13 November 2019

Pengalaman Bekerja di Cafe Secret Recipe

Mood : Tiba-tiba nak cerita pasal kerja Secret Recipe

Sebelum final exam last semester haritu, aku memang dah dapat offer letter untuk terus kerja lepas habis study. Secure job. Tapi aku terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu. Then, aku decide untuk jadi freelancer je buat sementara waktu. Sementara tunggu nak dapat job offer yang lain la kan. So kerja aku memang semua dari rumah je. Btw, aku buat freelance untuk content or article writing (siapa nak hire boleh pm hahaha sempattt).

Tbvh aku memang suka la kerja-kerja freelance writing macam ni sebenarnya sebab aku tak perlu nak jumpa orang sangat. Dapat project, submit kerja semua by email. Tup tup payment masuk akaun bank. Hardcore punya introvert.

Tapi makin lama aku makin rasa sunyi ahaks. Dua bulan lebih terperap dalam rumah. Bangun pagi ibu pergi kerja, adik-adik pergi sekolah. Last-last tinggal aku sorang je kat rumah bersembang dengan dinding hari-hari. Kadang-kadang ada la jugak sembang dengan kucing, itu pun kalau diorang ada kat luar. Risau jugak dengan keadaan psikologi aku kalau sosial life makin kurang sejak habis study ni.

Aku pun cuba lah keluar dari zon selesa aku.

Aku try apply jadi cafe crew kat secret recipe area rumah aku dah itu je iklan job yang kebetulan aku terjumpa kat group facebook taman aku. Interview dengan supervisor tu tak sampai 5 minit terus diterima bekerja whutt. Sebenarnya diorang memang urgent nak staff baru sebab tak cukup orang. Tapi aku start masuk kerja minggu depannya sebab supervisor tu kata aku kena pergi food training kat kl dulu so aku pun ok jelah.

Aku ni tak adalah baru first time kerja bahagian F&B. Setakat nak amik order hantar order, handle certain customer yang datang dari neraka tu semua aku dah biasa sebab masa study dulu aku selalu jugak kerja part time kat kedai-kedai makan yang ada dekat area universiti aku. Tapi dulu kerja kat kedai makan biasa-biasa diorang tak perlukan sijil food handling, amik suntikan bagai. Asalkan boleh buat kerja, onz.

Nak kerja kat cafe kena ikut lah prosedur dia. Walaupun aku sendiri pun tak pasti aku nak kerja berapa lama masa tu haha. Amik suntikan typhoid ni memang wajib untuk semua pengendali makanan sepatutnya tapi time study dulu biasa lah kedai makan biasa-biasa tepi jalan tepi pantai, kerja pun part time je. So nak jadi cafe crew kena lah jugak terbang RM80 untuk suntik typhoid. Lepas tu pergi food training. Sorang-sorang T_T

Masa training tu ramai lagi new staff yang dari branch lain datang training sekali. Mostly yang datang semua ada geng dari branch yang sama. So aku pun cari lah orang yang memang datang sorang jugak untuk buat kawan selama satu hari haha. Untuk training tu ada dua session. Satu session pasal mengendali makanan, satu lagi session intro pasal company gitu.

Antara benda yang aku baru tahu masa training,

Untuk comfirmation, staff biasa lepas 3 bulan kerja. After 3 months baru boleh dapat benefits permanent staff. Benefits yang aku rasa best gila nak mati adalah time birthday and majlis kahwin boleh redeem 1 whole cake free. Setiap hari kita bekerja akan dapat one staff meal setiap sorang. Benefits lain tu macam biasa lah annual leave, overtime pay, double pay on public holiday apa semua. Makan kek free hari-hari tu tak pernah termaktub ye rakan-rakan.

And aku baru tahu Hokkaido tu under Secret Recipe hdskhdskhdsk. Patutlah time training tu aku pelik kenapa staff hokkaido pun ada menyesat rupanya diorang tak sesat pun. Lepas tu secret recipe punya calendar ni lain sikit. First day of their month adalah 15hb. So aku dah boleh berhenti berangan yang gaji akan masuk lepas 1 hari bulan. Basic gaji RM1100 plus RM100 allowance.

Cafe biasa bukak 10 pagi, tutup 10 malam. Tapi untuk staff, opening kena punch card setengah jam awal, closing kena balik sejam lambat (boleh jadi sampai 3 jam kalau kerja belum siap hshshs). Depends on setiap branch rasanya. So basically waktu bekerja untuk branch yang aku kerja tu dari jam 9.30 pagi sampai 11 malam. Tapi ada shift. Kalau ot dapatlah sejam RM9.80

Kat secret recipe ada macam-macam bahagian tugas kerja;

Floor
Barista
Kitchen
Cake Counter
Supervisor/Assistant Manager/Manager/etc

Masa aku kerja dulu aku jadi budak floor. Kerjanya more on floor services termasuk handle customer dine-in and cuci tandas. Time closing kena sapu and mop satu kedai. Kalau shop lot branch korang tu besor gila haa menyapu le kome sampai ke subuh. Nasib baik branch aku ni lot dia tecikk je. Kalau time tak ada customer buat-buat lah busy lap sudu ke, lap meja ke, lap cermin ke, sapu lantai ke.

