Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Hai,

Ni semua movie review yang aku pernah buat sebelum ni. Berminat nak baca boleh klik link di bawah :)



1. Happy Death Day 2017

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Sinopsis : Tree Gelbman, seorang pelajar kolej perempuan yang selalu pentingkan diri sendiri, bangun daripada tidur pada hari ulang tahun kelahirannya di atas katil pelajar bernama Carter (lelaki). Setiap hari dia rasa ngeri sebab dia selalu mengalami peristiwa yang sama berulang kali. Bila seorang pembunuh bertopeng bunuh dia dengan cara yang kejam, tiba-tiba dia akan terjaga dari tidurnya dalam keadaan yang baik pada hari lahirnya di atas katil Carter jugak seolah-olah peristiwa yang baru berlaku tu adalah mimpi. Dia terpaksa hidupkan hari yang sama berulang kali sampai dia tahu siapa pembunuh sebenar dia.

My review : Suspen dia banyak and jalan cerita dia best je cuma agak bosan sebab yelah perempuan tu hari-hari bangun hari yang sama pastu benda yang sama jadi cuma ada scene lain-lain sikit. Tapi kat google dapat 89% rating. Mungkin bagi orang lain kut. Rating aku 5/10 sebab bagi aku tak berapa best sangat. Aku macam tak puas hati sikit dengan mimpi dia yang berulang-ulang tu hahaha.


2. I Am Number Four 2011

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Sinopsis : John Smith seolah-olah remaja biasa tapi sebenarnya dia seorang (mahkluk) yang asing yang dilarikan daripada musuh yang memburu dia dan lapan yang lain tanpa belas kasihan. Selalu berpindah-randah dan tukar identiti yang berbeza bersama seorang penjaganya yang bernama Henry, John tidak mempunyai masa lalu yang sebenar atau rumah yang sebenar. Walau bagaimana pun di bandar kecil di Ohio yang kini dia tinggal, dia menemui cinta, kebolehan baru yang kuat, dan hubungan dengan orang lain.

My review : Cerita ni best gila nak dead. John ni makhluk "Number Four" and musuh tengah kejar lapan orang (makhluk) yang macam dia. Kiranya ada lapan lagi orang macam dia setiap daripada diorang ni ada penjaga yang ditugaskan jaga diorang ni kat bumi. Tapi dari luaran diorang ni nampak macam manusia biasa je tapi kelebihan/kuasa yang tersendiri. Ending dia nampak macam akan ada sequel tapi ntahlah kadang tak boleh nak berharap sangat hahaha. Rating 9/10 harharrr.


3. Taare Zameen Par 2007 (Like stars on earth)

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Cerita ni sumpah sedih gilaaa! Pasal seorang budak istimewa belajar paling corot dalam kelas, paling nakal, selalu kena buli dengan kawan-kawan tapi parents dia tak tahu pun sakit anak dia and selalu marah dia bila dia buat silap. Akhirnya parents dia hantarkan dia ke sekolah asrama sedih weyyy kau tak tau anak tu ada sakit or masalah belajar pastu terus hantar ke asrama. Bila kat sekolah baru dia jumpa cikgu ganti baru yang baik gila, aamir khan bhai. Aamir khan ni lah yang tolong budak ni sedar akan kebolehan diri dia sendiri. Sumpah cerita ni berair gila. Rating 10/10 :'))

1 comment:

  1. 2 cerita bawah tu dah tengok. yg atas je tak tgk sebab macam thriller je. haha

    ReplyDelete