#CekodokTrip - Hiking Bukit Keluang, Pantai, La Hot Spring

Hi assalamualaikum!

Hiking Bukit KeluangHiking Bukit Keluang

Bukit Keluang antara destinasi yang dah lama masuk dalam bucket list aku since tinggal kat terengganu ni. Walaupun dah nak masuk sem 5 baru dapat hiking kat bukit keluang, puas hati jugak lah takde ler sia-sia aku belajar jauh-jauh ni harharr. Orang lain dah lama pergi bukit keluang kita baru nak pergi huhu. Ni pun last minit punya plan. Harini plan, esok terus pergi. 

Hiking Bukit Keluang

Disebabkan sem ni ada dua paper je tapi study week lama gila sampai tak tahu nak buat apa tak tahu nak study apa so naziera ajak pergi rumah nenek dia dekat jerteh. Esok paginya terus hiking di Bukit Keluang. Dalam 7.30 pagi macam tu kut kitorang start daki tu yang sempat tengok sunrise hihi.

Hiking Bukit Keluang

Lawa gila mashaAllah (fall in love beb).

Hiking Bukit Keluang

Ni starting point dia. Ada tempat parking kereta. And kalau ikutkan bila turun bukit (terus sampai ke pantai), laluannya agak jauh kalau nak jalan kaki ke tempat parking kereta balik so kami turun ikut jalan yang sama masa kitorang daki bukit je. Biasa orang akan turun ikut laluan jauh tu sebab nak terus mandi pantai then lepas mandi jalan jauh untuk balik ke kereta. Lagipun pantai yang ada ramai orang tu ada banana boat, etc sebab tu ramai pergi pantai tu. Tapi kami malas hahaha. Bila nak turun bukit tu ada sorang abang tu tegur, ''dik, turun salah jalan ke ni?''

Eh takdelah bang. Kami tengah daki bukit secara songsang ni.

Hiking Bukit Keluang

Ni kat bahagian puncak ada pondok dengan bangku panjang gila. Orang ramai berehat amik angin, tengok view dari pondok tu la. 

Hiking Bukit Keluang

Dari atas bukit ni teringat cerita moana tengok bukit yang hujung sana macam Te Fiti haha.

Lepas turun kitorang naik kereta pergi pantai. Tapi kami tak pergi pantai yang biasa orang mandi lepas hiking tu. Kami pergi pantai yang ada muara yang agak bahaya and takde orang kat situ. Yang bahayanya kat muara je, pantai dia okay cuma takde orang sebab orang biasa mandi belah lagi satu.

Hiking Bukit Keluang

Pantai dia sumpah lawa gila. Tu yang masing-masing tak boleh behave bila bergambar hikhik. 

Hiking Bukit Keluang

Lagi bersih, lagi lawa view dia, lagi tenang :')

Kalau nak pergi pantai ni, bila korang keluarkan kereta dari tempat parking starting point bukit keluang tu, korang belok kiri pastu straight je sampai hujung ada jalan mati. Then jalan kaki sikit turun pergi pantai dia.

Hiking Bukit Keluang

Balik dari pantai, kitorang gerak ke La Hot Spring. Tak mandi air panas pun. Tapi mandi sungai kat sebelah dia. Time kat sini nenek naziera tengah berkelah dengan kawan-kawan dia so cucu-cucu dia yang lagi dua orang tu pun ikut sama. Time ni air tengah surut so sungai dia tak dalam macam biasa. Kak Nor kata biasa sungai ni paras dagu diorang bila berdiri dalam air pergh.

Hiking Bukit Keluang

Sekian sahaja cekodok trip kali ini. Lepas ni nak jelajah terengganu pulak hewhew. Aku tengah tak sabor tinggal lagi satu paper final exam nak habis ni pastu boleh balik kl yahuuuu! Kbye.

11 comments:

  1. cantik kan pantai ni.bestnya mandi tu

    ReplyDelete
  2. cantiknya..haritu adik akak ada pergi sini..inshaAllah nak p juga laa nanti

    ReplyDelete
  3. Ritu g ganu xsempat nk naik bukit ni..haha

    ReplyDelete
  4. Bestnya hiking..cite moana tu yg terselit sama..hehe

    ReplyDelete
  5. terbaek.. best aktiviti camni :)

    ReplyDelete
  6. zaman bujangt du;u, rajin buat aktiviti hiking..sekarang dah ke laut..huhu

    ReplyDelete
  7. Masha Allah, cantik betul ciptaan Allah, dah lama akak tak mandi sungai..

    ReplyDelete