23 February 2017

Latihan sukarelawan sukan sea

assalamualaikum


meoww meoww




alhamdulillah tahun ni negara kita yang terchennnta ni jadi tuan rumah untuk sukan sea. so bulan 8 ni kita akan terima ramai tetamu dari negara-negara asean laa. haa macam open house pulak.


tak silap aku laa, permohonan untuk jadi sukarelawan ni pernah dibuka sejak setahun or dua tahun lepas haha aku pun tak hengat. tahun ni kan aku 18 tahun (cukup-cukup makan je umur aku even belum fully 18) and aku mohon jadi sukarelawan ni tak ingatlaa sama ada time aku form 4 or form 5. lama sangat dah sampai tak ingat tapi yang pasti masa aku mohon tu aku duk kira-kira nanti 2017 aku dah 18 tahun so umur aku lepas so aku boleh mohon.


mohon pun sesaje je memula sebab aku baca kat blog orang lain masa tu yang diorang ramai dah register nak jadi sukarelawan cuma tunggu jawapan dari pihak kbs (kementerian belia & sukan) sama ada dapat or tak kiranya sape yang dapat tu kira untung laa. aku pun mohon jelaa. siap simpan lagi code volunteer aku smpi sekarang (padahal code tu tak guna langsung pungg huhu).


akhir tahun lepas (lepas dh meredekaa dari spm tu), agak kecoh laa yang ramai dah dapat email panggilan untuk datang training sukarelawan sukan sea kat ukm. aku tunggu jelaa turn aku dapat email tapi tak dapat-dapat sampai nak nangesss kot.


then kebetulan sorang kawan aku ni (ain maira) dah dapat email tu, itu pun dia gi dm twitter sukan sea tu depa bagi satu link suruh isi balik. then dia dapat. ain pun bagi link tu kat aku. dua kali kott aku isi borang dalam link tu hahaha punya tamak kau takut tak dapat. at last, i dapat *mukahaghu


aku pergi masa 18 sampai 19 feb ritu. aku masuk dalam kohort 13. kohort ni dia macam batch laa. aku baru tahu total sukarelawan yang terpilih ada 13 RIBU orang huhu. ramai nak die. setiap kohort dia max kan 500 orang je tapi kohort 16 tu rase nak terberak aku tengok. mau kena guna 5 dewan kat ukm nanti.




bila dah last minit en aku rasa macam malas pulak nak pegi. yelaa duduk rumah je rasa beghat hati nak tido kat ukm even satu malam. tapi ain kata, dia pun rasa macam tu gak memula, tapi bila dah pergi tak nyesal. so aku pegi jelaa even action aku macam budak sek tanak balik asrama padahal nk tido sana satu malam je.




act asrama yang aku menginap dengan peserta lain ni aku pernah duduk sebelum ni masa aku pergi seminar spm tahun lepas dengan kawan-kawan aku. so kira aku dah expert ah dah tau toilet kat mana, nak keluar kot mana dekat, kat cafe ada jual apa. hahaha diorang siap cakap, 'sarah macam tau je semua tmpt kat sini, macam student pulak,' hahaha amiin. student ukm woo.




dalam dewan ni seronok gila. teringat zaman sekolah aku time dalam kelas takwa dulu. rindu kot hahaha. tapi satu dewan ni dari yang tua sampai yang muda dia campur sekali so kau tau tau jelaa bila ada owang tua warga berumur buat lawak dalam dewan cane en. dahlah nampak comel, kelakar nak die pulak tu. adoooi. sumpah tak boleh tahan gelak even kitorang saling tak kenal tapi semua dah macam femily.. aha sweet tak? tapi siyes ah semua sporting kot.


diorang ni macam-macam jenis ada. yang lecturer ramai, student pun ramai, doktor gigi pun ada, pekerja swasta pun ramai, bomba pun ada haaa kau. tekejutzz mak nenek aku ada bomba nak jadi sukarelawan gak hahaha inilah 1 meleysiaaaa yuhuuu! paling tua yang jadi sukarelawan ni sorang pakcik india umur dia 78 tapi dia kohort lain (kohort lama). gilaa kau umur dah 78 pun semangat patriotik tinggi benorr haa. yang bawah 18 pun ada gak sebenarnya dua tiga orang. cemana diorang lepas pun aku tak taulaa.




yang perempuan pakai baju putih line merah tu kitorang panggil dia aunty ana. dia macam mommy kitorang kat sini, yelaa umur dia pun lagi tua dari mak aku kot dia pun datang sorang so dia pun terpaksa laa kawan dengan orang yang baya-baya anak dia hahaha. thanks aunty belanja nasi goreng. sebelah dia yang tudung hitam baju oren tu pulak nama dia aina, dia sebaya aku and dulu sek teknik kt kl. kami nebess nak amik result spm huhu. kitorang kalau ke mana-mana mesti sama-sama dah macam genggster pulak. aku duduk dengan lagi dua orang kakak kat belah atas. time dalam dewan kitorang terpisah sebab kitorang group lain and masa tu aunty ana dengan aina terlambat sikit dari kitorang bertiga yang kat atas. kitorang takdelaa sebilik semuanya tapi bilik kitorang semua berjiran je dekat.




