Lirik Lagu Unic - Sedar (feat. Caprice)




Fahami liriknya betui2..msj yg nk disampaikan ialah ttg kesedaran kite akan kehilangan org yg betui2 kite syg..spt ibu bapa, ahli keluarga, kwn2 yg byk mbantu, rapat dan penting dlm kehidupan kite. Bila dh tiada org2 ni, kite rasa sunyi sepi kan? Maka kite kena sedar betapa pentingnya mereka2 ni.

Sy igtkan kpd semua, Dakwah tu menyeru ke arah kebaikan..so, x pelik kite nk bgtau pd semua org supaya sentiasa sedar betapa pentingnya org2 yg kite syg ni wlpn rentak dan genre lagu nyer berbentuk rappers dsbgnya.

So, doakan utk org2 yg kite sayang ni sentiasa tenang di sisi Allah Yang Maha Esa dan dlm masa yg sama kite mendekatkan diri kpd Allah swt sepanjang masa. - Lee Idura Bahari


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masih terlihat kau disana Menghapiriku penuh tawa Tenungan mata terpesona Kau cahaya Kau permata Ku resah bila kau tiada Nyata kasihmu sementara Kau melangakah pergi tanpa ku rela Dan akupun merasa Langkah mula terhenti Kini kau tiada Sepi... Aku sendiri tanpamu lagi Yang mampu setia temani Bahagia lebih sempurna Untukmu disana Aku sendiri tanpamu lagi Yang aku cinta sampai mati Moga Kisah kita terbina semula akhirnya Masih teringat detik mesra Menghiasiku sentiasa Kau selalu berkata - kata Kau setia selamanya Ku yakin pada takdir kita Ku serahkan jiwa dan nyawa Ceritera indah pada akhirnya . Dan aku pun merasa Langkah mula terhenti Kini kau tiada Sepi... Aku sendiri tanpamu lagi Yang mampu setia temani Bahagia lebih sempurna Untukmu disana Aku sendiri tanpamu lagi Yang aku cinta sampai mati Moga kisah kita terbina semula akhirnya
(Caprice) Mesej tak kesampaian Walaupun dah bluethick Tapi situasi kita Cinta kita dah berputik Kenapa cintaku untukmu sentiasa diuji Mungkin bakti dan sumbanganku Masih tak terbukti Or maybe, I'm not good enough Maybe we not meant to be Maybe your friends telling you lies They never want to see me and you together,
Forget it im on a level, I keep a few friends No bias just bang bang! Dan aku pun merasa Langkah mula terhenti Kini kau tiada Sepi... Aku sendiri tanpamu lagi Yang mampu setia temani Bahagia lebih sempurna Untukmu disana

Aku sendiri tanpamu lagi Yang aku cinta sampai mati Moga Kisah kita terbina semula akhirnya... Moga Kisah kita terbina semula akhirnya...

Study Last Minit + My 2017's Birthday

Rasa janggal pulak nak start menaip kali ni.

Boleh tahan lama aku abaikan blog ni. Kalau blog ni boleh bercakap dah lama aku kena maki kot haha. Lepas je cuti mid sem hari tu terus aku busy and tak sempat nak buka blog padahal bukan busy study pun. Entahlah, tak tau aku busy apa.

Yang penting bukan study lah. Bagi lah aku berapa minggu study week pun, aku tetap akan study sehari sebelum exam hehe. Tolonglah jangan contohi aku adesss.

Takpelah. Nanti sem 3 aku study awal-awal InshaAllah haha (nipu je ni).

Study Last Minit + My 2017's Birthday

Sekarang ni aku sedang menikmati cuti sem dengan gumbiranya di rumah. Setiap hari menghadap laptop, phone, buku nota. Entahlah tak tau nak describe cuti aku sekarang macam mana. 

