Movie Review - Down A Dark Hall di GSC Mid Valley

Hi

3 hari lepas aku baru keluar jalan-jalan dengan kawan high school aku kat mid vallley. spent time tengok wayang lah macam biasa. dalam whatsapp tengah bincang nak tengok movie apa esoknya en tiba-tiba izzah kata, "esok sampai mid valley la baru bincang nak tengok apa." sebab malam tu pun masing-masing malas nak fikir lagi nak tengok movie apa esok en sekali betul-betul sampai kaunter tiket tu baru decide nak tengok movie apa hahaha nasib baik memang takde orang sebab hari selasa.

"akak, cerita apa eh best sekarang ni?"

akak yang jaga kaunter tu pun macam whadehekkk hahaha. dia pun suggest lah crazy rich asian lah, the meg lah, hantu kak limah lah, apa ntah lagi. yang penting last sekali dia sebut down a dark hall. akak tu punya approaching suruh tengok down a dark hall memang gaya fed up bila kitorang berlima sendiri tak tau nak tengok movie apa. kitorang pun onz jelah tengok jelah. kau tau bila movie lagi 5 minit nak start, masa kitorang masuk hall tu apa jadi?

KOSONG wey hall tu gila apa dah lah nak tengok cerita hantuuu masuk hall kosong gelap tu lagi seram bhai kitorang semua perempuan berlima je then ingat salah masuk hall. dua orang pergi keluar cari assistant tanya kut kitorang salah hall ke apa sekali memang betul itu hall nya. masa beli tiket kitorang pulak bunguk tak tengok seat betul-betul ramai orang or tak tsk tsk menangis wey rasa macam nak pergi hall lain je or panggil mana-mana assistant kat luar tu ajak teman tengok sekali hahaha.

masa tu memang redho pasrah jelah tiket dah beli bontot aku pun dah melekat sambil makan popcorn so pasrah jelah berlima pun berlima je lar. bila movie dah start tiba masuk dua orang chinese lelaki and dua perempuan sorang melayu sorang india (kot). jadi la tu 9 orang JE dalam satu hall tengok movie hantu kahkah 1 malaysia lagi tu.

okay lah. panjang pulak muqaddimah. saje nak cerita yang expectation kitorang memang agak tinggi lah movie ni seram gila baq hang.

Movie Review - Down A Dark Hall di GSC Mid Valley

asalnya movie ni from a supernatural gothic novel "Down A Dark Hall" oleh Lois Duncan. Cerita ni kisah pasal seorang perempuan yang banyak masalah disiplin kat sekolah lama kena hantar tinggal di sekolah berasrama oleh parents dia tapi kat sekolah tu ada 5 orang pelajar je termasuk diri dia. gila.


Sinopsis Down A Dark Hall


Movie Review - Down A Dark Hall di GSC Mid Valley

lima remaja perempuan yang bermasalah dihantar ke blackwood, sebuah sekolah berasrama yang misteri untuk perempuan yang 'berbakat'. pengetua blackwood, madam duret dah meyakinkan parents kat luar sana yang blackwood adalah tempat di mana anak-anak mereka boleh berkembang secara akademik & artistik sebab tu diorang hantar anak diorang ke blackwood walaupun mahal. makin lama misteri tentang blackwood akhirnya terbongkar satu persatu akan tujuan sebenar yang mengerikan dalam sekolah tu.


ni review aku

content cerita dia bagi aku memang best tapi dalam movie ni gaya persembahan dia agak tak clear. ni pun lepas tengok movie ni aku siap bukak discussion lagi dengan izzah dan yon sebab aku masih tak faham jalan cerita dia hahaha. ada lah sikit rasa menyesal beli tiket movie ni sebab aku tak paham jalan cerita dia and ending pulak habis macam tu je macam tunggu bintang muncul siang hari. opening dia okay dah and aku suka. masuk je part ending aku rasa macam nak claim refund pulak hahaha. serious cerita ni memang menarik bagi aku tapi hm. movie takdelah seram mana. banyak kait dengan roh orang yang dah mati gitu je. banyak scene yang tak clear dalam movie ni. satu jelah benda paling aku suka lepas tengok movie ni; hero (noah silver) dia hensem kuikui

terus tukar nama sarah silver lepas tengok movie ni hahaha.

rating movie ni i bagi 4/10 jurr tu pun 4 sebab hero dia hensem kahkahkah okay gurau je.


siapa yang dah tengok movie ni tapi sampai sekarang masih tak faham moh ler bukak discussion kat ruang komen bawah. takpe aku ijinkan.

7 comments:

  1. Hahaha kalau masuk nak tengok wayang, tapi orang tak ramai, rasa krik krik lah sikit. Yang tahan nya rating tu sebab pelakon hensem :P

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok cerita macam ni dalam hall yang besar tapi sikit orang memang tak tenang nk duduknya

    jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2018/08/my-favourite-english-quotes.html

    ReplyDelete
  3. alamak kalau crita yg suam2 kuku ni pening jgk kan. tak paham story line nya.

    ReplyDelete
  4. dh lama gak tak ke panggung ni. kalu sy pun memang blur x tau nk tgk apa.

    ReplyDelete
  5. kalau movie susah nak faham jadi frust pulak nanti. huhu.

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Mgkn cuter ni ade kesinambungannya kot..xpe,yg penting moment dengan kengkawan tu, lebih bermakna

    ReplyDelete
  7. malas tul kalau cite tak clear ni kan..mood nak tengok pun hilang...

    ReplyDelete