21 December 2017

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Hai guys!

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Dari kecik, aku memang tak pernah ada bantal busuk yang mungkin semua orang ada dulu (?) hahaha. So setiap kali aku tidur tak kisah lah kat rumah ke, dalam kereta ke, kat kampung ke aku pakai je bantal mana yang ada. Selesa tak selesa tu lain cerita. Aku pun pelik dengan adik aku yang selalu hurung bantal feveret dia ke hulur ke hilir lagi-lagi kalau pegi family holiday.

Tapi bila aku dah ada bantal yang di'design' kan (act aku sendiri yang design muahahahaha) nama aku sendiri, aku rasa aku bakal jadi manusia yang akan hurung bantal 'feveret' ke mana juga kot. Gila ko tak feveret dah ada nama sendiri, bantal dia gebu pulak tu. Rasa macam syok pulak ada bantal nama sendiri. So lepas ni kalau berebut bantal dengan orang lain (especially adik-beradik aku laa) bolehlah aku mengaku bantal tu memang bantal aku muehehehe.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Tak tau laa kenapa tapi ni antara bantal paling best yang pernah jadi peneman tidur aku hari-hari kat hostel. Tengok gambar pun macam comfortable gila kan bantal ni? Housemate pun ramai tegur, "Sejak bila kau ada bantal ni? Lawanyaaa!"

Material luar kain bantal ni memang best. Aku rasa macam material polyester laa kot hahah tapi kain dia memang best. Jahitan pun kemas, design dan warna dia pun lawa gila okay. Kalau baca review dari customer lain yang pernah order bantal macam aku ni pun semua memang akan cakap yang material dia memang high quality gila. Dah habis ayat dah aku nak bagitau betapa gilanya bantal ni. Aku tidur ada dua jam loceng pun tak bangun-bangun sebab sedap betul peluk bantal.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

Sarung bantal ni boleh cabut je in case nak cuci ke or apa. Zip dia pun okay je.

Bestnya ada bantal boleh design sendiri !

See? Jahitan dia lawa and kemas gila.

Mesti tertanya-tanya kan mana aku beli customade design bantal macam ni? Kat mana lagi kalau bukan dekat Printcious. Before this, aku pernah review pasal website printcious ni, korang bukan sahaja boleh design bantal macam aku punya kat atas tu tapi juga boleh design anything else like mug, tshirt, totebag, canvas dan lain-lain.

Guess what? Aku order bantal ni, seminggu je dah sampai kat tangan aku. Gila tak lembap servis diorang. Yelaa diorang nak kena design lagi, printing lagi, baru boleh buat postage kan? So that's mean kalau korang tengah urgent nak cari hadiah kahwin ke, hadiah birthday ke, order je dengan printcious. Macam-macam ada.

Bab design pun jangan risau, guna je tools apa yang ada kat website printcious tu. InshaAllah hadiah korang takkan pernah tak menjadi hahaha. 

4 November 2017

Tips muka berseri tanpa mekap (makeup)

Hi korang!

Ni nak tanya banyak sikit ni, korang yang pakai makeup ni selalu tahan lama tak? Or makeup korang jadi bercapuk bila korang berpeluh? Aku tanya ni pun sebab aku ni jenis tak bermakeup huhu. Tapi aku sure ramai je hadapi masalah-masalah kat atas bila korang apply makeup kat muka kan? Aku ada satu solusi yang boleh solvekan masalah korang macam kat atas tadi. Tadaaaaa!

9herbs' makeup primer, beauty in the drops.


Untuk makhluk yang jenis tak bermakeup macam aku ni memang sangat sesuai guna 9herbs beauty in the drops ni sebab bila apply benda ni kat muka, wajah akan nampak berseri secara semula jadi. So tak makeup pun muka takkan nampak macam langsuir. 

For those yang apply makeup kat muka, before start pakai makeup tu korang kena apply 9herbs ni dulu untuk makeup yang tahan lebih lama. No more mekap jadi bercapuk bila korang berpeluh sebab 9herbs ni akan menjadikan mekap korang kalis peluh hehe.


Cara nak guna 9herbs ni senang je. Dia lebih kurang macam korang guna serum kat muka sebab benda ni dikatakan sebagai makeup primer plus daily serum jugak. First korang kena goncang dulu botolnya sebelum bukak penutup.

Picit hujung getah penitis dan lepaskannya. Then keluarkan penitis tu dari botolnya. Titiskan perlahan-lahan di sekitar wajah dengan memicit hujung pemegang penitis perlahan-lahan. Terutama sekali di bahagian dagu, pipi, hidung dan dahi. Then ratakan serum tu ke seluruh wajah dengan menyapu menggunapakan tapak tangan. Lepastu korang boleh start apply makeup kat muka korang. Kalau nak hasil yang lagi bagus, lepas apply makeup, korang apply lagi sekali serum 9herbs ni sebagai touch down.


Beauty in the drops ni banyak benefit dia. Formulasinya yang digabungkan sebagai 2 dalam 1 untuk mencantikkan dan merawat kulit wajah sebagai anti-penuaan sekaligus melindungi kulit wajah kita daripada sinaran UV. 9herbs ni diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti minyak argan, minyak jojoba dan vitamin E serta teksturnya tidak berminyak dan mudah untuk digunakan. Yang penting, serum ni selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.

Jom baca testimoni-testimoni pengguna sebelum ni kat bawah,

make up tahan lebih lama

Korang tak nak ke muka berseri walaupun tanpa makeup? Makhluk pemalas tahap mana macam aku pun muka takkan jadi langsuir bila pakai 9herbs ni even tak apply makeup kat muka tau. Jimat masa tak payah nak bersiap lama-lama.


Untuk dapatkan 9herbs beauty in the drops ni, korang boleh jenguk site diorang di

Website: www.9herbs.com
Facebook: https://web.facebook.com/9herbsMY/

Jangan lupa masukkan code di bawah bila korang shopping di website 9 herbs tu okay :)


IMC-BitD#1

28 October 2017

Mengapa Sistem SAPS Ibu Bapa Sangat Penting?

Hai semua!

Rasanya semua pernah dengar tentang sistem SAPS kan? Kalau zaman dulu, ibu bapa terpaksa datang ke sekolah pada hari 'report card' untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak. Tapi sekarang dah tak perlu. Semuanya di hujung jari. Ibu bapa yang ada masalah kesibukan kerja dan tidak dapat hadir ke perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas pun boleh tahu keputusan peperiksaan anak secara online. Kenapa sistem SAPS Ibu Bapa ni sangat penting zaman sekarang?

Mengapa Sistem SAPS Ibu Bapa Sangat Penting?

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dah lama menyediakan satu sistem khas bagi membolehkan data-data peperiksaan pelajar sekolah di seluruh Malaysia disimpan dengan baik. Bahkan sistem ini memudahkan ibu bapa dan para pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online dan kerja guru-guru menjadi lebih mudah apabila mereka hanya perlu memuat naik markah anak-anak murid secara online.