Yang penting rileks jelah. No rush-rush. Tak payah study. Kemas bilik aku sendiri yang kecik tu pun sampai dekat 5 hari baru siap. Rileks punya kerja lah katakan. Paling rush pun setakat aku kena pos parcel customer tu jelaa. Kalau lambat send parcel customer ngamuk haa. 

Kadang tu aku sampai lupa aku dah mandi ke belum hekhek. Kalau makan aku ingatlah.


My 2017 Birthday

Fyi birthday aku memang paling lambat dalam family. 27 disember. Every year birthday aku biasanya memang hambar lah. Paling meriah pun orang cuma spam wish guna whatsapp je sebab semua orang tengah cuti sekolah en memasing di rumah haha. Hambar. 

No wonder lah sebab kadang aku sendiri pun lupa birthday aku hari apa. Since birthday aku selalu hambar every year, hari birthday aku is no longer important in my life muahahaha. Sampai tak kisah orang nak wish or tak. Kalau boleh biarlah orang tak ingat langsung. 

Tapi tahun 2017 ni lain.


Masuk universiti, cutinya tak sama macam cuti sekolah. So masa bulan 12 aku berada di asrama dan tengah jawab final exam. Aku memang tak expect anything pun dari kawan-kawan aku masa tu sebab dengan aku nya tengah stress study last minit en hahahaha. Aku pun lupa birthday aku masa tu. Macam tak pikir sangatlah. 

Pagi tu classmates just wish kat group class jelah macam biasa. Aku pun tq tq jelah. Then sambung study. Act masa hari tu aku seharian lepak library dengan housemate aku. Study lah esoknya nak exam enn (konon). Malam tu dalam pukul 11 malam macam tu baru aku balik rumah. 

Tapi balik bilik tu aku takdelah terus tido ke apa. Tudung pun tak bukak lagi haha sebab sibuk main phone, main snapchat. Haha nampak tak dia punya stress study dari pagi sampai malam kat library. Tiba-tiba dengar ada orang nyanyi lagu birthday dari luar bilik. Then aku macam blur kejap, birthday siapa diorang celebrate memalam buta ni? Rupanya birthday aku hahahahahaha.

Suara dia boleh tahan nyempreng jugaklah. At first aku fikir housemate aku. Tapi macam lain suaranya. Rupanya suara Emelda, classmate aku! Hahaha adoyy. Pastu ada aisyah dengan dayah sekali bawak kek span siap berlilin lagi. 

Yelah, aku nangis. Terkejut kot. Patutlah banyak kali ws tanya dah balik dari library ke belum. Kalau tau aku balik awal sikit haha. Kesian diorang tunggu lama.


Takdelah, aku macam tak sangka diorang nak celebrate birthday aku siap ada cake berlilin bagai. Aisyah tu pulak rumah dia tingkat 1 gigih betul naik rumah aku tingkat 5. Si Emelda pulak baru balik dari dinner askar dia. Dayah pun sanggup cari kek span guna runner bagai.

"Korang! Thank you so muchhhhhhhh! ILY guys!"

Malam tu sambil makan kek sambil sembang pasal how struggle diorang cari kek, si aisyah dengan muka tak malu mintak lilin sebatang (free pulak tu hahaha) dekat secret recipe time otw dia balik dari airport hahaha, lepas tu sembang pasal microeconomics pulak (subject nak exam esoknya), pastu sembang pasal class lah. Sampai nak dekat pukul 2. Pastu penat, tido, tak ambik gambar pun, dah lah study pun belum cover habis hehe.


Study Last Minit + My 2017's Birthday
Sempat ambik gambar kek span jelah hihi. Cadbury from nadja, my housemate.


Ada video sebenarnya. Dalam video tu pun suara melda je lah dengar dia nyanyi lagu birthday sebab aisyah dengan dayah tahan gelak dengar suara melda nyanyi nyempreng gila hahaha. 


