21 September 2017

Giveaway Paling Gedik



Baju tidur comel [random design] untuk seorang pemenang bertuah. Ni baju tido tau Jemah. Jangan pakai buat p kerja pulak. Aku tampo nanti. Baju ni free size okay.

First Beauty Box Giveaway by Us with Love


Nak menang Beauty Box worth RM250? Jom join giveaway ni. Dalam beauty box ni ada facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi. Syarat dia pun simple je.

facebook: Maisarah Ibrahim
instagram: @serrahaha

20 September 2017

BOOK REVIEW | Komik Atan (Edisi Istimewa)

Assalamualaikum

Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada Ben Wong di atas kejayaan beliau merangkul Silver Award dalam International Manga Award kali ke-8 melalui karyanya yang berjudul KOMIK-M: ATAN. Kejayaan ini merupakan yang kali kedua selepas pernah memenangi buat kali pertama pada 2007.

*cover buku tertinggal kat rumah hihi

Daripada segi lukisan, Ben Wong menampilkan gaya lukisan yang lebih freestyle dan menggunakan pendekatan warna air secara digital dalam mewarnakan komik supaya ada elemen feel yang tinggi. Karya ini menampilkan ciri yang luar biasa apabila beliau juga melukis watak-watak perempuan bertudung yang mana tidak pernah dilakukan beliau sebelum ini.


Beliau berkata, cabaran dalam menghasilkan komik ini begitu tinggi sebagaimana komik ini banyak menyentuh tentang kehidupan masyarakat melayu tradisional serta isu-isu keagamaan, iaitu agama Islam. Jika diperhatikan, dalam komik ini juga ada terselit petikan ayat-ayat Al-Quran dan adat-adat kemelayuan. Sebagai seorang cina, beliau perlu banyak membuat kajian yang terperinci supaya menepati dengan apa yang perlu digariskan dengan jalan cerita supaya lebih menarik dan sesuai.


Sebenarnya komik ni didatangkan dengan dua edisi iaitu:
  • Atan #1: Sahabat Selamanya
  • Atan #2: Selamat Jalan Sahabat

Namun, untuk edisi istimewa kali ni, kedua-dua edisi komik di atas digabungkan dan ditambah pula dengan bonus page iaitu Temu Bual Ekslusif - Ben Wong, Album Ben Ketika Berada di Tokyo Untuk Menerima Anugerah THE 8TH INTERNATIONAL MANGA AWARD, Atan & Ben di Media, Galeri Seni Atan Daripada Pelukis-Pelukis Komik Tanah Air Yang Lain serta Greetings & Tribute Artworks.



"Tema persahabatan, kekeluargaan, kisah budak dan binatang kesayangan sememangnya terdapat di merata dunia. Persembahan lukisan komik Atan ini memang menarik."

DATUK MOHAMMAD NOR KHALID (LAT) -Ikon Kartun Terkemuka Tanah Air, Kampung Boy, Town Boy, Mat Som


"Di samping nilai murni dan bahasa yang indah, Ben berjaya menyentuh dan mengundang emosi pembaca untuk menyelami realiti alam komik yang unik. ATAN diolah menggunakan resepi komik yang lengkap: mengandungi imejan dan teks, serta jalan cerita yang menemukan realiti dengan imaginasi dan fantasi."                                                                                                                                                                   
PROF. DR. MULIYADI MAHAMOOD, Profesor Pengajian Kartun, Jabatan Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM


"Karya dan hasil kerja anak tempatan mendapat pengiktirafan daripada pihak luar adalah sesuatu yang hebat dan patut dibanggakan. Apatah lagi sekiranya karya itu adalah komik. Ia sesuatu yang amat jarang berlaku. Oleh itu, syabas kepada Ben Wong dan karyanya ATAN. Semoga lebih ramai pekomik Malaysia mengikut jejak langkah beliau."                                                                                                                                                                                                     
ADI NAZRI, Presiden, Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK)



Harga senakhah: RM24.90

Anda boleh dapatkan komik ini di instagram @imanbookstore atau whatsapp sahaja nombor di bawah

017-688 4729

19 September 2017

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi

15 September 2017

Sebab Buah Pinggang Rosak Tanpa Kita Sedar!

