Skyscraper 2018 Movie Review

Hi assalamualaikum!

Dah lama masukkan movie ni dalam 'Movie Bucket List' sebab The Rock aka Dwayne Johnson jadi hero dalam movie ni! Memang hero betul dia weyh pernah bayangkan tak bapak kau panjat klcc semata-mata nak selamatkan kau?

Tiket agak mahal, RM14.30 sebab kitorang tengok semalam, hari sabtu tapi takpelah alang-alang baru balik hiking terus tengok wayang huahua.

Skyscraper 2018 Movie Review

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang Will Sawyer, seorang bekas pasukan penyelamat tebusan FBI yang kini menjadi penilai keselamatan untuk sebuah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Skyscraper. Ketika hari pertama bertugas, dia telah dianiaya oleh rakan lamanya yang kini merupakan rakan setugas atas kesalahan jenayah iaitu mensabotaj serta menceroboh sistem keselamatan bangunan tersebut sehingga menyebabkan kebakaran yang tidak boleh diatasi sedangkan ianya bukanlah perlakuan Will. 

Pada masa yang sama, keluarga Will terperangkap di dalam bangunan itu. Misi Will bukan lagi hanya untuk menyelamatkan dirinya daripada buruan pihak polis tetapi Will perlu menyelamatkan ahli keluarganya dan membersihkan namanya daripada tuduhan jenayah tersebut. 

Skyscraper 2018 Movie Review

Rating aku bagi
10/10

Memang banyak scene yang mendebarkan, orang dalam wayang semua terjerit-jerit macam dia pulak yang panjat bangunan skyscraper tu hahaha.

2 comments:

  1. fuhhhh nak kena tengok ni nanti!

    ReplyDelete
  2. Seriously full marks? kena tengok ni!!!

    ReplyDelete