20 June 2017

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017

assalamualaikum

minggu orientasi kat unisza orang tak panggil  o r i e n t a s i  tapi orang panggil minggu mesra siswa. bermesra-mesra dengan para siswa/siswazah lain gitu hahaha. kalau macam uitm diorang sebut mds maksudnya minggu destini siswa tak silap. tempat lain tak tahu pulak den.

time mms ni tak penat sangat pun act. banyak aktiviti dalam dewan je. yelah lagi pun tengah puasa kan takkan nak disuruh kawad kat padang kut. aktiviti kitorang dalam dewan banyak cerita pasal pengenalan universiti.

trademark soaring upwards. siapa lah yang kat atas tu hahahahaha.

dia ceramah pasal macam mana nak daftar kursus, daftar koko, sign aku janji pelajar then baca ikrar secara jema'oh. so lepas ni kalau kurang faham boleh tanya senior/lecturer je sebab benda-benda basic pasal universiti dah diterangkan masa mms.. buat medical check up pun ada. yang medical check up ni setengah ipta boleh buat kat klinik ipta tu sendiri, ada yang kena buat sendiri kat klinik luar. untuk medical check up kat sini kitorang bayar RM40 so medical check up pun kitorang kena buat berjema'oh (beramai-ramai).

btw baju korporat tu semua student baru memang akan dapat. harga baju tu dah masuk sekali dengan yuran pendaftaran tak silap. kami panggil baju tu baju minion haha. 

 macam beshe fasi unit multimedia mesti akan cari 'mangsa' diorang so 'bertuah' gak lah siapa yang tido time ceramah tu hahaha.

picture credit to page mpp unisza ye hahaha


makan minum kitorang sepanjang mms ni semua disediakan sebab memang dah bayar sekali time pendaftaran pun. tapi makan sahur dengan makanan berbuka jelaa lunch mana de hahaha. act kitorang berbuka dan sahur kat kafe so ada meja. tapi disebabkan masa tu aku turun lambat so kena laa makan bawah khemah atas kerusi je huhu. sebab student memang ramai gila. sampai nak roboh cafe. hahaha takdela.

kucing tu pun nak tompang kami bersahur

tapi en, nasi dia sumpah banyak gila. aku makan tak pernah habis. ni kalau kawan sek men aku baca ni mesti kena perli ni grr. eh tapi siyes banyak nasi dia. satu bekas tu boleh buat makan sahur DAN berbuka hahaha. paling rajin nak turun makan mesti ah time nak berbuka. tapi paling malas nak turun comfirmlah time sahur bhahaha. bilik tingkat 5 kut. kadang rasa nak terbang je dari atas tu ke bawah cepat sikit sampai ke tanah. tapi aku sure bukan setakat sampai ke tanah, siap 'masuk' dalam tanah pun boleh kalau dah ajal hm. turun sahur pukul 4.30 pagi camtu, then makan reramai. pastu fasi bawak ke surau ikut group masing-masing untuk solat subuh jemaah.

kalau yang ma'zurah (period) diorang akan kumpulkan macam kat satu dewan ni. buatlah aktiviti apa-apa. kadang-kadang fasi buat sharing. kadang-kadang (lelagi time subuh) fasi kasi kitorang sambung tido ahahaha dengan baju korporat nya semua terlentang tido. kalau time maghrib sampai habis terawih tu biasa tengok movie or buat sesi Q&A sikit hihi.

moana

tapi biasa yang solat subuh tu, lepas solat ada baca yasin and then ada banyak masa gak bagi siapa nak sambung tido haahaha. everything is about qada' tido. tiada apa yang lebih indah melainkan dapat tido time mms sebab memang ngantuks gila. fasi apatah lagi, siap ada yang tak tido semata-mata nak make sure mms berjalan lancar :') *hug

sedikit tazkirah dari fasi. gambar credit to owner twitter student unisza huhu tak ingat username sorry.


kalau nak ke mana-mana semua memang akan bergerak dalam barisan panjang macam ni ikut blok.


ada satu taklimat tu dia cerita pasal sufian suhaimi. baru tahu dia student sini dulu hahahahaha and ada satu lagu dia tu liriknya dibuat di unisza. orang tu siap pesan lagi, siapa nak jadi penyanyi macam sufian suhaimi boleh lah mendaftarkan diri di pusat seni unisza haha lol. 


selain sufian suhaimi (HAHAHAHA), ada jugak forum dengan tokoh siswa unisza. 


