28 January 2017

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Assalamualaikum

Dalam era globalisasi ini, taraf kehidupan penduduk yang semakin meningkat semestinya memaksa manusia memerah keringat yang lebih untuk menyara hidup. Namun peluang untuk mencari sumber rezeki itu semestinya ada di mana-mana sahaja. Ada yang bekerja di bawah sektor kerajaan dan ada juga yang bekerja di bawah syarikat swasta. Sesetengah orang suka menjalankan perniagaan sampingan sebagai menambah duit poket.

Tetapi ada satu lagi perkara yang korang boleh buat untuk menambahkan lagi duit poket korang. Khususnya bagi sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti mencipta laman web, menyediakan perkhidmatan design logo, menulis artikel atau menyediakan resume yang lengkap dan padat dan sebagainya.

ilancee

iLancee menyediakan platform terbaik buat mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan 'menjual' kemahiran yang mereka ada. Fungsi iLancee ni lebih kurang macam Fiverr. Lihat video di bawah untuk penerangan lanjut.



iLancee versi pertama telah dibuka secara rasmi pada Mei 2014. Namun atas sebab keadaan yang memaksa, admin terpaksa menutup iLancee pada September 2015. Tetapi iLancee mula dibuka semula pada Oktober 2015 dan oleh sebab beberapa masalah iLancee terpaksa ditutup buat kali kedua pada Ogos 2016. Oleh itu, pada Januari 2017 iLancee versi ketiga kini telah bangkit kembali dengan semangat dan harapan yang begitu tinggi setelah membuat segala perancangan dengan rapi dan mengambil iktibar dari semua masalah yang pernah dihadapi oleh mereka sebelum ini. Boleh baca entri penuh di sini;



Bagaimana Cara Mendaftar di iLancee?

Pertama sekali anda perlu pergi laman web iLancee.com dan klik pada 'daftar' untuk mendaftar akaun anda.


ilancee

Kemudian pergi ke dashboard anda untuk mengemaskini maklumat peribadi dan akaun anda. Segala data anda berkenaan servis anda, pendapatan anda dan sebagainya begitu lengkap dengan iLancee.

ilancee



Fungsi iLancee

Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Sebagai buyer, korang boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller. Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.


Bagaimana hendak menjual?

ilancee

1. Anda perlu klik pada 'jual servis' yang terdapat pada dashboard anda.
2. Kemudian kongsikan berkenaan servis anda di laman sosial.
3. Anda akan diberitahu jika ada pelanggan yang menginginkan perkhidmatan anda.
4. Pelanggan akan membuat bayaran servis anda tetapi duit itu masih dipegang oleh admin iLancee.
5. Apabila anda sudah menyiapkan kerja anda dan menghantar kepada pelanggan, iLancee akan memberikan duit anda yang dibayar oleh pelanggan. (win win situation)
6. Nikmati duit anda (hahaha).


Bagaimana hendak membeli?


ilancee

1. Cari dan pilih servis yang anda minat dan suka.
2. Buat pembayaran melalui FPX/Kad Kredit/Online Bankin (tidak perlu menggunakan PayPal).
3. Perhatikan progress kerja seller dari semasa ke semasa.
4. Anda boleh menerima tempahan anda yang telah siap daripada seller apabila seller selesai membuat kerja.
5. Anda boleh request untuk memperbetulkan beberapa bahagian yang silap atau sebagainya.
6. Berikan rating kerja seller sama ada bagus atau tidak.



Terma dan Syarat

1. Seller dan buyer TIDAK BOLEH bertukar-tukar maklumat hubungi melalui chat. Jika anda melanggar peraturan ini, akaun anda akan di BAN tanpa amaran awal dan duit terkumpul akan di bekukan.

2. Dana refund buyer yang tidak puas hati dengan servis dari seller akan dikembalikan ke dalam akaun iLancee buyer secara berjadual oleh sistem. Dana refund tidak akan dikembalikan ke dalam akaun bank. Dana ini buyer boleh gunakan balik untuk membeli servis lain di iLancee.

