12 April 2017

MOVE ON DARI CRUSH

assalamualaikum

p/s : sorrylah kalau panjang sangat entry kali ni. tapi memang panjang gila pun haha. harap bermanfaat.


perkara berkaitan crush ni macam dah jadi fenomena biasa dalam kalangan kita, lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja (yang belum kahwinnn). lagi-lagiiii yang masih single hahaha. biasalah usia remaja ni jiwa tengah kosong, bila tak dipenuhi dengan ilmu, ruang kosong tu akan dipenuhi dengan perkara yang tak berfaedah. contohnya, bercinta, couple. perasaan suka/cinta terhadap orang berlainan jantina ni memang normal pun, yang tak normalnya kalau kau kerap sangat melayan perasaan suka/cinta/sayang kau tu sebab tu tandanya hati kau rosak. yang dah kahwin, yang dah halal tu, lain cerita, sis, bro.

lagi-lagi perempuan sekarang memang cepat sangat menaruh perasaan pada lelaki. bila lelaki buat baik sikit, dah jatuh hati. bila lelaki tunjuk caring sikit dengan kau je dah jatuh hati. padahal lelaki tu mungkin memang jenis buat baik dengan semua perempuan yang dia kenal? sebab tu lelaki pun kena hati-hati nak tunjuk baik dengan perempuan pun, jangan sampai terlalu bagi harapan. sakit tau.

lelaki or perempuan, bila ada crush masing-masing mesti angau. bila crush lalu depan mata mesti rasa butterflies dalam perut effect daripada adrenaline rush, crush duduk sebelah pun rasa nak pengsan, lepas tu heartbeat menggila bila crush kau start bercakap or chat dengan kau, mula berangan macam-macam yang crush kau ni suka kau balik lah, sweet dengan kau lah, apa lah. ni ler akibat kalau terlalu melayan sangat perasaan suka pada seseorang sampai melebih-lebih. prioriti dalam hidup kau dah jadi tak betul sebab asyik teringatkan crush sepanjang masa, sampai mengganggu kerja-kerja seharian kau yang lain. paling parah dia mengganggu hubungan kau dengan Tuhan :(

padahal crush kau tu tak suka kau pun. ntah-ntah dia tak tahu pun kau wujud kat dunia ni. biasa kalau cinta dah bertepuk sebelah tangan je ni, memang kau dah boleh dipersilakan untuk menyendu sorang-sorang lah. hari-hari busy memikir macam mana nak confess perasaan suka pada crush, yang last-last kau tak confess pun sampailah crush kau tu dah berpunya hahaha. sebenarnya takde keperluan pun untuk confess perasaan selagi belum tiba waktu yang 'tepat'. aku tau orang nak confess sebab nak lepaskan beban yang kau tanggung sorang-sorang selama ni dengan cara at least crush kau tahu yang kau ada perasaan pada dia. tapi perlu ke confess pada crush kalau dah suka seseorang ni sebenarnya? bagi aku, tak perlu :)

"tapi aku takut dia suka orang lain"
"nanti kalau dia kahwin dengan orang lain dulu macam mana?"

kalau korang jenis yang percaya dengan takdir Dia, aku rasa benda ni tak jadi masalah. semua tahu yang jodoh ni dah ditetapkan. and kalau betul dia tu jodoh kau, Allah akan gerakkan dua hati. bukan hati kau sorang je. sebab tu jangan terlalu berharap pada manusia. mungkin sebab kau bukan jodoh dia, dia kahwin dengan orang lain. lagi satu jangan terlalu berharap yang kita akan berjodoh dengan seseorang kat dunia ni, sebab kita tak tau yang mungkin akhirnya kita akan berjodoh dengan ajal. bila seseorang mati dalam keadaan tak sempat nak berjodoh dengan seseorang, itu tandanya jodoh dia dah mati dulu. hamba Allah akan hidup selagi tercatat rezeki bagi dia. jodoh tu pun rezeki. bila dah tertulis rezekinya habis, maka matilah dia.