time ni kitorang semua kena lawan hakka ikut group (ni bukan group aku, gamba rembat dalam grup ws je). groupnya ikut negara-negara asia laa ada 11 semuanya. kalau tak tahu hakka tu apa gi search kat youtube. dia macam cheers tapi lagi gempak ko kena joget-joget, ikut suka atilaa cane yang penting kena gempak huhu. paling best and paling gempak group malaysia (bukan group aku jugak).




siapa last pegang bola tu masa lagu habis kena gi depan berlakon sketsa. nasib aku sentiasa baik sebab aku kat hujung dunia atas nun huhu. ada lagi sbiji bola kat belah atas tengah dicampak-campak jugak. semua kecut masa ni hahah. aku lek je kat atas nuh.




ni semua antara yang volunteer nak berlakon kat depan. diorang dapat cekelat as a gift. yg tudung pink tu roomate aku, kak hanis.




yang ni pun tgh berlakon tapi part lain. yang baju hitam terduduk kat stage tu laa yang bomba tu. sumpa kelakar diorang berlakon.




time ni kitorang dah dipecahkan kepada beberapa group dan setiap group ada bilik tertentu kitorang kena berkumpul untuk jalankan modul lain pulak. satu group 50 orang. haa dalam bilik ni semua wajib berlakon. dalam 50 orang ni, dipecahkan lagi 10 group. aku paling ingat dialog aku cuma, ''kucing mati..".





uncle baju merah tu en, dia dalam dewan duduk dekat je ngn aku. dia ni lecturer and orang sarawak tak silap. dia ni sumpah kelakar. ramai orang suka tengok dia berlakon. tapi dia macam aw aw sikit (haha faham en). mulut pun becok (dah namanya lecturer). dan dialaaaa paling cepat terhibur time dalam dewan, bila speaker cakap lawak sikit je, mesti gelak dia paling timbul and semua orang akan turn point kat dia. maybe dia memang jenis yang cepat terhibur and gelak over hahaha.




all group 9, kalau rajin carilaa aku *muka paling tak senonoh


lepas habis aktiviti ikut group, kitorang solat and makan (yg ni paling best). makan dia memang sedap gilerrr and lauk banyak. maybe dia takut ada org tak boleh makan ikan or ayam so dia letak dua dua sekali. then masuk dewan balik untuk slot last and balik yahooo!


ni adik beradik yasin tak silap. tak sure sama ada dia abang or adik yasin.
ni ada aku highlight kat bawah ni.




bulan 4 or 5 ni nanti ada training untuk kali kedua pulak. pastu dapat baju ngan seluar. haih tak syabarnyaa lah. btw setakat ni laa berdasarkan apa yang aku mohon ritu aku jadi volunteer bahagian sajian dan aku choose sukan memanah. tapi kalau boleh tukar rasanya aku nak tukar kot. sajian nnt kena suntikk T_T and tetiba rasa nak pilih sukan wushu pulok huhu.


maskot tahun ni, nama dia rimau.



so marilah kita support sukan sea 2017 caiyokk. hahaha.

https://www.facebook.com/kualalumpur2017/

http://www.kualalumpur2017.com.my/

https://www.facebook.com/sukansea/

https://www.facebook.com/sukarelawanSukanSea2017/

https://www.facebook.com/VolunteerSeaGames2017/



semoga tahun ni malaysia banyak menang pingat (emas) amiiin.





21 February 2017

8 tips untuk lajukan laptop / PC anda

Assalamualaikum




Selamat mencuba!




1. Uninstall Software Sampah


Orait, selalunya apabila kita membeli Laptop/PC baru tidak kira apa jua brand, selalunya manufacture akan includekan skali software preinstall kedalam peranti tersebut.


Walaupun terdapat sesetengah software itu berguna dan bermanfaat untuk kita namun terdapat juga software yang diinstall tidak penting untuk kita dan boleh melambatkan kembali operating system untuk beroperasi.


Solusinya adalah dengan menuninstallkan software yang tidak penting tersebut dengan menggunakan windows unistaller yang disediakan oleh windows sendiri atau menggunakan third party software seperti Revo Uninstaller yang berfungsi membuang segala software yang tidak diperlukan dan memberatkan windows itu sendiri.




2. Kawal StartUp Operating System


Haa, yang nieh diantara yang penting juga sekiranya inginkan windows berfungsi sepantas mungkin sebaik power button ditekan.


Startup nieh penting bagi windows kerana semua software yang penting untuk mengerakkan windows perlu beroperasi sebaik windows berfungsi. Sekiranya startup tidak berfungsi, kegagalan untuk windows untuk berfungsi adalah tinggi.


Namun, seiring dengan masa, kita secara tidak sengaja menginstall software-software lain yang juga secara sembunyi menggunakan kelebihan startup untuk kegunaan software itu sendiri. Sebagai contoh adobe acrobat, apple itunes, menggunakan fungsi startup untuk memastikan software berfungsi pantas. Ini menyebabkan windows terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses startup yang tidak perlu.


