Movie Review | Filem Tombiruo Penunggu Rimba 2017

Hai!

Dah tengok filem melayu paling best abad ni? Hahaha. Tombiruo Penunggu Rimba 2017!

Filem ni sangat dinanti-nantikan rakyat malaysia sebab cerita ni diadaptasi daripada novel thriller popular tulisan Ramlee Awang Mursyid. Masa aku tengok movie ni tak tahu lah pulak movie ni adaptasi novel ramlee am itu pun bila movie ni habis tetiba keluar gambar novelnya patut macam familiar nama tombiruo ni hahaha. Act aku ni boleh dikira fans novel thriller tulisan ramlee awang mursyid jugak tapi aku belum habis baca kesemua novel beliau lagi.

ramlee awang mursyid

Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba 2017

Berkisarkan dendam Ejim, seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan.

Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia diantara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

========================================================================

ramlee awang mursyid

Filem ini telah dijayakan dengan lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Dato' M. Nasir dan Hasnul Rahmat serta berlatar belakangkan negeri di bawah bayu, sabah. Gandingan kesemua pelakon ni memang mantap gila. Aku memang suka layan filem-filem aksi so part paling best is of course laa masa diorang fighting tu hehe.

And yang paling best, kualiti filem ni memang bagus gila naa mateyyy. Effect editing dia semua lawa and torbaek. Bila tengok filem ni memang feeling habis laa. Banyak gila scene yang mendeborkan aku sampai aku terpaksa tutup mata and telinga sikit-sikit sebab takut terkejut muahahaha. 

Tahniah kepada Ramlee Awang Mursyid sebab berjaya hasilkan sebuah cerita yang sangat menarik walaupun cerita tombiruo ini sebenarnya diambil daripada cerita rakyat yang dihasilkan menjadi sebuah bentuk novel. Walaupun novel tombiruo sudah berusia lebih 20 tahun, cerita ini mampu diadaptasi menjadi sebuah filem yang menarik dan menjadi sambutan paling hangat dalam kalangan rakyat malaysia.

So rating untuk filem tombiruo penunggu rimba 2017 ni, aku nak bagi,

300%

Sorry, i dah jatuh cinta sangat dengan filem ni sampai terpaksa rate melebih-lebih hewhew. 
Kalau tak percaya filem ni gempaknya macam mana, silalah tengok hihi.

2 comments:

  1. Banyak baca review kata citer ni best...alahaiii xdapat tgok buat masa niiiii

    ReplyDelete
  2. tulah ramai yang ckap best...anak kecil lagi so belum boleh tgk wayang huhu

    ReplyDelete