Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH)

Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) yang mana dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas kerajaan baru mengambil alih pentadbiran akan diteruskan mulai tahun 2019. Dalam pembaharuan bantuan kepada rakyat bermula tahun 2019, beberapa perkara akan dikaji dengan lebih teliti untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima Bantuan Sara Hidup 2019.

bsh 2019

Untuk pengetahuan semua, permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH) akan mula dibuka mulai Januari 2019. Kementerian Kewangan (MOF) akan membuat pengumuman tentang tarikh rasmi permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 dan cara permohonan pemohon serta kemaskini permohonan. Katanya kerajaan sedang menjalankan proses pengumpulan data bagi mengenal pasti penerima yang layak menerima bantuan ini. Walau bagaimana pun, pembahagian akan mula dibuat selepas Tahun Baru Cina.

bsh 2019

Menurut pandangan aku, bantuan yang diberi pada tahun 2019 akan datang merupakan satu penambahbaikan yang bagus untuk rakyat. Dalam pembentangan Bajet 2019 yang lepas, Bantuan Sara Hidup 2019 ini telah ditambah baik serta diteruskan pemberian kepada golongan B40 dengan peruntukan yang lebih tersasar. Cumanya bantuan kali ini tidak tertuju kepada golongan bujang.

Peruntukan kerajaan untuk Bantuan Sara Hidup 2019 dianggarkan lebih kurang RM5 billion. Tetapi jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya peruntukan adalah sebanyak RM6.8 billion sebab golongan bujang pun dapat.

Tujuan utama Bantuan Sara Hidup 2019 ini adalah untuk membantu kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40% terendah dengan peruntukan yang lebih bersasar dan ini sejajar dengan keputusan kerajaan untuk menambahbaik Bantuan Sara Hidup 2019 kepada penerima yang benar-benar layak menerima bantuan.

Menteri Kewangan Negara, Lim Guan Eng telah memperincikan 4 kategori yang akan menerima bantuan ini:

  1. Isi rumah dengan jumlah pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.
  2. Isi rumah dengan jumlah pendapatan bulanan bermula RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan sebanyak RM750.
  3. Isi rumah dengan jumlah pendapatan bulanan bermula RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM500.
  4. Bantuan tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah tetapi ianya terhad untuk 4 orang anak setiap keluarga kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

Bantuan untuk golongan bujang bagi aku ianya wajar diteruskan tetapi sasaranya harus lebih tepat kepada golongan yang benar-benar layak menerima sahaja. Sebab kita juga patut mempertimbangkan golongan bujang yang berpendapatan sangat rendah serta isu pengangguran mahasiswa yang ada di negara kita. Namun, mungkin kerajaan kita berpendapat untuk mendahulukan golongan yang berkeluarga dan beberapa bantuan akan disalurkan kepada anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

Penambahbaikan dalam bantuan kali ini adalah kerajaan telah memperkenalkan kadar tambahan bantuan sebanyak RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak bagi setiap keluarga, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur. 

"Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak yang berumur bawah 18 tahun, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200." katanya. - Bernama

Walau bagaimanapun, sebagai penerima yang akan menerima Bantuan Sara Hidup 2019 ini, adalah disarankan untuk tidak membazirkan bantuan yang diberi ini sebab anda dah diberi keutamaan untuk menerima bantuan ini berbanding orang lain terutamanya golongan bujang yang pernah menerima bantuan pada tahun-tahun sebelumnya. Seeloknya laburkan wang tersebut untuk masa depan terutama sekali untuk anak-anak supaya bantuan yang disalurkan ini digunakan sebaiknya oleh penerima-penerima BSH. 

5 comments:

  1. Alhamdulillah..moga dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  2. diharap penurunan bantuan ni dapat memulihkan ekonomi negara dengan cepat..

    ReplyDelete
  3. semoga tercapai matlamat BSH 2019..bantuan sampai kepada yang selayaknya..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. semoga yang menerimanya, akan memanfaatkan duit tersebut

    ReplyDelete