Semakan keputusan peperiksaan online melalui SAPS Ibu Bapa ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah (darjah 1-6) dan pelajar sekolah menengah (tingkatan 1-5) dan sistem ini membolehkan kita untuk menyemak keputusan peperiksaan termasuk ujian penilaian, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, percubaan peperiksaan awam, kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Mengapa Sistem SAPS Ibu Bapa Sangat Penting?

Bagi para guru, sistem SAPS amat penting bagi mereka. Semua markah pelajar akan dimasukkan ke dalam sistem secara online dan akan dianalisis mengikut subjek, kelas dan lain-lain. Dengan cara ini, para guru mudah untuk mendapatkan maklumat peratus pelajar yang lulus dan gagal, pelajar yang mendapat markah tertinggi dan sebagainya. Pihak sekolah dan para guru tidak perlu lagi menggunakan cara manual untuk membuat penilaian pelajar.

Semua data ini akan diguna pakai oleh para guru bagi menilai dan merancang pembelajaran di sekolah berdasarkan prestasi murid-murid. Melalui sistem yang berpusat ini, beberapa pihak seperti KPM, JPN dan PPD mampu bekerjasama dengan lebih berkesan dan penjimatan masa merupakan agenda utama wujudnya sistem SAPS ini.

Sekarang ni semua benda di hujung jari. Maklumat keputusan peperiksaan anak sendiri juga boleh diakses secara online meski pun selalu dilanda kesibukan kerja. Sangat mudah dan pantas! Lepas ni tiada lagi kes anak 'menyorokkan' keputusan peperiksaan daripada ibu bapa hahaha.

Ibu bapa zaman kini sememangnya perlu tangkas dalam memerhati perkembangan anak-anak kerana pengaruh zaman sekarang sangat berbeza berbanding zaman dahulu. Melalui SAPS, ibu bapa sendiri boleh mengenal pasti kelemahan anak masing-masing yang perlu ditingkatkan dan dibaiki kerana perkembangan anak-anak ketika berada di dalam sesi pembelajaran sekolah sememangnya tidak mampu untuk diawasi oleh ibu bapa pada setiap masa kan?

Mengapa Sistem SAPS Ibu Bapa Sangat Penting?

Macam aku, walaupun dah melangkah masuk ke alam universiti, aku masih lagi boleh menyemak keputusan peperiksaan aku semasa berada di sekolah menengah untuk apa-apa urusan rujukan sebab semua data dah tersedia secara online. Nama guru mata pelajaran pun ada dinyatakan bagi setiap subjek bagi memudahkan aku merujuk mereka.

Saban tahun, sistem ini sentiasa akan ada penambah baikan bagi memudahkan orang ramai terutamanya para ibu bapa dan guru-guru bagi mengakses sistem SAPS secara online. Ini adalah bagi mengatasi masalah 'website crack' akibat terlalu ramai orang yang mengakses sistem yang sama dalam tempoh masa yang sama.

Semoga di masa akan datang, sistem pembelajaran anak-anak di sekolah mampu mencapai kemajuan yang setara dengan pembangunan negara kita.

Sistem SAPS >>> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Website: sistemkpm.com

9 October 2017

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

Hi everyone!

Welcome to #MYCYBERSALE Campaign 2017!

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

This is the 4th year that Malaysia is running this 5 DAY long online sale. Isn't this really amazing?! The #MYCYBERSALE initiative, organized by MDEC under the Digital Malaysia Initiative acts as a catalyst to develop the e-Commerce industry as well as to boost the online shopping culture in Malaysia. And ohh yaa, MYCYBERSALE will take place on 9 until 13 October 2017.


Participating Brand - The Olive Tree

In this blog post, I wanna share with you guys one of the participating brands under MYCYBERSALE Campaign 2017. It is The Olive Tree! The Olive Tree PLT was established in 2015 to provide carefully crafted natural products, which harnesses the goodness of Mother Nature.

It all began when the founder's children were suffering from eczema. Despite her best efforts to keep their surroundings clean and dust mite free, the problems persisted. When her sister who resides in Melbourne, gifted her a plant-based soap to try, she noticed vast improvements with her children's and her own skin condition.

Realizing the difficulty in finding great products made from natural ingredients, doubled with the increasing demand, the founder was inspired to formulate and create her own products using high-quality plant-based ingredients and expertise from Australia. The Olive Tree superior products are a great alternative to commercially produced products laden with potentially harmful chemicals.

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

The Olive Tree provides me their Rosemary & Mint Shampoo & Conditioner. It is perfect for normal to fine hair. It also adds volume to fine hair, gives hair a nice glossy look besides promoting hair growth as it stimulates blood flow to the scalp. Available in two combinations of ingredients- Rosemary & Mint as well as Tea Tree & Mint, both shampoo and hair conditioner are priced at RM89.90 for each bottle of 500ml. 

So far I've used the shampoo and conditioner for twice and it's really cool! I can feel the freshness over my head from the tip of the hair root. I think it's because the mint inside the ingredients and after hours, my hair is still fresh with it scent. This shampoo and conditioner would be my favorite all the time after this. So, I recommended my housemate to use it also and she loves it!

Not only that, The Olive Tree offers a wide range of products from head-to-toe, with ingredients that contain therapeutic and aroma-therapeutic properties;

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

Pure Olive Soap
The best-selling handmade soap in small batches in Australia using the age-old method of cold process, which involves the saponification of olive oil and sodium hydroxide. Through this process, the soap is able to ensure the skin feels supple, smooth and moisturized when used. This bar of soap is suitable for all skin types including dry or sensitive skin as it is unscented and olive oil is hypoallergenic.

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

Argan & Rosehip Body Lotion
For people with sensitive skin types including eczema or psoriasis, the unscented argan and rosehip oil body lotion is suitable as it is rich in vitamin A, E and fatty acids that hydrated dry and itchy skin. You may also customize this bottle of unscented body lotion with essential oil of your choice by adding up to maximum to 20 drops of your favorite essential oil to it.

Lavender Chamomile Shampoo
Using only the mildest ingredients, this shampoo is great for sensitive skin or scalp. Scented with lavender & chamomile essential oil, it is so mild and gentle, making it suitable for babies, young children, eczema & psoriasis skin types.

MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

In conjunction with #MYCYBERSALE17, they are offering the following from 9 to 13 October 2017;
  • 10% off storewide
  • 20% off min purchase RM300
  • Special offers for selected The Olive Tree products
  • Free shipping within Malaysia 
  • Free shipping above USD 50 for selected Asian countries such as Singapore, Brunei, Indonesia, Philippines, China & Hong Kong

All products of The Olive Tree are available for purchase online through www.theolivetree-organic.com . At present, shipping is free for all purchases within Malaysia! For more information or to interact with The Olive Tree team, please visit their webpage;

Facebook: https://facebook.com/theolivetreeorganic
Instagram: https://instagram.com/theolivetreecompany

For further information, kindly go check on their website! Happy shopping guys!
https://sushivd.com/olive

https://www.mycybersale.my/

#theolivetreecompany #sushividmcs #sushivid

1 October 2017

masuk sem 2

Pejam celik pejam celik dah sem 2 dah aku. Almost 4 months jugak dah aku kat terengganu ni kiranya. Ni kalau buat event meet and greet dengan bff sekolah lama aku ni mau seminggu baru habis semua cerita pasal universiti memasing. Bila kawan makin ramai, masa makin berlalu, pengalaman pun makin bertambah banyak :')

*classmates

Masa sem 1 masa dia sangat singkat. Dalam tak sampai 3 bulan je sebab sem 1 kitorang memang sem pendek. Bila kuliah pun belajar subjek-subjek teras universiti je macam kenegaraan, fiqh ibadat, akhlak akidah, english. So, memang tak nampaklah struggle masa sem 1. Pointer pun memang uhukk uhukkk.

