Movie Review - Midnight Runner, Forgotten & I Am Hero

Hi assalamualaikum!

Malam ni aku nak review 3 movie korea and jepun yang aku pernah tengok sambil makang kat rumah sewa aku hahaha. Aku tak berapa nak layan romance movie sangat, aku lebih suka pada movie yang adventure, ada humour-humour sikit, action, mystery, etc.

Kali ni aku nak review 3 movie terus and semua ni movie korea kecuali I Am Hero movie jepun;

- Midnight Runner
- Forgotten
- I Am Hero

Midnight Runner (2017)

midnight runner (2017) movie review

Movie ni keluar tahun 2017 dari South Korea merupakan movie comedy, action, and crime. Lebih kepada kes jenayah, ada action lawan-lawan, and kelakar pun ada. Mengisahkan tentang dua orang pelajar dari Korean National Police Univeristy yang cuba menyelesaikan satu kes jenayah penculikan gadis pada satu malam setelah polis macam melengahkan kes yang baru dilaporkan. Disebabkan risau dengan nyawa-nyawa gadis, mereka berdua membuat keputusan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Mulanya Park Ki-Joon dengan Kang Hee-Yeol ni masa orientasi macam anjing dengan kucing tau asyik tak puas hati je sesama sendiri. Then ada satu kejadian yang membuatkan mereka jadi bestfriend and aku memang suka dengan semangat kerjasama dan kesungguhan diorang nak selesaikan kes jenayah yang melibatkan nyawa ramai gadis. 

Bagi aku filem ni biasa je cuma part kelakar banyak hahaha. Masa ending dia aku nangis sikit bila gadis yang diorang selamatkan tu jumpa diorang balik nak ucap terima kasih sebab dia dah berhutang nyawa dengan diorang dua ni. Comel la diorang punya friendship. Plot twist biasa je, jalan cerita pun macam boleh expect so aku bagi rating 6/10 je harharrr. 


Forgotten (2017)

forgotten (2017) movie review

One of hero dalam midnight runner pun jadi hero forgotten jugak dia jadi Jin-Seok. Dalam movie ni, Jin Seok cuba mencari kebenaran di sebalik misteri penculikan yang terjadi. Movie ni memang plot twist gila dengan aku sekali kena tipu tapi memang boek plot twist dia. Mung semua takkan sangka ending dia. Jin Seok kena culik and seolah-olah berada dalam kenangan bahagia dia 19 tahun lalu sedangkan ada misteri sedang cuba dibongkarkan oleh orang sekelilingnya. Aku ingatkan rumah dia yang baru pindah tu berhantu rupanya...... haaa tengok sendiri. Rating movie ni i kasi 10/10 sebab plot twist dia gempak nak dead + hero dia henshem :') 


I Am Hero (2015)

I Am Hero (2015) movie review

Movie ni lebih kurang macam train to busan ada scene kena kejar dengan zombie apa semua tapi sumpah zombie dia lagi seram nak mampus and lagi best dari train to busan. Dalam movie ni takde watak kekeluargaan sangat, semuanya jumpa and kenal kat tengah jalan masa nak lari dari zombie harharr. Berasal dari manga movie since hero dia pun merupakan watak seorang pelukis manga yang menyimpan senapang peribadi. Kalau search movie ni kat google pun banyak keluar version manga. 

Zombi-zombie tu kena virus ZQN and ramai gila zombie dia masa battle kat tempat parking premium outlet tu kau bayangkan orang tengah buat marhaban ramai-ramai tapi daya jalan macam zombie eii seram. Hero tak hensem mana tapi gentleman gila nampaklah smart masa tembak zombie-zombie durjana tu sebab nak selamatkan dua orang perempuan yang dia baru kenal. Rating movie ni i kasi 9/10 hikhik. 


Okay tu je movie review kali ni. Ada banyak lagi movie aku nak review dalam blog ni so korang doakanlah i have a flexible time to blog hahaha. Thanks you for drop by!

Custom Design Totebag & Mug from Printcious

Hi assalamualaikum!

Kali ni aku order custom design untuk totebag dari printcious. Before this pernah order throw pillow kat printcious jugak and kualiti memang baikk. Sampai harini aku tidur lena hari-hari kat rumah sewa bila peluk bantal tu even kadang-kadang bantal selalu hilang bila bangun pagi sebab terjatuh ke bawah katil hahaha #sayatidurganas

Custom Design Totebag & Mug from Printcious

Disebabkan dah percaya dengan kualiti barang printcious and service diorang, aku order lagi totebag dan mug. Semua custom design. Diorang print merchandise yang aku order sebijik macam design yang aku nak. Kalau tak reti nak design sendiri don't worry okay kat website diorang dah ada ready made design or yang tak reti design pun boleh paksa diri design merchandise korang sendiri jugak sebab tools kat website diorang memang senang nak guna and tak merumitkan.

Custom Design Totebag & Mug from PrintciousCustom Design Totebag & Mug from Printcious

Kain totebag ni memang tahan lama and kuat. Aku pernah sumbat laptop dalam beg ni masa turun discussion group assignment sebab beg laptop hilang okeh. Aku turun dari blok tingkat 5 pun tak jahanam lagi beg ni even bawak laptop 14 inchi kauuu.

Custom Design Totebag & Mug from Printcious

Sorry gambar gelap sebab masa snap ni roomate tengah tidur so mampu buka lampu meja je. Malam-malam tengah blogging or siapkan assignment, sambil-sambil boleh minum milo panas guna cawan yang custom made design. Jangan risau kalau takut cawan pecah masa poslaju deliver parcel sebab printcious memang akan wrap betul-betul cawan korang siap letak polystyrene lagi.

Masa aku dapat parcel mug ni aku siap campak-campak lagi kat lantai sebab masa tu baru balik class and tengah rush ada test malamnya hahaha. Kalau nak order merchandise in bulk boleh email company diorang untuk harga member hahaha. 

Penang Road Famous Teochew Chendul Nu Sentral Review Restaurant

Hi assalamualaikum!

Fyi pernah try makan kat restorang ni sekali je masa hangout dengan kawan-kawan kat nu sentral masa cuti sem lepas raya haritu. So almost sebulan from the date kitorang makan kat restoran tu hehe. Saje nak review sebab first time try makan kat situ.

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant

Ni antara menu yang ada. Memang ni je menu dia tak silap. Harga dia bagi aku agak pricy so masa tu kitorang order dua makanan je hehe.

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant
Sotong Kangkung & Assam Laksa 

Rasa sotong kangkung dia sedap je. Cuma rasa kuah dia sama macam kuah kacang. And sotong dia sikit hahahaha. Tak puas makan. Assam laksa dia pulak rasa macam pelik sikit.

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant

Rasa assam laksa kuah dia rasa pelik sikit. Tak tau nak cakap macam mana haha tapi rasa macam ada yang kurang. Kebetulan dia bawak sambal bilis tu so dia makan sekali dengan assam laksa tu. Izzah kata sedap lah jugak bila dah tambah sambal bilis tu baru ada rasa katanya so sesiapa nak order sambal bilis tu boleh pm mak aku 012-624 8970 hahaha sempattt.

Mungkin rasa assam laksa dia memang begitu sebab masakan penang mungkin and kami ni tekak lain-lain hahaha. 

Penang Road Famous Teochew Chendul Review Restaurant

Tempat makan bersih, staff friendly. Lepas ni kalau datang lagi nak try makanan lain pulak hehe. Chendul tu patut try after this. Overall rating 8/10 :)

http://www.chendul.my/

Cawangan lain:
- Ipoh Perak
- Bayan Lepas, Pulau Pinang
- George Town, Pulau Pinang
- Petaling Jaya, Selangor
- Cheras, WP
- Ayer Itam, Pulau Pinang
- Klang, Selangor

Skyscraper 2018 Movie Review

Hi assalamualaikum!

Dah lama masukkan movie ni dalam 'Movie Bucket List' sebab The Rock aka Dwayne Johnson jadi hero dalam movie ni! Memang hero betul dia weyh pernah bayangkan tak bapak kau panjat klcc semata-mata nak selamatkan kau?

Tiket agak mahal, RM14.30 sebab kitorang tengok semalam, hari sabtu tapi takpelah alang-alang baru balik hiking terus tengok wayang huahua.

Skyscraper 2018 Movie Review

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang Will Sawyer, seorang bekas pasukan penyelamat tebusan FBI yang kini menjadi penilai keselamatan untuk sebuah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Skyscraper. Ketika hari pertama bertugas, dia telah dianiaya oleh rakan lamanya yang kini merupakan rakan setugas atas kesalahan jenayah iaitu mensabotaj serta menceroboh sistem keselamatan bangunan tersebut sehingga menyebabkan kebakaran yang tidak boleh diatasi sedangkan ianya bukanlah perlakuan Will. 

Pada masa yang sama, keluarga Will terperangkap di dalam bangunan itu. Misi Will bukan lagi hanya untuk menyelamatkan dirinya daripada buruan pihak polis tetapi Will perlu menyelamatkan ahli keluarganya dan membersihkan namanya daripada tuduhan jenayah tersebut. 

Skyscraper 2018 Movie Review

Rating aku bagi
10/10

Memang banyak scene yang mendebarkan, orang dalam wayang semua terjerit-jerit macam dia pulak yang panjat bangunan skyscraper tu hahaha.