actually, tak salah pun nak suka seseorang. kalau diri korang sendiri memang dah bersedia dari seluruh aspek untuk berkahwin, teruskan langkah korang tu sampai ke jinjang pelamin. boleh mulakan langkah korang dengan meluahkan perasaan korang atau bagi hint sikit-sikit pada crush korang. tapi kalau umur masih belasan tahun, spm pun belum, spender pun mak yang belikan lagi, time kat kolej pun bila tak cukup duit masih sibuk menelepon parents mintak transfer duit, hold dulu perasaan suka korang tu. atau dalam erti kata lain, kurangkan melayan perasaan suka awak pada seseorang tu dulu. atau dalam erti kata lain lagiii, move on.

memang fitrah manusia ni nak rasa disayangi dan menyayangi. and kena ingat, Allah akan uji kita dengan perkara yang kita sayang. sebab tu jangan berlebihan dalam mencintai sesuatu, kecuali Allah dan rasul. bila kau terlalu berharap pada manusia, Tuhan akan hadirkan rasa kecewa supaya kau kembali berharap pada Dia. kalau kau masih belum bersedia atau belum mampu nak memperisterikan orang, atau menjadi isteri orang, sedangkan hati kau sedang sangkut pada seseorang, jangan layan perasaan tu, cuba lupakan perasaan tu. bila teringat pada orang yang kau suka tu, cepat-cepat istighfar.

Ibn Qayyim ada pesan,

"orang yang meluahkan perasaan cintanya pada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka orang itu telah menganiaya orang dia cintai itu! dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam daripada penganiayaan kepada harta."

hatta Nabi saw pun pernah bersabda,

"tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin." (HR Ibnu Majah)

so kalau kita dah suka seseorang, apa nak buat? kahwin. tapi kalau masih belum sedia untuk kahwin, Ibn Qayyim dah pesan suruh lupakan perasaan tu. kalau masih belum mampu nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush. fokus belajar dulu, perbaiki diri sendiri, perbaiki solat, jaga mak ayah dulu, kumpul duit. jangan sibuk fikir nak confess sebab suka-suka or saja-saja sebab percayalah yang kita sebenarnya dah termasuk dalam perangkap syaitan. tak ada jalan lain, selain cuba sedaya upaya untuk lupakan perasaan tu, bukannya pendam lama-lama dalam hati. move on.

aku tau nak move on bukan senang. sometimes ambil masa yang saaaangat lama dan kadang-kadang kita akan rasa sakit sepanjang proses nak move on. jangan risau, tu semua cuma rasa kecewa yang Tuhan bagi pada kita supaya kita sentiasa berharap pada Dia. ujian dari Dia pun boleh datang dalam bentuk perasaan suka kita pada seseorang.

Ibn Qayyim kata,

"orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya."

ustaz adnin pun ada kata, crush ni salah satu jalan zina. zina hati. sebab selalu teringat kat dia, selalu perhatikan dia, selalu tengok gambar dia, terbayangkan dia, etc. Tuhan suruh kita tundukkan pandangan, tapi kita selalu usyar dia. lepas tu rasa lain macam dalam hati. tu sebab kita terlalu melayan perasaan tu. cuba kalau tak layan. lepas seminggu perasaan tu dah boleh hilang dah sebenarnya.

bila kita asyik melayan perasaan suka tu, tu yang tak habis asyik cakap pasal kahwin. in fact, zaman sekarang ni melayu lah yang paling banyak ada masalah percintaan. semua nak pressure bila tengah hot bercinta je nak kahwin, bila suka orang je nak kahwin, orang lain kahwin pun rasa nak kahwin jugak, padahal masing-masing MUDA lagi, diri sendiri pun tak prepare apa pun untuk melangkah ke alam baru tu. yang tahu cuma nak bercinta, nak kahwin, nak couple, nak tunjuk yang diri sendiri tu dah tak single lah apa lah. end up semua jadi jiwa kacau and prioriti hidup masing-masing dah jadi tak betul. kenapa perlu serabutkan diri dengan perkahwinan? you think kahwin tu senang? sebab masing-masing dah halal, end up boleh buat macam-macam aktiviti, pergi mana-mana dengan pasangan je forever?

