baru jalan kaki pergi class sama-sama. Kalau malas jalan kaki or dah terlambat nak ke class and class pulak jauh sanggup amik grab adoyai. Sekarang semua pergi class sendiri-sendiri jurr kecuali aku dengan dayah sebab still serumah hihi. 

Lepas aku pindah rumah, minggu tu terus pergi penang. Sem 5 ni aku join revbiz challenge kat usm penang. Budak unisza ada 10 orang pergi. Dah macam sardin berhimpit dalam van hahaha. Jujur aku cakap ni ye. Aku isi nama nak join benda ni sebab aku nak jalan-jalan free and malas masuk class je sebenarnya (harharharrr). Pergi penang naik van unisza, tido homestay kat sana, unisza bayor. Program 3 hari kat sana dapat kupon makan dari usm. Stress kot asyik belajo je aku pun terus isi nama nak join hahaha. Tapi tak expect pun...


yang kitorang akan menang hahaha. Alhamdulillah rezeki aku malas nak datang class kk gurau. Ok lah tu pengorbanan kitorang berjemur tengah panas terik jual prepaid celcom, jual beg, dah namanya pun revbiz challenge. Bertambahlah communication skill aku lepas paksa orang beli prepaid group aku hahaha. Waktu free, kitorang jalan-jalan area penang.


Pergi penang street art, penuhkan gallery phone pq, makan aiskrim, malam singgah mamak lepas tengok paskal kat mall. Masa nak balik dari penang street art ni aku rasa kitorang dah jalan satu pulau dah semata nak cari van kitorang lepas sesat hahaha. Memang masing-masing muka burn lit lit lah and berpeluh teruk sampai hilang 10kg masing-masing. Terus kurus lepas round satu pulau.


Ni punya syok bergambar kat lorong-lorong cina ni bila bukak group whatsapp peserta revbiz usm tu tau tau je unisza menang hahaha. Petang tu lepas tuntut hadiah terus gerak balik terengganu. Sampai unisza pukul 3 pagi pastu esoknya aku ponteng class lagi mihmih. Masing-masing lepas balik unisza semua up status rindu trip penang ni tapi aku tak sanggup dah nak jual prepaid berjemur tengah panas lagi hahaha. Tapi rindu lah jugak.

Next weeknya pulak, aiman ajak budak classmates kitorang spend time. Nak hiking katanya sebab budak intrade dah lama tak bonding. Pukul 4 pagi gerak dari rumah nak hiking bukit keluang kat besut. 


Jadilah ni berapa ketul je yang join hihi. Burn dari penang haritu tak hilang lagi dah tambah burn lagi haih memang itang muka aku masuk oktober wei. Aku dah lah memang cepat burn, jalan kaki pergi class masa duduk asrama dulu pun dah burn teruk. Sunscreen mahal sebab tu kena berjimat hahaha. Bila bukak tudung nampaklah macam aku pakai topeng memanjang sebab tona kulit dah obvious sangat bezanya huhu. Turun dari bukit, singgah lata payung buat acara kuak lentang tapi last-last semua jadi dugong dalam air.


Habis trip intrade ni, next week nya terus sibuk dengan Efest 1.0 (Karnival Keusahawan Unisza). Aku diletakkan di bawah unit pendaftaran. Sepanjang 3 minggu sampai last day karnival tu whatsapp aku memang serabut. Discussion untuk program itu program ini, meeting tiap malam, update peserta punya information nak kena taip number ic satu satu, peserta tu nak tuntut sijil lah, nak register program itu ini lah. Serabut weyyy dengan test, quiz, assignment belambak dua date dalam minggu yang sama :'(


Program dari pagi habis tengah malam, pastu post mortem setiap hari sampai 2 pagi. Dalam ramai-ramai ni, ada je team yang lagi struggle uruskan karnival ni. Kehulur kehilir bawak peralatan, uruskan sampah kat tapak, jaga parking vip, jaga protokol dan sebagainya. Yang urusetia lelaki pun ada jadual masing-masing bergilir tidur atas pentas kat tapak karnival sebab nak jaga barang-barang peniaga, peralatan karnival semua. Alhamdulillah everything went well even banyak gila kekurangan dalam event sebab kami masing-masing first time uruskan first karnival besar under kelab keusahawanan. Masing-masing dapat belajar benda baru dari pengalaman and kenal lagi ramai orang through this event :))


Tak pernah menyesal join family kku ni (*wink wink eyes + huge hug for this fam) :3


After those hustle weeks, tinggal lagi 3 hari sebelum cuti mid sem. 3 hari pergi class tu otak penat asyik loading je kat class. Buat assignment yang nak kena submit minggu tu and jawab last test before midsem break pun aku dah berserah dulu sebelum berusaha hahaha. Dalam kepala banyak ingat pasal balik je.


Alhamdulillah malam tadi dah selamat sampai rumah, ayah amik dari terminal bas shah alam. Pagi tadi bangun tidur terus bagi kucing-kucing i makan. Mesti diorang dah tak ingat aku sebab aku dah lama tak balik rumah, tau tau je diorang dah besar :') #rindu