ni time last day sebelum mms habis. time ni kitorang perlu buat sambutan ala-ala nak appreciate para fasi lah yang sanggup tak tido, kejut kitorang sahur guna siren + lagu raya (ramai bangun pagi nak nangis dengor lagu raya teringat family kat kampung hahahaa), yang hari-hari tanya kami "ada yang sakit tak?", sanggup carikan ubat even selesema or pening sikit je, yang terkejar sana-sini nak uruskan itu ini :')

semua bukak torchlight kat phone memasing pastu lambai-lambai sambil bukak lagu flashlight adelelelelele dengan dewan yang malap-malap gitu. sweet.

nantikan aku pulak yang jadi fasi hahahaha 


satu benda yang paling femes time mms and paling banyak isu dipersoalkan menggunakan hashtag #UniSZAPastuTahu di twitter ialah suhu dalam dabs (dewan al-muktafi billah shah). ko berdiri je kat pintu dewan tu dah rasa macam duduk kat kutub utara. apatah lagi bila berjam-jam duduk dalam dabs dengor taklimat. so no wonder lah kalau ramai gila buat lawatan ke tandas every 30 minutes and ramai tak reti duduk diam. yang perempuan bolehlah nak cover dengan telekung kalau ada dalam beg. yang lelaki? hahaha. fasi/senior ramai cakap diorang jawab exam dalam dewan ni major pakai baju macam tengah bercuti kat overseas hahaha jaket wajib tebal kalau taknak keluar dewan awal and jawab exam dengan aman dan tenang. yela tu kot.

mms ni tak lama pun. dalam 4 hari macam tu. tapi rasa macam lama sangat sebab aku tunggu je bila aku boleh qada' tidur. lepas habis tu memang ramai terbongkang kat asrama weyh T_T 

habis makruh puasa kitorang sebab banyak tido hahaha #astaghfirullah

at first, biasalah semua macam still ting tong lagi pasal universiti semua. sebab universiti punya sistem tak sama macam sekolah. 


Link lain berkaitan Unisza :

1) Senarai Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang Ditawarkan di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/03/senarai-program-pengajian-diploma-dan.html

2) Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

3) Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

4) Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

5) Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

11 June 2017

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017

assalamualaikum

lama gila tak update blog. almost a week since last entry aku pasal persediaan ke universiti. mula-mula tu memang sebab takde masa sebab tengah minggu orientasi/mms (minggu mesra siswa). bila dah habis mms tu dia jadi minggu qada' tidur + rehat pulak hahaha.

hampir seminggu jugak lah aku kat unisza ni. aku tak percaya yang aku masih homesickkkk hahaha. tapi takdelah sampai mengalir air mata. just teringatkan rumah jelah. dah lah tengah bulan ramadhan. dah 6 bulan berholiday kat rumah tetiba kena masuk asrama balik, ko rasa? tapi takpe sebab aku kira beruntung jugaklah sebab aku dah ada pengalaman duduk asrama even stay asrama time sek menengah dan universiti sangat-sangatlahhhhhhh beza. bebas sikitlah. kadang macam bebas banyak pun ada. apa-apa je lah. aku ada kawan yang tak pernah duduk asrama dulu, homesicknya mashaAllah sendu terokss. aku pulak yang kesian tengok dia haha. yelah dah lah tetiba kena berpisah dengan family di bulan romadhon, tak boleh cuti sampai raya pulak tu.

aku daftar 5 jun hari tu which is hari isnin. lupa pulak yang minggu tu adik-adik aku cuti mid year so tak payah shushah shushah nak suruh diorang ponteng semata-mata nak iring kakak yang tersayang ni ke universiti. kitorang gerak ke terengganu dari selangor masa hari ahad. it takes almost 5++ hours jugaklah. sian ibu drive lama benor...

esok pagi isninnya baru gi daftor.

time dah masuk pagar unisza tu act aku nervous gak tau hahaha. nervous banyakkk! masa tu aku fikir, "seriously dah kena masuk asrama balik?!!!!! apa aku buat ni!!" tiba-tiba rasa menyesal dengan pilihan hidup sendiri time tu haha. tapi aku lek lek je laa. sian mak aku drive semalam jejauh nak hantar aku kat sini nak aku jadi orang berguna :')

nak daftar tu semua kena urus sendiri. family aku semua sibuk dok berselfie kat signboard unisza luar dewan tu, aku terkebil-kebil nak gi kaunter itu ini nak gi daftar hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

time daftar tu memang dari A sampai Z kita kena urus sendiri. bukan macam nak daftar masuk darjah 1 mak kena ada kat sebelah tuliskan i/c kita blablabla. tapi time aku datang takdelah ramai macam ni. ni masa awal-awal pagi. aku datang pukul 11 pagi pfft. memang saje datang lambat sebab aku malassss... belum daftar lagi dah malas gais. so time aku datang tu memang lenggang lenggong ler. smooth je proses daftar aku. so lepas ni datanglah lambat macam aku hahaha. jangan! datang je awal nanti senang ada banyak masa nak kemas barang kat bilik sebab lepas daftar tu petang tu dah terus start orientasi (minggu mesra siswa).

