18 August 2018

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Hi semua!

Tak tahu kenapa tapi last semester paling takde life bagi aku. Final exam ada dua paper je tapi tak tau kenapa rasa takde life sangat. Aku ingat aku sorang je tau rasa macam ni rupanya almost one batch hahaha. Maybe aku masih tak selesa dengan rumah baru lepas keluar dari asrama kut. 

Asyik stress je manjang. Makan pun tak menentu, stress dengan assignments, stress dengan grab tak sampai-sampai depan pagar rumah sampai terlambat masuk class, stress kawan asyik cakap pasal pakwe jeeee (eh), stress duit takde nak makannn, stress tak balik-balik kampung, semuanya stress lah!

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Nasib baik ada My Beauty Masks dari My Product Co ni. Bila sampai minggu study week, banyak masa free. Study pun dua tiga jam before exam je (sebab malas nokharom). Melepak jelah kerja aku kat dalam bilik. Bila check muka dah makin teruk sebab dah lama tak jaga proper, makan pun main sumbat je macam-macam.

Maka masa study week tu bermulalah rajin aku nak jaga muka balik. Almost every day pakai My Beauty Masks sebab best sangat! Ada tiga jenis mask;

1) Hydrogel Gold Red Ginseng (USD$25)
2) Hydrogel Gold Ginger (USD$25)
3) Rice Sheet Mask (USD$9)

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Aku paling suka Hydrogel Gold Ginger sebab tekstur dia rasa macam dia gosok kulit kita and bila cabut mask tu kulit rasa lembap and sejuk je. Pori pun mengecik lepas pakai and tak nampak sangat. Tidur pun jadi lena terus lupa rasa stress seharian hehe. Bila pakai hydrogel gold mask ni nanti lepas cabut mask tu akan ada kesan-kesan sparkles gold kat pipi wow wow.

Kenapa aku suka sangat My Beauty Masks ni adalah setiap stages pembuatan mask ni 100% from Korea. Daripada bahan-bahan nak produce sampailah ke packaging mask semua originally from Korea. One of the ingredients yang diorang guna dalam pembuatan mask ni adalah Natural Honey Extract which claims as antioxidants semualajadi yang membersihkan dan protect kulit kita semua.

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Semua My Beauty Masks ni dermatology tested and tak akan dipasarkan selagi belum disahkan dermatology. Kalau tengok dekat packaging pun My Beauty Masks ni free from 8 harmful ingredients macam formaldehyde, paraben, sulfate amine, mineral oil, benzyl alcohol, silicone, coal tar dyes, dan animal-derived ingredients. 

Mask ni bukan macam mask biasa yang kita selalu beli dari drugstores or online. Harga dia agak pricey dengan bersebab. Diorang collaborated dengan Yonjii Cosmetics untuk created those hydrogel.  Hydrogel merupakan gel yang mengandungi 99% cecair yang membantu meningkatkan fungsi selular. Sel-sel kulit kita akan mengekalkan fungsi selular bila kulit kita dah hydrated sepenuhnya untuk menjadikan kulit kita nampak muda dan mengelakkan kedut.

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Red ginseng ni elok sebagai antioxidants kulit kita cuma bau red ginseng dia strong sangat. Tapi sebab dia hydrogel mask aku still suka harhar. Bila pakai hydrogel mask, dia melembapkan lagi kulit kita sambil keluarkan serum yang berkhasiat untuk diserap ke dalam kulit kita.

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Paling best ginger gold hydrogel mask! Semua ingredients My Beauty Masks ni originally from Korea termasuklah red ginseng dan ginger pun ditanam kat sana. Ginger ni basically semua orang tahu yang dia kaya dengan antioxidants and kandungan ginerol dalam ginger ni membantu protect and meremajakan kulit.

My Beauty Mask Review - Gold Hydrogel Mask & Rice Sheet Mask from My Product Co

Rice Sheet Mask ni pun best jugak! Diorang guna beras yang ditanam di Gyeonggi, sebuah wilayah terkenal di korea yang provide beras yang paling berkualiti kat Korea. Beras adalah sumber karbohidrat dalam hidup kita dan mengandungi protein serta pelbagai vitamin dan mineral. Kandungan nutrisinya yang banyak membantu mencerahkan dan melembapkan kulit kita.

Best kan My Beauty Mask? Bila bagi adik pakai pun dia pun suka. Dia kata mask ni lain daripada mask biasa. Yela dik nonnn.

Korang boleh visit website dan instagram My Product Co untuk tahu lebih lanjut,

www.myproductco.com
https://instagram.com/myproductco


4 comments:

  1. best dpt pakai mask... relex je rasa urat2 muka... bgsnya mcm bahan ada... xyah susah2 nak cari beras ke ginger ke... just pakai terus... nice sharing sis

    ReplyDelete
  2. rajin nya dia manjakan muka dgn mask hehe, jaja dlu final year cari mcm mcm aktiviti nk buat dgn member, sbb stress! hahaha

    ReplyDelete
  3. woww nnt aff nak try lah. thanks for sharing :D

    ReplyDelete