Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Assalamualaikum

Ramai yang kata sabun cake organik ni comel gila. Dah lah wangi rasa macam nak ngapp je dalam bilik air sebab nampak macam sedap haha. Kalau nak cantik dan sihat mestilah kena guna produk yang menggunakan bahan semula jadi kan.

Sabun Cake Organik ni 100% buatan muslim and founder dia duduk kat Johor. No chemical, no paraben and semestinya halal dan selamat nak digunakan. Mana lagi nak cari sabun cute yang penuh khasiat yang terbaik untuk kulit kita macam sabun cake ni.

Ingredients: Unrefined Shea Butter, Argan Oil, Extra Virgin Olive Oil, Coconut Oil and Castor Oil.

Kelebihan Sabun Cake Organik :
- cantik luaran, sihat dalaman
- tiada bahan kimia yang boleh merosakkan, menipiskan & mengeringkan kulit
- boleh guna untuk muka dan badan
- tahan lebih dari 2 bulan (jimat!)
- 100% minyak, bahan alami & bau sabun yang alami


1) Sabun Susu Kambing

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Custom-made sabun susu kambing ni paling segar, 100% pure tanpa campuran air tau! Wangi sangat bau susu ni. Sabun susu kambing ni sangat sesuai dalam membantu masalah eczema, psoriasis dan kulit sensitif. Bayi sampai orang paling berumur boleh guna sabun ni untuk rawat masalah kulit.


2) Sabun Arang + Rose

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Ice cream yang kat atas tu sabun jugak tau hehe. Khas untuk kulit berminyak, berjerawat and cerahkan kulit.


3) Sabun Cocoa + Flaxseed Scrub

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Antara sabun best selling yang sangat powerful for dry skin. Scrub flaxseed sangat tinggi dengan antioksidan digabung dengan cocoa for skin booster. Sangat sesuai untuk rejuvenating skin korang supaya kulit korang nampak lebih muda dan fresher. Khasiat flaxseed yang kaya dengan moisturizing oil sangat membantu restructure kulit yang rosak, menggelupas, dan perlahan-lahan dia cerahkan kulit. Cocoa pula anti ageing properties, selambak cocoa mentah founder tu taruk dalam sabun ni haha. 


4) Sabun Kunyit

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Buat para lelaki yang kat luar sana daripada korang mengunyit dengan kawan korang baik korang pakai sabun kunyit ni. Jangan ingat perempuan je kena jaga muka tau. Lelaki pun ramai je muka breakout and banyak masalah jerawat kan so sabun kunyit ni sangat sesuai untuk korang. Kunyit ni bersifat antiseptik dan boleh bersihkan kulit secara efektif.

Sangat membantu untuk menghilangkan parut, membersihkan kulit, melancarkan peredaran darah, merawat pelbagai masalah kulit dan sumber semulajadi kecantikan turun temurun dalam perubatan tradisional sebab kunyit juga bersifat antifungal, antialergik dan antioksidan. 


5) Sabun Limau Purut

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Limau purut super duperr hebat untuk hilangkan bau kepam badan, bau ketiak (hahaha) dan sesuai untuk orang yang selalu ada masalah bau badan lagi-lagi bila berpeluh tu. Vitamin C yang ada kat limau purut ni pun boleh bantu cerahkan kulit iollss. Kalau korang perasan, orang tua dulu-dulu suka suruh kita mandi bunga campur dengan hirisan limau purut kan? Sebenarnya diorang nak bagi badan kita lebih segar, naik seri dan tak berbau!


6) Sabun Halia (Kurus)

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun halia ni semakin mendapat permintaan sebab sabun ni bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi melicinkan stretch marks, panau, parut dan selulit tau. Kurus secara sihat tu sangat penting.


7) Sabun Roselle

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun Roselle Raspberry ni boleh mengecutkan jerawat, kaya dengan vitamin C yang boleh mencerahkan kulit. Untuk yang ada masalah jerawat pun boleh guna sabun roselle. 


8) Sabun Kulit Kayu Manis

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Kulit kayu manis sesuai untuk masalah jeragat, jerawat, kulit berparut, dan juga mencerahkan kulit. Khasiat kayu manis yang mampu mengeluarkan angin daripada tubuh, membersihkan kulit, sangat aktif dalam membasmi jerawat, pudarkan parut, dan mencerahkan celah-celah badan yang gelap. Licin mulus kulit lepas pakai sabun kayu manis. Lagi satu, sabun ni pun sesuai untuk resdung. 


9) Sabun Tomato

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Sabun tomato sabun paling bagus masalah kulit kering, menggelupas dan sunburn. Ramai orang biasa guna tomato bila nak jaga kulit tapi ramai malas nak sediakan/bancuh bahan guna tomato sendiri. So apa kata guna yang ready made je sebab sabun tomato ni memang selamat, no chemical, no paraben. 100% organik bruh. Boleh kecilkan pori, melembapkan dan moisturize kulit kita.


10) Sabun Coffee Scrub

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat

Siapa yang dah biasa guna kopi as based dia untuk jaga muka dan kulit boleh try sabun coffee scrub ni untuk memudarkan selulit, stretch marks dan tanda-tanda hitam celah badan.


Jenis sabun:
-Kayu Manis
-Kunyit
-Arang aktif + Rose
-Susu Kambing
-Tomato
-Kopi
-Roselle
-Koko + Flaxseed Scrub
-Halia @ Kurus
-Limau Purut

Harga semua sabun RM40 kecuali sabun susu kambing RM45.


Sabun Pavlova


Siapa sini minat pavlova? Sedap kan? Tapi attention ye dalam gambar tu bukan pavlova betul tapi sabun tau! Nampak macam sedap dan real kan? Sabun pavlova ni harga dia RM20 kaya dengan vitamin C boleh mengatasi masalah jerawat, mencerahkan kulit dan melembapkan kulit korang. Sabun pavlova ni lain daripada sabun yang sikit sebab bentuknya and nampak cute!

Sekarang ada promotion siapa yang beli minimum dua sabun, boleh dapat sabun pavlova FREE! Terhad untuk yang terawal whatsapp grab promotion ni je tau.


Ada dua lagi produk body care yang organik iaitu Minty Lime Ginger Scrub dan Lotion Lavender. Siapa nak tahu harga boleh whatsapp laju-laju no kat bawah ni.

Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat Keunikan Sabun Cake Organik - 100% Buatan Muslim, Halal dan Selamat


Sabun cake organik ni kawan sarah yang jual, izzah namanya. Dia dengan husband dia dua-dua guna sabun cake ni sebab memang best. Siapa nak order sabun cake organik and nak grab promotion free sabun pavlova tu whatsapp izzah cepat tau sebab sabun cake ni laku keras, ramai jugak student unisza dah cuba sabun ni and feedback semua boek. Tekan link kat bawah kalau nak order ye :))


Izzah

Instagram
@sabuncakeorganik

5 comments:

  1. sabun pun cantik, karang sayang nak guna haha

    ReplyDelete
  2. sabun2 homemade yang cantik2.. kita boleh control sendiri bahan2 yang digunakan.

    ReplyDelete
  3. takut termakan pulak sabun2 ni. hehe

    ReplyDelete
  4. menarik tapi jangan sampai termakan plak....berbuih mulut nanti hahahaha

    ReplyDelete