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

btw fasi/person in charge kat sana memang ramai so jangan risau kalau ada benda tak tahu boleh tanya je, jangan takut. yela macam aku ni bolehlah nak dikatakan first time jugak uruskan pendaftaran apa semua sendiri. bila tak paham aku tanya sesapa yang ada kat situ. diorang takde makan aku pun sebab diorang pun tengah puasa time tu. hahaha.

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

lepas habis daftar semua, dia terus bagi kunci bilik. so pergilah kami ke kolej kediaman dia. asrama unisza ada dua jenis satu yang lama satu yang baru. tak silap aku student diploma first year ni semua dapat asrama baru. asrama baru dia lain sikit, dia macam apartment. satu rumah ada lima bilik. satu bilik dua orang.

aku dapat tingkat 5 weyyyyy. dah lah masa daftar ni bulan ramadhan. family semua puasa, tengok diorang tolong angkatkan barang aku berat-berat naik ke bilik aku tingkat 5 tu sumpah rasa bersalah gila. tapi nak angkat sensorang aku pun tak larat hahaha. yang bestnya, blok aku paling dekat dengan cafe, memang depan cafe je hihihihi.

lepas je aku pasang cadar kat katil, semua berhimpit anak-beranak baring atas katil. penat kut kesian diorang :')

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza

memula aku ingatkan aku takde roomate tsk tsk rupanya dia tak masuk bilik lagi sebab pergi beli barang hahaha. baru nak nangis. takut kena tidur sorang-sorang dahlah tempat baru hahaha. asrama baru ni okay gak ah. almari besor. meja belajar beso. senang cerita in good condition laa. tapi takdelah asrama lama tu dhoif sangat pun. cuma kalau dapat asrama baru ni ok sikit lah lebih selesa. lagipun asrama baru lagi luas daripada asrama lama.

aku pernah tengok-tengok gamba asrama lama dekat blog orang lain. sebelum aku masuk unisza ni aku rajin betul baca blog-blog senior semua pasal unisza hahaha punya semangat aku nak tahu pasal unisza. takpe ah at least aku dah kenal unisza sikit-sikit.

mula-mula tu act perasaan takut, malas, tak selesa dengan surrounding tu mestilah ada. dengan tak kenal sape-sape kat sini. tapi bila fikir balik, masa aku mula-mula masuk asrama time sekolah menengah dulu pun aku pernah rasa macam ni. tapi aku tahan je homesick aku masa form 1 tu sebab teringat balik pengorbanan ibu pergi balik hantar aku tu. kau tak tahu masa awal tahun form 1 tu hari-hari aku nanges nak balik rumah sampai waktu kelas sains pun orang lain sibuk buat eksperimen sains aku menyendu sorang-sorang kat meja belakang hahaha. but at the end aku dah habis spm pun kat sekolah tu. so kalau aku buat benda yang sama kat sini, lama-lama okay lah tu hihi. senior kat sini ramai cakap,

"ala, diploma dua tahun sekejap sangat."

sebab masa aku form 1 masuk asrama pun, ada senior bagitahu aku,

"ala, sekolah 5 tahun duduk asrama sekejap sangat."

so, hidup memang kejap je pun :')


Link lain berkaitan Unisza :

1) Senarai Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang Ditawarkan di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/03/senarai-program-pengajian-diploma-dan.html

2) Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

3) Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

4) Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

5) Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

3 June 2017

Persiapan ke Universiti


Masa 15 Mei haritu, result upu dah keluar. First choice aku, aku isi UIA untuk program asasi. Tak tahu kenapa aku konfiden giler dapat uia. First sebab asasi. Second sebab uia. Third sebab course ekonomi dan pengurusan. Fourth sebab aku memang teringin nak jadi student uia ngehngeh hahaha. Last last aku dapat Unisza.... the second choice. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih unisza. Masa tu aku main 'bantai' je isi sebenarnya janji course yang aku bolehlah nak dikatakan minat. Masa isi borang upu aku memang tak isi borang politeknik so sah-sah lah aku tak dapat poli.

Aku memang tolak awal-awal semua course yang berkaitan sains mak nenek tu. Sebab aku memang bukan otak sains walaupun time spm aku amik sains teknikal hahaha. Aku dapat course Diploma Perdagangan Antarabangsa a.k.a Diploma Intrade (International Trading).

Kalau korang dengar nama unisza mesti pelik kan? Aku pun sama HAHAHAHA. Sebab jarang dengar and tak famous sangat. Orang katalah haha. Yang biasa aku dengor uitm, uia, ukm, unisel je hahaha.