Laptop admin dulu sampai setengah jam kena biarkan on nak bagi dia load semua startup baru boleh guna, tidak kalau dok kacau alamatnya sistem crash la jawabnya. haha





3. Tutup Windows Aero Pada Operating System


Nah ini penyelesaian yang berkesan juga. Windows Aero ini adalah animation yang membuatkan windows kelihatan menarik untuk digunakan akibat effect-effect yang memukau dimata tetapi ia didatangkan dengan kesan pada performance peranti.


Bagi peranti yang mempunyai kuasa yang kurang, Windows Aero ini secara tidak langsung dapat menganggu prestasi peranti itu sendiri kerana Windows Aero menambah beban kepada windows untuk memproses data.


Kepada pengguna yang mementingkan prestasi sehabis baik, ini mungkin diantara penyelesaian yang terbaik untuk anda.


Tapi, windows interface jadi seperti windows 95, 98 dimana memang nampak old school habeh. Peduli apa janji performance tiptop. gitteeww.




4. Scan Virus Secara Berkala


Virus dengan Laptop/PC berpisah tiada. Seiring dengan kemajuan Laptop/PC, virus pun semakin maju didepan.


Sejarah virus agak lama dan hampir selari dengan kewujudan Laptop/PC itu sendiri. Virus ini dihasilkan secara tidak sengaja atau disengajakan oleh developer. Dan mostly virus ini bersifat jahat dimana ia akan cuba take over sistem Laptop/PC untuk kegunaan mereka sendiri.


Walaupun akan kegerunan mendengar bahayanya virus, namun jangan bimbang. Dimana orang jahat berada, pasti ada orang baik ada disitu untuk menyelamatkan keadaan. Penggunaan Anti VIrus pada zaman sekarang dikatakan menjadi suatu keperluan dan kegagalan memasang Anti Virus boleh menyebabkan sistem mudah terdedah kepada Virus akibat kebanyak peranti bersambung terus dengan internet.


Jadi, pastikan sentiasa scan Laptop/PC anda selalu dan jangan lupa mengupdate database Anti Virus selalu. Ini kerana, Virus sentiasa evolve dan Anti Virus juga perlu evolve seiring bagi membasmi Virus yang semakin degil dan nakal dari hari ke hari.


So gais, basmi Virus sepantas dan setuntas mungkin.




5. Bersihkan Hardisk (Disk CleanUp)


Yang nieh, seperti yang diperkatakan, nampak mudah bukan, cari data-data sampah dan delete untuk menambah ruang dan kelegaan hardisk.


Tapi


Bagaimana kalau nak buang sampah yang berada di dalam Local Disk C / Windows Partition ? Susah 
bukan, silap delete alamatnya sistem crash la cik oi.


So, jangan bimabang ada solutionnya, bagi windows didatangkan skali dengan DISK CLEANUP dimana ia akan membuang data-data sampah secara selamat. Prosesnya juga tidak susah dan boleh digunakan oleh semua pengguna.


Disk cleanup ini penting kerana ia akan menambahkan prestasi peranti dan mengurangkan masa windows untuk memproses data.


Sekiranya, laptop/PC anda sering update, kemungkinan data sampah adalah banyak dan boleh menggunakan disk cleanup ini membuang sampah-sampah tersebut.




6. Defrag Hardisk


Ya, defrag hardisk merupakan diantara cara yang mudah dan sering digembar-gemburkan oleh kedai 
PC.


Defrag ini sebagai analogi ibarat library yang mengandungi buku-buku. Buku-buku yang tidak dilabel dan disusun secara tidak sistematik menyebabkan para pengguna sukar untuk mendapatkan buku pilihan dengan cepat dan menyebabkan pembaziran masa berlaku di situ. Jadinya dengan labeling dan susunan buku secara teratur menyebabkan proses carian menjadi lebih pantas dan efisyen. Konsep ini boleh diapplykan pada fungsi defrag.


So, rajinkan diri untuk defrag hardisk anda ya.


Owh ya, untuk SSD pulak rajinkan trim SSD anda untuk prestasi yang lebih mantap.




7. Upgrade Hardware


Yang nieh sesuai kepada sesiapa yang mempunyai kewangan yang stabil dan diantara cara yang mudah untuk meningkatkan prestasi Laptop/PC secara cepat.


Bagi laptop, boleh consider untuk menambahkan RAM, tukar SSD. Untuk laptop selalunya upgrade agak sukar kerana kebanyakan hardware diffused skali menjadi satu board dan seandainya prestasi masih belum memuaskan boleh consider untuk menukar kepada laptop yang baru.


Bagi PC, proses upgrade adalah sangat senang dan keupayaan untuk upgrade adalah sangat tinggi. Ini kerana, kebanyakan hardware bersifat modular dan boleh ditukar-tukar komponen sesuka hati tanpa perlukan overhaul secara total.