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang.

Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis.

Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.. Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - how they suffer! Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya.

Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL! Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya..

Take Care Of Our Own Kidney! 

Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:
1• Kerap tahan kencing
2• Kurang minum air
3• Suka makan makanan masin
4• Suka minum minuman bergas.
5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6• Kerap makan daging dan Seafood (Tinggi Uric Acid)
7• Kerap makan Pil Tahan Sakit
8• Merokok
9• Obesiti
10• Alkohol
11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal.


Buah Pinggang Kita. Amanah Allah. Jgn jadikn ia sebahagian dari statistik Pesakit Buah Pinggang Kronik!

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang. Subhanallah,

Setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya. 


Terapi air putih :
1. Minum 1 gelas masa bangun tidur dpt membersihkn organ2 dalaman.

2. MInum segelas air, 30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.

3. Minum segelas air sblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat... Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja. Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri. Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda Kita harus ubah cara makan dan minum.
kurangkan makan protein haiwan spt daging, ayam dan seafood.

Makan ikan lebih galakkan. Terutama mereka yg sudah ada penyakit.


Bykkan menu;
  • Rebus
  • Kukus
  • Sup
  • Panggang
  • Bakar
  • ulam ulam 

THE CHOICE IS YOURS :)

13 September 2017

GIVEAWAY FM FROM CANADA


Tarikh tutup penyertaaan sehingga 30 September, 2017

Pencarian Bloglist Baru #2 by Farhana Jafri

12 September 2017

Sultan Kedah Mangkat | Kemangkatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Merupakan Satu Kehilangan Yang Besar

Assalamualaikum

Almarhum yang mangkat ketika berusia 89 tahun diputerakan pada 28 November 1927 merupakan Sultan Kedah yang ke-27. Almarhum mewarisi takhta Kedah melalui ayahandanya pada Julai 1958 dan telah ditabalkan pada Februari 1959. Almarhum adalah satu-satunya Raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Baginda Sultan telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang. Almarhum telah memerintah Negeri Kedah selama 59 tahun. Jenazah Almarhum Sultan Kedah disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit.

Sumber: NX Digital

Kedah Berkabung 7 Hari | Bendera Separuh Tiang Dikibarkan Selama 3 Hari Di Seluruh Negeri Kedah

Kerajaan Negeri telah menetapkan perintah berkabung selama 7 hari bermula semalam (11 september 2017) dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan. Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula semalam.


Peperiksaan UPSR di Negeri Kedah Berjalan Seperti Biasa

Walaupun hari ini, 12 September 2017 merupakan hari pelepasan am susulan kemangkatan Baginda Sultan Kedah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah masih tetap berjalan seperti biasa. Semua petugas peperiksaan dan calon peperiksaan perlu hadir ke pusat peperiksaan seperti yang telah dijadualkan.

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY


TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY 

TARIKH TAMAT DILANJUTKAN SEHINGGA 12.9.2017

9 September 2017

Lirik The Faith - Mengenalimu (Beautiful Cover)

Lagu asal: Crush Lirik: Ustaz Adnin TARBIAHSENTAP RECORDS


(FAHIMI) Its a beautiful life, Meninggalkan dosa lalu, Its a beautiful life, Melakar hidup yang baru, Its a beautiful life, Bahgia hidupku ini, Pabilaku kembali padaMu... (FIRDAUS) Its a beautiful life, Beautiful day, Hingga mengalir air mata bahgia, Beautiful life, beautiful day, Kadang sebak di hatiku, Betapa indah, MengenaliMu, Its a beautiful life!! (ANIQ) Its a beautiful life, Pabila mengenaliMu, Its a beautiful life, Tika ku mengingatiMu, Its a beautiful life, Kala ku menyebut namaMu, Tak mampu ku ungkap dengan kata... (FIRDAUS) Its a beautiful life, Beautiful day, Hingga mengalir air mata bahgia, Beautiful life, beautiful day, Kadang sebak di hatiku, Betapa indah, MengenaliMu.. (AMIR) Its a beautiful life!! Bayangkan, Andai ku tak mengenali, Dalam hidupku, Tak pernah menyembahMu, Mungkinkah aku, Ke nerakaMu? (AMIR) Namun Kau beri, Agama ini, Kepadaku walau tidak ku pinta, Beautiful life, Beautiful day, Hidupku bagai di syurga, Betapa manisnya, MengenaliMu, Oh, Allah tuhanku...


Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=C-VL3ym56dA

Giveaway by Alia Farhan


GA ni akan berakhir  30 September

DUA Pemenang akan diumumkan 1 October

Pemilihan pemenang menggunakan Random.org

Giveaway Comel By Syahirah Valiant


Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017

Simple je kan. So tunggu apa lagi, jom la join ramai-ramai ye. 3 hadiah kotak harta karun yang bakal menanti untuk korang. Nak tengok hadiah apa? Boleh ^^ Confirm comel-comel tau. Dan jangan lupa ajak kawan-kawan korang join sekali ye.

8 September 2017

COMEBACK GIVEAWAY

COMEBACK GIVEAWAY

Dah nama pun hadiah kan? Cik belbel akan bagi FREE je dekat 8 orang pemenang COMEBACK GIVEAWAY ni.

Kalau lelaki yang menang nak bagi dekat girlfriend boleh, bagi alamat cik belbel poskan. hehe

Giveaway ni akan tamat pada 30 September 2017

Giveaway Blog Bycikrenex

Giveaway Blog Bycikrenex

Cik Renex mencari TIGA ORANG PEMENANG BERTUAH. Apa hadiahnya??

Cash RM10 + Keychain Nama

Pemenang dipilih melalui http://www.random.org

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 

6 September 2017

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

Tag:


Pilihan cardigan: no1

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20


Sponsor Giveaway:

Give away akan tamat pada 5 Oktober 2017, dan pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini,  6 September 2017, iaitu tepat jam 3.00 petang sehingga hari esok, 3.00 petang 7 September 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017.

** jom support Mia Liana...

Read more: http://www.mialiana.com/2017/09/segmen-24-jam-bloglist-27-mialianacom.html#ixzz4rtiLw6sO

5 September 2017

ROSE FACE SERUM ZEETA Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

Jeragat terhasil akibat lebihan minyak pada kulit remaja yang di mana aktiviti hormonnya tidak stabil semasa akil baligh. Nak hilangkan jeragat tu pun satu hal pula. Dah macam-macam cara cuba tapi progress selalu slow. Tapi akhirnya kita dah tak perlu risau sebab kita dah jumpa cara hilangkan jeragat paling berkesan setakat ni! So, untuk entry kali ni saya nak share tentang bagaimana nak hilangkan parut jerawat dengan mudah dan selamat.

Rose Face Serum Zeeta Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

Memperkenalkan ROSE FACE SERUM ZEETA yang merupakan serum muka no.1 di Malaysia yang berasaskan 100% daripada bahan organik. Apa buktinya diperbuat daripada bahan organik? Ternyata Rose Face Serum Zeeta ni diperbuat daripada 100% bunga Rose Organik dan Rose Merah melalui proses penyulingan. Serum muka ini menggunakan kaedah semburan pada muka atau wajah untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat seawal 14 hari*.

Rose Face Serum Zeeta sememangnya merupakan produk yang semakin mendapat tempat di hati para pengguna sehingga layak digelar produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017. Produk ini diperbaharui dengan formulasi baru iaitu mudah meresap ke dalam kulit wajah dengan teknologi 30,000 iu dalam vitamin E Oil. Hasil teknologi ini juga terbukti memberi kesan yang super positif kepada kulit muka yang paling berkesan sebagai cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat. Yang paling penting adalah serum ini tidak melekit langsung sebagaimana ianya sangatmudah meresap ke dalam kulit muka. 

