24 December 2016

Kau masuk sekolah AGAMA?

assalamualaikum

overall setakat ni result upsr dengan result pt3 je yang dah keluar kan. tinggal tunggu result spm je (and im scared omg!). macam mana laa rasanya amik result eh? sebelum ni masa amik result pt3 tak rasa macam tengah amik result pun sebab aku tak rasa macam tengah amik pt3 pun time tu ahahahahahaha 

k, tak tak.

kalau spesis manusia macam aku ni, yang DAH HABIS SPM dan DAH HABIS SEKOLAH ni (best gila weyh), dalam kepala otak ni dah tak payah nak penin penin fikir pasal sekolah untuk tahun depannya. kadang-kadang bila teman adik-adik beli barang sekolah, aku baru teringat,

''lupa pulak aku dah tak sekolah tahun depan ahahahaha,''

dan adik-adik aku pandang dengan rasa tak puas hati. H A H A H A.

yang masih bersekolah tu, terutama yang BAKAL menduduki upsr 2017 / pt3 2017 / SPM 2017 tu (jahat sangat tak aku buat comeback untuk diorang? ahahaha), selamat meneruskan perjuangan korang eh, nak jadi pelajar malas macam aku boleh je, tapi korang jangan berangan tinggi sangat nak result kebaboom and then satu sekolah hargai kau time majlis anugerah kecemerlangan akademik. no no no. aku pun selalu je berangan tapi bila tengok balik cara aku study, hm takpelah hahaha. tapi kalau rasa sayang mak ayah tu, yang sudi berpenat-lelah kerja cari duit nak sekolahkan kita supaya kita jadi manusia berguna tu, cubalah yang terbaik at least untuk parents kita, okay? at least, USAHA. usaha takat yang kita mampu pun okay dah sebab level kemampuan setiap orang ni lain-lain. rezeki setiap orang pun lain-lain. jangan sedih sangat kalau tak dapat apa yang kita nak.

kepada yang nak pindah sekolah, terutama yang dah habis upsr dan pt3 tu, korang nak belajar kat mana pun, belajarlah. semua sekolah ada kelebihan dia sendiri. dulu masa darjah 6 aku nak sangat masuk mrsm. tak tau kenapa tapi aku addicted gila dengan mrsm sebab rasa macam hebat je dapat masuk mrsm en. masuk form 1, aku dapat tawaran mrsm dan smka tapi last last aku masuk smka jugak walaupun sebelumnya aku memang target gila nak masuk mrsm. tapi yelah, kalau Allah dah tetapkan korang kat suatu sekolah tu, memang tulah rezeki korang. aku pun terima jelaa masuk smka masa tu. tapi jangan ngengada call parents kata nak balik, nak pindah sekolah. jangan jadi macam aku. homesick sampai 6 bulan. perit kot tahan derita homesick selama 6 bulan kat asrama tu tsk tsk. bila call ibu nangis-nangis time form 1 asyik kena gelak je. sejak tu aku call ibu time minggu balik je hahaha. beria tulis kat diari,

''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''AKU NAK PINDAH SEKOLAH''
''TAK TAHAN AH DUDUK ASRAMA''

last last, 5 tahun gak aku sekolah situ. elok je aku jadi orang. haa, 'mantera' yang aku selalu sebut time form 1 dulu dah jadi ayat sensitif bagi aku bila ada junior lain bawah aku yang sebut perkataan tu. punya best gila sekolah ni bila dah 5 tahun aku kat sini. see? benda baik akan sentiasa datang, cuma cepat atau LAMBAT je. biasa ah, semua orang yang pernah duduk asrama akan rasa macam tu. dah lama sikit baru feel 'seronok'nya duduk asrama. nak sesuaikan diri dekat tempat baru memang amik masa sikit.

and, ramai jugak sebenarnya yang pertikaikan, dah jadi perkara biasa bagi kami untuk dengar statement-statement begini bila budak-budak sekolah agama keluar dari sekolah, orang akan cakap, ''tak nampak macam budak sekolah agama PUN.''