PC ada yang mencecah sampah RM20K, dan ofkos performance dia luar biasa tapi bersiap-sedialah menangis mengeluarkan wang. Tapi yakinlah pelaburan anda ini tidak sesekali merugikan anda dan anda boleh main GTA V dengan penuh bergaya. Semua setting ultra. hihi




8. Format Windows


Yang ini untuk tahap windows dah tak boleh buat apa-apa dah. Semua kaedah sudah dicuba dan masih tak laju-laju windows. Anda boleh consider untuk format semula windows. Format windows menyebabkan peranti anda kembali ringan dari tanggungan dosa lampau. eh ?


Kenapa format windows menyebabkan Laptop/PC jadi ringan dan laju ?


Format windows nieh akan reset semula sistem kepada default setting dan semua data akan hilang. So, kepada yang nak format kena sediakan backup sebelum format ya.


Selalunya format windows sekitar RM30 saja. Murah tapi puas hati.



Sumber tips : Topi Works Malaya

20 February 2017

Panduan Lafaz Niat Solat Jamak

Assalamualaikum

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan jamak ta'khir.
Kalau tak faham, boleh komen kat bawah. :)














16 February 2017

Ular dan bomba

assalamualaikum! huhu.


waktu tu aku tengah makan sorang kat dapur. sorang adik aku tengah buat homework kat atas. mak aku pulak bawak adik aku lagi dua orang nak hantar sorang tuisyen, lagi sorang nak bawak beli tudung koko untuk esoknya.


time tengah makan nasi kat dapur tu entah kenapa tetiba aku throwback time aku sek rendah dulu pernah sekali ayah baru amik dari taska je, balik rumah satu taman kecoh sebab katanya ada ular tedung ke apa ntah merayap kat taman tu and then ular tu tak tau dah masuk kat rumah mana satu. masa tu memang agak seram ah. ayah dulu siap selongkar arwah rak kasut kayu (skrg rak tu dh xdak, arwah) kot nak check kot kot ular tu menyorok dalam kasut-kasut kitorang ke en.


tiba-tiba adik aku yang nak beli tudung tu (qila) lari-lari masuk rumah pastu jumpa aku cakap,

''akak, ada ular kat luar kak!"


memula aku fikir, 'eii budak ni menipu je keje,' yelaa i baru je throwback pasal ular tetiba dia datang kata ada lagi sekor. huh. muka aku memula tu blur gak ah. pastu qila tarik aku suruh pi tengok. aku baru makan berapa suap je kot. pastu aku basuh tangan terus naik bilik mak aku, aku intai dari dalam nampak mak aku tengah call bomba, jiran aku pulak teman mak aku kt luar, peratikan ular tu takut dia lari masuk rumah tetibe en.


lelama aku nampak ular tu dah masuk kat halaman rumah aku masa tu aku pulak yang cuak takut tetiba dia kluar kat mangkuq jamban ke haa. adik aku tengah buat homework aku duk panggil-panggil suruh tengok sekali.


''naa (dina), pakai tudung siap-siap kot kot ulor tu muncul dalam rumah ni kang at least boleh lari terus tayah cari tudung,"


huhu.


aku dengan dina jadi tukang perati ular tu dari bilik mak aku jelaa takut ularnya lari. besar woiii aku tengok pun geli gelemennn eii. panjang jangan cakap ah. nunggu bomba memang lama woii sebab balainya agak jauh kt sungai buloh.


setiap kali ada kereta lalu je mesti aku kata,

''haa bomba dah sampai!"


kepala hoo aku hahaha. yelaa aku ingatkan kalau memalam cemni setakat ada ular maybe bombanya datang naik kereta hahaha. kat taman aku ni pulak memang ada budak-budak jenis merayap naik basikal tau haa apa lagi, rumah aku jadi persinggahan diorang laa. ramai pulak jiran-jiran keluar rumah bila kereta bomba masuk taman kitorang. rasa macam femes pulok malam tu hikhik. padahal ular sekoq ja.



view dari bilik mak aku, tempat aku ngn dina jadi pemerati. gelap enn.


time bomba-bomba tu keluar dari kereta diorang tu en, aku ngan dina dari atas,


'abang bomba i love you dah sampai ahh, yeay'


ahahaha what the~


act rumah aku ni rumput memang dah lama tak potong pun huihui. dengan gelapnya so macam payah sikit ah nak cari ularnya balik sebab ular nya dah tak tahu dah lari ke mana. nasib baik diorang bawak torchlight. tapi baru berapa minit cari bombanya dah nak balik, siap suruh mak aku sign tanda diorang takde bawak bukti (ular) balik.



ayoyoyo bangg carilaaa sampai jumpa! baru berapa minit cari dah give up ke attoyaii. ular tu dah tau ramai orang datang cari dia mesti laa dia menyorok. at last jiran aku suruh cari kat sepanjang longkang sampai belakang rumah kitorang. haaa, jumpa pun. yang paling kelakor nya boleh bomba tu kata kat jiran aku,

''lain kali kalau nampak ular abang ketuk je pakai kayu''


mana nak ketuk pakai kayu je kalau ular dah besar tu bangg oii. diorang len citer laa diorang bomba. aduih buat lawak tak kelakar pulak dia ni. nasib baik hensem.



aku pun masuk rumah balik. nak sambung makan. tak perasan pulak aku basuh tangan tak bersih ada daging dah melekat kat tangan dah keras. time makan tu aku ngan adik-adik aku sambung cerita laa pasal ular ngan bomba, qila kata,


"tapi sedih ahh hisham hamid tak datang tadi,''



kepale dia hisham hamid hahahaha!



and pagi tadi mak aku baru je panggil bangla potong rumput. nampak lawa je halaman rumah hahaha serik kot.


p/s : siapa nak beli buku boleh check ig @imanbookstore


bye!