Then few days after, masa tu sehari sebelum exam accounting. Aku ni boleh tahan noob jugak pasal accounting ni sebab dulu masa spm aku ambil engineering bukan account so aku takde basic. Bila masuk U sumpah aku terkial-kial buat account, dengan aku malas nak buat latihannya. Masa sem 2 ni memang aku struggle gila account. Tapi struggle masa nak dekat test dengan final exam jelah hahahahahaha.


Malam sebelum exam tu aku stay up bilik aisyah study accounting dengan dia sebab dekat rumah aku takde orang yang aku boleh study account sama-sama sebab diorang course lain. Mula2 ingat nak tidur lambat je kat bilik aisyah then nak balik rumah sekali aku terus tak tido malam tu kat bilik aisyah study sampai ke pagi. Pagi tu aku cuma balik bilik mandi, solat subuh then pergi dewan exam.


Masa aku tengah study accounting tu, group housemate aku kecoh tau malam tu. Semua marah-marah. Pastu diorang suruh aku balik rumah jap (sebab aku sorang je takde kat rumah masa tu). Katanya ada masalah. Kena settle malam tu jugak. Lepas tu semua nak emo bila aku kata aku memang tak boleh balik rumah malam tu.


Ei dah lah tengah stress dengan account, lepas tu tambah stress dengan housemate aku dok paksa suruh balik rumah time tu jugak. Last-last aku campak je phone tu ke tepi. Accounting aku banyak lagi belum cover.  

Problem housemate tu aku lantakkan je dulu sebab aku nak exam account pagi esoknya kot. Ni je time aku nak struggle (padan muka siapa suruh study last minitttt hahaha). Masa tu aku fikir nanti-nanti jelah aku mintak maaf dengan housemate.


Lepas habis cover few chapters, aku pun rehat lah kejap, main-main phone. Then masa aku tengok story whatsapp dengan instagram, ada ni;


Study Last Minit + My 2017's BirthdayStudy Last Minit + My 2017's Birthday

Study Last Minit + My 2017's BirthdayStudy Last Minit + My 2017's Birthday


Ye beb. I menyesal tak balik rumah malam tu. Masa aku tengok story diorang ni pun diorang tengah habiskan semua pizza tuuuuuu hahahaha :(

Aku pun baru teringat yang housemate aku mana ada wish birthday masa birthday aku hari tu pun so diorang nak celebrate hari lain tapi salah hari lah pulak aiseymennn. Takpelah takde rezeki aku nak merasa cheezy fingers free hahaha. Anyway,

"Thank you so muchhhh guysss! ILY tooooo!" 

Aku tau masa tu memasing tengah pokai kot. Kalau boleh nak berjimat memasing taknak makan fast food. Sebab tu aku pelik masa rozi survey-survey web pizza hut petang tu, tengah pokai pun nak makan pizza hut, pastu aku cakaplah, 

''sampai hati nak order pizza taknak ajak aku,"

Then dia kata, saje je nak survey. Tak tau nak beli ke tak. Gaya dia memang taknak ajak aku order sekali sebab selama ni kalau order makanan apa-apa selalu order sekali dengan aku. Rupanya memang nak beli untuk aku malam tu :( Tapi takpelah. Bukan aku yang makan pun bhahaha. 


Anyway thank you semua! Susah-susah je nak celebrate birthday orang macam aku haha.


Sem 2 - Diploma Perdagangan Antarabangsa

Alang-alang aku dah habis sem 2 ni, aku cerita terus lah ye overall untuk sem 2 diploma aku kat unisza. Before this aku tak sempat nak cerita pasal sem 1 punya subjek, how to enrolled and so on. So aku story sem 2 dulu okay.

Untuk semester 2 punya subjek ni still dikira subjek fakulti. Means semua course dalam fakulti aku belajar subjek yang sama tapi not at all lah.


Senarai subjek semester 2;
- Financial Accounting I (Non-DIA)
- Microeconomics
- Fundamental of Business
- Business Mathematics I
- Business Law
- Business Communication


FINANCIAL ACCOUNTING I

Non DIA tu stands for subjek untuk student yang bukan diploma perakaunan. Sebab kalau student akaun ada silibus diorang sendiri and lagi berat and mendalam lah. Bagi aku, akaun ni seronok and kadang-kadang macam senang. Tapi sebab aku malas buat latihan en, tu yang sampai sanggup tak tidur before exam haritu nak struggle subjek ni.