Rose Face Serum Zeeta Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

Kelebihan Rose Face Serum Zeeta (RFS)
  • Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit daripada kesan panas akibat cahaya matahari
  • Serapan yang halus untuk serapan yang maksimum dan optimum yang menyamai teknologi nano
  • Mengandungi Vitamin E 30,000 iu
  • Serum semburan No.1 Malaysia yang tidak meleleh dan tidak melekit apabila digunakan
  • Membantu menghilangkan parut jeragat seawal 7 hari
  • Bahan bebas mercury, paraben dan hydroquinone (100% diperbuat daripada bahan organik)
  • Berfungsi sebagai agen pelembapan kulit dan mampu melambatkan proses penuaan
  • Memberikan kesan Aroma Therapy kepada si pemakai
  • Membantu merawat kulit yang rosak dan kering
  • Menyamakan tona kulit agar sekata
Rose Face Serum Zeeta Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

4 Nutrisi Terhebat Dalam Rose Face Serum Zeeta

Ada sebab kenapa serum ni diformulasi dengan 4 kandungan nutrisi yang paling penting ni. Bila kita spray serum ni pada muka, ibaratnya kita menggunakan teknolongi yang sama dengan nano sebab tu serum ni tidak meleleh dan melekit apabila digunakan. Serum ni meresap cantik je pada kulit muka kita. Jom baca apakah 4 nutrisi terhebat tu?

1. Vitamin E

Bertujuan untuk menghalang radikal bebas dalam udara yang menyebabkan proses penuaan pada kulit. Vitamin E bertindak sebagai agen anti oksidan untuk mengurangkan kedutan pada wajah yang berlaku dengan cepat selain daripada untuk menjaga sel kulit muka kita. Kulit kita akan selalu menghasilkan sel kulit yang baru dan jika ia sentiasa dijaga dan dilindungi, maksudnya keremajaan kulit kita tu akan terjaga. Cara menjaganya adalah dengan menggunakan Vitamin E.


2. Vitamin C

Selain Vitamin E, Vitamin C juga kaya dengan anti oksidan tetapi fungsinya lebih kepada untuk mengaktifkan sel muka supaya menghasilkan kolagen sebagai molekul paling penting untuk kulit muka yang sihat. Vitamin C akan merangsang kulit kita untuk menghasilkan kolagen sama ada Vitamin C itu diterima secara makan atau pun melalui sapuan pada kulit. Di samping itu, Vitamin C berupaya untuk merawat sinaran ultraviolet (uv) yang meresap pada kulit kita akibat berjemur di terik matahari terlalu lama. Jika ianya tidak dirawat dengan Vitamin C, sinaran ini akan merosakkan kuit dan menyebakan kekeringan pada kulit wajah.


3. Omega 3

Kulit wajah kita sememangnya memerlukan asid lemak seperti Omega 3 untuk mengekalkan kelembapan, menyeimbangkan proses pengeluaran minyak dan mengekalkan ketegangan kulit. Omega 3 juga berperanan sama seperti Vitamin C tadi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (uv) dan merawat kesan sunburn pada kulit. Ia akan pergi ke hati kita untuk diproses sama seperti yang terdapat pada minyak ikan dan akan terus ke kulit untuk fungsi yang sama.


4. Omega 6

Kandungan ini kaya dengan asid lenoleic yang berfungsi untuk menyuburkan kulit. Meskipun begitu kandungan minyaknya sangat nipis dan ringan menjadikannya tidak rasan berat berminyak. Tujuan Omega 6 adalah untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka dan mengurangkan sel kulit daripada menggelupas. Orang yang ada masalah jerawat pada muka adalah disebabkan kekurangan asid lenoleic yang mengurangkan keupayaan kulit mukanya sebagai pelindung daripada serangan sinaran uv dan toksik bebas yang terdapat dalam udara.

Rose Face Serum Zeeta Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

Cara Penggunaan Rose Face Serum Zeeta (RFS)
  1. Semburkan pada wajah dua kali sehari untuk kesan yang optimum (pagi dan malam)
  2. Gunakan selepas membersihkan wajah daripada makeup untuk mengembalikan kesegaran
  3. Untuk makeup yang lebih lama, jadikan serum ini sebagai setting utama sebelum apply makeup pada muka
Rose Face Serum Zeeta Berasaskan Rose Organik Paling Terbaik Di Malaysia

Korang boleh dapatkan Rose Face Serum Zeeta, produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 dengan harga serendah RM50 SAHAJA! Dengan harga serendah ni, sebotol serum ini yang mengandungi sebanyak 70 ml ini mampu bertahan selama 2 bulan*. 

