3 June 2017

Persiapan ke Universiti


Masa 15 Mei haritu, result upu dah keluar. First choice aku, aku isi UIA untuk program asasi. Tak tahu kenapa aku konfiden giler dapat uia. First sebab asasi. Second sebab uia. Third sebab course ekonomi dan pengurusan. Fourth sebab aku memang teringin nak jadi student uia ngehngeh hahaha. Last last aku dapat Unisza.... the second choice. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih unisza. Masa tu aku main 'bantai' je isi sebenarnya janji course yang aku bolehlah nak dikatakan minat. Masa isi borang upu aku memang tak isi borang politeknik so sah-sah lah aku tak dapat poli.

Aku memang tolak awal-awal semua course yang berkaitan sains mak nenek tu. Sebab aku memang bukan otak sains walaupun time spm aku amik sains teknikal hahaha. Aku dapat course Diploma Perdagangan Antarabangsa a.k.a Diploma Intrade (International Trading).

Kalau korang dengar nama unisza mesti pelik kan? Aku pun sama HAHAHAHA. Sebab jarang dengar and tak famous sangat. Orang katalah haha. Yang biasa aku dengor uitm, uia, ukm, unisel je hahaha.

Act sebelum tu aku dah dapat matrik. Kolej Matrikulasi Teknikal kat Johor. Mak aku suruh accept matrik je kalau tak dapat mana-mana tawaran upu. Tapi aku taknak sebab aku malas nak serabutkan otak aku belajor bidang yang aku tak minat sebenarnya. So, kira bersyukurlah dapat tawaran unisza ni huhu.

Untuk program diploma aku ni ambil masa dua tahun. Okay ah tu en. Aku ingat 3 tahun macam lama sangat je nanti kawan-kawan aku yang amik matrik ngan asasi dah nak sambung degree aku diploma pun tak habis lagi. Takpe la, nak belajo tak payah nak berlumba sangat siapa habis dulu. Rezeki orang kan lain-lain.

So, dari tarikh tawaran aku tu, aku ada lebih kurang tak sampai sebulan je untuk buat persiapan. Eh, lama lah jugak tu kan? Tapi budak-budak uitm diorang daftar awal kot. Hari isnin dapat tawaran, ahad minggu tu jugak dah kena daftar. Kawan-kawan aku yg dapat uitm ramai kelam kabut jugak ah. Tapi budak-budak uitm lepas habis orientasi seminggu diorang dapat cuti seminggu berpuasa kat rumah dengan family. Then kena balik kolej balik.

Aku daftar sekali dengan budak-budak matrik isnin ni. So kitorang memang dah seminggu lebih puasa kat rumah, so lepas ni aku balik time raya je. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan tak balik rumah berbulan-bulan sobs sobs. Selama ni time sek menengah duduk asrama boleh balik tiap 2 minggu. Paling lama sebulan. Lagipun rumah memang dekat giler.

Ada sehari tu, aku call bendahari unisza tu nak tanya pasal yuran pengajian blablabla. Tapi aku tak tahu kenapa aku amik masa lama gilerrrrrrr nak paham apa dia cakap tu tsk tsk. Loghat terengganu aku mana reti. Habehlah aku. Aku banyak kali try loghat ganu pun berbelit-belit dah hahaha.

Berdasarkan pengamatan aku dari pengalaman senior-senior sebelum ni tentang unisza (HAHA skema gila ayat), aku rasa okay kot. Kadang aku rasa tak sabar nak tinggal kat sana. Tak sabar nak susun baju dalam almari, nak pasang cadar baru kat katil, nak organise meja belajar sendiri. Hahaha padehel kat rumah ni almari tak pernah nak kemas, katil memang hari-hari bersepah, meja aku lagi lah na'uzubillah.

Persiapan ke Universiti
banyak kan barang aku? macam nak pindah rumah. sorry masa ni pakai fon camera tak lawo tsk tsk

So haritu last pegi giant beli barang, terjumpa sorang makcik ni. Dia yang tegur kitorang dulu sebab tengok troli penuh gila barang. Mak aku cakap lah sebab aku nak masuk U. Then makcik tu cakap,

"Haa tengok tu, beratus-ratus mak belikan barang sekolah. Besar jasanya tu. Sebab tu jangan sebok gatal nak kahwin awal, balas jasa dia dulu,"

tsk tsk.

Apa-apa pun, doakan aku gais.
Aku belajar bukan sebab aku nak dapat kerja bagus.
Aku belajar sebab nak tambah ilmu. Same goes like others.

So kepada semua batch 99, belajar rajin-rajin ehhh!
Belajar kat mana-mana semua sama and bagus.
Matrik ke, uitm ke, unimas ke, politeknik ke, form 6 ke.
Yang penting belajar sungguh-sungguh, balas jasa parents.

Goodluck semuo.


Link lain berkaitan Unisza :

1) Senarai Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang Ditawarkan di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/03/senarai-program-pengajian-diploma-dan.html

2) Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

3) Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

4) Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

5) Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

17 comments:

  1. macam nak pindah terus tu. hehe betul sekarang dah senang, fasi akan cari student yg uni dieorang di twitter, lagi rajin terus invite group fb untuk nk tanya apa2. all the best

    ReplyDelete
  2. rasa tua pulak batch 99 dah start masuk u dah. cpt je masa brlalu. hehe gudluck!

    ReplyDelete
  3. wahhh.. gud luck untuk pengajian tu....

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  4. All the best dear ...
    teringat pula waktu auntie masuk U dulu ...
    bolehlah panggil auntie, rasa mcm dah tua right now :) bila tengok adik2 semua masuk U ...

    ReplyDelete
  5. congrats and good luck!

    belajar kat mana-mana sama je sebenarnya. yang penting kita tu macam mana

    ReplyDelete
  6. Hi Ucing singgah dari segmen mia liana (^_^).Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  7. Dulu yuran akak almost 4k per semester. Kesian kat my dad for sponsoring my studies.

    But the funny thing is, he allowed me to find a prospect to be my husband. Try to find one anytime you're free :D

    ReplyDelete
  8. Selamat menempuh alam university dik.. anything could happen in ur journey..just keep positive and enjoy..sis baca ni rasa nak study balik..

    ReplyDelete
  9. macam tulah kalau masuk uni barang kemain banyak.belajar rajin-rajin ye
    JanjiKita

    ReplyDelete
  10. banyak nye barang. awak nak pindah rumah ke. hehehhe

    ReplyDelete
  11. saya pun dapat unisza...diploma perakaunan....tapi terpaksa tolak...n now sambung f6 stpm #hopedptkuat

    ReplyDelete
  12. All the best to you.. :D
    I agree with Rasya.. Famous or tak, belakang kira... yang penting, kita buat yg terbaik... :D

    ReplyDelete
  13. Banyak nya barang. Sis pun tengah tunggu tawaran upu. Bulan ogos lambat lagi T.T .Apa apa pun goodluck dik!

    ReplyDelete
  14. Semoga sis berjaya dalam apa-apa yang sis lakukan.

    ReplyDelete
  15. Memula nak masuk memang banyak barang nak kena bawa.. pasti nanti masa dan abis belajar, seganda jadinya.. hehehe..

    ReplyDelete