Movie Review - No Escape, Tragedy Girls, Gone Girl & Dark Places

No Escape (2015)

No Escape (2015) Movie Review


Google : Thriller/Action

American businessman Jack Dawyer (Owen Wilson), wife Annie and their two young daughters arrive in Southeast Asia to begin a new life. As his company plans to improve the region's water quality, the family quickly learns that they're right in the middle of a political uprising. Armed rebels attack the hotel where they're staying, ordered to kill any foreigners that they encounter. Amid utter chaos, Jack must find a way to save himself and his loved ones from the violence erupting all around them.


My Review : 

Cerita ni pasal seorang american businessman ada kerja kat sebuah negara asia. So dia bawak sekali family dia tinggal sana. Masa awal-awal family dia sampai sana pun dah banyak benda pelik berlaku. Bila pagi esoknya dia nak cari surat khabar sebab line phone takde, nak contact company pun tak dapat sebab ada banyak masalah, tiba-tiba ada kejadian perang kat pasar.

Seram jugaklah kalau jadi kat diri sendiri bila datang negara orang tiba-tiba ada perang and diorang attack kaum dia (orang putih amerika) je. Next mission dia cuma nak selamatkan family dia and nak keluar dari negara tu je tapi macam-macam halangan jadi lepas tu. Ada satu scene tu sampai dia terpaksa campak anak dia dari satu blok ke satu blokm semata-mata nak lari dari attackers. Memang gila. Rating 7/10



Tragedy Girls (2017)

Tragedy Girls (2017) Movie Review


Google : Horror/Comedy

Teenage crime reporters Sadie and McKayla are hot on the trail of a crazed seriel killer. After capturing the maniac and holding him hostage, they soon realize that the best way to boost their social media stardom is to commit the murders themselves.


My Review :

Cerita ni sumpah gila aku cakap. Perempuan-perempuan tu pun sumpah gila. Aku jadi gila lepas tengok movie ni hahaha. I can't brain lah diorang membunuh sebab nak boost kan social media diorang je haih. I can't brain also macam mana diorang boleh tak tertangkap LANGSUNG sebab membunuh oh goshh. Community diorang pulak jadikan diorang as idola/icon untuk semua kes pembunuhan yang terjadi kat taman diorang sebab diorang ni konon memperjuangkan mangsa-mangsa terbunuh padahal dioranglah pembunuhnya haih.

Siapa yang allergic tengok darah, or aksi potong-potong daging manusia pls avoid movie ni sebab banyak scene begitu. And yang nak tengok pun hati-hati lagi-lagi to those yang kuat mencarut tu hahaha. Rating 7/10



Gone Girl (2014)

Gone Girl (2014) Movie Review

Google : Drama/Mystery

In Carthage, Mo., former New York-based writer Nick Dunne (Ben Affleck) and his glamorous wife Amy (Rosamund Pike) present a portrait of a blissful marriage to the public. However, when Amy goes missing on the couple's fifth wedding anniversary, Nick becomes the prime suspect in her disappearance. The resulting police pressure and media frenzy cause the Dunnes' image of a happy union to crumble, leading to tantalizing questions about who Nick and Amy truly are.


My Review :

Bak kata Fird, yang suggestkan aku tengok movie ni, plot twist dia gila babi mind-blown. (Sorry for the harsh word). Pada hari anniversary mereka yang kelima, Amy hilang disyaki diculik seseorang dan dibunuh. Setiap hari sejak kehilangan Amy, akhirnya satu-satu rahsia terbongkar selama perkahwinan mereka. Sampai kan Nick jadi suspect kes pembunuhan Amy.

Ni warning awal, cerita ni agak banyak 18+ scene tapi tak payah fokus kat scene itu ye. Kalau faham jalan cerita dia sumpah mind blown gila. Lepas tengok movie ni aku buat research sikit macam biasa hehe movie ni asal daripada novel tulisan Gillian Flynn. Sebenarnya ending dia agak tergantung sebab tu aku buat research sikit if ada sequel dia. Tapi takdo cerita dia ending memang gitu. Buat penonton tertanya-tanya. So lepas tengok cerita ni jangan terlalu berharap pada sambungan dia okeh. Rating this movie got 8.5/10



Dark Places (2015)

Dark Places (2015) Movie Review

Google : Drama/Mystery

A woman (Charlize Theron) confronts traumatic, childhood memories of the murder of her mother and two sisters when she investigates the possibility that her brother (Corey Stoll) is innocent of the crime.


My Review :

Lepas buat research novel Gillian Flynn, pasal movie Gone Girl tadi, aku dapat tahu Dark Places pun salah satu novel beliau and dah diadaptasi ke movie. So sajelah try tengok jugak. Kisah tentang satu-satunya budak perempuan yang terselamat masa kejadian pembunuhan beramai-ramai di rumah dia masa dia kecik dulu yang melibatkan mak dia, dan dua sisters dia yang mati dalam kejadian, masih struggle dengan trauma dia. Abang dia, Corey Stoll dituduh membunuh ahli keluarganya yang lain. Tapi ada satu pertubuhan private yang cuba nak membuktikan abangnya Corey Stoll tak bersalah. Since that, satu-satu misteri akhirnya terbongkar. Rating movie ni 7/10


...........................................................................................................................................