i've read a lotttt pasal pengalaman orang yang dah bertahun-tahun kahwin ni. sampai aku sendiri tiba-tiba jadi takut pulak nak kahwin. tapi, nak kahwin jugak. actually, benda yang paling penting yang perlu kita tanya diri sendiri bila rasa nak kahwin tu datang, "DAH READY KE BELUM?". ready ni bukan setakat pasangan pun dah setuju nak kahwin dengan kita je, tapi in terms of financial, ilmu rumah tangga, solat terjaga atau tak, yang lelaki dah ready nak tanggung dosa anak isteri ke belum, sara pakai minum satu keluarga, yang perempuan kena taat suami, jaga maruah diri, dan sebagainya. haa yang financial tu bukan sebab kita ni materialistik nak sangat laki yang berduit supaya si isteri boleh goyang kaki layan neftlix kat rumah saja, tak. tapi sebab kita realistik. duit memang tak boleh bawak bahagia. tapi tanpa duit, hidup merana.

bak kata nisha, jangan libatkan orang lain in your mess just because you don't want to be alone and kahwin for the sake of kahwin? make sure diri sendiri dah completely ready for a long-life commitment, baru boleh fikir nak cari pasangan untuk kahwin.

so, here are some tips. untuk move on dari crush.


1) elakkan berfikir pasal crush

setiap kali teringat kat dia, cepat-cepat istighfar. kalau ada sesuatu yang mengingatkan korang pada dia, jauhkan diri atau buang dari hidup korang. kalau rasa tak boleh tahan asyik nak stalk social media dia, tengok gambar dia hari-hari, block akaun dia sampailah kau rasa kau dah malas nak ambil tahu pasal dia. aku pernah buat ni. and menjadi. lama jugaklah aku block dia, lepas tu dah tak stalk dia, aku start fokus buat benda lain macam baca buku ke, tengok movie, baca blog orang. bila nak stalk dia, aku akan teringat yang aku tengah nak move on lepas tengok akaun dia yang aku block. so tak jadilah nak stalk. lepas beberapa bulan, aku macam saje-saje lah nak unblock dia balik. bila kita bukak profile dia, perasaan tu dah tak akan sama macam waktu kita selalu stalk dia sebab kita minat dia dulu sebab perasaan tu dah hilang. so it's good :)


2) tukar mindset

kita jangan terlalu berharap sangat pada seseorang. macam aku cakap sebelum ni, kalau betul dia jodoh kau, Allah akan gerakkan dua hati. bukan hati kau sorang je. so kau tak perlu nak risau pasal jodoh, and tak perlu nak sibukkan diri asyik fikir pasal crush kalau keadaan diri kau sendiri masih belum bersedia untuk kahwin. set kan mindset baru,

"nawaitu move on lillahi ta'ala"

aku nak lupakan dia kerana Allah ta'ala. yang paling penting, sentiasa dahulukan Allah dalam segala perkara. jangan tipu kata cinta Allah kalau ada cinta lain dalam hati sendiri. maksiat dan redha Allah tak akan bersatu di dalam satu hati. ingat tu.