Act aku tak tahu nak blog pasal apa sebab since masuk sem 2 ni aku terus kena writers blocked haha. Dah lama tak menulis (menaip) biasalah kan, blank terus otak. Lagi pun so far assignment takdok lagi laa sebab baru start sem 2 en. Haritu cuti sem 1 pun dekat sebulan. Haa berapa lama dah aku tak blogging (except join giveaway yang copy paste tu je haha). Pls sedekah alFatihah to maisarah.

*Tak produktif langsung life aku. 

*ini idea pose abang photographer tu not us hahaha

Kenapa macam tetibe banyak pulak gambar classmates aku ni kan. Sebab last week baru ambik gambar class (memang untuk universiti) so ni lah wajah-wajah terbaru kami muehehe. Alhamdulillah minggu ni barulah aku kenal semua nama + wajah member classmates. Closeness rating dah bertambah gitu hahaha. 

*classmates perempuan, single unavailable ye semua ni.

Saje nak bagitau, hari tu aku happy gila sebab duit hadiah pengajian ipt anak selangor dah masuk bank :')) Sebab before that aku rasa macam serba salah nak mintak duit kat ibu even nak beli buku tapi still rasa bersalah even mak aku kata ''nanti tak cukup duit bagitau, ibu transfer,". Entah, still rasa bersalah walaupun ibu yang 'offer' nak transfer duit. Entah. Everything is entah. Perasaan macam ni memang typical kan bila masuk U?

So duit hadiah pengajian tu inshaAllah lah dapat tampung perbelanjaan aku for at least 2 or 3 months. InshaAllah laa kan. Kalau tak terboros hahaha. And last week jugak aku dah pass interview untuk pinjaman negeri selangor. So, inshaAllah lepas ni tak payah aku mintak mak aku transfer duit dah. And moge moge i reti berjimat :')

Selama ni duit belanja memang comes from my mom, duit raya tahun ni, duit elaun jadi volunteer sukan sea hari tu. Aku memang tak pernah mohon ptptn sebab aku memang tak nak sebab ada interest rate bila nak bayar balik nanti. Tapi mohon jugak lah pinjaman negeri tu sebab i sedor i tak layak dapat scholarship pun.


Bulan 11 ni ada cuti mid sem seminggu and at first aku dah whatsapp ibu yang aku taknak balik sebab aku nak save duit tiket. Kiranya duit tu nanti aku nak beli tiket flight masa cuti sem bulan 1 nanti laa so kira macam save laa sikit sebab aku taknak balik selangor naik bas. Haritu masa naik sem 2 ni aku balik naik bas, esoknya aku terus demam sebab pening gilak ko. Rasa macam kena jet lag hahaha 10 jam bontot ko melekat kat seat tu dengan aku yang jenis cepat mabuk. Act naik flight tu aku mabuk gak tapi it's better laa dari naik bas sebab naik flight aku kena fight within 1 hour je. Tobat aku naik bas 10 jam.

*stesen bas shah alam, abaikan luggage spongebob tu, tu adik punya.

Tapi tu kunun jelaa tak nak balik masa mid sem en. Bila whatsapp ibu kata taknak balik tu, ibu tanya, 

"kenapa taknak balik? nak study ke?" *tergelak aku
"takdelaa saje nak save duit nanti cuti sem nak balik naik flight."
"ohh habis nanti cuti sekolah pergi bercuti dgn adik-adik tanak ikut ke?" *haaa sudahh time ni siries rasa nak nangis hahaha
"hmm tak kot, nanti bulan 1 kan sarah balik."
"tapi bulan 1 tu adik-adik dah start sekolah balik, kalau nak balik naik flight, balik jelaa,"
"oh haah en, tapi kalau sarah tak ikut takpe en? huhu" *tiket flight mahal tsk tsk
*ibu bluetick

Since that day aku tak boleh tido 3 hari 3 malam fikir nak balik ke idok mid sem nanti hahaha. Dilemma gila weyh. Rasa bersalah pulak aku taknak balik. Sejak tu hari-hari aku survey harga tiket air asia. Selama ni aku naik malindo sebab rumah aku lagi dekat dengan airport subang daripada klia so that terpaksa naik malindo selama ni sebab kat subang takde air asia. Aku nekad aku nak balik masa mid sem ni hahaha. KLIA pun KLIA laaa asal balik. Yang penting tiket murah sikit hahaha.

Act aku dengan housemate aku semua dah pakat tak nak balik gak sebab memasing nak save duit tiket gak. At least kalau housemate semua tak balik takdelah sunyi hidup. Aku ada dua orang housemate orang sabah tu lagi laa kalau boleh raya je diorang nak balik. Tapi takpalaa. I love my family more hihi. Nanti adik-adik aku tak boleh tidur pulak sebab rindu aku. 

Aku beli tiket dengan dua orang classmates aku yang nak balik selangor gak. Guna lah jugak duit hadiah pengajian tu beli tiket flight. Before aku book tiket tu aku pun call lah ibu bagitau aku nak beli tiket dah tapi beli air asia en. Ibu teriak kat aku,

"Hish ko ni macam keling laa kejap nak balik kejap tak, potpetpotpet etc...."

Hahahahaha.

Pastu dia okay laa bila aku cerita yang aku nak ikut classmates aku balik blabla dah plan nak naik sama flight. Mesti ibu tak sabor nak tunggu kepulangan aku hahaha. Aku pun memang tak sabor nak balik senarnya sebab mak aku selalu whatsapp aku gambar kek yang dia buat kat rumah. Bukannya aku dapat makan pun dia send gambar kek dia tu :')



So far aku masih tak dapat capai target aku nak apply google adsense untuk blog ni tsk tsk. Doakan lepas ni hidup i makin produktif and rajin update blog. I nak gak dapat blog income ratus ratus every month boleh selalu balik naik flight :') 

Doakan i rajin and dapat dekan sem 2 ni :')

2 September 2017

I'm Glad To Be Part Of Them, Sea Games Kuala Lumpur 2017

Assalamualaikum

Yeay! Tahniah Malaysia! I'm so proud of you. Juara sukan sea kali yang ke 29 and sesungguhnya aku bersyukur and berasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang sukan sea tahun ni hihi. Dato' KJ pernah cakap yang volunteer adalah tulang belakang penganjuran sukan sea 2017 so no wonder ramai gila nak jadi volunteer.

