30 July 2017

DAY 1 | Ten things you want to say to the 10 different people right now

Assalamualaikum

Disebabkan aku dah kebuntuan idea nak full kan blog post so apa kata aku buat blog post challenge. Kita mulakan dengan 10 day challenge dulu. Nanti kalau dah konsisten boleh go through dengan 30 day challenge pulak huhu. Tengok jugaklah tahap busy aku macam mana hahaha. Challenge ni aku jumpa kat mana tah aku rembat tapi challenge dia nampak macam menarik. So, izinkan saya untuk memulakan challenge saya yuhuuu! #10daychallenge


DAY 1 | TEN THINGS YOU WANT TO SAY TO THE 10 DIFFERENT PEOPLE RIGHT NOW


1. Kau dengan lawak hambar kau tak pernah berpisah. Aku suka kawan dengan kau even umur kita berbeza. Age is just a number. Tapi tulah. Nak jumpa kau susah gila weyh. Kalau boleh aku nak pergi vacay dengan kau je berdua. Nanti aku dah kahwin lagi susah nak jumpa hahahaha. Doakan aku murah rezeki boleh pergi jalan-jalan sama-sama. Goodluck exam!

2. Hari-hari aku selalu rindu kau. Bila tengok kawan-kawan lain yang jumpa 'orang' macam kau, aku selalu teringat kat kau. Kadang-kadang bergenang jugak air mata tapi aku tahan. Kalau kau masih ada, kau lah lelaki yang paling aku bangga hadir dalam hidup aku. Kaulah lelaki yang hari-hari buat semua orang sekeliling kau ketawa dan gembira. Hilangnya kau tak pernah akan ada ganti bcs you're one in a million. Jumpa nanti di sana ya!

3. Thanks sebab sudi jadi kawan aku. Aku ingatkan orang lawo tak layan budak hingosan macam aku ni hahaha. Sorry for the su'uzhon beb huhu. I'm very glad to have a friend like you. Harap kau tak macam orang lain, stay with me forever kay? Hahaha. Geli.

4. Kau pelengkap jiwa aku hari-hari. Terima kasih sebab sentiasa tabah menjaga, mendidik, mengasuh aku dari kecik. I can't imagine my life without you. Ketabahan dan kekuatan jiwa kau telah mengajar aku banyak perkara. I can't be the best person for you but you always be the best person of me. Thank you for EVERYTHING. I will always love you!

5. Weyh aku rindu gila dengan kau. Rindu lawak sengal kau, rindu nak pegi toilet pakai bedak adjust tudung sama-sama, rindu nak makan sama-sama, rindu nak pinjam baju kurung kau. Dari kau, aku belajar jadi orang kelakar sikit-sikit hahaha. Takdelah aku always hambar macam dulu-dulu mihmih. Hope sangat dapat jumpa nanti masa raya haji!

6. Terima kasih sebab sanggup bahagiakan orang yang aku sayang. Walaupun pada mulanya aku tak terima kau dalam hidup aku tapi lama-lama aku  sedar betapa orang itu perlukan kau. Thanks for your attention to us :))

7. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terminat kau. Aku memang biasa minat orang muka macam penutup kicap ni. Perempuan lain biasa crush diorang semua hensem hensem bila sampai turn aku je diorang kata, "kau takde taste ke?". Bersyukur lah kau still ada admire macam aku kalau tak kau tak laku langsung bhahahaha.

8. One day, aku harap kau akan jadi anak yang boleh bawak ibu dan ayah kau masuk syurga. Tak semua anak mampu tau. Kalau kau boleh bawak diorang ke syurga, sampai mati aku tabik kau. Takpe, aku sentiasa doakan kau. Aku bukan batu api tapi aku sayang kau that's why aku concern gila dengan kau. Goodluck beb.

9. Kau ni takdelah comel mana sebenarnya sebab aku lagi comel. And kau ni suka betul ikut perangai kakak kau. Takpe, asal tak sesat dahlah. Cuma satu je, kalau kau tengah bengang aku akan lari sebab masa kau bengang tu kau bukan manusia act.

10. Lawak kau boleh tahan even kau baru berapa tahun je lihat dunia, kau comel tu kadang-kadang je, and yang paling aku tak tahan kau ni annoying nak dead. Perfect 3 in 1. Kelakar, comel tapi annoying. Membesar jadi budak yang baik okayh?


Okayh dah tu je. Goodnight!

11 comments:

  1. i'll wait for the next 9 days <3

    ReplyDelete
  2. Macam nak join je challenge ni!

    ReplyDelete
  3. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terminat kau. Aku memang biasa minat orang muka macam penutup kicap ni. Perempuan lain biasa crush diorang semua hensem hensem bila sampai turn aku je diorang kata, "kau takde taste ke?". Bersyukur lah kau still ada admire macam aku kalau tak kau tak laku langsung bhahahaha. <---- kawan mai pun pernah cakap macam ni. hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. bagusnya entri ni.. terima kasih share entri berilmiah macam ni

    ReplyDelete
  5. Macam comel je entri ni. Nak buat jugak

    ReplyDelete
  6. sis i join your challenge.. macam best:)

    ReplyDelete
  7. bagus juga challenge diri sendiri dengan update entri macam ni...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    ReplyDelete
  8. dari segmen Senarai URL Blog #31
    https://marblemomo.blogspot.com/
    singgah sini

    ReplyDelete
  9. lama dah tak join challenge macam ni. Rasa rindu dn teringin nak join, tapi takut tak terkejar hehe. Keep it up dik! :)

    ReplyDelete