21 August 2018

Movie Review - Game Night, The Uninvited, Crush

Hi semua!

Ni antara movie yang sempat aku khatamkan masa sem 4 yang lepas di mana sepatutnya aku siapkan assignment dan study untuk quiz tapi aku tengok movie hahaha.


1. Game Night

Game Night Movie Review

Movie ni berkisarkan tentang sekumpulan kawan yang selalu mengadakan game night. Tanpa disangka mereka sebenarnya telah terlibat dengan satu kes misteri pembunuhan yang disangkakan salah satu part dalam epic game night yang diorang tengah mainkan. Diorang ingat semua yang jadi tu salah satu trick game night diorang rupanya real.

Banyak plot twist jugak dalam movie ni cuma ada lah jugak dua tiga part merepek macam tak masuk akal if happen in real world sebab diorang banyak masukkan unsur kelakar jugak. Paling kelakar part masa hero & heroin dia tu tengah nak keluarkan peluru daripada tangan. Beriya tu struggle korek tangan sendiri semata nak keluarkan peluru rupanya peluru tu dah tembus keluar lama dah pun hahaha. Cerita ni banyak membuatkan penonton tertanya-tanya sebab macam aku cakap tadi banyak plot twist and tak akan sangka watak sebenar seseorang karakter tu. Rating movie ni 8/10


2. The Uninvited

The Uninvited Movie Review

Sumpah aku macam orang gila masa tengok movie ni. Awal-awal cerita aku boleh expect jalan cerita dia macam cliche tau sekali bila part last ada plot twist yang memang kau takkan sangka dari awal cerita tu memang aku termenung beberapa minit lepas habis cerita ni hahaha. Dalam movie ni korang takkan boleh expect siapa sebenarnya yang jahat, siapa sebenarnya yang gila, siapa sebenarnya pembunuhnya, apa yang pelik dan sebagainya. Korang kena tengok sendiri movie ni.

Lepas Anna keluar dari pusat psychiatric, ayahnya bertunang dengan bekas jururawat arwah emaknya, Rachel. Satu hari, hantu arwah maknya muncul dan seolah-olah menunjukkan Rachel merupakan pembunuh maknya. Start from that Anna dan kakaknya, Alex mula menyiasat Rachel. Then mulalah plot twist yang takkan disangka-sangka. Rating movie 10/10 sebab aku suka banget sih jalan cerita dan plot twist nyah.


3. Crush

Crush 2013 Movie Review

Pernah ada crush? Perempuan ni punya obses dengan crush dia sanggup bunuh or cederakan perempuan lain yang cuba 'merampas' lelaki yang dia minat. Scott Norris memang pelajar paling popular di sekolah nya so no wonder ramai perempuan minat dia termasuk perempuan psyco tu and senang dengan dia lagipun dia memang peramah. Scott Norris mula menyiasat siapa orang sekeliling dia yang jadi psycotic stalker dia sampai tersalah tuding jari rupanya perempuan lain. Memang plot twist gila cerita ni. Geram dengan perempuan psyco tu eii. Rating movie ni 9/10.

24 comments:

  1. Semua pun belum tengok lagi. Saya dah lama tak tengok English movies.

    ReplyDelete
  2. dua dari movie ni saya dah tengok. game night memang plot twist giler! kelakar pun ada hahahah
    must watched lah!

    ReplyDelete
  3. Game night bestttttt.

    https://aliefmuncung.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok cerita Crush. Memang minat sangat2 genre Horror dan Thriller ni.
    https://cutiedailydesigns.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. the uninvited tu citer lama kan? suka pelakon utama dia tu, cute. memang plot twist.. best jugak

    ReplyDelete
  6. nampak menarik cerita2 ni :)

    ReplyDelete
  7. Yang no 2 dengan no 3 tu nampak menarik giler..

    ReplyDelete
  8. i think i might try watching all of these later :) thanks for the recommendations.

    ReplyDelete
  9. wah macam best je semua kat atas ni hahhaha.. nanti nak cari slow2.. tq sharing.. datang melawat dari blog www.rodiahamir.com

    ReplyDelete
  10. i've watched the second and third movies and definitely the plot twists were fcked up hahaha btw i wanna try to watch the first one because im so bored hahahah

    ReplyDelete
  11. hahaha. memang waktu sebelum nak exam atau ada banyak assignment adalah waktu paling best nak khatam kan movie ! kita geng hihi

    ReplyDelete
  12. wowww.. nanti nak tengok lah ;p

    ReplyDelete
  13. I could never watch horror scary movies like this.

    ReplyDelete
  14. pernah tengok crush je, yang lain belum. maybe nak tengok game night sebab saya suka pelakon dia :D

    ReplyDelete
  15. banyak gak cite best2 skang ni. boleh la slow2 tgk.

    ReplyDelete
  16. The Uninvited best! Lama dah tengok, and plot twist dia last tu oooooh!

    erin x | oh, erin writes

    ReplyDelete
  17. Bookmarking all the movies listed..!

    ReplyDelete
  18. done masuk list movie must watch. hehehehe thank you for suggestions!

    ReplyDelete
  19. Tengok movie sebelum exam itu selalu dibuat zaman dulu duluuu >.< Nasib laa lulusss examm. Hahaha

    Okayy. Boleh tengok nii. Macam menarik !

    ReplyDelete