Ramai member aku bengang dengan aku sebab katanya aku jadi volunteer tak ajak diorang. Bukan tak nak ajak tapi masalahnya dah terlambat hahaha. Mulanya camni, pendaftaran sukarelawan ni pernah dibuka dua tahun lepas, around 2015 tak silap. Ke 2016 ntah aku pun lupa. Masa tu aku tengah blogwalking and ramai blogger share pasal pendaftaran tu. And aku pun saje jelah isi borang online padahal masa tu sukan sea pun aku tak tau mende apa (ye aku memang noob tapi dulu laa). Then tiba-tiba lepas aku habis spm kecoh pulak ramai dah dapat panggilan pergi latihan untuk jadi volunteer tu.

Aku pun masa tu baru teringat lah yang aku pernah register once upon a time en, nasib aku ingat hahaha. Aku pun check lah sekali tak dapat panggilan lagi. Aku tanya-tanya ah orang lain yang register jugak nape aku tak dapat panggilan lagi? Tiba-tiba jadi semangat nak amik tahu pasal sukan sea punya volunteer sebab orang lain pun ramai semangat pasal benda ni so semangat tu terjangkit pulak hahaha. Diorang kata, cuba email pihak sekretariat. Bagi details ic semua en. Then dapatlah panggilan pergi ke latihan umum sukarelawan sukan sea kat ukm masa bulan februari 2017. Aku pernah cerita pasal latihan tu kat entry ni, https://messarah.blogspot.my/2017/02/latihan-sukarelawan-sukan-sea.html

Lepas aku masuk unisza, dapat panggilan latihan khusus pulak ikut bidang tugas masing-masing. Masa tu bulan 7 kot. Kiranya syarat nak jadi volunteer sukan sea ni kena attend kedua-dua latihan sukarelawan ni kalau tak kira tak dapat lah jadi volunteer. Satu latihan umum, satu lagi latihan khusus. Kitorang attend latihan pun dapat sijil tapi dengan syarat kena attend dua-dua latihan sebab dia bagi sijil latihan masa latihan khusus. Masa latihan kedua kitorang dapat tshirt sebagai tanda diorang appreciate sebab kitorang semangat datang latihan nak jadi volunteer hahaha. Tu baru tshirt latihan je belum tshirt rasmi bertugas tu. Latihan kitorang dua-dua kat ukm and makan, hostel masa latihan tu semua free.

Dah habis latihan tu lega ah sebab tinggal tunggu panggilan bertugas and jadual je. The same thing happen again (email aku tak dapat lagi) so aku call and email pihak sekretariat. Barulah dapat surat panggilan bertugas under sajian di venue kriket iaitu di kinrara oval puchong. Aku faham volunteer ramai gila nak mampos kot so that mesti ada sorang dua yang tercicir and i'm one of them hahaha. Then kena amik volunteer kit bersama kad akreditasi kat msn. Kad akreditasi ni kitorang kena pakai sepanjang bertugas.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Sea Games Kuala Lumpur 2017
sumber ihsan dari group whatsapp sukan sea hihihi

Bahagian sajian di venue kriket total ada 6 orang volunteer plus 2 orang penyelaras volunteer dan semuanya perempuan. Every day aku nak ke sana aku akan jadi perantau yang naik ktm dan lrt selama 2 jam hahaha sebab rumah i jauh nun di sana cita-cita kita. Ni first time tau aku naik train sorang-sorang. Sebab tu ada moment aku tersesat kat kelana jaya lah (tetibe), salah naik train lah, konpius nak naik platform mana lah, salah masuk koc. Adoyaiii.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
ktm

Malu tu memang aku kena tanggung sorang-sorang woiii sebab aku sorang duk jauh and naik train sorang-sorang. Haaa, fyi kitorang dapat access naik lrt free dengan hanya tunjuk kad volunteer tu kat kaunter. Tapi ktm jelah kena bayor sekali naik rm2.90. Banyak kali gak sebenarnya aku kehulur-hilir dalam stesen lrt and ktm sebab tak tau nak ke mana-mana enn aku pening tengok platform dia hahaha. So everytime aku kena bukak google maps masa nak naik lrt and ktm hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Lama-lama aku biasa dah. Tapi takdelah tiap masa aku naik train, ada masa kalau parents aku rajin nak amik, diorang amik. Tapi aku tak nak susahkan diorang sebab jauh, jammed orang balik keje lagi so masa nak hari last-last duty tu fully naik train je.

Tugas aku kena jaga area vip lounge. Ada laa gak kena jadi macam caterer sikit tapi kitorang mostly pada tolong-tolong caterer jelah. Kitorang duty ikut shift. Kalau shift pagi tu dalam jadual suruh datang pukul 9 and balik kul 2. Tapi ada pernah sekali aku datang shift pagi kul 9 tu, memang bosan gila kot dalam vip lounge tu sebab pagi-pagi cemtu mana ada vip nak makan sangat. So start from that day bila shift aku pagi aku akan selalu sampai sana dalam pukul 10 lebih hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
surau tertutup

Kalau bab solat aku lagi selesa solat kat lrt kinrara tu sebab kat venue kriket tu dia just sediakan khemah bertutup even ada kipas besor gila tapi still rasa bahang kalau time tengahari buta tu and kena amik wuduk kat luar.  Kalau lelaki boleh lah tonggeng tonggeng amik wuduk kat paip tepi khemah tu tapi yang perempuan tu ofkos lah kena pegi toilet amik wuduk. Toiletnya pulak toilet bergerak yang kat luor tu and aku memang tak pernah guna toilet tu sebab bahang gila and takdo paip T_T Sebab tu aku selalu curi-curi masuk toilet anti doping tapi aku masuk masa memang takdo orang laaa hahahaha orang sekretariat pun ramai je curi-curi masuk sebab semua tak sanggup guna toilet bergerak tu hahaha.

Kerja aku kat sana takdelaa berat sangat pun cuma tiap kali balik mesti aku letih gila sebab naik train lama gila en. Lagi parah gila kalau tak dapat tempat duduk and kena berdiri dalam train sepanjang masa. Dah lah aku ni mabuk segala kenderaan. Naik tren dalam masa yang sangat lama itu merupakan satu penyeksaan mini bagi aku hahaha. Tapi best sebab bukan selalu aku naik tren sowang sowang muahahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Dekat area seat penonton tu hari-hari kosong. Tapi kalau time malaysia lawan ada laaa jugak orang tapi still banyak kosong hahaha. Kriket ni kan sek sek bangla yang main. Memang tak famous sangat pun kat malaysia ni. Siap ada isu emas kriket tak dihiraukan pihak media lagi tu yang tak pernah masuk astro arena tu. Lepas timbul isu tu baru lah ada interview kat kinrara oval ni masuk astro arena kejap hahaha. Baru ingat nak nyelit masuk dalam kamera sebab nak masuk tv konon-konon macam volunteer tengah tolong-tolong atlet ke apa tapi aku ni bidang sajian so kerja aku dalam vip lounge je. Nak keluar pegi toilet pun kena mintak izin (haha takdelah at least kena bagitau je) nanti diorang cari volunteer sajian dah hilang hahaha. Sebab volunteer sajian kat kinrara every shift ada dua orang je.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kerja aku lebih kurang je macam caterer tapi most kerja caterer lah yang kena buat. Volunteer just tolong-tolong je. Tolong serve vip makan, ambikkan air untuk vip, clearkan meja lepas vip makan, susun pinggan cawan sudu semua, check makanan dalam tray nak kena topup or tak, tolong habiskan makanan. Yang last tu paling best ah. Kadang tu vip lepak dalam cafe ni sebab nak tengok astro arena atau pun tengok match kriket dari dalam je. Lagipun vip lounge tu tempatnya beraircond memang tempat melepak yang best. Kitorang yang volunteer dengan caterer pun lepak-lepak je. Kalau diorang nak makan baru buat kerja. Simple. Bukannya diorang nak makan 24 jam kan.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Boleh tengok game sambil makan

