masuk sem 2

Pejam celik pejam celik dah sem 2 dah aku. Almost 4 months jugak dah aku kat terengganu ni kiranya. Ni kalau buat event meet and greet dengan bff sekolah lama aku ni mau seminggu baru habis semua cerita pasal universiti memasing. Bila kawan makin ramai, masa makin berlalu, pengalaman pun makin bertambah banyak :')

*classmates

Masa sem 1 masa dia sangat singkat. Dalam tak sampai 3 bulan je sebab sem 1 kitorang memang sem pendek. Bila kuliah pun belajar subjek-subjek teras universiti je macam kenegaraan, fiqh ibadat, akhlak akidah, english. So, memang tak nampaklah struggle masa sem 1. Pointer pun memang uhukk uhukkk.

Act aku tak tahu nak blog pasal apa sebab since masuk sem 2 ni aku terus kena writers blocked haha. Dah lama tak menulis (menaip) biasalah kan, blank terus otak. Lagi pun so far assignment takdok lagi laa sebab baru start sem 2 en. Haritu cuti sem 1 pun dekat sebulan. Haa berapa lama dah aku tak blogging (except join giveaway yang copy paste tu je haha). Pls sedekah alFatihah to maisarah.

*Tak produktif langsung life aku. 

*ini idea pose abang photographer tu not us hahaha

Kenapa macam tetibe banyak pulak gambar classmates aku ni kan. Sebab last week baru ambik gambar class (memang untuk universiti) so ni lah wajah-wajah terbaru kami muehehe. Alhamdulillah minggu ni barulah aku kenal semua nama + wajah member classmates. Closeness rating dah bertambah gitu hahaha. 

*classmates perempuan, single unavailable ye semua ni.

Saje nak bagitau, hari tu aku happy gila sebab duit hadiah pengajian ipt anak selangor dah masuk bank :')) Sebab before that aku rasa macam serba salah nak mintak duit kat ibu even nak beli buku tapi still rasa bersalah even mak aku kata ''nanti tak cukup duit bagitau, ibu transfer,". Entah, still rasa bersalah walaupun ibu yang 'offer' nak transfer duit. Entah. Everything is entah. Perasaan macam ni memang typical kan bila masuk U?

So duit hadiah pengajian tu inshaAllah lah dapat tampung perbelanjaan aku for at least 2 or 3 months. InshaAllah laa kan. Kalau tak terboros hahaha. And last week jugak aku dah pass interview untuk pinjaman negeri selangor. So, inshaAllah lepas ni tak payah aku mintak mak aku transfer duit dah. And moge moge i reti berjimat :')

Selama ni duit belanja memang comes from my mom, duit raya tahun ni, duit elaun jadi volunteer sukan sea hari tu. Aku memang tak pernah mohon ptptn sebab aku memang tak nak sebab ada interest rate bila nak bayar balik nanti. Tapi mohon jugak lah pinjaman negeri tu sebab i sedor i tak layak dapat scholarship pun.


Bulan 11 ni ada cuti mid sem seminggu and at first aku dah whatsapp ibu yang aku taknak balik sebab aku nak save duit tiket. Kiranya duit tu nanti aku nak beli tiket flight masa cuti sem bulan 1 nanti laa so kira macam save laa sikit sebab aku taknak balik selangor naik bas. Haritu masa naik sem 2 ni aku balik naik bas, esoknya aku terus demam sebab pening gilak ko. Rasa macam kena jet lag hahaha 10 jam bontot ko melekat kat seat tu dengan aku yang jenis cepat mabuk. Act naik flight tu aku mabuk gak tapi it's better laa dari naik bas sebab naik flight aku kena fight within 1 hour je. Tobat aku naik bas 10 jam.

*stesen bas shah alam, abaikan luggage spongebob tu, tu adik punya.

Tapi tu kunun jelaa tak nak balik masa mid sem en. Bila whatsapp ibu kata taknak balik tu, ibu tanya, 

"kenapa taknak balik? nak study ke?" *tergelak aku
"takdelaa saje nak save duit nanti cuti sem nak balik naik flight."
"ohh habis nanti cuti sekolah pergi bercuti dgn adik-adik tanak ikut ke?" *haaa sudahh time ni siries rasa nak nangis hahaha
"hmm tak kot, nanti bulan 1 kan sarah balik."
"tapi bulan 1 tu adik-adik dah start sekolah balik, kalau nak balik naik flight, balik jelaa,"
"oh haah en, tapi kalau sarah tak ikut takpe en? huhu" *tiket flight mahal tsk tsk
*ibu bluetick

Since that day aku tak boleh tido 3 hari 3 malam fikir nak balik ke idok mid sem nanti hahaha. Dilemma gila weyh. Rasa bersalah pulak aku taknak balik. Sejak tu hari-hari aku survey harga tiket air asia. Selama ni aku naik malindo sebab rumah aku lagi dekat dengan airport subang daripada klia so that terpaksa naik malindo selama ni sebab kat subang takde air asia. Aku nekad aku nak balik masa mid sem ni hahaha. KLIA pun KLIA laaa asal balik. Yang penting tiket murah sikit hahaha.

Act aku dengan housemate aku semua dah pakat tak nak balik gak sebab memasing nak save duit tiket gak. At least kalau housemate semua tak balik takdelah sunyi hidup. Aku ada dua orang housemate orang sabah tu lagi laa kalau boleh raya je diorang nak balik. Tapi takpalaa. I love my family more hihi. Nanti adik-adik aku tak boleh tidur pulak sebab rindu aku. 

Aku beli tiket dengan dua orang classmates aku yang nak balik selangor gak. Guna lah jugak duit hadiah pengajian tu beli tiket flight. Before aku book tiket tu aku pun call lah ibu bagitau aku nak beli tiket dah tapi beli air asia en. Ibu teriak kat aku,

"Hish ko ni macam keling laa kejap nak balik kejap tak, potpetpotpet etc...."

Hahahahaha.

Pastu dia okay laa bila aku cerita yang aku nak ikut classmates aku balik blabla dah plan nak naik sama flight. Mesti ibu tak sabor nak tunggu kepulangan aku hahaha. Aku pun memang tak sabor nak balik senarnya sebab mak aku selalu whatsapp aku gambar kek yang dia buat kat rumah. Bukannya aku dapat makan pun dia send gambar kek dia tu :')



So far aku masih tak dapat capai target aku nak apply google adsense untuk blog ni tsk tsk. Doakan lepas ni hidup i makin produktif and rajin update blog. I nak gak dapat blog income ratus ratus every month boleh selalu balik naik flight :') 

Doakan i rajin and dapat dekan sem 2 ni :')

6 comments:

  1. Rindu zaman blajar..byk kenangan.. paling best nnti bila dah bertahun2 xjumpa lepastu reunion kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jadi volunteer untuk sukan sea! Ada jugak apply tapi tak dapat. Sama lah kita tak dapat lagi adsense tu

    ReplyDelete
  3. all the best sis...
    google adsense kita pun tak approve lagi...

    ReplyDelete
  4. Study rajin2 ye dik... Semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah kembali..comel sume classmate tu..nk apply google adesence ni mmg susah tau..tp sis JM x penah try tgk syarat pu dah tahu x lepas huhhu

    ReplyDelete