aku tak salahkan diorang. yelah maybe maksud diorang, masuk sekolah agama, belajar agama, tapi bila keluar sekolah macam orang tak belajar agama. ni orang panggil, budak tu tak beramal dengan apa yang dibelajarnya di sekolah. tu je sebenarnya. mungkin orang terlalu expect pelajar agama ni sopan santun, tudung labuh ke sana-sini, tak couple tak ada crush, duduk masjid sentiasa, layan nasyid and qasidah sajaa, behaviour yang mungkin jenis tak over, etc. iman kita ni sentiasa ada naik turunnya ye anak-anak, makcik pakcik, abang kakak. lagi-lagi budak mentah yang masih dalam proses BELAJAR ni. what do you expect? even orang yang dah dewasa yang dah lama belajar agama pun ingat semuanya beramal sangat ke dengan agama yang dia belajar dah bertahun-tahun tu? lagi teruk, ada yang belajar agama semata-mata nak dapat sijil degree je.

so listen to me, ada yang SEDAR dan ada yang tak. sedar yang dia tu pelajar agama, sepatutnya kena jaga diri daripada melakukan perkara-perkara tak baik supaya tak jadi fitnah kepada agama sendiri di mata orang lain, etc. tapi kita cuma judge orang dari luaran, kita tak tau apa yang berubah dalam diri dia lepas dia belajar agama. contohnya kita tak tau hubungan dia dengan Tuhan macam mana, mungkin lebih bagus dari sebelumnya ke kan?

sebelum aku daftar masuk smka pun, dalam otak aku macam-macam pikir,

''akak-akak kat sana mesti semua baik-baik kan?''
''mesti labuh tudung diorang,''
''budak-budak laki diorang mesti tak nakal macam budak-budak kat luar kan?''

hahaha punya positive-minded aku. salah!

kalau dah namanya pun manusia. akan ada tak perfect dari segi amal ibadatnya, akhlaknya, perangainya. yang maksum cuma Nabi. kita ni bukan nabi. semua orang menuntut ilmu untuk jadi lebih baik. dependslah penerimaan ilmu seseorang tu macam mana. juga pengaruh sekelilingnya macam mana.

sekolah agama bukannya kilang yang boleh proses budak jahat jadi budak baik. sama macam sekolah tahfiz. ramai ingat dengan menghantar anak yang bermasalah ke tahfiz boleh selesaikan keadaan, anak boleh jadi soleh solehah lepas empat lima tahun. hahaha sempit betul pemikiran. tapi kita pun tak boleh nak deny, sekolah agama atau tahfiz ni mungkin salah satu LORONG untuk semua orang kenal agama lebih dekat and jadi lebih baik walaupun banyak lagi lorong lain untuk ke arah tu. budak mrsm pun belajar agama kot.

satu je lah nak pesan. kalau Allah dah bagi kita peluang bersekolah di sekolah agama, atau belajar agama kat mana-mana, apa salahnya kita amik and rasa walaupun sedikit tarbiah yang ada kat sekolah tu. at least bila kita keluar, kita tak rugi. untung orang yang dapat rasa tarbiah ni, tanda Allah sayang. bukan saja-saja Allah bagi tau. tak payah lah nak mengeluh kata leceh sebab tudung baju semua nak kena labuh, pakai stokin sepanjang masa, tak boleh pakai tudung sarung pegi masjid, pergi prep pun kena pakai stokin pakai armsock halah halahhh engko ni. benda-benda basic macam ni lah yang sebenarnya boleh bantu TRAIN iman masing-masing.

semua benda ada baik buruknya. sama macam smka. kalau kau amik yang baik-baik je, inshaAllah apa yang kau dapat pun semuanya baik-baik. kalau kau tegar sangat nak ikut yang buruk, jadi buruk jugaklah walaupun kau ada title 'budak smka'. tak guna.

sebenarnya semuanya bermula dari diri sendiri. yang nak berubah diri sendiri. pilihan di tangan masing-masing. sama ada nak ambik yang baik atau buruk. yang dapat peluang macam ni semua pun, dari Dia jugak so banyak-banyakkanlah berdoa kat Dia. bukan pergi update dekat twitter atau status whatsapp.

aku harap, korang yang dapat tawaran ke sekolah agama ni, gunakanlah peluang yang ada sebaiknya. tak semua orang berpeluang nak dapat rasa manisnya tarbiah untuk jadi penyebar agama Allah, kan?

selamat malam :D