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Aku tak sure lah volunteer sajian kat venue lain macam mana kerja diorang. Tapi kat tempat aku kitorang boleh je cuit cuit makan sikit. Tapi kena sorok-sorok lah sikit dari orang atasan or volunteer lain sebab nanti diorang dengki sebab diorang kena makan guna duit sendiri hahaha. Pihak caterer tu bagi je kitorang tumpang-tumpang makan sikit sebab everyday memang akan ada makanan yang tak habis dan dibuang. Standardlah catering kan. Sebab tu dia bagi je kitorang makan lagi pun kitorang kerja sebumbung dengan diorang. 

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kalau nak feeling ala-ala kenduri sikit angkut sepinggan masuk dapur terus. Settle. Boleh makan dengan aman damai. Lepas makan basuh pinggan sendiri hahaha. Menu diorang yang paling aku suka ofkoslah tomyam weyh. Feveret pulak tu. Sedap gila. Haaa nama catering ni segi seri so kalau nak buat kenduri kahwin boleh search and hire diorang muahahaha. Haa lagi satu, milo kan sponsor official sukan sea, and dalam vip lounge ni memang disediakan satu mesin auto milo tau so hari-hari aku minum milo. Kalau orang lain nak minum kena tunggu van milo datang venue baru boleh minum. Tak sia-sia aku pilih bidang sajian masa register dulu hehehe. Makan sedap pulak tu huhu.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Mostly aku kerja semua dengan orang-orang yang jauh beza umur dengan aku. Paling dekat pun ada dua orang akak caterer yang umurnya 20. Diorang pun part time je tengah study lagi. Yang volunteer mostly student around 22-25 tahun. Yang katerer pun ramai dah dekat 30-an. Yang penyelaras kitorang tu dua-dua dah kahwin. Penyelaras baju dia memang lain lah dari kitorang. Kitorang volunteer hari-hari oren je nampak giler strikingnya hahaha macam rimau huhu. Kalau naik lrt tu nampak baju oren lengan hitam tu haa volunteer laa tu hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Diorang ni semua best. Sporting. Akak yang tudung bercorak belakang tu aku ingatkan garang tapi sporting je hahaha. Masing-masing suka buat lawak orang tua. Masing-masing kuat makan hahaha. Ada pernah sekali tu dato' KJ datang tau so ofkoslah dia akan datang makan kat vip lounge. Seharian tu dok tunggu je bila dia nak datang makan sebab aku nak tolong serve dia hahaha. Masa tu aku tengah basuh pinggan kat dapur then bila aku keluar dari dapur dia pun baru keluar dari pintu bilik yang sebelah dapur tu (ntah bila dia sampai) so that time i was like oh my oh my oh my oh my matanya melemahkanku hahahahahahahahahaha for the first time he was standing in front of me siap sedekah (senyum) pulak tu. Nak amik gambar dengan dia tapi fikir dia tengah nak makan ennnnnnnn ennnn ennnn so aku sempat bukakkan tray jelah untuk dia hm.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kinrara Oval

Yang ni masa malaysia lawan and time tu aku shift malam. So nampaklah jugak ada manusia kat seat penonton tu even banyak lagi kosongnya huhu. Riuh gak ah malam tu penyokong malaysia bersorak cumanya tak segempak kat venue lain laa huhu.

Cricket

Kebetulan masa last day aku bertugas tu ada penyampaian hadiah untuk kategori perempuan kriket so rimau pun ada! Aku paling beriya ajak diorang turun amik gambar dengan rimau sebab aku dah last day enn rasa macam nak bergambar dengan semua orang walaupun dengan yang takde kaitan hahaha. Ntah laki ke perempuan dalam tu aku main tibai je peluk tangan dia gebu doo hahahaha. Dah last day tu tiba-tiba rasa macam kalau boleh nak hari-hari ada sukan sea hahaha. After this, no more notifications from group whatsapp sajian official, group kinrara oval, group kriket, group kohort ukm, group sajian kriket, group girls vip lounge kriket because i'm gonna leave all those group sebab nanti naik sem 2 lagi banyak group whatsapp aku kena join hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Jadi volunteer ni, kitorang dapat token RM50 sehari as duit makan. Kalau ikut kan makan pun diorang nak sediakan untuk volunteer so that volunteer memang tak akan terima sebarang bayaran tapi sebab ada kes vegetarian lah apa lah, diorang buat inisiatif untuk bagi token makan. So makanlah apa yang ko nakk. Kalau macam aku, advantage dah banyak sebab aku makan boleh tumpang catering je hikhik. So duit token aku tu kira macam elaun lah walaupun tak banyak tapi okaylah. Penat lelah aku naik lrt sampai dua jam pegi balik tu lebih dari berbaloi dengan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas. Sebab bukan every year pun kita jadi tuan rumah sukan sea.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Ini je pun yang saya mahukan :3



#waufactor #sukansea2017 #kualalumpur2017 #seagames 

26 August 2017

Apa nak buat lepas SPM sementara tunggu tawaran sambung belajar?

Assalamualaikum

Aku ni jenuh gak memikir apa nak buat kat rumah selama 6 bulan lebih selain daripada mereput sampai gila. Cuti almost 6 month kot takkan takde nak plan something worth untuk cuti tu? So, aku banyak explore something untuk jadi aktiviti cuti aku even adalah jugak hari yang aku termereput secara tak sengaja hahaha. Kat bawah ni aku share some aktiviti yang aku buat masa cuti after spm tapi tak semua kat bawah ni aku buatlah. Some of them are from my friends too :)

BATCH 19 KUSISS
rindunya zaman spm :')

1) Pergi Kelas Al-Quran

Aku takdelah mendaftar mana-mana kelas al-quran. Tapi aku ada pegi kem kat satu pusat tahfiz ni. Kem tu dua minggu kat pusat tahfiz tu and aktiviti dia sama macam rutin harian student tahfiz kat situ. Kira macam jadi budak tahfiz laa kejap tapi cuma two weeks je huhu. Sajelah nak try. Nak rasa macam mana jadi budak tahfiz kejap. Dalam kem ni pun memang mostly belajar al quran jugak. Ada latihan menghafal surah-surah pendek dan panjang.

