Movie Review - Midnight Runner, Forgotten & I Am Hero

Hi assalamualaikum!

Malam ni aku nak review 3 movie korea and jepun yang aku pernah tengok sambil makang kat rumah sewa aku hahaha. Aku tak berapa nak layan romance movie sangat, aku lebih suka pada movie yang adventure, ada humour-humour sikit, action, mystery, etc.

Kali ni aku nak review 3 movie terus and semua ni movie korea kecuali I Am Hero movie jepun;

- Midnight Runner
- Forgotten
- I Am Hero

Midnight Runner (2017)

midnight runner (2017) movie review

Movie ni keluar tahun 2017 dari South Korea merupakan movie comedy, action, and crime. Lebih kepada kes jenayah, ada action lawan-lawan, and kelakar pun ada. Mengisahkan tentang dua orang pelajar dari Korean National Police Univeristy yang cuba menyelesaikan satu kes jenayah penculikan gadis pada satu malam setelah polis macam melengahkan kes yang baru dilaporkan. Disebabkan risau dengan nyawa-nyawa gadis, mereka berdua membuat keputusan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Mulanya Park Ki-Joon dengan Kang Hee-Yeol ni masa orientasi macam anjing dengan kucing tau asyik tak puas hati je sesama sendiri. Then ada satu kejadian yang membuatkan mereka jadi bestfriend and aku memang suka dengan semangat kerjasama dan kesungguhan diorang nak selesaikan kes jenayah yang melibatkan nyawa ramai gadis. 

Bagi aku filem ni biasa je cuma part kelakar banyak hahaha. Masa ending dia aku nangis sikit bila gadis yang diorang selamatkan tu jumpa diorang balik nak ucap terima kasih sebab dia dah berhutang nyawa dengan diorang dua ni. Comel la diorang punya friendship. Plot twist biasa je, jalan cerita pun macam boleh expect so aku bagi rating 6/10 je harharrr. 


Forgotten (2017)

forgotten (2017) movie review

One of hero dalam midnight runner pun jadi hero forgotten jugak dia jadi Jin-Seok. Dalam movie ni, Jin Seok cuba mencari kebenaran di sebalik misteri penculikan yang terjadi. Movie ni memang plot twist gila dengan aku sekali kena tipu tapi memang boek plot twist dia. Mung semua takkan sangka ending dia. Jin Seok kena culik and seolah-olah berada dalam kenangan bahagia dia 19 tahun lalu sedangkan ada misteri sedang cuba dibongkarkan oleh orang sekelilingnya. Aku ingatkan rumah dia yang baru pindah tu berhantu rupanya...... haaa tengok sendiri. Rating movie ni i kasi 10/10 sebab plot twist dia gempak nak dead + hero dia henshem :') 


I Am Hero (2015)

I Am Hero (2015) movie review

Movie ni lebih kurang macam train to busan ada scene kena kejar dengan zombie apa semua tapi sumpah zombie dia lagi seram nak mampus and lagi best dari train to busan. Dalam movie ni takde watak kekeluargaan sangat, semuanya jumpa and kenal kat tengah jalan masa nak lari dari zombie harharr. Berasal dari manga movie since hero dia pun merupakan watak seorang pelukis manga yang menyimpan senapang peribadi. Kalau search movie ni kat google pun banyak keluar version manga. 

Zombi-zombie tu kena virus ZQN and ramai gila zombie dia masa battle kat tempat parking premium outlet tu kau bayangkan orang tengah buat marhaban ramai-ramai tapi daya jalan macam zombie eii seram. Hero tak hensem mana tapi gentleman gila nampaklah smart masa tembak zombie-zombie durjana tu sebab nak selamatkan dua orang perempuan yang dia baru kenal. Rating movie ni i kasi 9/10 hikhik. 


Okay tu je movie review kali ni. Ada banyak lagi movie aku nak review dalam blog ni so korang doakanlah i have a flexible time to blog hahaha. Thanks you for drop by!

7 comments:

  1. anis baru tengok separuh movie forgotten tu sbb terlena hehehe

    ReplyDelete
  2. Yg forgotten tu mcm best, nnt nak try cari movie ni ... Nak tengok juga...

    ReplyDelete
  3. i am hero ni je tak pernah tengok lagi, nak try jugak lah nanti

    ReplyDelete
  4. I've watched the first two and my favourite between the two is Forgotten as well :D

    ReplyDelete
  5. hahahhaaa... sempat kau tgk movie ehhhh...

    ReplyDelete
  6. Says spesies yg x tengok movie sgt.hihi..

    ReplyDelete