9 February 2017

2016 class digestion - part 1

assalamualaikum, semoga kariyaaa saya di bawah agak senonoh belaka di mata kalian :3


comic class


comic class


comic class


comic class


comic class


p/s : malasnya lahaiii nak isi borang upu huhu

8 February 2017

Perang harga sabun baju

assalamualaikum

huhu (result spm lagi berapa minggu je woiiiiii)
*best ke dapat tahu result nnt :/


biarlaa. jangan amik berat sangat result nanti berat naik ehh haa cemana ni weyhhh berat ni satu lagi masalah dunia ni huwaaaa baru duduk rumah berapa minggu berat dah jadi serupa berat motor vroom vroom hmm *sigh. tapi siapa je yang boleh menghalang kebahagiaan aku? kebahagiaan aku makan masakan mak aku tanapa henti. kalau aku yang masak tu lain cerita laa, tak makan pun boleh kenyang (inshaAllah). teringat pulak aku masak udang mak aku senyap-senyap ritu huhu.


rasa macam workout yang tak cukup kot. yela setakat hantar amik adik ke sekolah jalan kaki sehari baru 4km lebih kurang. kalau aku rajin sikit pepagi buta tu aku ajak pipah pegi joging kat tasik pristana tu tambah laa lagi dalam 3.5km/+. sebenarnya bukan joging pun baru jalan dua round tasik tu aku akan stop main buaian. best kot main buaian rasa lemak macam tengah torobanggg pergi dari hidup aku walaupun sebenarnya tak punn grr. 


pernah sekali tu siap kena perli dengan sorang pakcik tua ni, dia tgh joging gak and datang lagi awal dari aku ngan pipah, time kitorang stop main buaian tu pun dia tak stop joging lagi, kitorang ni malu tu malu ah gak tapi lantak ah tak kacau hidup orang pun en even pakcik tua tu punya stamina lagi tinggi dari kitorang huhu. pastu dia nampak aku ngan pipah tengah main buaian dia cakap kt kitorang (jerit pulak tu, malu kitorang org lain dengor);


''halllahhh baru dua round dah duduk pe citer ni, muda lagi kot''


ohhh pakcik belagak ye huh takpe aku bagi senyuman fake je kat dia sebagai tanda tenkiuu. ni jelaa workout paling rajin aku boleh buat setakat ni. almaklumlah aku ni suri rumah sepenuh masa. cuma bezanya aku ni suri rumah yang tak reti masak. tu jelaa.


tetiba teringat pulak aku pernah cakap ngan mak aku ritu;

''bu, nanti sarah nak belajar masak. tapi sarah tengok jelaa, ibu yang masak, tak kacau pun,''

aku cakap macam tu sebab sebelum ni mak aku jenis yang tak suka orang kacau dia buat kerja. kalau dia tengah masak tu, dia sorang je kat dapur. kalau ada orang lain kat dapur dia akan goreng sekali.


''eh takde takde. sarah kena tolong sekali. ibu arah, sarah buat.''
''okay, buk.''


dan masa pun berlalu begitu pantas sekali. angin sepoi sepoi taik ayam meniup menyinggah pipi aku yang tak flawless. kami masih lagi dengan konsep, 


''ibu di dapur, anak di bilik,''


huhu. tapi ibu biasanya akan pesan kat aku lepas dia masak,

''ibu dah masak, sarah tukang basoh pinggan,''

hmm kay. janji makan sedap.


duduk rumah sebagai penganggur ni memang seronok. beronok-ronok pun ada. lelagi anak dara. bak kata orang, ''praktikal jadi bini orang''. bukan sahaja membasuh pakaian sendiri malah baju adik-adik pun jadi tanggungjawab aku. pinggan mangkuk kat singki tu rasa tak sedap hati je kalau penuh. tapi memang biasa rajin buat last minit je. awal minit aku memang tak gheti (kot). sebab biasa kalau buat last minit, boleh jadi 'tak payah basuh pinggan langsung' sebab ada orang lain dah buat dulu. haha.


paling best teman ibu pergi beli barang dapur. kat rumah memang biasa tinggal aku dengan mak aku je. pagi tadi kami pergi tesco berdua je. nak beli barang ahh seronok sebab adik-adik sekolah takde ngikut. huhu. time nak pilih sabun aku rasa kalau set time mau dekat satu jam nak pilih sabun JE.


