DAY 6 | Five People Who Means A Lot

Assalamualaikum



DAY 6 | Five People Who Means A Lot 


1. Ibu

Yang ni paling first and foremost lah. Can you imagine your life without woman like her? Kalau dia takde hang pun tak wujud kat bumi ni. Yang paling bersusah payah nak beranakkan aku, nak jaga pantang lagi, angkut aku ke hulur hilir dalam perut 9 bulan. Lepas aku lahir, dijaganya pulak aku. Bagi makan minum, hantar ke sekolah asrama, lepas ayah takde pun still tabah lagi jaga kitorang adik-beradik yang macam-macam perangai ni, tak terkira weyh jasa dia :')



2. Ayah

Walaupun dia dah takde, dia tetap manusia paling berjasa dalam hidup aku gak. Aku ingat lagi masa aku darjah 6, sekolah aku ada buat majlis bacaan yasin kat masjid besar area rumah aku. Pagi tu kat sekolah dah janji-janji laa dengan kawan-kawan nak pegi sama-sama bacaan yasin malam tu. Nanti semua pelajar akan diberi air yasin. Tiba-tiba malam tu ayah tak bagi pergi sebab dia ada hal malam tu and tak boleh hantar. Then aku merajuk and nangis-nangis sambil buat homework tapi dia buat donno je (adoiiii hahahahahaha). Masa tu ayah tengah solat maghrib then tetibe aku dengar dia baca quran. Aku pun usyar lah sikit bilik dia, ada botol air mineral besar kat sebelah dia. Rupanya dia buatkan air yasin untuk aku. Habis je dia baca yasin, dia letak air botol tu atas meja belajar aku masa aku tengah siapkan homework then dia blah. Aku tak tahulah dia suruh minum air yasin tu sebab tengok aku nangis macam kena rasuk ke sebab kesian kat aku hahaha. Tapi aku just anggap yang dia tak dapat nak hantarkan aku ke majlis bacaan yasin tu so that dia gantikan dengan buatkan air yasin untuk aku minum sebab nak exam upsr en masa tu. Tapi sayang dia tak tahu pun result upsr aku padahal dia paling beriya nak teman aku amik result :')



3. Cikgu-cikgu

Bagi aku, semua cikgu yang pernah mengajar aku, they mean a lot for me. Even cikgu tadika, taska, sekolah rendah, sekolah kafa, sekolah menengah semua, semuanya bermakna. Kalau aku tak diajar mereka, aku takkan boleh berada sampai tahap ni and aku takkan jadi diri aku yang sekarang ni. Kadang-kadang kalau aku terserempak dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu even cikgu tadika pun aku still ingat, bila pandang muka diorang, ''ohh ni yang pernah mengajar aku dulu. besar jasa dia.".



4. Nabi Muhammad SAW

I can't imagine my life without him. And memang rezeki sungguh aku lahir-lahir terus islam. Alhamdulillahhhh. Baginda sangat berjasa kepada SELURUH umat islam. Tanpa baginda, islam takkan tersebar sehingga ke hari ini. Baginda dijadikan idola oleh ramai umat islam, sebab tu sampai sekarang masih ramai yang bertahan dalam usaha dakwah walaupun kena 'bash' dan sebagainya. Nabi dulu pun dia yang naikkan martabat wanita sehingga dijadikan golongan yang perlu dilindungi. Kalau tak sampai sekarang wanita masih dijadikan hamba golongan lelaki. Tapi tu ah, zaman sekarang ni, Nabi bersusah-payah naikkan martabat kaum perempuan suatu masa dulu, tapi kita (perempuan) pulak yang nak jatuhkan martabat tu balik :(



5. Kawan-kawan

Walaupun kawan-kawan ni ada macam-macam jenis, semuanya aku appreciate. Terima kasih kepada jenis yang selalu support dari atas sampai bawah, yang jenis sentiasa ada bila aku perlukan, yang jenis hati busuk pun banyak mengajar aku 'sesuatu', yang jenis selalu tanya aku "dah solat ke belum?", yang jenis selalu ajak aku pergi usrah, yang jenis tabah kejut aku subuh pagi-pagi, yang jenis selalu ajak aku study walaupun aku taknak (hahaha), yang jenis kental teman aku makan lembap gila nak mampus, yang jenis suka share makanan dengan aku, SEMUANYA LAH.


THANK YOU SO MUCH :))

1 comment: