Tips Student Buat/Dapat Duit Lebih

Assalamualaikum

Bila angka umur tu dah makin membesorr haa sesedar laa diri sikit yang kita sepatutnya kena pandai cari income dari sekarang. Even student yang belum dapat kerja tetap lagi pun dah boleh jana income hokayy sapa kata tak boleh. Dulu masa aku sek rendah aku siap jual sticker lagi dgn kawan-kawan aku. Beli buku sticker yg 3 hengget tu pastu jual setiap sticker dalam buku tu lima posen satu. Haa kecik-kecik dah bijak. Jangan jadi macam aku. Cekiq daroh hahaha.



Jual Makanan/Minuman
Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, korang boleh menjual makanan atau minuman kepada kawan-kawan korang. Kalau rajin lagi bolehlah berjalan dari bilik ke bilik untuk menjual. Biasalah, duduk asrama memang selalu lapar ahahaha. Jual apa sahaja makanan yang korang rasa ramai akan makan macam nasi lemak ke, burger, sandwich, air kotak, jajan cheese, apa-apa jelaa.


Kerja di kedai berhampiran
Korang rajin-rajinlah tanya owner kedai kat mana-mana ada kerja kosong tak? Pastu tengok jugak gaji yang korang dapat tu berbaloi atau tak dengan kerja yang korang akan buat. Tapi kalau gaji sikit pun kerja jelaaa adoii memilih pulak hahaha. Boleh nak kerja full time atau part time if ada, ikut keselesaan korang maybe korang nak buat kerja lain jugak.


Khidmat Printing
Kalau pelajar kampus rugi kalau tak try bisnes ni. Percayalah student sangat memerlukan khidmat printing tak kira masa. Yelaa nak print assignment laa, kerja-kerja kuliah, projek itu ini. Cara nak promote servis korang ni, boleh tampal flyers di papan kenyataan, bus stop atau pun dekat depan pintu bilik korang. Tu semua inisiatif koranglaaa.


Dropship
Yang ni sangat senang. Korang boleh jual online and tak payah susah-susah nak fikir soal pengeposan barang. Korang jual barang orang lain dengan harga dropship (lagi murah dari harga asal), pastu customer bayar harga barang tu kat korang, korang cuma bayar balik kat orang punya barang tu harga dropship je. Duit lebih korang simpan. Ada certain dropship time nak daftar kena bayar, ada yang tak. Biasa nak jadi dropship ada yuran ah. Depends. 


Jual Topup/Kad Prepaid
Kalau student memang laku jual topup ni. Korang carilaa mana-mana syarikat prepaid then apply jadi agent. Pasal kadang-kadang ada student malas nak turun ke kedai semata-mata nak beli topup. Zaman sekarang ni memang susah ah nak jumpa student yang tak pakai handphone bhahaha.


Perkhidmatan Uber 
Sekarang siapa-siapa boleh sediakan perkhidmatan uber. Macam hantar orang ke mana-mana laa kira macam teksi jugak ah. Boleh daftar kat uber.com. Tapi korang kena ada kenderaan sendiri laa. Pihak Uber akan check dulu sama ada kenderaan korang tu sesuai dijadikan uber atau tak. Tapi zaman sekarang ada je yang sewa kan kereta pada sesiapa yang nak jalankan bisnes uber. Yang penting duit minyak memasing tanggung sendiri huhu. Kalau students U yang dah ada kereta boleh buat perkhidmatan hantar student dari kampus ke hostel ke, atau ke mana-mana diorang suka.


Beli dan Jual Emas
Setiap bulan korang boleh set up berapa gram emas korang nak beli. Contohnya setiap bulan aku beli 50g emas. Setiap bulan eh, bukan sebulan je. Means dalam setahun dah boleh ada 600g emas. Apa yang aku tau laa, korang beli emas sekarang, pastu korang boleh jual balik emas tu masa harga emas tengah naik. Aku tak berapa pro sangat bab pelaburan emas ni korang boleh tengok tips dan cara kat 


Haa tu jelaa web yang aku share kat korang. Pepandailaa fahamkan apa tu pelaburan emas. Kalau nak lagi maklumat boleh search kat google sendiri. Melabur emas ni memang tak rugi. Try ah.


