RAYA 2018

After 6 months, now i'm back.

..

In a serious way of writing.
Sem 3 is quiet tough you know so i got no time to spend here. *rolleyes

Today is 20 jun and tbvh aku patutnya dah kena tercongok kat unisza tu. Tapi hm. Macam tak biasa. Tambahlah cuti sendiri. 25 jun nanti baru aku balik sana kihkih. Disebabkan dapat #cutitambahsendiri, bolehlah aku update blog mihmih.


HAPPY EID MUBARAK GAIS!

It's not too late for me, right?


On the first day of raya, like always. We get ready on our baju raya at 7.30 am and taking selfies of the whole family in the living room. Then we moved to the grave to visit our dad on the first day of raya. I know even in Islam memang tak digalakkan ziarah kubur pagi raya because we suppose to be happy on eid. So what? We just want to visit his grave before we leave to Perak. That's it.



Act geram jugak sebab ada certain orang anggap orang yang ziarah kubur pagi raya ni macam tak belajar agama, kuno la, bid'ah la. Suka hati je judge orang. Tak baik tau. Tak ada niat nak bersedih pun. Tapi memang setiap kali raya akan teringat kat arwah. Nak buat macam mana kannnnnnnnnn.

RAYA 2018

Then we moved to perak lepas drive thru mcd beli sarapan. Orang lain sarapan lemang, nasi impit, etc, kita sarapan mcd haha. Dalam 2 jam lebih sampai. Highway manyak kosong maaa. Terus beraya rumah adik-beradik ibu.

RAYA 2018
Ada nampak saya happy tak dapat duit raya? Bak sini duit raya.


First day raya, visit 3 rumah siblings ibu. Itam, Mak La and We Yong. Melepak je lebih ni sebab semua berkumpul kat satu rumah and semua pun melepak sama hahaha. Lepas tu balik rumah Ummi, kami tidur sana. 

Sec day raya, visit lagi 2 buah rumah siblings ibu. Mak Nyah and Alang. And yes, aktiviti yang sama. Melepak. Tapi yang bestnya sec day ni ada girls night out guys. Tengok Incredibles 2 and masing-masing cousin dah beso belake (besar belaka).

RAYA 2018

Third day raya? Balik kl ler. Sebelum highway jammed baik balik duluuu hahaha. Risau aku kat rumah kucing-kucing aku lapar makan pasir nanti. Kesian baby baru tak dapat neneng mak nya nanti sebab maknya tak makan.

RAYA 2018
Meet the new baby. Baby. Yes, that's her name.

Alhamdulillah wa syukurulillah saya masih tidak disisihkan keluarga kerana duit raya masih sama banyak dengan adik-adik i hahahahaha. So, laporan hasil kutipan beraya lima buah rumah;

RAYA 2018
cc: twitter/google

Oh ya! My mom also get duit raya from his husband, limited edition punya RM,

RAYA 2018
Kira lepas lah ni belanja sebulan...

RAYA 2018
*kutip pahala

Our raya is so simple. Tahun ni just beli baju raya and tudung sehelai sorang untuk tiga-tiga adik and tudung raya ibu je. Me tak beli apa-apa langsung. Pakai tudung bawal pegi class, baju raya semua recycle dari wardrobe ibu je hehe. Ibu banyak baju kurung, jubah, dress dia lawa-lawa dalam almari and ibu pakai pun sekali-sekala je. Nasib baik saiz kitorang lebih kurang so boleh lah aku menggedik dengan baju-baju ibu. Ibu pun pakai jubah-jubah lama dia je masa raya. Memang taknak beli baru sebab fikir pakai setahun sekali je. Raya rumah family pun melepak je keje haha. Membazir.


Yang penting raya ni, lemang, ketupat, kuah kacang, rendang, semperit, kuih raya mak nyah, ayam masak merah rumah we yong, mee sup rumah alang, brownies rumah mak la semua dah selamat masuk perut. Alhamdulillah. 


Ok lah. Maaf salah silap ye semua. Kalau selama ni ada terguris hati dengan apa yang ditaip di blog or mana-mana socmed, ampun salah silap. Selamat hari raya!

17 comments:

  1. salam aidilfitri sis, jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya.. seronok masih dapat duit raya..

    ReplyDelete
  3. haha amboi raya first dah cari mcd! Selamat Hari Raya Sarah :D

    ReplyDelete
  4. slmt hari raya dik.. bnyk dpt duit raya terr. mek sokong, raya ni pentingnya segala makanan raya, berkumpul sanak saudara. pasal baju semua tu tkde pun tkpe. it not a must. disunatkan je pakai baju raya. yg pasal melawat kubor tu pun mek ok je. dah time raya tk jenguk, mcm la time lain lain tu kita pegi jenguk kubo, ye dak?

    ReplyDelete
  5. jom tgk blogskin ni. http://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/never-mind-template.html

    ReplyDelete
  6. Tak ada masalah untuk ziarah kubur. Saya pun memang akan ziarah kubur waktu raya. Bidaah nya bila ziarah kubur tu dan baca yassin. Huhu.

    ReplyDelete
  7. Hi selamat hari raya maaf zahir & batin .(^_^)

    ReplyDelete
  8. Teringat time kerja kat KL dulu, ramai member pi beraya kat cinema. Akak tak sanggup dik, sanggup resign, beli tiket flight sehari sebelum raya sebab terpaksa kerja jugak hari tu semata2 nak balik beraya kat kampung..haha. Lepas raya takde keje..sadisss..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya sis.. =) Comellah kitten tue, sama macam kucing saya yang dipanggil Black..

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya dari Aida ye, sarah.

    ReplyDelete
  11. samalah pakai tudung g kerja jugak hahaha

    ReplyDelete