Korang pernah tengok mana-mana movie kat atas ni? Boleh komen review korang jugak kat bawah hehe and kalau ada suggestion movie lain pun boleh komen kat bawah okeh :)

Movie Review - When We First Met (2018) & The Greatest Showman (2017)

When We First Met (2018)

When We First Met (2018) Movie Review


Google : (Comedy)

After spending a night with the girls of his dreams only to become just friends, a man gets the opportunity to travel through time and alter night over again until he gets everything perfect.


My Review : 

Mesej utama yang nak disampaikan dalam movie ni adalah, kau usahalah macam mana sekali pun kalau dah tertulis yang dia bukan jodoh kau, kau memang tak ada jodoh dengan dia. Best gila movie ni. Noah (Adam Devine) suka gila dekat Avery Martin and bila dia tak dapat perempuan idaman dia, dia sedih. Tapi dia dapat peluang untuk travel through masa, macam putar balik masa lalu and dia betulkan banyak kejadian supaya Avery Martin kahwin dengan dia jugak satu hari nanti. Tapi hakikatnya kalau dah memang bukan jodoh tu bukanlah pcsst. Ending pun boek. Ada la part sedih-sedih sikit and kelakar pun banyak. Suka gila! Rating 9.5/10 :)



The Greatest Showman (2017)

The Greatest Showman (2017) Movie Review


Google : (Drama/Romance)

Inspired by the imagination of P. T. Barnum, The Greatest Showman is an original musical that celebrates the birth of show business and tells of a visionary who rose from nothing to create a spectacle that become a worldwide sensation.


My Review : 

Masa movie ni awal-awal keluar kat panggung aku tak sempat nak tengok like tak ambik kisah langsung sebab ingat tak best haha. Then baru-baru ni saje lah tengok sebab bosan kan sekali best jugak weyy ada lah aku nangis sikit some scenes dia hahah. Cerita ni lebih kepada tema kekeluargaan and zaman macam orang putih zaman dulu-dulu. Zac Efron dengan Zendaya pun ada ui. P. T. Barnum boleh jadi contoh ketua keluarga yang baik sebab dia daripada nothing berusaha keras untuk family dia. Best best best! 9/10 punya rating.



Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Hai,

Ni semua movie review yang aku pernah buat sebelum ni. Berminat nak baca boleh klik link di bawah :)



1. Happy Death Day 2017

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Sinopsis : Tree Gelbman, seorang pelajar kolej perempuan yang selalu pentingkan diri sendiri, bangun daripada tidur pada hari ulang tahun kelahirannya di atas katil pelajar bernama Carter (lelaki). Setiap hari dia rasa ngeri sebab dia selalu mengalami peristiwa yang sama berulang kali. Bila seorang pembunuh bertopeng bunuh dia dengan cara yang kejam, tiba-tiba dia akan terjaga dari tidurnya dalam keadaan yang baik pada hari lahirnya di atas katil Carter jugak seolah-olah peristiwa yang baru berlaku tu adalah mimpi. Dia terpaksa hidupkan hari yang sama berulang kali sampai dia tahu siapa pembunuh sebenar dia.

My review : Suspen dia banyak and jalan cerita dia best je cuma agak bosan sebab yelah perempuan tu hari-hari bangun hari yang sama pastu benda yang sama jadi cuma ada scene lain-lain sikit. Tapi kat google dapat 89% rating. Mungkin bagi orang lain kut. Rating aku 5/10 sebab bagi aku tak berapa best sangat. Aku macam tak puas hati sikit dengan mimpi dia yang berulang-ulang tu hahaha.


2. I Am Number Four 2011

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Sinopsis : John Smith seolah-olah remaja biasa tapi sebenarnya dia seorang (mahkluk) yang asing yang dilarikan daripada musuh yang memburu dia dan lapan yang lain tanpa belas kasihan. Selalu berpindah-randah dan tukar identiti yang berbeza bersama seorang penjaganya yang bernama Henry, John tidak mempunyai masa lalu yang sebenar atau rumah yang sebenar. Walau bagaimana pun di bandar kecil di Ohio yang kini dia tinggal, dia menemui cinta, kebolehan baru yang kuat, dan hubungan dengan orang lain.

My review : Cerita ni best gila nak dead. John ni makhluk "Number Four" and musuh tengah kejar lapan orang (makhluk) yang macam dia. Kiranya ada lapan lagi orang macam dia setiap daripada diorang ni ada penjaga yang ditugaskan jaga diorang ni kat bumi. Tapi dari luaran diorang ni nampak macam manusia biasa je tapi kelebihan/kuasa yang tersendiri. Ending dia nampak macam akan ada sequel tapi ntahlah kadang tak boleh nak berharap sangat hahaha. Rating 9/10 harharrr.


3. Taare Zameen Par 2007 (Like stars on earth)

Movie Review - Happy Death Day 2017, I Am Number Four 2011, Taare Zameen Par 2007

Cerita ni sumpah sedih gilaaa! Pasal seorang budak istimewa belajar paling corot dalam kelas, paling nakal, selalu kena buli dengan kawan-kawan tapi parents dia tak tahu pun sakit anak dia and selalu marah dia bila dia buat silap. Akhirnya parents dia hantarkan dia ke sekolah asrama sedih weyyy kau tak tau anak tu ada sakit or masalah belajar pastu terus hantar ke asrama. Bila kat sekolah baru dia jumpa cikgu ganti baru yang baik gila, aamir khan bhai. Aamir khan ni lah yang tolong budak ni sedar akan kebolehan diri dia sendiri. Sumpah cerita ni berair gila. Rating 10/10 :'))