3. Jika pengguna inginkan juga di refund ke dalam bank, pengguna harus menutup akaun iLancee dan kami refund semua dana anda. Cas 5% sebagai cas transaksi akan dikenakan.

4. Umur akaun yang ingin ditutup hendaklah melebihi sebulan dari tarikh daftar dan juga tarikh proses jual beli (untuk tujuan keselamatan).

5. Segala pembayaran servis dari buyer akan diterima oleh admin terlebih dahulu. Admin akan lepaskan dana setelah seller sudah siapkan kerja. Ini keselamatan paling tinggi di iLancee untuk mengelakkan penipuan.

6. Cas setiap transaksi adalah 20%. Ini bermakna, jika harga servis seller RM50, kami akan bayar kepada seller RM40 dan RM10 adalah hak milik kami. 20% ini termasuk cas pembayaran (senangPay) dan juga kos pengendalian website (hosting dan lain-lain kos)

7. Sebagai seller, anda mesti mendapatkan pakej seller yang telah kami tetapkan. Ini untuk kami menapis seller yang betul-betul minat dan berkualiti untuk menjual servis di iLancee.

8. Wang pembelian pakej seller tiada refund dan muktamad.


Kelebihan iLancee

Sebagai penutup, iLancee nyata memberi banyak kelebihan kepada semua pengguna sama ada sebagai pembeli atau penjual. Masing-masing berhak menerima kelebihan masing-masing di iLancee.

1. Seller mudah mendapatkan pelanggan melalui iLancee kerana di iLancee, pelanggan yang akan mencari anda bukannya anda yang mencari pelanggan.

2. Transaksi antara pembeli dan penjual secara selamat.

3. Menjamin pengguna daripada ditipu oleh masing-masing kerana aktiviti dikawal ketat oleh admin iLancee.


Itu sahaja perkongsian untuk hari ni. Semoga mampu memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca juga kepada diri yang menaip ini. Sekian terima kasih.

ilancee

25 January 2017

Jom Belajar Buat Blog

Assalamualaikum

Kenapa kena buat blog? Korang boleh share macam-macam benda yang korang suka untuk pembaca korang. Di samping korang boleh jana pendapatan melalui blog, korang akan rasakan satu pengalaman blogging yang tak semua orang boleh dapat.

Jom daftar buat blog :
Daftar kat sini >>> blogger.com
Korang isi lah apa yang patut. 

Kalau korang tak suka dengan template yang sedia ada, korang boleh cari dekat mana-mana web yang sediakan template yang cantik-cantik secara PERCUMA! Search kat google; FREE BLOG TEMPLATE. Ikut tutorial yang dah disediakan. Kalau tak ada boleh search TUTORIAL PASANG TEMPLATE BLOG.

Lepas tu korang dah boleh start aktiviti blogging korang. Dalam blogging, korang kena rajin 'mencari' sesuatu yang korang tak pernah jumpa. 

Selamat mencuba! :)
giveaway

giveaway

25 Januari sehingga 25 April 2017


Contest ini turut disertai :
  1. http://www.coretananuar.com
  2. http://calrasepatrick.blogspot.com
  3. http://nonasani.blogspot.my
  4. https://missobsesi.blogspot.my
  5. http://www.sayidahnapisah.com
  6. http://www.mommyfiqa.com
  7. http://www.bloggerlelaki.com
  8. http://ciklapunyabelog.blogspot.my
  9. http://www.dianarashid.com
  10. http://susahsenangblogger.blogspot.com
  11. http://at-tarmizi.blogspot.my
  12. http://www.myideakini.com
  13. https://amirkhalis.blogspot.my
  14. http://www.sayabukancikgu.com
  15. http://messarah.blogspot.com


Permohonan UPU Sesi 2017/2018


Para pelajar boleh memohon UPU secara online melalui laman web upu. Sebelum memohon UPU, para pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN di Bank Saimpanan Nasional (BSN). Selepas pin di beli, barulah pelajar mendapat akses untuk memasuki laman web permohonan upu.