''bu, beli laa jenama X, lagi jimat.''
''yeke, jenama Y lagi murah laa, lagipun wangi jimat tayah beli softener,''
''mana de, sarah selalu pakai jenama X kat asrama wangi je, boleh beli refill je kalau habis.''
''yang Y pun ada refill. sama je harga refill dia''
''tapi refill Y ada 1.44kg je, refill X ada 2.8kg, haa'' *mata berpinar
''tapi kat rumah mana ada botol kalau beli refill je"
"beli laa botol besar ni dulu, dah habis boleh beli refill je lepas ni,"


(ibu bukak kalkulator kat phone dan mula mengira sbb nak compare harga sabun dlm botol X & Y)


''haa tengok ni Y lagi murah ah. baik beli botol Y'' *sambil tunjuk phone dia
''laaa beza 30 sen je kot bu hahaha nanti dah habis sabun tu boleh beli refill je jimat lagi byk dari 30 sen,''


tangan ibu mula nak capai sabun. tapi sabun mana satu ntahlaa. last-last ibu letak sabun Y kat dalam troli hahahahaha. aku gelak je kot. then ibu cakap,


''humph sabun baju je kot, benda lain takde pulak reti nak jimat,''


haaa kena kau!


aku bukan apa. aku duduk asrama memang dah biasa berjimat time beli barang lelagi sabun. tapi kalau beli stok makanan aku memang tak gheti lagi huhu kadang makanan je boleh sampai TIGA plastik tesco hahaha so sila tunjuk ajar. lepas ni masuk u aku tak taulaa cemana perbelanjaan aku nanti. lagi kalau aku kena 'campak' kat serawak ke haaa. duit mana nak korek. kalau boleh tanak guna ptptn tapi nak buat cane, parents bukannya boleh supply everything bila ada lagi 3 adik tengah bersekolah kat rumah. duit pencen ibu belum boleh keluar lagi sebab ibu muda lagi aka belum tua huhu. nak taknok i kena guna ptptn gak huhu harap-harap dapatlaa biasiswa. 


mana tau bisnes aku masyukkk ke time tgh study nanti haaa. eh bisnes apo? ngehngeh adelorr. pepandailerr korek. 


doakan yang terbaik untuk masa depan aku huhu. 


#diplomamuamalat


p/s : sape nak header or banner free mehlerr pm aku. tengah rajin ni. pm je bebila okay kt twitter ke insta ke email ke sekehati hang.

twitter : @messarah_
insta : @messarah_
email : sarahyem99@gmail.com

5 February 2017

Tips kulit sensitif dan bermasalah

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak perkenalkan satu jenama produk yang boleh membantu korang jaga muka. Produk ni merupakan produk organik dan tak guna bahan kimia dalam pembuatannya. So ofkoslah selamat nak guna. Sangat sesuai untuk orang yang kulit bermasalah dan kulit sensitif. 


Kalau korang nak try basic set pun ada dijual. Maybe korang nak try dulu kan. Haa ni antara produk-produk yang dijual oleh Mary Jardin;


LAVENDER GARDEN HANDCRAFTED LUXURY FACE OIL

tips kulit sensitif dan bermasalah


Mary Jardin Handcrafted Luxury Face Oil ialah penawar berkhasiat, dirumuskan daripada 100% minyak botani semula jadi untuk mendalam menyuburkan kulit kering dan mengembalikan cahaya muda. Ia membalikkan kesan kerosakan pada kulit korang. Minyak ini membersih jauh ke dalam liang roma dan membersihkan muka dari bintik hitam atau whiteheads.


Ia mengandungi campuran mewah minyak yang tinggi asid linoleik untuk menjaga jerawat dan pelarian kulit di teluk. Ia juga mengawal selia kulit pengeluaran sebum untuk mengelakkan ia daripada menjadi terlalu kering atau berminyak.


tips kulit sensitif dan bermasalah


Kaya dengan harta antioksidan dan anti-radang untuk melegakan kulit sensitif dan ekzema serta meningkatkan keupayaan kulit dari segi reparative fisiologi. Penggunaan secara berterusan mampu memperbaiki warna kulit dan keanjalan, menyebabkan kulit yang kelihatan lebih licin dan berseri.


Gabungan unik minyak cahaya ini adalah segala-galanya indah dan jauh daripada berminyak. Ia mudah diserap ke dalam kulit dan menjadikan kulit anda lembap, lembut dan terhidrat. Mary Jardin Luxury Face Oil membantu anda untuk menentang usia secara semulajadi tanpa pembedahan!


Cara menggunakannya;
Sapukan beberapa titik pada muka selama rangsangan mendalam penjanaan semula atau digunakan sebagai diperlukan untuk tempat-merawat kawasan kering

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit; lembut pada kulit sensitif.


