9 Tempat Best Patut Korang Pergi di Langkawi

Hai semua!

Teringat dulu masa kecik-kecik parents aku selalu bawa aku pergi langkawi. Bila tanya nak jalan mana je, mesti langkawi. Tak tau kenapa langkawi macam tak pernah orang nak rasa bosan. Ala cakap je bosan asyik pegi langkawi, tapi bila sampai sana still rasa excited haha.

Bila listkan balik tempat-tempat yang aku pernah pergi masa kat langkawi selama ni, banyak juga rupanya tempat-tempat best. Banyak sebab jugak kenapa orang lebih prefer datang langkawi and shopping kat sini sebab antaranya kat langkawi ni bebas cukai, banyak resort mewah, pantai yang lawa.


1) Haji Ismail Group (HIG)

Yang ni kalau tak kenal tak tau nak cakap apa. Tak guna datang langkawi kalau tak singgah Haji Ismail Group (HIG) hewhew. Pelancong paling suka borong coklat kat hig ni sebab kalau borong harga memang murah gila and banyak gila kot jenis coklat kat situ. Boleh kata macam syurga coklat lah. Kalau sek mak-mak datang sini memang suka borong pinggan mangkuk.

Haji Ismail Group (HIG) ni sampai dikatakan sebagai ikon langkawi. Mana taknya kebanyakan tujuan utam orang datang langkawi sebab nak memborong dekat HIG je.


2) Underwater World Langkawi



Merupakan aquarium terbesar di Malaysia dan selalu jadi tarikan utama pengunjung ke langkawi. Range harga tiket nak masuk sini yang terkini adalah RM26-RM46 ikut kategori. Lebih daripada 200 jenis ikan laut dan ikan air tawar dipamerkan kat sini. Ada penguin rockhopper, giant rays, anjing laut harbour, ikan jerung. Amazon arapaima, jenis ikan air tawar terbesar kat dunia pun ada tau.

Siapa rasa ada nak melawat kawan-kawan korang kat sini boleh lah datang underwater world di langkawi ni. Serious syiokk. Lain-lain yang best ada kat underwater world ni adalah kafetaria, educational research centre dan juga teater 3D, filem pendek pasal ikan hehe. Bukak jam 9.30 pagi and tutup pada jam 6.30 petang. Kecuali hari jumaat sampai ahad je tutup lewat sikit jam 10.30 malam.


3) Rice Garden Museum (Laman Padi)



Kat museum ni ada banyak artifak, gambar, carta dan perkakas sejarah penanaman padi di langkawi. Lokasi museum ni dekat je dengan pantai cenang, depan Bon Ton Resort. Kat sini korang boleh try nak jadi petani, feeling ala-ala macam orang kampung tengah kerja kat sawah padi. Best pegi museum ni waktu petang-petang tapi museum ni tutup jam 6 petang haha bukak dari jam 10 pagi.


4) Pantai Cenang


Alang-alang dah pegi underwater world dengan museum laman padi, rugi rugi rugi amat kalau korang tak singgah pantai cenang. Pantai ni pantai paling famous tau dekat langkawi. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat pantai ni antaranya jet ski, parasailing, ada banana boat dan macam-macam lagi. 

Aktiviti-aktiviti kat pantai ni under Mega Water Sport and cuma bukak jam 9 pagi sampai 2 petang je tau. Jangan nangis pulak kalau datang sana tiba-tiba takde banana boat hehe. Island tour pun ada korang boleh tengok-tengok pulau kecik yang ada sekitar pantai cenang tu contohnya Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah.


Malam-malam pulak boleh tengok fire show kat pantai, lepak-lepak dengan member.


5) Umgawa Zipline Eco Adventure


Siapa-siapa yang berangan nak jadi tarzan, kat rumah tak reti nak duduk diam panjat sana-sini tu amatlah digalakkan datang sini. Dekat dengan telaga tujuh langkawi. Kat sini korang boleh cuba macam-macam aktiviti yang mencabar macam canopy walk, mangrove tour, dengan merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia. Dibuka setiap hari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Boleh lah kalau nak buat trip dengan kawan-kawan kat sini. Seronok. Tapi harga tiket dia pun boleh tahan seronok gak haha. 