Permohonan UPU bagi lepasan matrikulasi, lepasan spm, stpm, politeknik, dan setaraf. Kepada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke UA (Universtiti Awam), IPTA, ataupun Politeknik, kini bolehlah mengisi borang permohonan UPU.



Cara untuk membuat permohonan UPU
  1. Beli no pin UPU (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pada 5 Februari 2017 - 31 mac 2017)
  2. Masuk ke portal rasmi upu di upu.mohe.gov.my 
  3. Pilih kategori permohonan anda. Jika tidak pasti kategori anda, klik link di bawah

Tarikh Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Permohonan UPU dibuka mulai 5 Februari 2017 pukul 12 tengah malam, sehingga 31 Mac 2017 jam 4 petang.

Semakan keputusan permohonan UPU dijangka boleh dibuat mulai Ogos 2017.

Semoga panduan ringkas permohonan upu ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan UPU sekaligus mendapat tempat di UA/Politeknik/ILKA.


Syarat Am Permohonan Program Lepasan SPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Syarat Am Permohonan Program Lepasan STPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    1. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
    3. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
    4. Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    5. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
    6. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
    7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

*sebarang maklumat akan dikemaskini kemudian.

23 January 2017

Lepasan spm

Assalamualaikum

Hari ni adalah hari ke-54 aku tak pegi sekolah. Haah. Aku saje ponteng. Rindu nak sekolah tsk tsk tapi tanak belajar. Nak lepak saje-saje dengan kawan dalam kelas. Sembang-sembang dengan cikgu, main phone ramai-ramai dalam dorm.Nak buat cane, tak sangka laa pulak aku ni lepasan spm. Rasa macam baru semalam amik upsr hewheww. Cuti panjang ni kena laa buat kerja berfaedah sikit. Susah nak jamin masa depan zaman sekarang ni bila kita hidup di zaman hmmm pepahamlaa sendiri en. Generasi muda macam kita ni laa patutnya belajar bersungguh-sungguh supaya bangsa kita tak jadi mangsa penindasan. Caiyokk caiyokkk hahaha.

Diri ni pulak makin membesor takkan sampai ke tua mak sendiri yang kena tanggung semua dari hujung rambut sampai ke hujung kaki en. Kena pandai-pandai rebut peluang apa yang ada depan mata dan tak boleh nak terlalu bergantung pada orang lain. Walaupun aku tak cari keje part time ke apa kat mana-mana kedai sekarang ni, at least aku praktis jadi suri rumah gak muahahahaha. Basuh kain, sidai kain, basuh pinggan, lipat baju, semua aku try. Bila ada makcik-makcik tanya, sementara tunggu result ni Sarah buat apa je, mesti mak aku cakap,

''tunggu orang minang ah apa lagi,''

Tapi bab masak aku fail ah (JUJUR ni kottt). Haritu masa mak aku pegi indon, aku saje amik udang dia konon nak buat sambal udang. Tapi aku gi habiskan udang dia last-last aku masak sumpaaaa tak sedap. Aku makan sikit je pastu aku buang. Nasib baik time tu takde sape kat rumah. Tapi bila mak aku balik, dia tanya,

''Sarah, rasanya dalam peti ais haritu ibu ada simpan udang. Mana pegi udang ibu ek?''

Haaa sudah kantoi! Aku pun kenalaa cerita dari A sampai Z sebab aku tanak dia tanya dari A sampai Z grr. Sampai sekarang udang sambal aku tu jadi bahan mak aku nak membahan aku. Huh. Sabor jelaa padan muka aku haaa. Tapi aku takdelaa tak reti masak langsung. Aku reti masak nasi, goreng ayam, goreng sosej, masak air, haa apa lagi? Dah boleh ah ni nak jadi menantu orang en asal suami tak kebulur sudah. Kan kan? (iye kan ajelaa).