Haa lagi satu phone memang kena simpan dalam peti. Biasa lah tu tak nak bagi staff main phone time kerja. Yang barista tukang buat semua air, staff cake counter kena serve customer yang nak beli kek and prepare shinjuku, kitchen pulak tukang masak untuk menu-menu berat macam nasi, spaghetti, chicken grill, salad, blablabla and cuci pinggan mangkuk.

Time aku kerja dulu, memang tak boleh duduk langsung dari mula aku masuk kerja sampai nak punch card balik. Kecuali time break. Ada lah jugak sesekali aku curi-curi duduk dalam jamban sebab kaki cramp nak mampus dah lah salah pakai kasut pulak tu sampai tercabut tapaknya berlari sana sini handle floor services. Setakat aku kerja, dah dua kasut aku hancurkan ndshjfhejfhsd. Tapi nasib baik semua tu kasut lama aku. Last-last aku beli kasut baru kat bata. Tahan sampai hari ni.

messarah.blogspot.com

Mula-mula aku kerja tu struggle jugak lah aku. Selama ni aku datang secret recipe aku reti order indulgence, air kosong dengan aglio olio je. Menu lain tu semua kelihatan sangat asing bagi aku termasuklah semua jenis nama cake. Aku ni dah lah separuh pekak. Customer pulak order kemain laju,

"nak cordon bleu satu, parmigiana dua, lemon fizz tiga, blablabla empat..."
"hah? kodonblu? pamigina? apa fis?"

Nama menu pun kemainnn. Mat salleh sangat. Aku ni jawa je.

Start dari tu lah time tak ada customer je aku akan tenung buku menu tu sampai tembus belakang semata nak hafal nama makanan satu-satu, then hafal cara setting table untuk different dishes, promo set, nama coffee apa semua. And yang paling membuatkan aku mabuk sekali adalah nak hafal kedudukan menu dalam sistem. Kalau salah punch order customer dalam sistem, dengan duit shortnya, get ready lah kena tembakan makian berpadu. Maki dari orang kitchen aku dapat, maki dari customer pun dapat aih jenuh. Biasalah orang tengah stress kat dapur, aku pulak pergi salah punch order. Peninglah member kat dapur nak tukar itu ini.

Aku tak tau lah aku kerja sini en, kerja diorang ni asyik maki orang je. Terpekik sana sini. Berdarah telinga aku kerja hari-hari. Cuba la sesekali sebut subhanallah ke. Kurang la sikit darah telinga aku haha.

Staff kat situ semua baik je sebenarnya. Diorang ajar aku masa mula-mula aku masuk pun okay je, and kalau aku buat salah diorang tegur pun okay je (kadang-kadang ada la kena maki jugak ahahaha). Cuma tu lah diorang ni tak pernah penat maki orang agaknya. Mungkin dah nasib aku kot dapat colleagues yang macam ni uhuks.

And aku kerja sini tak lama pun. Aku tinggalkan kerja ni untuk peluang yang lebih cerah ecehh.

messarah.blogspot.com

At least merasa lah jugak aku nak makan makanan favorite free hari-hari hihi.

Menu-menu lain pun aku dah hafal and mostly aku dah pernah rasa kena dengan tekak aku or tak so lepas ni bila aku nak bertandang kat mana-mana secret recipe tak ada lah aku order menu boring je. Secret recipe ni actually memang secret pun sebenarnya. Kek banyak-banyak yang ada kat kaunter tu, lori yang hantar. Bukan staff dalam branch yang bakor, hias krim keliling kek tu. Itu lah yang secret sebenarnya hahaha.

So, rasanya tu jelah yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku yang tak ada lah banyak mana pun. Harap membantu la sesiapa yang masih berkira-kira nak kerja kat secret recipe ke tak. Satu je lah yang aku nak pesan,

"Pengalaman tu lagi mahal dari nilai wang ringgit"

Goodluck.

20 comments:

  1. oKay, best part dapat whole kek every birthday!!! Yang lain, kalo nak kerja mana² F&B senang, dah tak payah pegi food training. Ahak~ baca cerita ko ni dik, rasa macam nak bukak hikayat masa keja kat Sushi Jusco je. Haha

    ReplyDelete
  2. Kerja F&B memang penat and very stressful. Pernah juga kerja for two months after habis study lepastu rasa macam nak give up and yeah pernah curi2 duduk dalam tandas sebab penat gila berdiri kot haha. Best cerita ni! suka baca.

    ReplyDelete
  3. confirm penat tapi berbaloi dengan dapat pengalaman di situ!

