13 June 2019

Aladdin 2019 Movie Review

hi!

actually at first aku tak excited sangat pun nak tengok movie ni. aku layan lagu dia je yang zayn dengan zhavia nyanyi tu. tapi aku tengok review dari orang lain ramai kata best gila so aku pun macam ter excited pulak tiba-tiba. hero dia pun takdelah hensem mana sebab tu aku tak excited sangat mula-mula tu ahahahahaha.

Aladdin 2019 Movie Review

ni sinopsis from google;

aladdin is a lovable street urchin who meets princess jasmine, the beautiful daughter of the sultan of agrabah. while visiting her exotic place, aladdin stumbles upon a magic oil lamp that unleashes a powerful, wisecracking, larger-than-life genie. as aladdin and the genie start to become friends, they must soon embark on a dangerous mission to stop the evil sorcerer jafar from overthrowing young jasmine's kingdom.


tbh, ni je satu-satunya cerita disney yang aku tak pernah layan seumur hidup aku. aku tak pernah tengok yang versi cartoon punya so aku tak sure jalan cerita asalnya macam mana. aku rasa sama je kot. tapi yang adaptation movie ni sumpah best gila! mula-mula macam bosan sikit sebab banyak scene menyanyi je sebab ni memang musical movie pun lol, nasib baik suara sedap haha. bila start scene yang jin (will smith) tu keluar dari magic oil lamp tu best gila. scene sebelum tu best lah jugak sebenarnya sebab monkey (abu) aladdin tu cute gila. tapi bila start part genie (jin) keluar tu lagi best.

orang kata mena massoud (aladdin) ni muka and karakter dia memang sebijik macam aladdin yang version kartun tu tapi aku ada baca certain comment kat mv a whole new world, ramai kata gaya zayn macam lagi sesuai jadi aladdin dari mena massoud. agaklah sikit haha. watak aladdin ni walaupun dilabel sebagai sampah jalanan sebab terpaksa mencuri untuk teruskan hidup, aladdin ni baik sangat, lepas tu sweet hehehehe.

princess jasmine pula dilakonkan oleh naomi scott. memang ada aura disney princess tu kat dia. aku paling suka time scene dia nyanyi lagu speechless. aku suka watak puteri jasmine ni. tak cringey sangat macam watak disney princess yang lain hekhek. watak dia lebih tegas, a strong princesss, seorang yang sangat ambitious nak jadi sultan and dia bukan seorang perempuan yang pandang harta lelaki. fyi, naomi scott ni pun berlakon dalam power rangers 2017 tau jadi watak kimberly hunt haha so memang sesuai lah watak nya pun.

paling last, watak genie (jin dalam magic oil lamp) oleh will smith. trust me, watak genie lagi menonjol daripada aladdin yang sepatutnya jadi hero movie ni sebenarnya. memang sesuai sangat watak genie ni dengan will smith and ada satu scene dalam istana tu serious aku tak boleh stop gelak sambil tepuk-tepuk seat kosong kat sebelah. cina sebelah pun macam risau tengok aku gelak tak behave teruks haha.

Aladdin 2019 Movie Review

movie ni sebenarnya ada banyak nilai-nilai murni yang kita boleh ambil iktibar. seorang puteri yang ambitious and tetap dengan pendirian diri sendiri, seorang lelaki yang lebih mementingkan kekayaan hati berbanding kekayaan harta dan sayangkan kawan lebih dari segalanya, watak genie yang walaupun dia jin tapi dia jin yang sangat baik dan suka tolong orang. ni kalau aku isi buku nilam bahagian nilai-nilai murni ni comfirm penuh hahaha. overall, movie ni sesuai sangat untuk kids, comfirm diorang enjoy kecuali ada beberapa kiss scene tu get ready lah tutup mata anak-anak haha.

overall rating, 9/10 :)

1 comment:

  1. tak sangka jugak ada scene 'kiss ' tu sebab cerita ni memnag khas untuk budak-budak. huhu

    ReplyDelete