Untuk dapatkan testimoni daripada pengguna-pengguna sebelum ni korang boleh pergi ke page testimoni Zeeta di facebook.


Facebook page : ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram : @zeetaofficial
Whatsapp : 019-220 9069 (untuk order)
Website : www.zeeta.com.my


*bergantung kepada setiap pengguna
*bergantung kepada kekerapan pengguna

3 September 2017

Rebut Peluang Untuk Menjadi Sebahagian Team Zalora ZCOOP MY Contributor!

Hai and assalamualaikum!

Pernah dengar pasal Zalora ZCOOP MY? Lebih kurang macam majalah digital untuk lawan web fashion terkenal Zalora. Dalam web tu ada bermacam-macam artikel menarik yang dikongsikan oleh ramai penulis yang kebanyakannya tergolong dari kalangan blogger. Korang taknak jadi sebahagian dari diorang ke?

Banyak benefitnya tau. Sarah dah bersama team ZCOOP MY sejak Disember 2016 lagi and masa tu Sarah baru je habis spm hehe. Disebabkan nak mengisi masa lapang, Sarah terus je accept offer sis Aini (editor ZCOOP MY) untuk jadi contributor. Every month, Sarah perlu publish at least 2 artikel di Zalora ZCOOP MY. Jadi contributor ZCOOP MY ni tak susah pun sebab korang boleh hantar artikel sama ada dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris! Korang jugak akan dapat guidance dari editor if korang ada masalah berkenaan artikel.

Believe me, jadi blogger boleh pergi lebih jauh kalau korang berjaya rebut peluang yang ada depan mata. Sebab tak semua orang dapat peluang yang sama. Bayangkan korang tergolong sebagai salah seorang penyumbang untuk salah satu syarikat online fashion terbesar di Malaysia? And korang ada page contributor sendiri dalam majalah digital diorang! Tak jeles ke weyh?! And kalau korang rajin hantar artikel every month korang juga boleh dapat voucher Zalora untuk shopping free free je. Tengok kat bawah ni bahagian paling kanan sekali, Sarah ada page khas sebagai contributor dalam majalah digital diorang. Reader ZCOOP MY boleh baca tentang penulis-penulis artikel dengan hanya pergi ke page-page khas para contributor.

ZALORA
Tekan gambar di atas untuk ke profile contributor sarah

''Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi mahu kau dustakan?"

Hahahahahahahahahaha. Jomlah jadi contributor Zalora! Korang cuma perlu drop link blog dan email korang dekat bahagian komen bawah ni. Nanti Sarah akan email details kat korang satu-satu okayh?


Benefits of Being Contributor (From the editor);

1. Establish yourself as an expert/influence in the e-commerce fashion industry.

2. Exposure through Zalora website with more than 27 million visits* across the region.

3. Content syndication to top media sites e.g. Yahoo.com

4. Learn how to write Google-friendly texts (really gives you benefits as a blogger!)

5. Interaction with other authors and Zalora customers.

2 September 2017

I'm Glad To Be Part Of Them, Sea Games Kuala Lumpur 2017

Assalamualaikum

Hoyeayyyy! Tahniah Malaysia! I'm so proud of you. Juara sukan sea kali yang ke 29 and sesungguhnya aku bersyukur and berasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang sukan sea tahun ni hihi. Dato' KJ pernah cakap yang volunteer adalah tulang belakang penganjuran sukan sea 2017 so no wonder ramai gila nak jadi volunteer.

Ramai member aku bengang dengan aku sebab katanya aku jadi volunteer tak ajak diorang. Bukan tak nak ajak tapi masalahnya dah terlambat hahaha. Mulanya camni, pendaftaran sukarelawan ni pernah dibuka dua tahun lepas, around 2015 tak silap. Ke 2016 ntah aku pun lupa. Masa tu aku tengah blogwalking and ramai blogger share pasal pendaftaran tu. And aku pun saje jelah isi borang online padahal masa tu sukan sea pun aku tak tau mende apa (ye aku memang noob tapi dulu laa). Then tiba-tiba lepas aku habis spm kecoh pulak ramai dah dapat panggilan pergi latihan untuk jadi volunteer tu.

