12 September 2017

Sultan Kedah Mangkat | Kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Merupakan Satu Kehilangan Yang Besar

Assalamualaikum

Almarhum yang mangkat ketika berusia 89 tahun diputerakan pada 28 November 1927 merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Almarhum mewarisi takhta Kedah melalui ayahandanya pada Julai 1958 dan telah ditabalkan pada Februari 1959. Almarhum adalah satu-satunya Raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Baginda Sultan telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang. Almarhum telah memerintah Negeri Kedah selama 59 tahun. Jenazah Almarhum Sultan Kedah disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit.

Sumber: NX Digital

Kedah Berkabung 7 Hari | Bendera Separuh Tiang Dikibarkan Selama 3 Hari Di Seluruh Negeri Kedah

Kerajaan Negeri telah menetapkan perintah berkabung selama 7 hari bermula semalam (11 september 2017) dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan. Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula semalam.


Peperiksaan UPSR di Negeri Kedah Berjalan Seperti Biasa

Walaupun hari ini, 12 September 2017 merupakan hari pelepasan am susulan kemangkatan Baginda Sultan Kedah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah masih tetap berjalan seperti biasa. Semua petugas peperiksaan dan calon peperiksaan perlu hadir ke pusat peperiksaan seperti yang telah dijadualkan.

No comments:

Post a Comment