Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

Amaran. Review kali ni agak panjang sebab aku review 3 movies with long description for each movie. Tujuan aku review these 3 movies sekaligus adalah sebab tiga-tiga movie ni bersambungan, sequal movies.

1) Unbreakable (2000)
2) Split (2016)
3) Glass (2019)

Tiga movie je pun tapi nak sambung next series tu punya lah lama dekat 20 tahun hahaha. Director ketiga-tiga movie ni adalah M. Night Shyamalan and aku tabik dengan dia sebab mampu perah idea buat movie psikik macam ni, which is something knowledgeable juga lah.


UNBREAKABLE

Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

Kisah tentang seorang bodyguard bernama David yang dilakonkan oleh Bruce Willis, menjadi satu-satunya survivor daripada sebuah kemalangan maut train crash. Dalam train tu semua orang mati kecuali David, tanpa sebarang luka pada badan! David masih tertanya-tanya akan misteri tentang keadaan fizikal dia yang 'bernasib baik' tu. Bila berita tentang David ni tular, seorang lelaki bernama Elijah mula menjejaki David untuk explain kat dia tentang keunikan 'unbreakable nature' yang dia ada, dikenali sebagai The Sixth Sense. Elijah ni seorang lelaki yang dilahirkan dengan tulang rapuh. Baru-baru lahir dah ada tulang patah sejak dalam rahim mak dia. Sebab tu masa kecil-kecil Elijah selalu takut nak main kat luar rumah sebab takut ada benda langgar dia.

Watak David yang digelar hero sama sekali tak pernah sedar yang dia sebenarnya tak pernah rasa sakit atau tercedera sepanjang hidup dia. David mula siasat diri dia sendiri yang dia tak pernah sakit bila Elijah bagi notes dekat dia dengan soalan berbunyi, ''pernah tak rasa sakit seumur hidup?". Bukan sahaja tak pernah sakit atau tercedera even pernah terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk, malah boleh angkat bebanan seberat 350 pounds, and ada sense of danger bila dia bekerja sebagai bodyguard di tempat kerjanya, namun dia ada satu kelemahan yang disebabkan oleh trauma dia sejak kecil iaitu air.

Elijah Price claimed David as hero sebab nature dia yang bertentangan dengan sifat semulajadi yang ada dalam diri Elijah. David tak pernah rasa sakit, Elijah pulak selalu gila sakit. Opposite nature. Samuel L Jackson yang memainkan watak Elijah Price berperanan sebagai a fragile anti-hero dalam movie ni yang mana ending dia sangatlah unpredictable. Apa yang Shyamalan cuba nak sampaikan dalam movie ni adalah, berdasarkan superhero comic book - what would superpowers look like in our real world?

Worth movie to watch, rating 9/10


SPLIT 

Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

Movie ni berkisarkan tentang seorang lelaki, Kevin yang ada banyak personaliti. Melalui Kevin, watak yang dilakonkan oleh James McAvoy, ada 23 personaliti berbeza yang berjaya dikenalpasti oleh psikiatri dia, Dr. Fletcher. Tapi sebenarnya ada satu lagi personaliti yang sebenarnya tenggelam di antara kesemua 23 personaliti yang lain. Personaliti yang ke-24 ni dia menguasai kesemua personaliti yang lain.

Aku ada baca kat satu web ni yang McAvoy ni frust gila masa filming satu scene dalam movie ni yang mana dia kena melakonkan banyak personalities yang perlu bercakap sesama sendiri pada masa yang sama. Lepas tu dia tumbuk pintu sampai bengkak tangan dia. Kalau perasan masa scene kat bawah ni boleh nampak tangan dia bengkak tu haha punyalah stress dapat watak banyak personaliti kena mainkan dalam masa yang sama.

Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

Sebab tu karakter dia dalam movie Atomic Blonde, dia punya broken arm become part of his character dalam movie tu sebab dia filmed Atomic Blonde betul-betul lepas Split so they just worked it into the film hahaha.

Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

Okay back to the movie. Kevin menculik 3 orang remaja perempuan dan mengurung mereka dalam sebuah fasiliti yang misteri. Tiga orang remaja perempuan ni diketuai oleh Casey, seorang pemerhati tajam yang sangat teliti dengan apa yang jadi sekelilingnya. Ketiga-tiga perempuan ni mesti cuba larikan diri sebelum munculnya personaliti ke-24 sebab personaliti ke-24 ni sangat bahaya, agresif, dan menakutkan.

Kevin Wendell Crumb ni ada Dissociative Identity Disorder (DID). Personaliti ke-24 yang digelar "The Beasts'' oleh kesemua 23 personaliti yang lain menyebabkan Kevin menjadikan ketiga-tiga perempuan yang diculik tadi sebagai korban untuk personaliti yang ke-24 tu. DID ni merupakan long-term mental disorder yang membawa kepada perbezaan tingkah laku, emosi, dan pemikiran, inappropriate feelings and actions, luar kawalan daripada realiti, dan sense of perpecahan mental.