Aku pun masa tu baru teringat lah yang aku pernah register once upon a time en, nasib aku ingat hahaha. Aku pun check lah sekali tak dapat panggilan lagi. Aku tanya-tanya ah orang lain yang register jugak nape aku tak dapat panggilan lagi? Tiba-tiba jadi semangat nak amik tahu pasal sukan sea punya volunteer sebab orang lain pun ramai semangat pasal benda ni so semangat tu terjangkit pulak hahaha. Diorang kata, cuba email pihak sekretariat. Bagi details ic semua en. Then dapatlah panggilan pergi ke latihan umum sukarelawan sukan sea kat ukm masa bulan februari 2017. Aku pernah cerita pasal latihan tu kat entry ni, https://messarah.blogspot.my/2017/02/latihan-sukarelawan-sukan-sea.html

Lepas aku masuk unisza, dapat panggilan latihan khusus pulak ikut bidang tugas masing-masing. Masa tu bulan 7 kot. Kiranya syarat nak jadi volunteer sukan sea ni kena attend kedua-dua latihan sukarelawan ni kalau tak kira tak dapat lah jadi volunteer. Satu latihan umum, satu lagi latihan khusus. Kitorang attend latihan pun dapat sijil tapi dengan syarat kena attend dua-dua latihan sebab dia bagi sijil latihan masa latihan khusus. Masa latihan kedua kitorang dapat tshirt sebagai tanda diorang appreciate sebab kitorang semangat datang latihan nak jadi volunteer hahaha. Tu baru tshirt latihan je belum tshirt rasmi bertugas tu. Latihan kitorang dua-dua kat ukm and makan, hostel masa latihan tu semua free.

Dah habis latihan tu lega ah sebab tinggal tunggu panggilan bertugas and jadual je. The same thing happen again (email aku tak dapat lagi) so aku call and email pihak sekretariat. Barulah dapat surat panggilan bertugas under sajian di venue kriket iaitu di kinrara oval puchong. Aku faham volunteer ramai gila nak mampos kot so that mesti ada sorang dua yang tercicir and i'm one of them hahaha. Then kena amik volunteer kit bersama kad akreditasi kat msn. Kad akreditasi ni kitorang kena pakai sepanjang bertugas.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Sea Games Kuala Lumpur 2017
sumber ihsan dari group whatsapp sukan sea hihihi

Bahagian sajian di venue kriket total ada 6 orang volunteer plus 2 orang penyelaras volunteer dan semuanya perempuan. Every day aku nak ke sana aku akan jadi perantau yang naik ktm dan lrt selama 2 jam hahaha sebab rumah i jauh nun di sana cita-cita kita. Ni first time tau aku naik train sorang-sorang. Sebab tu ada moment aku tersesat kat kelana jaya lah (tetibe), salah naik train lah, konpius nak naik platform mana lah, salah masuk koc. Adoyaiii.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
ktm

Malu tu memang aku kena tanggung sorang-sorang woiii sebab aku sorang duk jauh and naik train sorang-sorang. Haaa, fyi kitorang dapat access naik lrt free dengan hanya tunjuk kad volunteer tu kat kaunter. Tapi ktm jelah kena bayor sekali naik rm2.90. Banyak kali gak sebenarnya aku kehulur-hilir dalam stesen lrt and ktm sebab tak tau nak ke mana-mana enn aku pening tengok platform dia hahaha. So everytime aku kena bukak google maps masa nak naik lrt and ktm hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Lama-lama aku biasa dah. Tapi takdelah tiap masa aku naik train, ada masa kalau parents aku rajin nak amik, diorang amik. Tapi aku tak nak susahkan diorang sebab jauh, jammed orang balik keje lagi so masa nak hari last-last duty tu fully naik train je.

