Desktop Wallpaper Organizer

Assalamualaikum

Hee. Idea ni dapat lepas ada sorang blogger tu share pasal wallpaper desktop organizer dia. Nampak macam tersusun je semua file nak cari pun senang je. Tak payah nak kena godek-godek baru jumpa sebab kadang-kadang bukannya ingat pun taruk mana file tu.

Wallpaper ni pun aku search kat google je sebab malas nak edit sendiri hahaha cuma bahagian tab tu takde perkataan apa-apa so aku bubuh tajuk sendiri jelah. Ikut bahagian yang aku selalu guna. Macam aku students, memang akan banyak assignment kan. Kadang tu save dekat desktop je sebab senang nak cari. Then bila ada organizer tu senang letak file assignment setempat je. In case kalau tetibe lecturer suruh print kuranglah sikit gelabah aku nak bukak file nak cari assignment. 


Pepandailah macam mana cara nak organised kan benda tu. Boleh search kat google ada belambak. Tapi pandai-pandai pilih lah sebab ada yang kabur sebab pixel dia kecik, ada yang tak lawa hahaha. Up to you. Aku ingat nak share kat korang wallpaper yang aku guna ni tapi aku dah terdelete pulak gambarnya dalam laptop ni hehehe. Takpelah, cari je kat google tu. Ada je banyak.

Aku share ni pun sebab nak memudahkan kerja orang lain. Macam aku sendiri muahaha. Goodluck cari yang lawa-lawa kat google. Kalau rajin edit lah sendiri pakai photoscape ke, picsart ke, tapi jangan kabur pulak hahaha.

Bye!

5 comments:

  1. Ni pakai mac pun boleh ke?

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak ada organizer macamni. Nanti nak try lah sebab laptop pun tak terurus jugak :P

    ReplyDelete
  3. Wah kreatif sungguh. Boleh la buat sendiri template lebih kurang mcm ni kan. hehe...bangga jadi follower ke 1001. Salam perkenalan.
    https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi
    https://goo.gl/SuzDjN

    ReplyDelete