14 August 2019

sejarah left-handed aku


aku selalu takut kalau nak menulis depan orang. sebab aku selalu kena attack (most of the time la),

"weyh kau tulis guna tangan kiri?!!!"

*sambil dia tenung tangan kiri aku yang tiba-tiba terberhenti menulis

apa? pelik sangat ke ada makhluk kat bumi ni left-handed?

aku ni dah lah selalu cepat kena panic attack. kau sergah aku sambil terus-menerus tenung aku menunggu jawapan yang tak pernah wujud macam tu terus aku tak jadi nak menulis sampai bila-bila. terus hilang konfiden aku T_T

janganla

ye aku tahu ada certain orang dia teruja tengok orang tulis guna tangan kiri sebab dia bagi dia right-handed ni tersangatlah normal. orang selalunya terbayang-bayang macam mana kau lahir-lahir kat bumi ni boleh terus decide nak menulis guna tangan kiri.

"sebelum aku keluar perut mak aku, mak aku dah suruh buat pilihan nak menulis guna tangan kanan or kiri bila dah lahir nanti so aku pilihlah kiri sebab aku rasa macam rare"

aku tak boleh nak bagi jawapan macam tu sebab SEBENARNYA aku bukan dari kecik left-handed. dulu aku menulis normal macam kanak-kanak lain, guna tangan kanan. aku start tulis guna tangan kiri masa aku darjah 1. ke darjah 2 ntah aku pun lupa.

*suka hati je main tukar-tukar tangan, tau la baru sekolah rendah

sebenarnya masa darjah 1 or 2 tu aku ada sorang kawan yang boleh menulis guna dua-dua belah tangan (haa lagi rare ngko!). tapi aku dah tak ingat siapa dia. bagi aku masa tu tulisan tangan kanan dengan kiri dia dua-dua sama cantik, tulisan kanak-kanak yang masih boleh dibaca la kiranya so aku macam amazed, mula memasang azam nak jadi macam dia.

at least bila penat tulis guna tangan kanan, ada spare lagi satu tangan nak menulis hahahaha.

aku tanya lah dia tips macam mana nak jadikan tulisan tangan kiri aku kelihatan sedikit normal. dia kata kena praktis tulis guna tangan kiri hari-hari. so sepanjang minggu tu tulisan kat buku tulis latihan sekolah aku tu dah macam cacing kerawit dari a sampai z. aku pun redho jela nak praktis punya pasal kan.

orang kata kena sentiasa konfiden dalam mengorek bakat terpendam diri sendiri tu yang sanggup korbankan tulisan homework sampai kena marah dengan cikgu tu.

praktis punya praktis, tulisan tangan kiri aku pun dah semakin normal. tiba-tiba nak tulis guna tangan kanan balik, aik apahal dah jadi tak normal pulak? lepas tu aku tak ingat apa jadi. yang penting aku dah malas nak praktis guna tangan kanan balik, so aku proceed je jadi left-handed sampailah sekarang. lol

so kalau orang tanya aku sama ada sempat tak kalau dia baru nak bertukar tangan sekarang, aku akan cakap tak haha. time kecik dulu boleh lah nak main tukar-tukar, life experience masih fresh baru keluar perut ibu kan. nak melentur buluh pun kena mula dari rebung.

ni aku dah tua ni ada le juga try-try nak kembali ke pangkal jalan, tulis guna tangan kanan. tapi hareyyy last-last aku fedup sebab aku rasa aku buang masa. bila akhirnya aku sedar yang aku hanya memerlukan satu tangan untuk menulis sebab tangan lagi satu function untuk makan.

kannn?! aku boleh menulis sambil makan!

bijaknya keputusan aku nak ikut jejak langkah kawan aku tu dulu. thank you dear old friend ihiks <3


ni lukisan tiru internet yang dihasilkan oleh Yang Amat Berhormat Tangan Kiri Maisarah. agaknya ni la hidden gems tangan kiri aku selama ni kot sebab tu aku tiba-tiba terfikir nak tukar tangan time sekolah rendah dulu hahaha.