LAVENDER GARDEN HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP

tips kulit sensitif dan bermasalah


Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap adalah hasil dari resepi tradisi yang kedua-dua membersihkan dan melembapkan kulit. Ia membersihkan mendalam untuk liang untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, meninggalkan kulit lebih lembut, licin dan lebih berseri. Mengandungi exfoliant semula jadi untuk perlahan-lahan membuang kusam, kulit tidak bermaya dan mendedahkan baru, kulit segar indah


tips kulit sensitif dan bermasalah



LAVENDER GARDEN DETOX CLAY MASK

tips kulit sensitif dan bermasalah


Mary Jardin Detox Clay Mask telah dirangka dengan khazanah alam semula jadi untuk menyahtoksik dan membersihkan kulit. Mempunyai enzim ringan dan pengelupasan mekanikal untuk membuang sel-sel kulit mati, topeng tanah liat semulajadi berasaskan ini menggalakkan pembaharuan sel dan pembaikan. Topeng ini kaya dengan vitamin dan nutrien dan terutama bermanfaat untuk cacat, kulit yang letih yang memerlukan vitamin rangsangan tambahan, penghidratan dan memanjakan.

Mary Jardin Detox Clay Mask menyediakan perlindungan untuk kulit anda melalui 3 tindakan yang kuat =

  1. pembersihan liang mendalam dan pengelupasan yang lembut
  2. pembaharuan kulit dan pembaikan
  3. Melembap dan mengurangkan kerengsaan kulit & sensitiviti

Pengalaman muka peremajaan manakala topeng santai menyerap semua kekotoran dan mengunci kelembapan kepada kulit. Berasa segar dan diimbangi semula walaupun selepas permohonan pertama! Masa selepas masa, ini topeng muka organik akan membantu kulit anda lebih licin, lebih cerah, plumper dan lebih jelas.


BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN MARY JARDIN DETOX CLAY MASK:
-Masukkan 1 sudu teh topeng ke dalam mangkuk.
-Campurkan dengan cecair pilihan.
-Sapukan ke muka lembap yang dibersihkan, kawasan di sekitar mata dan mulut perlu dielakkan.
-Tanggalkan topeng selepas 15-20 minit; sebelum ia benar-benar kering.
-Untuk menmbersihkannya, basuh muka dengan air suam dan lap perlahan-lahan menggunakan tuala kecil.
-Akhiri proses dengan Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap untuk rawatan yang memanjakan.

*Gunakan 1-2 kali seminggu.


Tip # 1
Anda boleh menambah cecair berikut (secara berasingan atau campuran dan perlawanan): pegas atau air yang ditapis, sebarang infusi herba (contohnya teh herba), susu segar diperah jus limau, yogurt

Tip # 2
cecair yang suam membuat topeng lebih berkesan dan meningkatkan kuasa menyerap kulit.

Tip # 3
Ia adalah perkara biasa untuk muka anda kelihatan sedikit merah sebaik sahaja anda tanggalkan topeng disebabkan oleh aliran darah yang meningkat. Ia akan hilang dalam masa 30 minit.


LAVENDER GARDEN COLLAGEN SERUM WITH SUNSCREEN SPF30

tips kulit sensitif dan bermasalah


Ni antara testimoni daripada pengguna-pengguna Mary Jardin;


tips kulit sensitif dan bermasalah

tips kulit sensitif dan bermasalah

tips kulit sensitif dan bermasalah

tips kulit sensitif dan bermasalah

tips kulit sensitif dan bermasalah


Uii uiii.

Nak cakap ni.

Produk Mary Jardin ni kalau beli kat website dia memang mahal. Tapi korang boleh dapat murah sikit dari harga website dengan sorang agent ni. Dia tinggal kat tanjung karang selangor. Siapa berminat boleh lah pm nombor di bawah ni ya;


012-3622095
Agen Sah Mary Jardin
Tanjung Karang, Selangor

2 February 2017

Usrah #Jan

asssalamulaikum

first time i knew about usrah kreatif is when i joined their trip to broga last year. we went hiking on it and experienced some unforgettable moments. then, i asked the founder of usrah if they had opened up for new member intake. and alhamdulillah i've been member since october 2016 (tak silap laa). but that time i am facing my spm so i couldn't be an active member so that i'm blaming myself huhu.

this year, since the group had take many actions for making a new transformation for the group which is the rombakan ahli, the rules and so on, so that i want to follow the transformation too hahah; be an active member. i should promise myself to join all uk's events and programs, inshaAllah. i didn't know much about the planning of this year but what i've know are; there will be usrah (meet and greet) for every month in different places, a hiking trip and i'm not sure when is it, maybe in feb or march, and so on.

so, last jan, i've joined the uk's event for the first time! and i'm excited huhu... at first, my decision to join this event is so-so. i really want to meet and be friend with the uk's member since i've never meet them but sometimes i felt like, uhhh i would be shy in front them and don't know what to do and whattttt then??! ijah and ayu is my classmates and also the uk's member but they can't join this event for some reason. so i always thought that i'll be mr miss lonely ~

so i make myself strong (cehhhh) and let the evil's whisper spreading around my mind. my mother sent me at taman tasik shah alam, the biggest one and i'm so shocked how can i recognised the uk's members in thisssss big taman oh no. my mother asked me many times if i'm okay to be alone there before i found the uk's member. i just tell my mother,