Act sebelum tu aku dah dapat matrik. Kolej Matrikulasi Teknikal kat Johor. Mak aku suruh accept matrik je kalau tak dapat mana-mana tawaran upu. Tapi aku taknak sebab aku malas nak serabutkan otak aku belajor bidang yang aku tak minat sebenarnya. So, kira bersyukurlah dapat tawaran unisza ni huhu.

Untuk program diploma aku ni ambil masa dua tahun. Okay ah tu en. Aku ingat 3 tahun macam lama sangat je nanti kawan-kawan aku yang amik matrik ngan asasi dah nak sambung degree aku diploma pun tak habis lagi. Takpe la, nak belajo tak payah nak berlumba sangat siapa habis dulu. Rezeki orang kan lain-lain.

So, dari tarikh tawaran aku tu, aku ada lebih kurang tak sampai sebulan je untuk buat persiapan. Eh, lama lah jugak tu kan? Tapi budak-budak uitm diorang daftar awal kot. Hari isnin dapat tawaran, ahad minggu tu jugak dah kena daftar. Kawan-kawan aku yg dapat uitm ramai kelam kabut jugak ah. Tapi budak-budak uitm lepas habis orientasi seminggu diorang dapat cuti seminggu berpuasa kat rumah dengan family. Then kena balik kolej balik.

Aku daftar sekali dengan budak-budak matrik isnin ni. So kitorang memang dah seminggu lebih puasa kat rumah, so lepas ni aku balik time raya je. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan tak balik rumah berbulan-bulan sobs sobs. Selama ni time sek menengah duduk asrama boleh balik tiap 2 minggu. Paling lama sebulan. Lagipun rumah memang dekat giler.

Ada sehari tu, aku call bendahari unisza tu nak tanya pasal yuran pengajian blablabla. Tapi aku tak tahu kenapa aku amik masa lama gilerrrrrrr nak paham apa dia cakap tu tsk tsk. Loghat terengganu aku mana reti. Habehlah aku. Aku banyak kali try loghat ganu pun berbelit-belit dah hahaha.

Berdasarkan pengamatan aku dari pengalaman senior-senior sebelum ni tentang unisza (HAHA skema gila ayat), aku rasa okay kot. Kadang aku rasa tak sabar nak tinggal kat sana. Tak sabar nak susun baju dalam almari, nak pasang cadar baru kat katil, nak organise meja belajar sendiri. Hahaha padehel kat rumah ni almari tak pernah nak kemas, katil memang hari-hari bersepah, meja aku lagi lah na'uzubillah.

Persiapan ke Universiti
banyak kan barang aku? macam nak pindah rumah. sorry masa ni pakai fon camera tak lawo tsk tsk

So haritu last pegi giant beli barang, terjumpa sorang makcik ni. Dia yang tegur kitorang dulu sebab tengok troli penuh gila barang. Mak aku cakap lah sebab aku nak masuk U. Then makcik tu cakap,

"Haa tengok tu, beratus-ratus mak belikan barang sekolah. Besar jasanya tu. Sebab tu jangan sebok gatal nak kahwin awal, balas jasa dia dulu,"

tsk tsk.

Apa-apa pun, doakan aku gais.
Aku belajar bukan sebab aku nak dapat kerja bagus.
Aku belajar sebab nak tambah ilmu. Same goes like others.

So kepada semua batch 99, belajar rajin-rajin ehhh!
Belajar kat mana-mana semua sama and bagus.
Matrik ke, uitm ke, unimas ke, politeknik ke, form 6 ke.
Yang penting belajar sungguh-sungguh, balas jasa parents.

Goodluck semuo.


Link lain berkaitan Unisza :

1) Senarai Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang Ditawarkan di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/03/senarai-program-pengajian-diploma-dan.html

2) Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

3) Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

4) Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

5) Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

1 June 2017

Tips Penjagaan Muka Yang Betul dan Berkesan

Hi!

Tips Penjagaan Muka Yang Betul dan Berkesan

1. Cuci muka sebelum tidur malam

Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.

2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.

3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.

4. Jangan kerap bertukar produk

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda.  Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda 'rest' sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka.Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri.

5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah kita dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.

6. Jaga pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.

7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.

8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.

9. Kurangkan penggunaan alat solek

Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.

10. Asingkan kain tuala pengelap muka

Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.

11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari

Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Sinaran matahari yang paling merbahaya adalah sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari pada waktu itu. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah cahaya matahari pada waktu PAGI bukannya SIANG iaitu sekitar jam 7-8 pagi.

12. Elakkan mengelap muka menggunakan baju

Gunakan kain atau tisu yang bersih untuk mengelap wajah anda yang basah atau berpeluh. Jangan gunakan baju atau kain tudung kerana dikhuatiri kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka anda.



Mungkin itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau ada penambahan bolehlah komen di bawah :)