Bila aku bukak group whatsapp batch perempuan sek aku je, masing-masing buat luahan hati. Semua tengah praktikal jadi suri rumah gak bhahahaha. Yang lelaki aku tak taulaa pulak en sebab setahu aku ada yang tengah kerja sekarang. Kalau yang perempuan ada yang kena uruskan baju satu family dari yang bapak sampailaa yang baby nya. Ada yang jadi tukang masak sepenuh masa. Kena ironkan baju sekolah adik beradik yang lain laa, baju bapak nak pegi kerja laa, baju mak nak pegi wedding semua diorang yang buat. Family diorang memasing amik kesempatan dekat budak yang menganggur kat rumah diorang dengan alasan,

''ko dah tak sekolah ko tolong laa mudahkan keje orang lain yang nak sekolah,''

bhahahaha.

Aku tolong apa yang patut jelaa kat rumah ni. Dah 5 tahun duduk asrama apa salahnya berbakti sikit. At least ada aku kat rumah ni boleh jimat duit van adik aku. Mak aku tak kasi adik aku jalan sorang-sorang pegi sekolah sebab bahaya en budak baru darjah 2 so aku laa yang temankan dia jalan kaki pegi sekolah. Tulaa workout aku hari-hari jalan kaki pegi sekolah bhahaha sebab aku duduk rumah aku suka makannnnn mak aku masak sedap woiiii!

Hahaha. Harap berat tak naik mendadak :(

Kawan-kawan aku ramai tengah otw nak amik lesen. Pergi dengar ceramah laa, amik exam laa. Aku malas nak amik lesen lagi. Kereta pun takdak lagi ahahaha. Grabcar ngan uber kan ada hewhew. Walaupun aku ni dah habis sekolah banyak gak ah aku keluar gi sana-sini sebenarnya. Biasalaa nak reunion bagai kawan bukan ada sorang dua je. Kawan sekolah rendah, kawan tuisyen, kawan time form 3, kawan time form 5, kawan satu taman perumahan. Ahahahaha belum kerja lagi duit dah torobanggg fuh.

Sekarang aku banyak gak ah pergi seminar-seminar yang free macam seminar business ke, pasal saham ke, at least ada laa jugak 'study'nya. Tapi cari yang free-free je ah duit tengah kopak i nak berjimat dulu (cari ilmu freeeee aje ko ahahaha). Aku memang rajin join program-program luar macam konferens ke, forum ke, seminar ke sebab boleh jumpa macam-macam orang and boleh belajar apa yang aku tak pernah belajar kat sekolah. Time ni laa aku boleh belajar kenal dunia luar walaupun aku tak kerja lagi.

Macam hari tu ada sorang akak ni, aku kenal dia masa terserempak kat masjid india time lawatan sekolah hari tu then dia mintak no aku. Dia bawak aku pergi program dia. Ada konferens kat kl hari tu. Konferens tu pasal sistem ekonomi islam dan wanita. Rajin betul dia pegi hantar amik aku kat rumah nasib baik rumah dekat dahlah baru kenal tak malu betul aku ahahah. Banyak pahala akak tu dia nak orang lain dapat ilmu sama en. Memang best ah join program-program macam ni dengan orang luar.

Aku ni tak berapa minat nak tengok tv sangat melainkan kalau ada rancangan yang memang best sebab time hari minggu mak aku tak kasi bukak tv sebab adik-adik aku sekolah. Kawan-kawan aku rajin betul layan drama korea yang berepisod tu. Wifi kat rumah aku ni tengok mood gak ah laju lembap dia. Sebenarnya aku banyak je list movie aku nak tengok tapi sampai sekarang aku tak tertengok maybe sebab benda lain lagi penting kot.


19 January 2017

Lirik The Faith - Saudaraku (My Love Cover)

The Faith - SAUDARAKU(My Love Cover)
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Lee Hi
TARBIAH SENTAP RECORDS


(ANIQ)
Mengapakah masih ada masa?
Untuk diriku ketawa gembira
Mengapa masih ada waktu?
Untuk ku lalai dan leka..