Act kem ni macam nak biasakan rutin pelajar tahfiz dekat budak-budak luar, so siapa rasa boleh go on nak terus jadi pelajar tahfiz situ boleh terus interview and biasanya siapa yang interview time kem tu biasanya dapat je sebab ustazah nak tengok kesungguhan ko je sebenarnya. Tapi aku takdoklah nak join interview tu hehe. Lepas spm pun apa salahnya pegi belajar al-quran lagi walaupun dah pernah khatam ke sebelum ni. Boleh belajar perbetulkan bacaan ke, belajar hafal surah sikit-sikit ke. Belajar al-quran ni bukannya time sekolah je. Lepas habis sekolah pun kena belajar lagi sebab ianya long-life learning, pengajian sepanjang hayat gituu.


2) Spent Time Dengan Family

Biasa, tiap kali akhir tahun family banyak plan trip untuk keluarga. Melancong sana-sini. Try cari masa untuk luangkan masa dengan family sendiri. Yang duduk asrama tu dah bertahun-tahun tinggal jauh dari family apa salahnya spend time lebih sikit dengan family sendiri especially dengan parents. Memang lah sebelum ni pun selalu je spend time dengan family, tapi cuti habis spm ni pun utilize sepenuhnya cuti korang untuk diorang. Nanti dah sambung belajar, kena tinggal berjauhan dengan family lagi. Tak semestinya kena holiday jauh-jauh vacation mahal-mahal. Setakat pegi makan ramai-ramai kat kedai makan pun okay atau lepak-lepak tengok movie, kemas rumah sama-sama pun boleh. Yang family ada kedai, boleh tolong jaga kedai ke. Spend time tak semestinya kena keluarkan duit.


3) Hangout Dengan Kawan-kawan

Dah habis sekolah, mestilah rindu kawan-kawan lagi-lagi yang duduk asrama memasing jenis tinggal jauh-jauh. Kalau nak lagi best buat reunion satu batch terus. Aku last jumpa kawan-kawan aku masa bulan november time spm tu, bulan 4 tahun depannya tu baru kitorang buat reunion satu batch ala-ala hi-tea kat hotel. Empat bulan lebih dah tak jumpa ko boleh bayangkan en betapa gumbiranya masing-masing jumpa member padahal baru 4 bulan tak jumpa. Nanti masing-masing sambung belajar, setahun pun belum tentu dapat jumpa, nanti cuti tak sama lah, orang tu tak free lah, mesti akan ada yang tak cukup bila nak gather semua sekali :')

Reunion kat hotel buat hi tea konon macam grandlah bayor memahal sekali seumur hidup tapi makan sikit je sebab masa banyak habis bersembang + bergambar dengan kawan-kawan je. Kira banyak spend time dengan member selain makan. So mana-mana yang nak buat reunion tu dinasihatkan tak payah buat kat hotel grand-grand pun takpo asalkan dapat jumpa member kan? Macam aku cakap tadi nak spend time tak semestinya kena keluarkan duit. Kalau plan trip dengan member pun cubalah rancang trip yang mengeluarkan bajet paling minima. Jangan sebelum masuk U dah berjebon sana sini habiskan duit makpak. Nanti ko dah sambung belajar, ko akan terkejut beruk betapa banyaknya duit nak kena spend untuk kau SEORANG semata-mata nak survive time study tsk tsk.


4) Ambil Lesen

Yang ni satu perkara yang aku tak pernah buat lagi sampai sekarang even aku dah nak masuk sem 2 hahaha. Kawan-kawan aku ramai lah jugak yang dah ada lesen. Aku tak tahu kenapa aku tak amik lesen lagi sampai sekarang sedar-sedar je aku dah masuk universiti ahahahaha. Aku ingat nak amik lesen time aku dah ada duit sendiri je tapi bila ntahnya nak betul-betul "ada duit sendiri'' tu haha.

Kalau kau jenis yang suka merayap macam aku ni actually agak meranalah nak survive kalau tak ada lesen. Biasalah budak-budak lepasan spm ni dah rasa diri tu cukup dewasa tiba-tiba rasa macam bebas pulak nak jalan ke mana-mana. Ni tak, aku bila dah masuk U ni, walaupun ada banyak kereta yang disewakan untuk student, aku still kena harapkan housemate aku yang drivekan atau paling tak pun guna grab. Kalau aku ada lesen aku rasa dah merata aku pergi kat Terengganu ni sorang-sorang lantaklah ada orang nak teman ke tak haha. Tapi bagus juga aku takde lesen ni kalau tak pokai dah rasanya kalau aku berjalan je keje. Tapi elok juga ambil lesen lepas habis spm boleh tolong drivekan makpak/adik-adik hang nak ke mana-mana.


5) Kerja Part Time / Full Time

Ramai kawan aku lepas spm terus cari kerja. Katanya takut masa di rumah banyak dihabiskan tanpa generate any money. Bagi diorang setiap minit kat rumah bila dah tak sekolah ni patutnya boleh buat duit. Air liur tak boleh buat beli baju kat zalora tau. Aku ada lah kesedaran jugak lepas terlalu lama mereput so lepas 5 bulan mereput baru rasa nak cari kerja hdskhdskhdsk. Aku start keja awal bulan 4. Berhenti kerja akhir bulan 4. Hahahahaha what the fish aku kerja sebulan je. Adalah something problem yang menyebabkan aku terpaksa berhenti terlalu awal (bukan diberhentikan okayhh).

Korang cari kerja ni kena ingat, bukan gaji yang jadi prioriti. Pengalaman tu yang penting. Biasakan diri dengan suasana alam pekerjaan walaupun ko hanyalah seorang cashier. Nanti bila kerja, boleh belajar macam mana nak bersosial dengan staff lain, dengan boss, dengan customer. At least, pengalaman korang tu berharga. And korang akan belajar betapa susahnya mak bapak korang tu cari duit. Nanti masuk U ada laa kesedaran sikit nak berjimat hahaha.

So peringatan untuk lepasan spm yang nak kerja sementara masuk U, carilah sebanyak mana pengalaman. Kalau every month ko nak kerja tempat lain-lain tu pun it's up to you. Gaji tu takyah lah nak berkira sangat act budak diploma pun starting gaji berapa je. Yang penting pengalaman and kita tolong orang lain yang ada bussiness daripada buat benda tak berfaedah and banyak mereputz kat rumah. Tolong kemas rumah taknak en so better pi kerja daripada menyakitkan mata mak bapak hang sebab asyik duk menonggeng je kat rumah.

Aku nak bagi tips untuk budak lepasan spm nak cari kerja. Macam pengalaman aku, area rumah aku tu ada satu kawasan memang deretan kedai yang memang banyak gila nak mampos. Masa tu aku cari kerja dengan sorang kawan aku. Mak aku hantar kitorang kat hujung kedai then kitorang masuk every kedai and tanya "ada kerja kosong untuk lepasan spm tak?".

Muka tu kalau boleh biar ditebalkan setebal tebalnya. Biasa diorang akan mintak korang tinggalkan nombor telefon untuk diorang panggil bila-bila (walaupun takkan dipanggil haha) or sometimes akan ada interview terus. So prepare jelaa. Pastikan masa korang mintak kerja tu buat laa action macam betul-betul nak cari kerja. Jangan fikir duit duit duit duit jeeee. Kang awal-awal dah kena reject sebab tak semua nak pekerja dari budak spm.