And lecturer tak ajar basic dari awal even kau dulu bukan budak akaun. Yang basic semua kitorang kena usaha sendiri. Belajar dengan kawan-kawan lain yang pernah belajar akaun dulu. Nanti next sem ada belajar akaun lagi okay so i kena struggle lagi.


MICROECONOMICS

Subjek ni paling aku malas nak belajar bila masuk bab graph haha. Dalam subjek ni, kita akan belajar pasal bentuk ekonomi, jenis-jenis barang ekonomi semua tu laa. Diorang kata subjek ni sama je macam belajar ekonomi masa spm dulu so i'm not sure lah sebab aku tak belajar ekonomi dulu.

Formula pun boleh tahan banyak and banyak nak kena hafal. Kalau rajin buat latihan senang je time final nanti. Tapi aku tak rajin. Lecturer kasi latihan masa tutorial pun aku buat last minit huahuahua.


FUNDAMENTAL OF BUSINESS

Belajar subjek ni overall best sebab ada belajar banyak benda pasal syarikat, business model, human management, etc. Kalau kau memang minat business, subjek ni memang seronok even lecturer yang mengajar kau tu tak best. Untuk final project pun kitorang kena buat business proposal.

Group aku pernah sampai tak tidur siapkan business proposal kat cafe. Tapi berbaloi lah. Lepas ni boleh buat business proposal untuk business model yang lain hikhik.

Nanti habis sem 2 kalau nak proceed terus with the business model project yang kitorang buat and make the business real pun tak kisah. Usaha sendiri kalau betul minat.


BUSINESS MATHEMATICS I

For this subject, tak silap aku silibus dia sama je dengan budak uitm sebab kitorang memang guna buku teks student uitm. Bussiness Math ni kau akan belajar pasal cukai, interest bank, interest loan, etc. Semuanya banyak berkaitan dengan urusan bank, macam mana diorang kira rate percentage.

And ada belajar jugak pasal harga mark up, macam mana nak kira retail price. From this boleh tahu lah macam mana retailer kira untung diorang, macam mana diorang boleh buat sale price tanpa ada kerugian and so on.

Kalau banyak buat latihan, senang je nak paham soalan time final. Tapi macam beshe, aku tak rajin muahahaha.


BUSINESS LAW

Owemji. Ni lah subjek yang paling aku tak gemar. Buku teks dia memang fully perkataan je. No picture. Tengok buku pun dah stress hahaha. Kalau faham kes dia seronok lah jugak masa dalam kuliah. Tapi biasalah law. Undang-undang memang complicated sikit. Kena banyakkan membaca and try aplikasikan dalam kes yang selalu berlaku in daily life. Bila selalu baca senang nak ingat.

Tapi i tak rajin lah. Nasib baik aku bukan student law.


BUSINESS COMMUNICATION

Subjek ni penting lagi-lagi bila kita masuk alam pekerjaan nanti. Tak kisahlah sama ada kita akan jadi employer or leader or boss. Kitorang belajar on how to do a good presentation, macam mana nak tulis resume, application letter, business messages, how to deliver messages effectively and etc.

Dalam business akan ada banyak komunikasi. So, learning this subject is important.


Study Last Minit + My 2017's Birthday
masa ni #done5paper

Cerita dia, masa draf jadual final exam keluar, subject business communication tercicir (means takde dalam jadual). So bila keluar jadual betul, dia drag subject tu ke hari last-last nak exam. Patutnya aku boleh balik rumah awal, tak pasal kena stay lagi :(  

So sebelum last paper tu aku ada gap sampai 5 hari ahahahagagaga. Kawan aku budak matrik cakap, untunglah ada banyak masa nak struggle subject last tu. Hahaha trust me, study last minit jugak menjadi.