Sedang dikau terus berjuang,
Jiwaku terharu,
Dengan dirimu!

(FAHIMI)
Remember love you,
I love you,
Tangisanku untukmu,
Walau kau tak ku temu,
Remember love you,
I love you,
Kaulah inspirasiku,
Hatiku bersamamu..

(FIRDAUS)
Jangan dikau berputus-asa,
Kerna syurga tersedia untukmu,
Saudara..
Saudaraku....

(AMIR)
Kadang ku terfikir bagaimana,
Kau masih bertahan lagi, teman..
Walau kau di seksa di hina,
Kau masih gagah berjuang..

(FAHIMI)
Sedang aku masih terjatuh,
Tenggelam dan hanyut,
Dengan dosaku!

(AMIR)
Remember love you,
I love you,
Tangisanku untukmu,
Walau kau tak ku temu,
Remember love you,
I love you,
Kaulah inspirasiku,
Hatiku bersamamu..

(FIRDAUS)
Usah dikau berputus-asa,
Kerna syurga tersedia untukmu,
Saudara..
Saudara...


AYUH MENYUMBANG UNTUK PALESTIN DAN SYRIA
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

AYUH MENYUMBANG UNTUK ROHINGYA
CIMB Islamic : 8600 601 366
Maybank Islamic : 5628 3463 6228

Lirik The Faith - Kelemahanku (Secrets Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: One Republic
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Producer: Ustaz Adnin


(ANIQ)
Hatiku sangat pedih,
Memikirkan hal ini,
Kadang ku rasa pening,
Tertekan dan putus-asa..

Mengapa oh temanku?
Kau pandangku begitu,
Memandang hina diriku,
Kerna kesalahan yang pernah ku laku..

(FIRDAUS)
Kelemahanku ini,
Ku harap kau teguri,
Namun engkau menjauhi,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?

Teman,
Kau cari kesilapanku,
Lalu kau mula malukan aku,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?!

(FAHIMI)
Teman,
Ku banyak dengar cerita,
Kau sering memburukkan ku,
Atas apa yang ku laku,

Kalau ku mampu terima
Kelemahanmu mengapa
Dikau tak mampu menerima
Kelemahanku teman
Kenapa begitu?
Sungguh ku amat keliru.

(FIRDAUS)
Dan kelemahanku ini,
Ku harap kau teguri,
Namun engkau menjauhi,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?

Teman,
Kau cari kesilapanku,
Lalu kau mula malukan aku,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?!

(AMIR)
Huu,
Untuk apa kau tegur?
Cuba tanya dirimu,
Adakah kerna kasih,
Atau tuk menjatuhkanku?

(FIRDAUS)
Dan kelemahanku ini,
Ku harap kau teguri,
Namun engkau menjauhi,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?

Teman,
Kau cari kesilapanku,
Lalu kau mula malukan aku,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?!

Dan kelemahanku ini,
Ku harap kau teguri,
Namun engkau menjauhi,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?

Teman,
Kau cari kesilapanku,
Lalu kau mula malukan aku,
Aku keliru,
Apa yang kau mahu?

(RAMAI-RAMAI)
Apa yang kau mahu?
Apa yang kau mahu?

1 January 2017

Bandung, Indonesia - Day 4

Assalamualaikum

indonesia

dah hari last en shopping jelaa. barang banyak murah. mak aku beli kasut sampai 3 ahahah. baju pun banyak lawa-lawa. kalau kat malaysia baju lawa-lawa macam kat sana mana dapat murah-murah macam harga kat indon. kaki lebam sebab jalan sampai 7 outlet sehari. kalau nak shopping korang tanya je supir korang tu mana tempat yang best price. memang heaven gila shopping kat sini yelaa pegi bawak dua luggage balik malaysia jadi 4 luggage pfft.