6) Join program, event atau seminar

Kalau dah kerja pun malas, join mana2 program yang BERMANFAAT. Kat Malaysia ni belambak orang anjurkan program program yang banyak bagi manfaat. Kalau poket kering, program program yang free pun banyak. Apa salahnya kan join event usrah ke, majlis ta'lim ke, seminar bisnes ke, pesta buku ke, event keusahawanan ke, bengkel penulisan ke. Tak rugi pun kalau korang join benda benda ni sebab korang akan dapat ilmu yang LUAR DARI SILIBUS korang, dengar pengalaman orang lain. Ilmu Allah tu kan luas, 'belajar' tak semestinya kena kat sekolah/universiti je.


7) Tolong ringankan beban parents

For those yang masih ada mak ayah tu, tolong tolonglah apa yang patut kat rumah tu. Mana tau mak hang tak cukup tangan nak jaga adik-adik korang ke. Maybe selama ni parents korang selalu hantar baju ke dobi, tapi dah alang-alang kat rumah takde buat pape, koranglah pulak yang mendobi baju family korang. Boleh jimatkan kos dobi untuk 5 or 6 bulan pun okay. Tolong mak basuh pinggan, masak lunch or dinner, buatkan breakfast.

Nampak macam jadi kuli eh? Tak ah. Kalau korang betul-betul buat ikhlas untuk family korang, pahala sentiasa mengalir je selagi korang tak merungut. Mana tau hubungan family yang selama ni renggang terus jadi erat gila nak mampos, why not? Sebab korang buat untuk FAMILY korang sendiri. Every time korang duduk rumah je. Percayalah, nanti korang dah masuk U, koranglah manusia paling dirindui sebab dah takde 'orang gaji tak berbayar' kat rumah hahaha.

Kalau mak ayah ada kedai ke apa pun boleh tolong-tolong diorang. Tak payah diorang susah susah gajikan orang lain untuk tolong diorang. Ingat, pahala sentiasa mengalir kalau korang tolong family korang sendiri lagi-lagi your parents. Nanti dah sambung belajar, busy dengan assignment semua susah nak cari masa free tau.



8) Ambik kelas tambahan/kolej swasta

One of my friends ada yang lepas spm terus sambung belajar without any cuti. Dia register kolej swasta and dapat scholarship. Orang lain semua hangout sana-sini dia busy dengan exam lah blablabla. Dia kata dia okay je dengan pembelajaran kat situ so dia teruskan je. And dia tak apply upu hahaha. Tapi benefit dia, after habis belajar dia boleh terus kerja dengan syarikat tu. Bukan calang-calang syarikat tauuuuuuu.



.................


Kesimpulannya, carilah sebanyak mana aktiviti untuk korang manfaatkan sepanjang cuti korang after spm ni.

26 July 2017

Baru Sem 1

Assalamualaikum

Lama betul aku ignore blog ni. Maklumlah banyak terqada' tidor huhu. Assignment pun dah keliling pinggang. Perasaan duduk asrama masa zaman universiti ni lain dengan masa sekolah menengah. Ofkos lah kan. Masa sekolah menengah semua orang terikat dengan peraturan. Baru duduk seminggu dah rasa macam setahun. Tak sabar nak tunggu minggu balik. Tapi kalau kat universiti ni sedar tak sedar rupanya dah sebulan tak balik. Tau tau je lagi three weeks nak cuti sem dah (sem pendek). So dia macam tak kisah tau dapat balik ke tak, duduk sini tetap bahagia (sebab ada phone + laptop kot hahaha).


Ni classmate aku untuk sem 1 and inshaAllah akan jadi classmate aku sampai sem 6 nanti. Dulu masa form 5 class aku ada 11 lelaki, 6 perempuan je. Masuk unisza bilangan perempuan class aku dah jadi 5 kali ganda kott hahaha pening aku perempuan kan banyak songeh and perangai. Bila nak decide something tu biasalah. Payah gak ah hahaha. Act setakat hari ni, ada gak nama classmate yang aku masih tak hafal huhu. Muka pun ada yang aku still tak kenal hihihihi. So far kitorang selalu belajar dalam dewan kuliah utama, gabung dengan course lain sebab tu ada yang masih tak kenal sesama sendiri. Cuma kalau time class english je kitorang belajar ikut course and masa tu baru perasaan, ''Ohh kau budak intrade rupanya.."

Tahun ni, seminggu aku berpuasa kat rumah (before daftar unisza). Lagi tiga minggu puasa kat unisza. Biasalah kan kalau duduk asrama ni, boleh kira berapa kali je aku sahur huhu. Paling ok pun minum seteguk air. Kat asrama takde orang nak kejut sahur macam mak aku kejut kat rumah sobs sobs. Then masa balik raya haritu, dapat jugaklah aku fefeeling konon macam orang perantau yang nak balik beraya hahaha. Yolah dari terengganu ke selangor. Naik bas mau 6-10 jam kut, ikut bas lah. Tapi aku balik naik flight haritu so tak rasa sangatlah macam perantau tu sebab dalam sejam je dah sampai rumah haha. Masa first time aku belajar naik flight sorang-sorang tu jantung aku ni dup dap laju gilo sebab takut dengan polis (pegawai kastam) yang jaga kat airport tu hahaha. Haritu aku kena marah sebab tak bawak keluar laptop masa scan bag. Tu pun nak marah. Malu aku dahlah sorang-sorang masa tu.


Simple and short story about my raya this year. Macam biasa, pagi raya ofkos kami akan ziarah kubur ayah sebelum bertolak balik ke kampung. Tahun ni kitorang beraya di johor, tapi dua hari je. Raya ketiga kitorang dah balik selangor balik dah. First sebab mak aku taknak hadap jammed, and then dalam masa dua hari tu kitorang dah habis beraya semua rumah saudara belah ayah kat johor so that kitorang bertolak balik awal. Raya aku tiap tahun takdelah hambar sangat cuma tempoh raya tu je yang sekejap untuk aku. Hari-hari lain dah jadi hari biasa balik bagi aku. Tak sedih pun cuma bersyukur :')

After raya tu, banyaklah sikit benda yang jadi. Duit pun banyak habis sebab asyik berjalan je huhu. Lepas tu sikit-sikit nak makan sikit-sikit nak makan. Mana tak habis duitnya. Setakat ni aku belum muak lagilah makan keropok lekor. Tak tau bila nak muaknya baru jimat sikit duit kot hahaha. Kat terengganu ni mall paling meriah pun mydin je. Nak beli barang apa semua kat situ.

Haritu ada sekali tu keluar dengan housemate, plan last minit. Act pagi tu aku stress + ngantuk gila nak siapkan assignment. Sampai aku keluar rumah buat tawaf keliling row blok and naik turun tangga sampai hilang ngantuk. Tapi cara ni tak berkesan sangat rupanya. Kebetulan housemate nak keluar pergi bank ngan pasar payang tengahari tu. Nasib baik aku ikut diorang keluar. Malam tu aku terus jadi semangat nak siapkan assignment sebab dah puas berjalan hahaha.