Study Last Minit + My 2017's Birthday
habis last paper terus bergambar satu class. sebab malam tu memasing nak balik dah.


Aku tak tahulah nak regret or tak study last minit ni. Dah macam habit. Masa sem 1 pun gitu. Biarlah benda dah lepas hahaha. Tengoklah result nanti macam mana hewhew. Sekarang tengah cuti and aku tengah build aku punya 2018 resolution hahaha. So doakan. Even I'll not tell you guys. 


p/s: I'm so happy with what had happen in my life so far especially in 2017. Memang lah tak semuanya manis untuk dikenang, tapi yang pahit tu lah yang banyak mengajar. Yang 'hilang' pun banyak menyedarkan aku yang tak semua milik kita. So apa pun thank you to those yang datang dan pergi :)


Thank you jugak untuk awok yang baca entry ni sampai habis. Rajin nau.

Lirik The Faith - Peliharalah (Havana Versi Islamik Cover)

Ya. Dalam hidup ni, benda yang paling kita perlua jaga ialah HATI. Kerana hati ibarat RAJA. Jika baik hati, baiklah seluruh jasad. Jika buruk hati, buruklah seluruh jasad. Namun, terlalu ramai yang mengabaikan hati hingga ia mati. Akhirnya, imna musnah, amal dan ibadah terasa berat serta maksiat pulak yang jadi nikmat. Moga lagu PELIHARALAH ni bermanfaat buat semua.


Lirik The Faith - Peliharalah (Havana Versi Islamik Cover)
The Faith - PELIHARALAH(Havana Cover) Lirik: Ustaz Adnin Lagu asal: Camila Cabello Mixing & Mastering: Amin Nordin Producer: Ustaz Adnin TARBIAH SENTAP RECORDS *** KORUS(ANIQ) Di mana ke mana? Di mana kau ketika "dia" merana? Terus terleka dengan dunia fana, Engkau sering tinggal yang benar, Tidakkah kau terpana? Jahannam 'tau jannah? VERSE(AMIR): Di mana dikau tika "dia" pedih? Mengapa kau biarkan "dia" sendiri? Hingga diri kau jadi begini! Sampai bila engkau mahu zalim, Diri kau sendiri... PRE CHORUS(FIRDAUS): Huu.. Mungkin engkau tertanya, "Dia" itu siapa? Siapakah "dia"? Takkan kau sudah lupa, Kerna terlena, nananananana... KORUS(ANIQ) Di mana ke mana? Di mana kau ketika "dia" merana? Terus terleka dengan dunia fana, Engkau sering tinggal yang benar, Tidakkah kau terpana? Jahannam 'tau jannah? RAP(FAHIMI): Jadi, Sekali lagi ku tanya dirimu... Adakah kau sedar siapa "dia"? (Bukalah mata..) "Dia" yang sering kau abai itu! Betapa kejamnya dirimu teman.. (Dia) Itu hati, Yang engkau sakiti, Hingga ia mati(mati) "Dia" itu hati(hatimu) Yang hilang sejati, Kerna kau tak bakti(hitam) Hati-hati tika menjaga hati(hati) Agar bahgia nanti(tenteram), Janji padaNya kau tepati, Kau perlu mula dari sini.. KORUS(ANIQ) Di mana ke mana? Di mana kau ketika "dia" merana? Terus terleka dengan dunia fana, Engkau sering tinggal yang benar, Tidakkah kau terpana? Jahannam 'tau jannah? (RAMAI-RAMAI) hatimu mana? Peliharanya... KORUS(ANIQ) Di mana ke mana? Di mana kau ketika "dia" merana? Terus terleka dengan dunia fana, Engkau sering tinggal yang benar, Tidakkah kau terpana? Jahannam 'tau jannah? (RAMAI-RAMAI) Hatimu mana... (Aniq) Jahannam 'tau jannah..