24 June 2016

Teringin nak kahwin?

I've joined a private usrah a few days ago and the topic is quite interesting to be shared. So, ni hasil perkongsian dari perkongsian, written by the Naqibah herself, not me :)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ukhti,

Kalau umur masih belasan, baru habis SPM, baru berumur 20, 21,jangan serahkan hati awak pada sesiapa pun. Walaupun si dia awak suka, admire, confess, katanya, “saya sukakan awak, saya nak jadi imam awak” tapi dia cakap, “tunggu saya habis degree, nanti saya masuk meminang awak” lagi parah kalau mintak tunggu habis master/phd. Waktu confess, matrik pun x habis lagi.

Allahurabbi. Kalau ada begini, tinggalkan dulu. Siapa dia nak pegang hati kita 4-5 tahun? Siapa jamin awak hidup 4-5 tahun? Dan awak boleh jamin, awak akan menjaga hati selama tu? Boleh mesej hanya perkara penting dalam masa 4-5 tahun tu? Boleh berhubung tanpa ada kata ‘rindu’, ‘sayang’, ‘cemburu’ dan kata2 lain yg sepatutnya hanya pada yang selayaknya? Boleh jamin? Yakin tidak.

Kenapa terlalu berani meletakkan hati di tempat yg rapuh? Kalau 4 tahun sudah berhubung, akhirnya keluarga tak merestui? Lagi tragis, si ‘abang’ dah terjumpa yang lebih baik? Hatta sebulan pun macam-macam perkara boleh terjadi. Inikan bertahun-tahun. Hati tu 1 je. Kalau pecah, sampai mati pun masih berparut. Hati wanita ni jugak umpama kaca yang sangat fragile. Once retak, nak cantumkan ia balik susah dan semestinya meninggalkan parut. If tak dapat cantumkan, tempatnya di tong sampahlah jawabnya.


Buat adik lelaki, 

Kalau umur adik masih mentah, jangan sesekali memberi harapan pada anak dara orang. Kalau rasa nak confess, ni nak tanya 1 soalan. Hari ini, saat ini, awak mampu untuk jadi suami orang? Mampu pimpin seorang wanita yang lemah menuju syurga Allah sama-sama? Mampu sediakan si dia makan, minum, pakaian, tempat tinggal? Mampu bahagiakan hati dia? Maaf, banyak pulak soalan. Tapi cuba jawab semua soalan tu hanya dengan 1 jawapan. Hanya MAMPU atau TIDAK. 

Kalau MAMPU, alhamdulillah, silakan. Teruskan niat awak. Terangkan pada dia niat, terus masuk meminang dan kahwin. Kalau jawapannya TIDAK, tangguh dulu niat. Sempurnakan diri dulu dengan soalan-soalan tadi sampai jawapannya ‘mampu’. JANGAN minta dia simpankan hati dia untuk awak pada masa depan yang awak langsung tak layak untuk jamin.


Buat adik perempuan dan adik lelaki, 

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah.Tak cakap salah. Islam tak larang pun kalau kita jatuh hati pada seseorang. Allah yang ciptakan rasa tu. Dan adik patut rasa bersyukur sebab adik normal, jatuh hati pada gender yang berbeza. NORMAL untuk rasa suka pada seseorang. Tapi, adalah TIDAK NORMAL, asal minat je couple. Asal suka je confess. TIDAK NORMAL kalau melayan perasaan tu. Rasa itu mungkin datang dari nafsu. 

Saya nak ajar ni, kalau ada insan yang kita rasa selayaknya boleh jadi teammate kita untuk race ke syurga, simpan dulu nama dia dalam doa kita. Minta pada Allah, tolong jaga hati awak supaya tidak melebih-lebih dalam menyayangi insan bukan ajnabi. Tanya pada Allah, benar/tidak pilihan awak. Andai dengan jodoh kalian, maka tenanglah hati, bertambahlah iman, bahagialah ibu bapa awak, senang masuk syurga, maka, minta pada Allah, jodohkan kalian, dekatkan hati kalian, mudahkan perjalanan kalian, dan minta Allah pegang hati si dia. Takut-takut nanti dia berubah hati. Tapi, andaikata banyak kemudharatan andai kalian berjodoh, maka mintak pada Allah untuk jauhkan hati awak dari dia, hilangkan rasa suka tu, dan mintak Allah dorongkan kita ke jalan yang benar, dan moga perjalanan kita mencari pasangan hidup dipermudahkan Allah.

Allah kan maha mengetahui. Allah tahu dah dia sesuai ke tak. DIA tau si dia jodoh kita ke tak. Kan senang macam tu, sandarkan harapan kita pada Allah. Bila sandarkan hati pada Allah, saya jamin, adik-adik takkan kecewa dan patah hati. Even si dia yang adik masukkan dalam doa, akhirnya terbukti bukan milik adik pun, adik tak kecewa. Sebab adik tahu, rupanya selama ini adik mintak Kancil, tapi Allah tak nak bagi sebab ada Audi yg Allah tengah siapkan untuk kita. 

Dan yg paling penting sekali, persiapkan diri adik mentally, physically, economically. Dah ready semua ni baru mulakan misi pencarian the other half ye. Kalau takde, jangan gatai nohh. Oh, economically tu, bukan sbb akak materialistic, tapi akak realistic. Memang duit bukan syarat bahagia. Tapi kalau takde duit memang merana. Setuju?

Dan sebelum tu, mungkin nanti ada yang komen. Asyik-asyik cinta, asyik-asyik kawen. Muda lagi, banyak lagi benda boleh fikir, banyak lagi benda boleh buat. Hmmm. Adik, kalau bab subjek, politik, resepi, orang tak tanya anonymously. Bab perasaan kita malu sikit. Tu pasal confession banyak pasal cinta. Sebab bab lain diorg tak payah confess sini, bukan diorg tak buat keje lain. Tapi diorg buat keje lain kat tempat lain.