Dalam two weeks after raya tu, aku balik rumah balik (even ada kuliah sebenarnya tapi jenuh jugak nak dapat pengecualian kuliah). Aku ada latihan khusus kat ukm bangi sebelum jadi volunteer untuk sukan sea bulan 8 ni. Before masuk unisza ni, aku dah attend latihan umum masa bulan 4 tu. So, yang kali ni kira second training lah. Masa nak mintak pengecualian kat pejabat pphp tu susahnya kemain bapak. First sebab aku attend program ni anjuran luar even ada surat dari pihak sekretariat kuala lumpur and awal bulan 8 ni pulak ada final exam untuk short semester andddddd sukan sea tu bulan 8 gak. So that agak susah nak dapat pengecualian kuliah untuk weekend tu. Tapi si maisarah ni pandai membodek so dapat lah dinda balik masa tu (even assignment video english pun tak siap lagi masa tu).


Aku ada kawan gak dari intec shah alam yang join latihan ni sama tarikh dengan aku. Dah alang-alang tu aku interview dia and record vid untuk masuk dalam assignment video aku. Punya last minit kau tengah training pun sempat lagi siapkan assignment hahaha. Nak seribu daya, taknak seribu dalih huhu. Yang penting assignment kena siap. Act aku TAK PERNAH edit video tau. So aku agak confuse tau dah lah buat video last minit, nak belajar buat video tang mana pulok? Lepas godek godek laptop ni rupanya ada movie maker so aku godek godek lagi movie maker tu so akhirnya terhasillah video documentary english aku yang tiga minett tu. Masa guna movie maker ni aku memang tawakkal habis ah, first try en and cuma berharap yang video aku ni menjadi.

So kepada sesiapa yang masih noob tentang pembuatan video and tetiba dipaksa buat video untuk assignment tu aku sarankan guna ajelah movie maker tu. Tak perlu download apa-apa apps kat phone. Edit pakai phone payah weyh. Orang yang tak expert boleh terus jadi pro guna movie maker ni hahaha. Balik dari latihan tu, terus siapkan video. Aku tido pukul 3 pagi then pukul 8 pagi dah kena gerak ke airport balik sebab petang tu ada class mihmih.  Tapi tinggal subtitle jelaa tak siap lagi. Sampai unisza aku terus siapkan subtitle tu.


For the first time I record myself in a video and for the first time aku kena edit video sendiri, last minit. Act aku mana suka record record video ni lagi-lagi diri sendiri kena ada dalam video tu tapi demi markah 30% assignment tu aku relakan jua. Ni baru sem 1 beb. Nanti sem 4 kena buat short movie pulak and aku kena berlakon sekali @#$%^&*}|\?!! Tobat lah den. Ni last aku buat edit video.


geng, doakan aku makin rajin update blog lepas ni even busy study sebab aku nak apply google adsense masih tak lepas lepas lagi ni tsk tsk. 

8 July 2017

REVIEW | Shopping di Website SGShop Malaysia

Assalamualaikum!


Al kisahnya suatu hari tu, aku join giveaway voucher sgshop kat blog kak wani sukarno. Last-last aku menang jugak alhamdulillah and aku dapat RM100 sgshop kredit so aku boleh shopping apa-apa kat sgshop guna kredit tu sampai habis. Masa tu eksaited kemain hahaha sebab saje nak try shopping online kat website sendiri-sendiri hahaha (first time ni huhu). Selama ni selalu guna medium ig and whatsapp je but hari tu aku guna website sgshop ni.


First and foremost, aku memang disuruh register akaun sgshop ni masa join giveaway hari tu kalau-kalau aku menang, diorang terus masukkan kredit je melalui username aku tu. So, sesiapa yang nak shopping kat sgshop ni memang disarankan untuk create akaun dulu. Then korang boleh topup kredit korang bila-bila je macam sgshop bagi aku kredit RM100, boleh je kalau aku nak topup lagi RM200 ke jadilah RM300 kredit aku tapi aku tak topup pung hehe. Kalau nak bayar direct guna online bank in ke kredit kad ke pun boleh cuma nanti ada transaction fee lah.


Act sgshop ni, barang-barang dalam website dia semua barang-barang dari taobao yang kat china tu. Kira sgshop ni agent taobao kat malaysia. Korang boleh beli barang direct dari china dengan harga yang murah melalui sgshop je. Postage fee tu ofkos lah ada and tinggi sikit sebab barang hanya akan dibawa masuk malaysia lepas korang place order je. Tapi it's worth daripada korang kena pergi china sendiri or shopping online kat website taobao yang fully chinese language haa. At least kat website sgshop korang boleh faham bahasa and harga dia macam mana and senang nak order barang. Macam hari tu aku pilih Economy Air as shipping method. Aku order sebelum raya and barang sampai lepas raya. Kira ok lah kan?


Lagi satu, cara diorang follow up customer pun sangat bagus. Sgshop akan hantar email dan hantar mesej melalui phone number tentang update terkini barang-barang yang kita order. Dekat website dia pulak, hari-hari kita boleh check update tentang order kita. Nanti barang-barang yang diorang order dari taobao dah sampai warehouse, kita perlu bayar harga postage untuk diorang hantar ke full alamat kita pulak. Haritu aku kena RM12.90 je bergantung pada berat barang yang korang order jugak. Kalau ada order yang problem, diorang akan kasi notification kat 'problematic order' tu and diorang akan hantar email dan sms.


Apa-apa hal diorang akan sentiasa update dengan customer diorang. Masa tu aku letaklah alamat unisza. Senang sikit aku nak ambik barang aku. Tapi rupanya diorang guna ninja van. Masa tu aku tengah lek lek atas katil tetiba ada orang call tanya blok aku yang mana satu sebab nak hantar barang. Orangnya dah sampai unisza cuma tak jumpa blok aku mana satu lagi. Masa tu aku gelabahlah "eh ni siapa?", "ada orang hantar hadiah kat aku ke owemjiiii!!", "eh mana tudung aku?!!". Hahaha rupanya barang sgshop. Dah lah bilik aku tingkat 5 tapi sebab eksaited nak amik barang aku turun jugaklah dengan serabai tudung macam mak nenek semua.


Aku order 4 barang je and kesemua tu adalah beg. Beg balik kampung, beg organizer dan bag kasut hahahaha. Sebab semuanya nampak comel so aku grab lah sikit-sikit tu pun jenuh aku nak choose weyh banyak design comel-comel. Murah pun murah. Masa tu memang menguji keimanan sungguh ler aku. Tak tahulah nak kata berkualiti or tak sebab banyak barang yang orang jual kat malaysia pun act diorang contact supplier dari china jugak so why not hahaha. Aku rasa kualiti sama je. Aku taknak beli baju or kasut sebab tak reti nak pilih saiz (hahahaha) so nak selamat aku pilih stuff yang general je. 


Website : sgshop.com.my