18 comments:

  1. WOW lawanya lukisan awak XD
    saya mmg amazed lah dgn orang yang left handed ni

    ReplyDelete
  2. bab boleh tulis time tgh makan tu, menarik.
    anak sulung aida lefthanded.
    tau sgt lah tu, sarah :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Rasanya awak ni 'Ambidextrous', ability boleh guna both hand macam kawan awak ni. It's good to use both regularly untuk tingkatkan kemampuan otak buat benda lain also~

    Try la guna balik tgn kanan too~ tukar2 tangan balik. Confirm buatkan your brain lagi aktif and kreatif extra sikit.

    ReplyDelete
  4. Hahahahha.. Ada jugak yg boleh main switch gini.. Tapi untung la ada kebolehan boleh main2 switch gitu.. BTW lukisan tu lawa sgt

    ReplyDelete
  5. sebanarnya khaty suka tengok orang yang menulis atau melukis tangan kiri, nampak lain sangat. Tapi kalau boleh guna 2 2 tangan memang hebat.
    "aku boleh menulis sambil makan!" yang ini best

    ReplyDelete
  6. ohhh macam tu.. so bukan sebab genetik la orang yg tulis tangan kiri ni? sebabnya mereka dah terbiasa menggunakan tangan kiri

    ReplyDelete
  7. happy lefthanders' day! tak silap semalam kan? adik saya ada seorang yang menggunakan tangan kiri untuk semua perkara. tapi semakin membesar, dia biasakan menggunakan tangan kanan. dan ternyata sekarang dia boleh guna kedua-dua tangan untuk menulis dengan baik.

    ReplyDelete
  8. Happy belated left-handed day! Memang ada hikmah lah tukar tangan menulis tu, lawa lukisan!

    ReplyDelete
  9. kiri ke..kanan ke..semua ada kelebihan kan. sis guna tangan kanan..suami tangan kiri..anak2 semua kanan.hihi

    ReplyDelete
  10. Orang yang left handed atau kidal ni kebanyakan mesti kreatif 😊

    ReplyDelete
  11. Happy left hand! btw nice lah pic atas tu. boleh pergi jauh tu.

    ReplyDelete
  12. ok jer duduk sebelah org kidal , masa sekolah duduk sebelah diorang ok jer takder masalah ...pepandai bertolak ansur ...dalam keluarga pun ramai kidal ...cuma paling kesian bila diorang pegang gunting jer sebab rasa serba tak kena tengok diorang pegang

    ReplyDelete
  13. Cantiknya lukisan. Orang selalu kata orang kidal ni hensem2, cantik. Ahha. Samalah kita
    Orang kidal guna otak kanan. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan ni ye

    ReplyDelete
  14. Pandainya melukis.
    Agaknya yang leftie memang berbakat melukis atau mewarna kan.
    Sebab ex boss I pun leftie dan dia suka melukis dan mewarna

    ReplyDelete
  15. Wahhhh... hebatlah! Dulu ada jugak kawan yang boleh tulis dengan dua2 tangan. Memang amazed sangat dengan dia. And yes, anything is possible if you put your mind to it. Baguslah awak tak mudah putus asa dulu.

    ReplyDelete
  16. kawan mek pun ada yang guna tangan kiri. dulu macam teruja la jugak tengoknya. sekarang tak lagi. heheh. cuma yg makan guna tangan kiri tu rasa macam wow. how you did that.

    ReplyDelete
  17. Left or right… itu tangan jugak… agree with what you said, kids sometimes easier to get perli when using left hand… it is our duty to teach them the truth

    ReplyDelete
  18. cantik... kalau sis yg lukis.. hmmm ke laut dalam dasar lautan ke 10 agaknya. hahahhaa... mmg x de seni sis bab lukis cam gini.. selamat hari kidal sedunia

    ReplyDelete