3) make yourself busy

if you're still young, work on your career, get your first class degree, sort out your own shit, fikirkan something yang korang nak sangat dalam hidup korang sebelum korang bawak masuk orang lain dalam hidup korang. marriage can wait.

kadang-kadang nak distract diri sendiri dari asyik terfikirkan crush ni susah sikit. tapi kalau korang boleh busykan diri sendiri dengan perkara lain, inshaAllah boleh. go get some books to read, spend time dengan kawan-kawan, pergi travel, siapkan assignment haha, pergi shopping, tengok movies, and macam-macam lagi. actually banyak lagi perkara berfaedah lain yang korang boleh isi dalam jiwa korang yang kosong tu selain benda cintan-cintun ni. macam aku, walaupun aku tak ada banyak duit nak shopping, aku selalu layan shopping apps kat phone aku, aku busykan diri pilih-pilih baju yang aku berkenan, kasut-kasut yang lawa sampai dua tiga jam, pastu end up aku clear cart balik sebab takde duit nak bayor hahahaha tsk tsk.

so, it's up to you. make yourself busy. ikutlah korang enjoy buat apa. ada yang nak study sampai dapat phd, ada yang nak kumpul duit sebab nak travel solo, ada yang tengah fokus bina career, etc. yang penting enjoy benda-benda yang berfaedah jelah. tak perlu pun nak sibukkan diri nak dapatkan attention dari crush. banyak lagi benda berfaedah lain yang korang boleh buat untuk sibukkan diri kalau dah takde kerja sangat. so that kita dah tak ada masa nak fikir pasal crush.

pernah terfikir tak kenapa kita asyik terfikir pasal crush? sampai susah nak move on?

sebab kita ada terlalu banyak masa lapang yang kita biarkan berlalu dengan sia-sia. asyik menghadap phone, scroll twitter, scroll instagram, check whatsapp memanjang walaupun tak ada orang send message, layan quotes-quotes cinta sendu, dan sebagainya. lepas tu asyik bercakap pasal dia, asyik cerita pasal dia dekat kawan-kawan walaupun hanya sekadar gurauan, tapi semua tu tetap memberi kesan pada hati. so, elakkan.
.

4) kurangkan genre-genre cinta

contohnya drama cinta, movie cinta, lagu-lagu broken cinta, novel cinta, semua yang cinta-cinta lah. tak kisah nak layan pun actually, tapi kalau selalu sangat layan genre-genre cinta ni nanti lama-lama diri sendiri rasa terbuai lepas tu hanyut dengan perkara-perkara cinta. kalau lepak-lepak dengan kawan ke, elakkan bercakap pasal crush or cintan-cintun sebab kawan pun boleh pengaruh mindset kita. lagi satu toksahlah dok main posting-posting quotes cinta yang tak kesampaian tu lagi. bukannya crush kau heran pun. kalau tengah scroll social media, tiba-tiba quotes cinta yang tak kesampaian tu lalu kat timeline korang, buat-buat tak nampak je.


5) jangan cepat perasan

kalau crush korang buat baik dengan korang ke, senyum kat korang tiba-tiba ke, tiba-tiba pukul 1 pagi dia chat korang tanya pasal assignment sebab esoknya dah due date ke, dia belanja makan ke, dia ajak pergi join program sekolah ke, dia mulakan conversation ke, tersweet tanpa sengaja ke, apa ke, JANGAN CEPAT PERASAN. kadang-kadang ego ni bagus supaya kita tak terlalu terbuai dengan keperasanan diri sendiri. kadang tu kita sendiri sorang je yang perasan, padahal dia tak ada niat apa-apa pun. walaupun instinct korang sangat kuat mengatakan yang dia memang ada niat lain untuk approach korang, buat-buat tak tahu je. jangan dilayan sangat instinct tu. jangan terlalu cepat perasan dengan seseorang sebab one sided expectations can mentally destroy you. macam kau tengah borak dengan dinding. kau beria suka orang tu, tapi orang tu tak ada apa-apa perasaan kat kau pun.

TIPS MOVE ON DARIPADA CRUSH


dah. jangan nak sedih-sedih sebab terpaksa move on dari crush. banyak lagi kerja lain boleh buat kat dunia ni. goodluck move on, sistur, brother.