Tugas aku kena jaga area vip lounge. Ada laa gak kena jadi macam caterer sikit tapi kitorang mostly pada tolong-tolong caterer jelah. Kitorang duty ikut shift. Kalau shift pagi tu dalam jadual suruh datang pukul 9 and balik kul 2. Tapi ada pernah sekali aku datang shift pagi kul 9 tu, memang bosan gila kot dalam vip lounge tu sebab pagi-pagi cemtu mana ada vip nak makan sangat. So start from that day bila shift aku pagi aku akan selalu sampai sana dalam pukul 10 lebih hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
surau tertutup

Kalau bab solat aku lagi selesa solat kat lrt kinrara tu sebab kat venue kriket tu dia just sediakan khemah bertutup even ada kipas besor gila tapi still rasa bahang kalau time tengahari buta tu and kena amik wuduk kat luar.  Kalau lelaki boleh lah tonggeng tonggeng amik wuduk kat paip tepi khemah tu tapi yang perempuan tu ofkos lah kena pegi toilet amik wuduk. Toiletnya pulak toilet bergerak yang kat luor tu and aku memang tak pernah guna toilet tu sebab bahang gila and takdo paip T_T Sebab tu aku selalu curi-curi masuk toilet anti doping tapi aku masuk masa memang takdo orang laaa hahahaha orang sekretariat pun ramai je curi-curi masuk sebab semua tak sanggup guna toilet bergerak tu hahaha.

Kerja aku kat sana takdelaa berat sangat pun cuma tiap kali balik mesti aku letih gila sebab naik train lama gila en. Lagi parah gila kalau tak dapat tempat duduk and kena berdiri dalam train sepanjang masa. Dah lah aku ni mabuk segala kenderaan. Naik tren dalam masa yang sangat lama itu merupakan satu penyeksaan mini bagi aku hahaha. Tapi best sebab bukan selalu aku naik tren sowang sowang muahahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Dekat area seat penonton tu hari-hari kosong. Tapi kalau time malaysia lawan ada laaa jugak orang tapi still banyak kosong hahaha. Kriket ni kan sek sek bangla yang main. Memang tak famous sangat pun kat malaysia ni. Siap ada isu emas kriket tak dihiraukan pihak media lagi tu yang tak pernah masuk astro arena tu. Lepas timbul isu tu baru lah ada interview kat kinrara oval ni masuk astro arena kejap hahaha. Baru ingat nak nyelit masuk dalam kamera sebab nak masuk tv konon-konon macam volunteer tengah tolong-tolong atlet ke apa tapi aku ni bidang sajian so kerja aku dalam vip lounge je. Nak keluar pegi toilet pun kena mintak izin (haha takdelah at least kena bagitau je) nanti diorang cari volunteer sajian dah hilang hahaha. Sebab volunteer sajian kat kinrara every shift ada dua orang je.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kerja aku lebih kurang je macam caterer tapi most kerja caterer lah yang kena buat. Volunteer just tolong-tolong je. Tolong serve vip makan, ambikkan air untuk vip, clearkan meja lepas vip makan, susun pinggan cawan sudu semua, check makanan dalam tray nak kena topup or tak, tolong habiskan makanan. Yang last tu paling best ah. Kadang tu vip lepak dalam cafe ni sebab nak tengok astro arena atau pun tengok match kriket dari dalam je. Lagipun vip lounge tu tempatnya beraircond memang tempat melepak yang best. Kitorang yang volunteer dengan caterer pun lepak-lepak je. Kalau diorang nak makan baru buat kerja. Simple. Bukannya diorang nak makan 24 jam kan.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Boleh tengok game sambil makan

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Aku tak sure lah volunteer sajian kat venue lain macam mana kerja diorang. Tapi kat tempat aku kitorang boleh je cuit cuit makan sikit. Tapi kena sorok-sorok lah sikit dari orang atasan or volunteer lain sebab nanti diorang dengki sebab diorang kena makan guna duit sendiri hahaha. Pihak caterer tu bagi je kitorang tumpang-tumpang makan sikit sebab everyday memang akan ada makanan yang tak habis dan dibuang. Standardlah catering kan. Sebab tu dia bagi je kitorang makan lagi pun kitorang kerja sebumbung dengan diorang. 