    ReplyDelete
  4. Singgah (^^,) Selamat Tengahari.
    Well done. Sekarng kerja apa² pun xpe...yg lbh penting adalah dapat pengalaman kan.
    Love, SNM

    ReplyDelete
  5. True indeed..pengalaman tu lbh berharga dr wang ringgit. Bila ada pengalaman camni kte akan lbh hargai kerja2 org lain heheh tak ada la gi mana2 tunjuk kekwat kannn

    ReplyDelete
  6. klu cam pergi training tu kena bayar tak? abg saya dulu kerja secret recipe. mencabar jugak sbnrnya. All the best sis bekerjaa & semoga dpt timba pengalaman

    ReplyDelete
  7. time masa ni la nak cari banyak pengalaman. pengalaman kerja tu penting. nanti sok2 nak kahwn belum tentu dpt peluang bekerja mcm ni. menulis tu tetap boleh buat bila ada masa terluang

    ReplyDelete
  8. True indeed. Pengalaman tak dapat dibayar dengan wang ringgit. =)

    ReplyDelete
  9. Yup setuju sangat part "Pengalaman tu lagi mahal dari nilai wang ringgit"
    Lepas SPM 1995 kita keje F&B jugak. Gaji lagi sikit dan memang penat! But itu lah pengalaman paling berharga dalam hidup ni...

    ReplyDelete
  10. Seronok baca gaya penulisan & penceritaan. Saya dulu pnah jugak kerja dlm bidang fnb ni. Lebih kurang sama jugak tahap strugglenya hehe.

    ReplyDelete
  11. Walaupun akk takde pengalaman kerja F&B tapi bila baca macam dapat rasa macam mana penatnya awak kerja. Tapi tu la kan, pengalaman tu yang akan membuatkan kita lebih matang. Hope nanti awak dapat kerja yang lebih better.

    ReplyDelete
  12. Penagalaman lah yg banyak menjadi cikgu. Bagusnya dapat kerja part time. Saya dulu ayah tak bagi. Haha. Tapi dh besar cari sendiri pengalaman. Hehe

    ReplyDelete
  13. Kerja dengan branch f&b ni bukan senang. Banyak kena belajar. Ingat dulu zaman tak berapa alert sangat bab hukum hakam ni, akak kerja kat 7E selepas tamat belajar.banyak juga benda baru kena belajar. Selalu masuk 7E tahu pilih barang bayar. Bila dah kerja 7E baru kita tahu cara tukar mesin slurpee, stock up barang n sebagainya. Pengalaman tu memang mahal kan.

    ReplyDelete
  14. Woww..bestnya dapat pengalaman macam ni, kita yg tak pernah kerja fnb ni mana tahu semua tu, kita tahu makan je..:).
    Sis pun ada gak ckp gan anak..suh dia cari pengalaman kerja kat tmpat2 mcm ni sekurangnya dia tahu mcm mana susahnya nk cr duit

    ReplyDelete
  15. Pengalaman tu yg mahal sebenarnya. Anak sulung akk lps exam spm hr tu kitaorang paksa dia keje untuk pengalaman. Dia keja kat kedai ayam uncle jack. Dia suap pesan never makan ayam goreng kat giant. Hahahahahhahahah. Adala tu sop yg dia geli hehehe

    ReplyDelete
  16. pengalaman mek dengan secret recipe di kelantan cukup membuatkan darah mek naik sehinggakan mek buat aduan di laman fb secret recipe and part paling best depa tak nak mengaku. allahu. tapi yang buruk ni akhirnya akan terbukti juga. alhamdulillah cawangan secret recipe yang mek complain tu dah pun di tutup atas dasar tiada sales. nak sales macam mana kalau on kitchen jam 1 tgh. kau dah tahu waktu orang lunch lepas tu boleh pulak bagi alasan kitchen tak ready. arrr pun*** punya alasan. okei done bebel. yang penting kalau kerja buat dengan seikhlas hati. tak kisah kerja apa pun. jangan sebab bos tak ada kita buat tak endah.

    ReplyDelete
  17. TB tak pernah kerja dengan branch F&B .. dan memang taktau la lansung tentang skop kerja nya.. Tapi tengok pada cara dan pemakaian uniform semua, macam ber sistem dan kemas.. banyak kena belajar dan kena cuba mahirkan diri dalam setiap skop kerja yang diberikan..

    ReplyDelete
  18. tak pernah kerja F&B lagi tp itu 1 pengalaman paling mahal la tu. tak semua orang dapat rasa pengalaman tu.

    ReplyDelete
  19. Hi! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout
    out and tell you I really enjoy reading your articles.
    Can you recommend any other blogs/websites/forums that
    go over the same subjects? Appreciate it!

    ReplyDelete
  20. Bagus tu cubaan untuk keluar drpd comfort zone. Kita pun dapat praktis public relations & bersosial gitu kan.. tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Pengalaman yang menarik.

    ReplyDelete