''takpe, takpe, sarah okay je bu. pepandailaa sarah hidup, ibu pegi jelaa,''
''so nak hantar sarah kt belah mana ni? ingat senang ke nak jalan satu taman sebesar-besar alam ni nak cari orang yg kita tak pernah jumpa,''


tudiaaa.... i didn't want to make my mother felt worried about me besides i wanted to show off my gentlewoman as i'm the big sister in family yeah (ade kerr??). so i just came out from the car and i waved them back as they waved to me. they were going to ioi mall to berjimbaaa without me huhu rasa mcm nak ikut diorg je tp takpaa lah. i take a seat on somewhere i didn't even know and checked my phone. actually i didn't know what to do so i just checked our whatsapp's group if someone had arrived here. but the line is soooooooooo siputt or maybe i didn't renew the internet's quota. 

then i wanted to make a call to any members who will join the event so that it would be more easy. i picked up 'kak qis' number and called her. then,


'ini adalah servis blablabla.... sila tambah nilai untuk membuat panggilan selanjutnya. tuttt'


oh myyyyy i baru teringat yang i lupa nak topup huwaaa. nasib baik boleh ask topup lagi dapatlahh 7 henggett. *muka bangga hutang dgn maxis


''hello, assalamualaikum. ni kak qis ke?''
''haah ni kak qis, siapa ni?''
''ni sarah. ahli uk. kak qis dah sampai ke? sarah dh sampai ni tp tak tahu nak pergi mana huhu''
''ohh kak qis pun dah sampai ni ada kt tmpt parking,''


i were excited when she mentioned 'tempat parking' because the place i take a seat is in front of car park. 


''oh yeke kak qis kat belah mana?''
''kak qis kt tmpt parking belah yg ada boat kt tasik nih,''


adudududu boat mana pulak ni aihh. then i found a map. the map of the taman tasik shah alam. it is soooooo big, and my position from kak qis was very farr farr awayy as i saw the boat station and my posititon that time was so far. so i just follow the map by walking through the right side until i met kak qiss... and the gangg huhu. at first i felt shy but until i get myself into them fuhh. 

usrah kreatif
*perjalan merentasi benua untuk menemui cinta sejati si comel. erkkk.
btw comel betul i draw map tasik shah alam, jgn depa saman aku sbb salah draw dah lerr


so far the event running smoothly. at first slot, the talk was given by sis arnessa abdullah. i'd never knew about her before this but she is really a good speaker. her english is so fluent. she gave us a talk about how to proof self impact. macam cara nak jadi speaker laa bercakap dpn orang ramai dgn yakin dan tangan tak ketaqq macam aku huhu.


usrah kreatif
semua khusyuk jaa dengar dia public speaking. suka gila weyhh dengar talk dia.

tema kitorang pink hitam huhu takdelaa susah mana nak cari diorg kat taman
sebesar-besar alam tu :3


usrah kreatif


after zuhr, we have 2 slot given by bro halim and bro irman. they're talking about photographic and video graphic. the filling was so interesting for newbie like me even i didn't have any camera to shoot or practice that time together with them but i'm sure that all their explanation about photographic and video graphic would be helpful for me one day. inshaAllah.


halim ghani


teega
act time slot bro halim tetiba hujann so kami mencari tempat berteduh tadaaa

tu yg mcm magic tetibe 'eh, dh ubah tmpt tetibe woww'


cam beshee. i always be the first one who going back home. hihi. muka tak malu bangung tetiba cakap my mother dah sampai. then we all greet each other before i'm turning back into miss lonely going to my mother car huhu. and i got some free gift from them. i got a mini yasiin and tasbih, also something people will call err, coffee soap i think. and a big poster of arabic language sponsored by sis adhwa. thank you for everything, ladss! 

here i give you a smile that you will never forget;




later i promised myself to join any other uk's event and program, inshaAllah. so here i want to invite all ladiess/makcikss/nenekss to join our camp this march. this camp will be held on 10 until 12 march 2017 at Nur Laman Bestari Resort, Ulu Yam, Selangor. so let's take grab this opportunities to meet me (the comelss) muahahaha. jkjk. the fees for this camp is only RM120 and RM100 for the first of 20 participants. Hurry up before you're late hehe. 


i'am one of the ajk for this camp so i'll let you know what activities will be held soon;
  • night walk
  • ldk & slot motivasi
  • pengurusan jenazah
  • kerohanian berjemaah
  • explorace: masterchef rimba
  • aktiviti rempuh halangan
  • riadah & sukaneka
  • malam kebudayaan islam


we're also inviting the famous instadakwah:
  • @GadisMonolog
  • @thegadismisteri


fyi, this camp is not limited to youngstersss only but even your mom or your tokwan can join this camp as long as they are a woman. hahaha.

to those who are interested with this camp, kindly contact sis faizah on 012-364 4378 or sis ainun 010-894 1493. you can whatsapp them to ask many about your concerns with this camp but not to mengorat okayhh. let's spread this camp through your friends and family members.

this is not a rumor because i'm one of the participants okay. so lets.

kem interaktif muslimah 2017.