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kalau nak feeling ala-ala kenduri sikit angkut sepinggan masuk dapur terus. Settle. Boleh makan dengan aman damai. Lepas makan basuh pinggan sendiri hahaha. Menu diorang yang paling aku suka ofkoslah tomyam weyh. Feveret pulak tu. Sedap gila. Haaa nama catering ni segi seri so kalau nak buat kenduri kahwin boleh search and hire diorang muahahaha. Haa lagi satu, milo kan sponsor official sukan sea, and dalam vip lounge ni memang disediakan satu mesin auto milo tau so hari-hari aku minum milo. Kalau orang lain nak minum kena tunggu van milo datang venue baru boleh minum. Tak sia-sia aku pilih bidang sajian masa register dulu hehehe. Makan sedap pulak tu huhu.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Mostly aku kerja semua dengan orang-orang yang jauh beza umur dengan aku. Paling dekat pun ada dua orang akak caterer yang umurnya 20. Diorang pun part time je tengah study lagi. Yang volunteer mostly student around 22-25 tahun. Yang katerer pun ramai dah dekat 30-an. Yang penyelaras kitorang tu dua-dua dah kahwin. Penyelaras baju dia memang lain lah dari kitorang. Kitorang volunteer hari-hari oren je nampak giler strikingnya hahaha macam rimau huhu. Kalau naik lrt tu nampak baju oren lengan hitam tu haa volunteer laa tu hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Diorang ni semua best. Sporting. Akak yang tudung bercorak belakang tu aku ingatkan garang tapi sporting je hahaha. Masing-masing suka buat lawak orang tua. Masing-masing kuat makan hahaha. Ada pernah sekali tu dato' KJ datang tau so ofkoslah dia akan datang makan kat vip lounge. Seharian tu dok tunggu je bila dia nak datang makan sebab aku nak tolong serve dia hahaha. Masa tu aku tengah basuh pinggan kat dapur then bila aku keluar dari dapur dia pun baru keluar dari pintu bilik yang sebelah dapur tu (ntah bila dia sampai) so that time i was like oh my oh my oh my oh my matanya melemahkanku hahahahahahahahahaha for the first time he was standing in front of me siap sedekah (senyum) pulak tu. Nak amik gambar dengan dia tapi fikir dia tengah nak makan ennnnnnnn ennnn ennnn so aku sempat bukakkan tray jelah untuk dia hm.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Kinrara Oval

Yang ni masa malaysia lawan and time tu aku shift malam. So nampaklah jugak ada manusia kat seat penonton tu even banyak lagi kosongnya huhu. Riuh gak ah malam tu penyokong malaysia bersorak cumanya tak segempak kat venue lain laa huhu.

Cricket

Kebetulan masa last day aku bertugas tu ada penyampaian hadiah untuk kategori perempuan kriket so rimau pun ada! Aku paling beriya ajak diorang turun amik gambar dengan rimau sebab aku dah last day enn rasa macam nak bergambar dengan semua orang walaupun dengan yang takde kaitan hahaha. Ntah laki ke perempuan dalam tu aku main tibai je peluk tangan dia gebu doo hahahaha. Dah last day tu tiba-tiba rasa macam kalau boleh nak hari-hari ada sukan sea hahaha. After this, no more notifications from group whatsapp sajian official, group kinrara oval, group kriket, group kohort ukm, group sajian kriket, group girls vip lounge kriket because i'm gonna leave all those group sebab nanti naik sem 2 lagi banyak group whatsapp aku kena join hahaha.

Sea Games Kuala Lumpur 2017

Jadi volunteer ni, kitorang dapat token RM50 sehari as duit makan. Kalau ikut kan makan pun diorang nak sediakan untuk volunteer so that volunteer memang tak akan terima sebarang bayaran tapi sebab ada kes vegetarian lah apa lah, diorang buat inisiatif untuk bagi token makan. So makanlah apa yang ko nakk. Kalau macam aku, advantage dah banyak sebab aku makan boleh tumpang catering je hikhik. So duit token aku tu kira macam elaun lah walaupun tak banyak tapi okaylah. Penat lelah aku naik lrt sampai dua jam pegi balik tu lebih dari berbaloi dengan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas. Sebab bukan every year pun kita jadi tuan rumah sukan sea.

Sea Games Kuala Lumpur 2017
Ini je pun yang saya mahukan :3



#waufactor #sukansea2017 #kualalumpur2017 #seagames