indonesia

overall kat sini aku nak cakap pasal kehidupan diorang kat sana. penduduk diorang memang sangat padat. tak tipu. masa sebelum flight aku nak mendarat kan boleh nampak bandar-bandar diorang, memang penuh lampu weyh bangunan diorang sangat padat dan rapat dan penuh. baru keluar airport diorang je dah ada kawasan perumahan, kedai-kedai. tepi-tepi jalan raya tu memang penuh dengan rumah dan kedai dan ianya sangatlaaaa padat. jalan raya memang sempit gila. kadang aku kesian dengan diorang. diorang pun ramai berhijrah ke malaysia kan cari kerja. jalan raya diorang boleh kata sangat kelam-kabut. 

kadang-kadang aku tak pasti jalan tu ada berapa line sebenarnya sebab diorang bawak kereta memang agak biadap sikit main masuk selit-selit jalan orang pastu bawak kereta memang rapat-rapat tapi tak pernah kena langgar laa pulak. pelik hahaha. jalan sesak-sesak macam tu of course laa banyak bunyi hon en. tu yang viral 'om telolet om' tu. siap masuk berita negara diorang kut aku tengok kat tv. hot malaysia hahaha. time kat jalan raya tengah sesak-sesak tu, aku pernah nampak ada dua tiga orang budak kecik duduk kat tepi jalan sambil pegang papan tanda yang bertulis 'om telolet om'. aku tak sure apa motif diorang, pepandailaa korang faham. om telolet om.

kehidupan diorang, kalau yang miskin tu memang daif betul, kalau yang kaya tu memang mewah nak mati serious aku cakap. aku pernah lalu satu rumah ni memang besar gila kalah rumah orang kaya kat malaysia. aku tak taulaa yang kaya-kaya tu hidupnya macam mana. tapi kalau yang miskin tu memang bersepah-sepah kat jalan. tengah tunggu traffic light tu, nanti ada orang ketuk pintu mintak sedekah, takpun jual mainan, takpun menyanyi sambil main gitar. bukan sikit orang-orang macam tu tapi memang ramai. ramai sangat. ramai gak yang jual souvenir kat pejalan-pejalan kaki sampai sanggup kejar orang sampai ke kereta pujuk suruh beli. diorang sanggup buat apa je demi sesuap nasi. kesian, mungkin anak tengah kelaparan tunggu kat rumah. kadang tak sampai hati tengok diorang kerja macam tu. kita ni kat malaysia, nak kerja pun memilih.

lagi satu pekerjaan diorang, jadi pengawal trafik tak diiktiraf. jalan sesak en, so diorang laa yang tolong bagi laluan kereta nak masuk simpang itu ini. pastu nanti yang pemandunya akan bukak tingkap bagi duit kat diorang sebagai tips sebab tolong mudahkan perjalanan diorang. nampaklaa diorang macam ikhlas cari rezeki sebab kalau orang tak bayar pun diorang tak kisah. tu yang namanya rezeki masing-masing. kalau ada orang bagi duit kat diorang tu kira rezeki diorang laa. 

diorang nak berniaga pun saingan banyak. kadang satu jalan tu berderet kedai yang jual barang sama. ni pun orang kata rezeki masing-masing. kadang tu sampai sehari takde pelanggan langsung. apa pun kita kat malaysia ni patut bersyukur negara kita tak macam diorang. at least dapat hidup selesa. tu pun still terhegeh-hegeh cari kemewahan nak tunjuk kat satu dunia. Allah kata kalau kita ada rezeki lebih, rezeki tu bukan kita punya sorang sebab ada dalam rezeki kita tu bahagian orang lain jugak. sedekah :)

indonesia

lepas dah penat shopping sampai petang, pukul 5 kitorang dah sampai airport nak balik. flight pukul 7:30 malam asalnya tapi delay dekat sejam lebih sebab hujan. takut wey sebab masa naik flight malam tu, kapal terbang kitorang bergegar banyak kali kut. membazir je makanan aku tak usik langsung sebab pening takut nak makan. 

sampai rumah, tido Zzzzz....