Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Hai guys!

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Dari kecik, aku memang tak pernah ada bantal busuk yang mungkin semua orang ada dulu (?) hahaha. So setiap kali aku tidur tak kisah lah kat rumah ke, dalam kereta ke, kat kampung ke aku pakai je bantal mana yang ada. Selesa tak selesa tu lain cerita. Aku pun pelik dengan adik aku yang selalu hurung bantal feveret dia ke hulur ke hilir lagi-lagi kalau pegi family holiday.

Tapi bila aku dah ada bantal yang di'design' kan (act aku sendiri yang design muahahahaha) nama aku sendiri, aku rasa aku bakal jadi manusia yang akan hurung bantal 'feveret' ke mana juga kot. Gila ko tak feveret dah ada nama sendiri, bantal dia gebu pulak tu. Rasa macam syok pulak ada bantal nama sendiri. So lepas ni kalau berebut bantal dengan orang lain (especially adik-beradik aku laa) bolehlah aku mengaku bantal tu memang bantal aku muehehehe.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Tak tau laa kenapa tapi ni antara bantal paling best yang pernah jadi peneman tidur aku hari-hari kat hostel. Tengok gambar pun macam comfortable gila kan bantal ni? Housemate pun ramai tegur, "Sejak bila kau ada bantal ni? Lawanyaaa!"

Material luar kain bantal ni memang best. Aku rasa macam material polyester laa kot hahah tapi kain dia memang best. Jahitan pun kemas, design dan warna dia pun lawa gila okay. Kalau baca review dari customer lain yang pernah order bantal macam aku ni pun semua memang akan cakap yang material dia memang high quality gila. Dah habis ayat dah aku nak bagitau betapa gilanya bantal ni. Aku tidur ada dua jam loceng pun tak bangun-bangun sebab sedap betul peluk bantal.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Sarung bantal ni boleh cabut je in case nak cuci ke or apa. Zip dia pun okay je.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

See? Jahitan dia lawa and kemas gila.

Mesti tertanya-tanya kan mana aku beli customade design bantal macam ni? Kat mana lagi kalau bukan dekat Printcious. Before this, aku pernah review pasal website printcious ni, korang bukan sahaja boleh design bantal macam aku punya kat atas tu tapi juga boleh design anything else like mug, tshirt, totebag, canvas dan lain-lain.

Guess what? Aku order bantal ni, seminggu je dah sampai kat tangan aku. Gila tak lembap servis diorang. Yelaa diorang nak kena design lagi, printing lagi, baru boleh buat postage kan? So that's mean kalau korang tengah urgent nak cari hadiah kahwin ke, hadiah birthday ke, order je dengan printcious. Macam-macam ada.

Bab design pun jangan risau, guna je tools apa yang ada kat website printcious tu. InshaAllah hadiah korang takkan pernah tak menjadi hahaha. 




Lirik The Faith - Perhatianmu (Attention Charlie Puth Cover)

Lagu ni pasal apa? Actually, lagu ni mengisahkan tentang seseorang yang nak CLASH, sebab dia tahu, couple dan ikhtilat itu dosa. Dia nak berubah. Dia nak move on. Dia nak kejar cinta Allah yang telah lama dia abaikan, yang telah lama dia tinggalkan akibat terlalu lama buta dengan cinta manusia. Namun, bila dia nak clash, si dia tu asyik kacau hidup dia, ganggu hidup dia, ungkit kisah silam dia, kejar dia, hina dia dan sebagainya, bagi memastikan kita kembali pada dia. Tapi, ujian berat mana pun yang berlaku, kita dah tekad untuk berubah dan kembali pada Allah.


Lirik The Faith - Perhatianmu (Attention Charlie Puth Cover)
Lagu asal: Charlie Puth Lirik: Ustaz Adnin TARBIAH SENTAP RECORDS (VERSE - Amir) Tikaku berubah berubah berubah melupakan tentang dia, Lalu dirinya dirinya dirinya mengejar.. Namun hatiku hatiku hatiku tak pernah tenang dengannya, Tak mampu aku menipu menipu diriku.. (PRE CHORUS - Fahimi) Namun mengapa engkau menggangguku? Biarku hidup sendirian Kerana cinta palsu yang terbina, Jauhkanku dari cintanya! (KORUS - Aniq) Bukan perhatian kau yang ku damba, Walau ku di hina dina cela denganmu.. Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, Ku rela di hina dina cela kerna-Nya! (VERSE 2 - Amir) Kan ku teruskan teruskan teruskan hidup ini tanpa kamu, Kerna ku mahu ku mahu ku mahu cinta-Nya, Walau ujian ujian ujian menggangguku tanpa henti, Namun tidakku tidakku tidakku berpaling! (PRE CHORUS - Fahimi) Namun mengapa engkau menggangguku? Biarku hidup sendirian, Kerana cinta palsu yang terbina, Jauhkanku dari cintanya! (KORUS - Aniq) Bukan perhatian kau yang ku damba, Walau ku di hina dina cela denganmu.. Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, Ku rela di hina dina cela kerna-Nya! (BRIDGE RAMAI-RAMAI) Biarkan ku sendiri biarku sendirian, Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian. Biarkan ku sendiri biarku sendirian, Biarkanku sendiri, tinggalku sendirian.. (Pre chorus Aniq) Namun mengapa engkau menggangguku? Biarku hidup sendirian, (Fahimi) Kerana cinta palsu yang terbina, Jauhkanku dari cintanya! (KORUS Akhir - Firdaus) Bukan perhatian kau yang ku damba, Walau ku di hina dina cela denganmu.. Ya, kerna perhatian-Nya yang ku damba, Ku rela di hina dina cela kerna-Nya!! Huu.. Bukan perhatian kau yang ku damba, Walau ku di hina dina cela denganmu..