Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia

Hi!

So aku dah janji semalam nak share further pasal bigpay card yang aku dah share kat blog post sebelum ni, Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (part 1). Siapa belum baca boleh baca kat entri tu. And aku tau masih banyak persoalan yang banyak tak terjawab dalam kepala hang tu so here it is.

Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia
pic credits : #bigpay on instagram


1. Kad ni boleh pakai untuk keluar kat atm mana je ke?

Fyi bigpay ni macam prepaid card and boleh withdraw duit kat atm macam biasa. Persoalannya, atm mana je yang terima bigpay card ni? So far yang aku tahu semua atm terima bigpay card ni. Aku pernah baca satu blog ni dia share dia pernah try withdraw duit through CIMB di indonesia. Cumanya ada charge for every withdrawal dari atm machine tau.

If guna local (malaysia) atm : RM6 per transaction
Overseas : RM10 per transaction or 2% of withdrawal amount, whichever is higher

If you think takde keperluan nak withdraw duit dari bigpay tu tok sah dok gatai naa nak lebur RM6 gitu je hahaha. 


2. Boleh shopping guna bigpay card?

Boleh. Pastikan those merchants terima mastercard. And make sure dalam bigpay kad korang tu ada duit lah ye sebab ni bukan credit card, ni PREPAID card. Kena isi dulu duit baru boleh guna.


3. Kalau nak shopping kat overseas pun boleh?

Boleh sangat! Yang paling bestnya korang boleh dapat exchange rate semasa yang paling berbaloi tau. Contoh korang nak shopping masa tengah travel kat singapore, duit malaysia korang yang ada dalam bigpay tu akan diconvert ke singapore us dollar with the BEST exchange rate. Dah tak payah nak beratur kat money changer and nak kena pilih lagi money changer mana yang paling bagus tukaran nilainya.


4. Dapat BigPoint ke?

Yes! Setiap kali korang topup RM50, korang akan dapat 1 bigpoint. Kalau topup RM98 still dapat 1 point so nak berbaloi topup lah RM100 terus hehe. And setiap perbelanjaan sebanyak RM20, korang akan dapat 1 point. Fyi account bigpay korang ni boleh terus connect dengan akaun airasia big loyalty korang tapi kena make sure guna email yang sama.


5. Ada registration fee tak?

Takde. RM20 yang korang kena topup masa first transaction before dapat kad tu, korang boleh guna after that. RM20 tu just macam nak activekan account korang je. Sama macam nak buka akaun bank ada min topup dalam each bank account kan? Cumanya min balance yang korang kena ada dalam bigpay ni is RM10.


6. Berapa min balance kena ada dalam account?

RM10 onlyyyy :)


7. Kalau tertinggal kad ni kat rumah still boleh bayar guna bigpay ke?

Boleh. Bigpay ni macam e-wallet. Sebab tu korang kena ada apps bigpay tu. Bila shopping, korang boleh scan je bar code yang cashier tu bagi guna apps dalam phone korang and dia akan automatik tolak amount yang korang dah shopping. Korang boleh jugak send duit dekat kawan yang ada bigpay jugak. Free of charges.


8. Apa lagi benefits from AirAsia if guna bigpay?

Korang boleh save your money on flights, baggage, and meals. From time to time, korang boleh dapat access untuk exclusive deals!


9.  Selamat ke guna BigPay card ni?

Very secured payment methods. Every transaction made trough bigpay, korang akan dapat notification from your registered phone number. It means korang boleh track and check all the transactions in the apps. Nak login apps tu pun korang kena ada pin number or boleh guna fingerprints je (kalau ada). Macam mana securenya korang guna other bank card, macam tu lah securenya bigpay card ni so don't worry :)


10. Ada syarat ke nak guna kad ni kat overseas?

Takde. Boleh terus guna macam biasa. Kalau nak freeze kan kad ni sepanjang korang kat overseas pun boleh.


11. Macam mana nak tau exchange rate dia?

Boleh check dalam apps bila korang nak tukar nanti.


12. Berapa topup limit untuk kad ni?

RM10,000 for monthly.


13. Boleh bayar guna bigpay tak kalau nak isi minyak kenderaan?

Boleh ajaaa. Kalau nak swipe je kat pam minyak tanpa perlu ke kaunter tu, dia akan hold RM200-RM250 dari akaun kita before dia tolak amount sebenar yang kita isi minyak. Biasa dalam 2-3 hari. Tapi kalau tak nak duit kena hold pergi jelah jalan sikit ke kaunter and swipe card.  


14. Kalau dah ada BigPrepaid macam mana?

BigPay is better than BigPrepaid. Boleh transfer semua duit yang ada dalam BigPrepaid ke BigPay and cancel kad BigPrepaid tu. Cara nak pindahkan semua duit tu, dalam apps BigPay, pilih topup dari BigPrepaid card and tulis semua amount yang ada dari BigPrepaid. Untuk cancel BigPrepaid card, boleh try call +603 7662 9200 atau email support@bigpayme.com untuk cancel BigPrepaid. Kalau tak nak pun ikut lah hehe.


15. Ada fee ke kalau bayar kat kedai guna BigPay card?

So far tak ada any fee. Semua transaction free je.


16. Kalau kad tak aktif, apa jadi?

Setiap bulan diorang akan charge RM2.50 per month for inactive account where there is no card transaction. Nak selamat topup je sikit-sikit if takde shopping apa-apa bulan tu.


17. If shopping kat overseas, bila tukar duit malaysia to other currency, ada charge ke?

Ada. Curency conversion fee dia 1% + network charges.
(NOTE : only charges by the network will be applied until further notice)

Cross-border transaction fee is applied through merchant outside Malaysia but charged in ringgit malaysia.


18. Any other hidden fees?

Hidden fee so far takde. If nak buat replacement card, means nak tukar hak milik bigpay card tu, fee dia RM20 per card dengan syarat yang buat replacement tu mesti card member sendiri bukan orang lain. (NOT applicable if due to defect chip/card)

Kalau nak cancel card ni, free je. Kalau transfer duit dari bigpay kita ke bigpay orang lain is also free. No charges.



So, basically that's all I wanted to share right now. If ada further questions, boleh komen kat bawah and I'll try to answer it if I know ngeh ngeh. If nak register BigPay card ni and dapat RM10 percuma dalam account BigPay boleh guna code ni ;

4IQDDSLTHC 

Cara nak register boleh baca sini : Cara Apply/Register Online BigPay Card

3 comments:

  1. Nice sharing..bagus info ni 😎👍

    ReplyDelete
  2. wahhh info lengkap dan padat! Baru tahu pasal bigpay ni. Thanks sharing :D

    ReplyDelete