Jadi Stokis
Stokis ni merupakan pihak yang jadi wakil bagi setiap negeri atau kawasan tertentu untuk menjual produk sesuatu company. Biasanya stokis kena ambil produk dalam kuantiti yang banyak (modal agak besar tapi boleh dapat harga lagi murah dari harga asal) sebelum mereka menjualnya. Stokis boleh jual di mana-mana asalkan ada tempat nak simpan stok dan boleh uruskan hal pengeposan barang kepada customer. Jadi stokis boleh dapat harga lagi murah daripada jadi agen.


Jawab Survey dan Tebus Ganjaran
Biasa orang yang menjalankan perniagaan ni memang suka buat survey sebab dia nak tahu apa pelanggan dia suka or perlukan. So biasa diorang melanggan dengan syarikat-syarikat yang buat survey untuk dapatkan maklumat berkenaan pelanggan mereka. Kita sebagai pelanggan or pengguna boleh grab peluang ni dengan jawab kaji selidik diorang tu. Selain kita tolong diorang kutip maklumat, kita juga boleh dapat ganjaran. Caranya ialah setiap kali kita jawab survey biasa kita akan diberi point dan point tu perlu dikumpul sehingga kita boleh redeem apa-apa yang sesuai dengan bilangan point kita kat store dia. Boleh redeem baucer, duit atau barang. Depends. Aku recommend korang join survey ni; SURVEY 1 & SURVEY 2


Bina Syarikat Online Business secara Kecil-kecilan
Kalau takde idea nak jual apa, macam yang aku cakap sebelum ni korang boleh jadi agent dropship atau stokis produk tertentu. Kalau jenis yang suka memborong barang kat China pun okay. Tak pun yang ada kemahiran nak hasilkan something macam brooch ke, makanan ke, notebook ke, totebag doodle, up to you.


Wujudkan servis car wash peribadi
Kalau korang takde bengkel or tempat nak jadikan car wash pun takpe. Korang boleh pergi dari rumah ke rumah sambil bawa baldi, sabun dan span dan promote servis korang. Air guna tuan rumah punya ah hahaha. Kalau nak duit lebih, kena rajin dan jangan malu!


Adakan Jualan Garaj / Car Boot Sale
Kat rumah tu kalau ada barang-barang yang korang dah tak pakai tu boleh lah jual kat orang lain bagi orang lain pulak dapat manfaat daripada barang korang tu. Jangan jual sampah udah lerr.


Recycle Sampah
Cara ni memang agak memenatkan dan tidak berbaloi sangat. Tapi daripada korang buang sampah-sampah korang cemtu je baik korang recycle. Dapat doposen pun jadik ahh and at the same time kita jaga Mother Nature kita haaa gitu.


Show off bakat korang 
Benda ni bukan nak suruh korang riak ke hape tapi at least biar orang tahu apa bakat or kemahiran yang korang ada. Korang reti main alat muzik ke, reti speaking ke reti apa ke, upload je vid kat mana-mana. InshaAllah ada orang yang akan cari korang nak collaborate.


Jual Skill korang

Ni lebih kurang macam atas tadi je. Apa salahnya yang reti graphic design ke, video grahic ke, photographic ke, korang boleh promote servis korang. Tak semua orang reti buat apa yang korang reti buat. So why not grab peluang ni?


Jual beli domain
Yang ni aku tak berapa gheti ahahaha. Tapi ni website tempat kalau nak jual beli domain Flippa.com


Pelaburan Saham
Benda ni memang kena prepare ilmu yang secukupnya sebab kalau ilmu tak cukup, pelaburang saham yang kita buat tu boleh jadi judi dan hasil duitnya adalah HARAM. Pelaburan saham ni macam korang jadi sebahagian pemilik daripada syarikat-syarikat tertentu. Wajib ada ilmu. Kena banyak pergi seminar.


____________________________________________________________________

Sebenarnya banyak lagi cara nak jana duit lebih. Cuma aku dah penat nak menaip hohoho. Yang penting diri sendiri kena ada usaha kalau nak dapatkan sesuatu. Kalau ada masa aku tambahlaaa lagi ye huhu aku lapar ni pfft. Bye, semoga bermanfaat!

3 comments:

  1. Nice sharing :) akan cuba amalkan . biasala student kena cari duit lebih kan ? thanks :)

    ReplyDelete
  2. Memang banyak cara untuk jana duit ni.. Tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Tapi kalau rajin dan konsisten, memang banyak boleh jana duit.. kan?

    ReplyDelete