Hanya 8 daripada 24 watak dalam diri Kevin yang ditonjolkan dalam movie ni antaranya Hedwig, Dennis, Patricia, and The Beast. Hedwig ni watak paling tak matang di antara kesemua 24 personaliti dalam diri Kevin. Dia berumur 9 tahun dan suka bagi random fact dekat perempuan-perempuan tu macam dia bagitau dia suka makan hot dog, and dia ada stokin merah. Watak Hedwig ni kira macam comic relief untuk movie thriller Split yang penuh dengan suspens and stress sebab Hedwig ni dia macam tenang, kebudak-budakkan, and comel hehe. Dennis pula seorang lelaki yang perverted with Obsessive Complusive Disorder. Dennis ni yang culik ketiga-tiga remaja perempuan tu dan kurung mereka bawah basement zoo. Patricia pula berperwatakan macam mak-mak, dekan sekolah dan menganggap perempuan yang Dennis culik tu sebagai pelajar sekolahnya.

Personaliti paling merbahaya dalam diri Kevin ni adalah The Beast, membuktikan the ultimate idea apa yang manusia mampu buat dengan mental belief diorang. Dia lagi kuat, lagi besar, dan boleh panjat dinding dan ceiling. The Beast sangat kuat sampai pisau yang patah bila cuba ditusuk dalam badan dia tanpa ada sebarang calar. Seorang remaja perempuan yang diculik oleh Dennis, Casey, dibesarkan dan didera oleh pakciknya yang juga ada DID. So Casey jadi senang deal dengan Kevin sebab dia dah tahu macam mana nak control Kevin dengan personaliti yang berbeza supaya Kevin berasa selesa dan tak attack diorang yang kena culik tu.

Movie ni bukan sahaja untuk entertain orang yang layan movie ni, tapi nak ketengahkan pada masyarakat yang DID is a real disorder and affect about 1% of all human population. Ada case DID yang normal di mana 8 hingga 13 personaliti dalam seseorang. Tapi ada juga extreme case yang satu badan sampai ada 100 personaliti. Gila.

It is such a loss for people who didn't watch this movie, very entertained and knowledgeable at the same time, rating 10/10


GLASS

Unbreakable, Split, & Glass (2019) Movie Review

In this movie, Shyamalan bawakan kesemua watak narrative dia dalam satu movie baru yang diberi nama Glass. Kali ni Elijah Price dari movie Unbreakable tampil dengan dia punya pseudonym, iaitu Mr. Glass. Dalam ending Split, Casey akhirnya menjadi satu-satunya yang terselamat daripada The Beast tu and The Beast akhirnya menghilangkan diri. Ending Split tergantung masa tu and sambungannya ada pada Glass. Sekali lagi Shyamalan masih bermain dengan metafora komik superheronya tetapi masih menambah sedikit kelainan untuk menampilkan jiwa wira & penjahat yang menyedari dengan arus genre mereka sendiri.

Shyamalan brings together :

  • the uncontrolled id of DID-afflicted Kevin Crumb
  • the regulating force of the super-ego in David Dunn
  • the moderator between the hero and the villain in the ego that Elijah Price (Mr. Glass)

Dalam trailer Glass, Dr. Ellie Staple, watak yang dimainkan oleh Sarah Paulson ada keluar sikit-sikit. Dr. Ellie Staple ni berperanan sebagai seorang psychiatrist yang perlu merawat mereka yang percaya diri mereka adalah superhero. Bagi David, dia tak pernah rasa diri dia sebagai seorang superhero tapi bila David dan Elijah dipertemukan semula dalam sebuah mental institution, David tertanya-tanya kalau hidup dia yang 19 tahun yang lepas hanya sebuah penipuan. Manakala Kevin dan Elijah, watak penjahat (villains) dalam movie ni bagi mereka berada di bawah penjagaan Dr. Ellie Staple ni sebagai cabaran untuk mereka menggunakan kuasa yang mereka ada untuk escape dari mental institution tu. 

To be very honestly, act aku tak berapa faham dengan the real intention of the three main character's psychiatrist, Dr. Ellie Staple. Then aku baca web ni, https://www.bustle.com/p/whos-dr-ellie-staple-in-glass-sarah-paulsons-character-has-a-very-unique-job-15731589

Spoilers alerted. Sebenarnya watak ni ada twist sikit. Dalam movie ni act dah sedia ada two major super villains iaitu Mr. Glass dan Kevin, tapi the true villain is actually Dr. Ellie Staple. Dia sebenarnya ancaman kepada ketiga-tiga watak utama dalam movie ni. Dia merupakan salah seorang ahli dalam sebuah pertubuhan rahsia (semua ahli pertubuhan ni ada tattoo yang sama pada tangan mereka) yang sangat committed dalam membanteras ''superheroes'' di seluruh dunia. Diorang ni percaya kalau "superheroes" ni makin ramai orang tahu dan kenal, makin ramai superhero atau penjahat yang akan berani muncul. Misi diorang ni nak elakkan semua superheroes ni exposed lah gitu.

Bila ketiga-tiga superhero ni berjaya escape dari mental institution tu, Dr. Staple bunuh diorang bertiga so that dunia takkan tahu kewujudan diorang. Tapi Mr. Glass ni terlebih bijak, dia boleh tahu apa yang akan jadi so dia dah siap-siap simpan rakaman dari security camera mental institution tu and upload it so that dunia tahu kewujudan diorang. Dengan bantuan anak David, mak Mr. Glass, dan juga Casey, video tu tersebar di social media. 

Bolehlah, worth to watch jugak sebab at least tahu ending and sequel for Unbreakable & Split. Rating 8/10


Thanks for reading this entry :))

No comments:

Post a Comment