20 April 2020

Jenis-Jenis Parut Jerawat


Parut jerawat biasa terjadi selepas proses penyembuhan jerawat. Bila kulit muka kita breakout, pori-pori akan mula membengkak dan akhirnya akan memberi kesan pada kulit. Sebab tu boleh wujudnya parut berlubang, hyperpigmentation, dan kesan bintik-bintik merah pada wajah selepas fasa pertumbuhan jerawat.

Jenis-Jenis Parut Jerawat

Tidak dinafikan, untuk menghilangkan kesan parut jerawat bukannya mudah dan akan mengambil sedikit masa bergantung kepada jenis parut jerawat yang dialami. Oleh sebab itu, kita perlu kenal dan tahu serba sedikit tentang bagaimana parut jerawat terbentuk dan jenis-jenis parut yang biasa terjadi supaya kita boleh merawatnya dengan kaedah yang lebih sesuai dan efektif.


BAGAIMANA PARUT JERAWAT TERBENTUK?

Sebelum mengetahui bagaimana parut jerawat terbentuk, kita perlu tahu tentang bagaimana jerawat terjadi dan proses penyembuhannya. Jerawat biasa terjadi melalui pori yang tersumbat. Ia bermula apabila sel kulit mati dan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit muka mula terkumpul di dalam liang-liang pori.
Jenis-Jenis Parut Jerawat
Clogged pores atau pori tersumbat akan menyebabkan timbulnya whiteheads atau blackheads. Keadaan dalam pori sendiri tersebut akan menarik perhatian bakteria untuk membiak dan menyebabkan keradangan (inflamasi) pada lapisan kedua kulit iaitu dermis. 

Hasilnya? Jerawat pun muncul!

Bila jerawat mula terhasil, kulit akan terus mengalami keradangan sehingga liang pori pecah. Kesannya, kulit akan semakin rosak dan akhirnya akan meninggalkan kesan parut. 


JENIS-JENIS PARUT JERAWAT

Kenapa parut jerawat pun ada banyak jenis? Ini terjadi kerana setiap jerawat mempunyai proses penyembuhan yang berbeza di bawah kulit. Umum yang perlu kita kenali, terdapat lima (5) jenis parut jerawat yang sering terjadi. 


1 - Parut Hyperpigmentasi merupakan sejenis tompok hitam atau merah yang ditinggalkan pada kulit selepas proses penyembuhan jerawat berlaku. 

Jenis-Jenis Parut Jerawat
Pic from babeanbeauty.com

Parut gelap dan hitam, juga dikenali sebagai Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) terjadi apabila badan menghasilkan melanin yang berlebihan. Melanin ialah pigmen yang memberi kesan warna pada kulit. Melanin akan bertambah apabila inflamasi berlaku. 

Parut merah yang juga dikenali sebagai Post Inflammatory Erythema (PIE) disebabkan oleh salur darah yang membengkak akibat rangsangan inflamasi. Badan akan mengarahkan darah untuk pergi ke tempat yang mengalami keradangan. Sebab itu boleh wujudnya tompok-tompok merah pada kulit muka.

Jenis-Jenis Parut Jerawat
pic from babeandbeauty.com

2 - Parut Icepick, atau dalam bahasa mudahnya sejenis parut berlubang yang macam kena cucuk jarum. Parut ini boleh tembus sehingga ke lapisan kulit yang kedua iaitu dermis. Ia terjadi apabila jerawat timbul hingga ke permukaan kulit. Apabila jerawat sembuh, pori akan menjadi kosong dan meninggalkan parut berlubang. 

3 - Parut Boxcar juga sejenis parut berlubang, cuma bentuknya lebih berlekuk seperti kotak. Lubang parut ini lebih besar berbanding parut ice pick. Bentuknya yang berlubang dan berlekuk ini disebabkan oleh kulit kehilangan tisu akibat inflamasi yang menghancurkan kolagen semulajadi kulit. Semakin banyak tisu hilang, semakin teruk keadaan parut boxcar ini.

4 - Parut Rolling nampak seakan-akan berombak. Ia terjadi apabila jerawat mengalami keradangan dalam tempoh yang lama. Kebiasaannya orang yang lebih berumur lebih senang mendapat parut jerawat jenis ini kerana waktu itu kulit makin hilang keanjalan dan kurang menegang. 

5 - Parut Keloid kelihatan seperti kulit yang timbul atau benjolan. Ini disebabkan oleh badan menghasilkan tisu yang berlebihan secara tidak sengaja apabila merawat kesan inflamasi.