6) Sunset Cruise Langkawi 

Buat yang plan nak honeymoon atau nak feeling sunset kat langkawi boleh cuba sunset cruise. Dibuka setiap hari and ada dua jenis cruise iaitu Day Cruise (10am-4pm) dan Cruise Sunset (5pm-8pm). Range harga tiket RM130-RM320 tapi untuk kanak-kanak bawah 4 tahun semua freeee.


7) Skycab Langkawi

Kereta kabel paling best pernah aku naik adalah kat langkawi sebab gondola-gondola kat sini lagi best and lebih menggerunkan berbanding kat genting highland. Nak feeling yang paling mencabar boleh try gondola yang berasaskan kaca. Gayat beb. Kalau pegi time cuti sekolah, make sure korang ada tahap kesabaran yang tinggi untuk beratur panjang beli tiket and tunggu giliran nak naik cable car. Kalau taknak tunggu lama better beli add-on untuk masuk ke Express Lane. Skycab ni kat area telaga tujuh. Harga tiket between RM30-RM55. Make sure bawa mykad untuk harga yang lebih murah.



8) Skytrex Adventure Langkawi 


Ni lagi satu aktiviti mencabar yang korang boleh try kat langkawi. Perlepasan pertama pada jam 9 pagi and past perlepasan jam 3 petang. Range harga tiket untuk semua aktiviti yang ada kat skytrex ni RM45 hingga RM50 je. 


9) Skybridge Langkawi


Nak naik skybridge ni korang kena naik cable car dulu. Skybridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan dua puncak bukit Manchinchang and kat atas ni korang boleh tengok view langkawi secara keseluruhan. Better pergi petang-petang sikit sebab biasanya kurang panas and kalau cuaca kurang baik, dua-dua skycab dan skybridge akan ditutup. Dibuka setiap hari jam 9 pagi hingga 8 malam dan tiket masuk berharga RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.


Rasanya cukup tu je aku share pasal langkawi ni ye haha korang boleh pergi sendiri langkawi and rasakan keseronokan melawat-melawat tempat-tempat menarik di sana. Korang boleh rancang percutian family korang ke mana sahaja asalkan family korang happy. Atau nak buat trip dengan kawan-kawan pun boleh.

Selain langkawi, parents aku dulu selalu juga bawa aku berjalan ke Melaka. Trip masa darjah 6 pun buat ke Melaka haha. Kalau ada yang plan nak bercuti di melaka, sekarang ada bayou lagoon park resort promotions untuk sesiapa yang nak menginap di sana. 


Sekian terima kasih!

8 comments:

  1. banyak jugak tempat sha takpi, ada yang offer gak pi yang no 8 9 haritu tapi sha taknak hahaha tak mampu :p

    ReplyDelete
  2. Daripada 9 ni, 4 je pernah pergi. Mungkin kena repeat Langkawi lagi kot :D

    ReplyDelete
  3. Sume yg adventure tk try lg. Bw ank2 kecik sush sket. G tempt yg org selalu g. Tp byk tmpt yg tk pegi lg

    ReplyDelete
  4. wah bestnyaaaa! skytrex belum p lagi. Nanti p langkawi nak singgah situ la mcm best ja ^^

    ReplyDelete
  5. I am extremely impressed with your writing skills and also with the layout on your
    blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself?
    Anyway keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.

    ReplyDelete
  6. Dah 2 thn xpergi langkawi. Bila pulak sy nak pergi pon xtaula. Kena himpun duit dulu la kalau nak pergi. Hihi

    ReplyDelete
  7. wahhhh bestnya! Tak pernah sampai lagi dekat sini :D

    ReplyDelete
  8. Peculiar article, totally what I needed.

    ReplyDelete