Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Assalamualaikum

Dari kecil lagi, saya memang sukakan aktiviti jual beli. Shopping suka, jual barang pun suka. Tapi major in menjual lah sebab dapat duit, kan? Hehe. And sehingga saya melangkah masuk ke universiti, sudah bermacam business atau perniagaan yang sudah saya cuba antaranya menjadi agen produk, dropship, affiliate, content creator, retail, dan wholesale business.

Tak semua business agak serasi dengan saya atas faktor fleksibiliti, masa, kemahiran yang saya ada, dan sebagainya. Setelah diteliti dengan lebih mendalam, ada satu bisnes yang saya ingin mulakan. Iaitu perniagaan e-commerce.

bisnes yang ingin saya mulakan

Perniagaan secara online amat popular dalam kalangan kita sejak akhir-akhir ini kerana ianya lebih memudahkan pembeli dan penjual, menjimatkan masa dan wang, dan fleksibel.

Saya teringin untuk membina satu lawan web e-commerce untuk para usahawan lama atau baru yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri di mana mereka boleh mendapatkan barangan yang ingin dijual dengan harga borong.

Jika di Malaysia, kita ada banyak tempat untuk kita memborong untuk membuka sesebuah perniagaan seperti Jalan Tar Kuala Lumpur, dan Gedung Murah. Tapi salah satu kelemahannya, para usahawan terpaksa bersesak dengan pengunjung lain sambil membawa stok-stok barangan perniagaan yang baru diborong di sesebuah kedai.

Jadi saya memikirkan satu cara untuk meringankan kerja para usahawan yang memerlukan masa dan kerja yang lebih fleksibel dengan membina sebuah laman web e-commerce perniagaan borong supaya stok-stok baru yang ditempah oleh para usahawan boleh sampai di depan pintu kedai tanpa perlu bersesak dengan pengunjung lain lagi.

Mohon doakan agar impian saya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Buat para usahawan lain yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips-tips usahawan dan sebagainya, anda bolehlah melayari lawan web The Usahawan.

Thank you sudi baca :)

2 comments: