DAY 10 | One Confession

Assalamualaikum


Akhirnyaaaahhh! Sampai juga challenge hari kesepuluh. Fuhh. Sebulan ye ko buat #10daychallenge ni jemahh. Hm untuk challenge hari kesepuluh ni aku bingong sikit. Apa benda yang aku nak confess kat korang eh? Kalau confess feeling kat crush tu aku expert dah hahaha. Ke korang yang nak confess kat aku? Muahahaha. Kalau ada sila ke sayat.me kat sidebar blog okeyh haha.

Tiba-tiba aku rasa nak confess satu feeling aku, yang selalu buat aku rasa unexpected something tu dah jadi. It's about my father's death. Perkara paling UNEXPECTED dan sangat buat aku rasa SHOCKED. Ayah aku ni kurus biasa biasa orangnya, jarang sakit, umur masa tu pun baru 35 tahun. Dia jenis yang aktif bersukan jugak. Ayah selalu join cycling dengan kawan-kawan dia. Setiap kali dia demam ke, biasa sekejap je dah baik. Kira ayah jarang lah sakit teruk. 

Masa bulan 4 time aku darjah 6, ayah dapat tawaran kerja dekat sebuah syarikat. Ayah lulusan bahagian IT Engineering and sebelum ni pernah bekerja dengan syarikat lain. Kiranya pengalaman kerja dah banyak lah. So beberapa bulan lepas tu je, ayah dinaikkan pangkat sebab prestasi kerja dia bagus. 

Tak silap aku laa, disebabkan dia dinaikkan pangkat tu, company hantar dia dengan sorang partner dia pergi training kat Germany for a week. First time doo pegi overseas. Aku as anak dia of courselah bangga. Dalam masa seminggu tu asyik dok kira jee bila ayah nak balik malaysia sebab tahu ayah ada beli souvenir dari jerman untuk kitorang hehe.

Ahad/Isnin, raya haji 2011

Then masa amik ayah kat klia tu, muka ayah pucat gila. Demam. Selama ni kalau dia demam pun taklah sepucat macam tu. Start from that, hati aku rasa lain macam. Ibu nak terus hantar ayah ke hospital tapi ayah taknak, katanya nak balik rumah dulu, rehat kat rumah, nak makan daging masak kicap. 

Petang tu jugak kitorang bawak dia pergi hospital kpj damansara. Kitorang pun tunggu jelah kat ruang menunggu kat luar sementara ayah jumpa doktor kat dalam. Tiba-tiba ada nurse bukak pintu doktor tu, ayah aku pun keluar. Tapi ayah dah duduk atas kerusi roda! Bagi aku, orang macam ayah yang selama ni aku jarang tengok dia sakit, bila dia atas kerusi roda, air mata aku terus jatuh tau. 

Nurse bagitau kidney ayah dah rosak. Dah tak boleh banyak berjalan. Ada banyak kemungkinan ayah boleh lumpuh sebab kidney dah tak berfungsi. And of course ayah kena warded. Sepanjang perjalanan dari bilik doktor ke ward tu, aku jalan paling belakang sekali sambil nangis tengok condition ayah sendiri. Hati aku masa tu memang rasa lain macam. Like something worst would be happen. Aku nangis sebab aku takut. Ujian datang terus sedebukk macam tu haa. Padahal before ayah balik malaysia, lain tau apa yang aku harapkan. 

Ayah dapat bilik yang ada dua katil pesakit tapi masa tu katil sebelah memang takde orang. Petang tu lepak-lepak ah japp teman ayah dalam ward sebelum balik en. Tapi tak tau kenapa aku sorang je yang dok kat katil sebelah di sebalik langsir tu asyik nangis tak henti. Adik-adik aku semua lek jee tapi ada lah gak muka sedih sebab kesian tengok ayah sendiri sakit sampai macam tu en.

Petang tu ibu ajak balik, kitorang adik beradik semua cakap taknak balik nak teman ayah kat hospital je tapi esoknya sekolah en. Ayah pun suruh kitorang balik maybe sebab dia kesian kat ibu kena uruskan kitorang sorang sorang. Masa nak balik tu of course lah kitorang akan salam ayah kitorang, tapi disebabkan muka aku memang dah merah gila sebab asyik nangis en, masa aku salam dia pun aku tundukkan muka sebab aku taknak dia tengok muka aku tengah sedih sebab dia. Aku takut dia rasa bersalah. 

Kiranya masa nak balik tu pun aku tak sanggup tengok muka dia sebab nanti aku lagi sedih. Tapi kalaulah masa tu aku tahu yang sebenarnya itulah perjumpaan kali terakhir aku dengan dia, dah lama aku salam peluk cium dia semua. Tapi aku ingatkan aku boleh jumpa dia lagi, so aku sorokkan muka aku sebab aku taknak dia tengok muka aku merah nangis sebab dia.


Jumaat, minggu yang sama

Sepanjang ayah kat hospital, ibu je yang ulang alik teman ayah kat hospital sebab kitorang semua sekolah and duduk taska. Siang ibu jaga ayah kat hospital, malam jaga kitorang kat rumah. Kitorang hari-hari doa untuk ayah supaya dia cepat sihat, boleh balik rumah. Hidup macam biasa.

Masa jumaat tu, kitorang semua kat taska. Petang tu tiba-tiba ibu call bagitau pakcik nak datang amik kitorang nak bawak pegi hospital tengok ayah. Betapa happynya kitorang masa tu memang tak boleh nak bayang, sebab dah lima hari tak jumpa ayah kan. Tapi ibu suruh bawak yasin. Masa tu aku takdelah syak apa-apa pulak. 

Yang amik kitorang masa tu rupanya bukan pakcik kitorang je, dalam kereta alphard tu abang sedara aku ada, kakak sedara aku ada. Aku macam pelik ah kenapa ramai sangat amik kitorang ni en.Then baru je keluar simpang rumah, pakcik aku tu dapat call, then dia sebut ''innalillah.''

Aku tersentak masa tu. Takkan lah ayah? Tiba-tiba je kereta dipatah balik ke rumah aku. Pakcik aku cakap camni (lebih kuranglah),

"Sarah duduk kat rumah dengan adik-adik eh, diorang nak bawak 'ayah' sarah balik rumah dah. So, sarah tak payah pergi hospital, sementara tu kak ecah teman korang kat rumah eh,

Then diorang blah pegi hospital balik. Aik, kata tak payah pegi hospital? Tapi diorang pegi gak. Alang-alang tu kenapa tak bawak kitorang sekali? 

Dalam kepala aku dah fikir macam-macam tau (even masa tu aku baru darjah 6). Aku nangis sorang sorang kat ruang tamu depan tv, tv yang tengok aku bukan aku yang tengok tv. Adik-adik yang masih kecik semua, tak paham en, main-main dalam bilik. Aku banyak kali cakap dalam hati,

"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"
"ayah aku masih hidup"

(padahal masa tu ayah memang dah takde)

Sampailah tiba-tiba ibu call aku. Aku terus lari ke dapur. Act aku tak sedia nak dengar apa yang ibu akan cuba bagitau tapi aku cuba kuatkan hati. Aku nangis gila-gila walaupun ibu belum bagitau sebab aku dah boleh agak apa yang ibu nak bagitau.

Lepas tu aku terus lari ke bilik ayah, dengan tak sempat on lampu bilik, tarik baju ayah dari almari sampai bersepah kat lantai. Aku nangis yang memang tahap maximum tu. Adik-adik aku semua tercegat depan pintu bilik tu tengok aku meroyan macam orang gila. Diorang tanya kenapa, aku pun cerita jelaa sambil nangis nangis even act aku tak sanggup nak bagitau diorang. Diorang pun nangis sama-sama ngan aku dalam bilik tu sambil peluk baju baju ayah yang bersepah kat lantai tadi. Macam drama lah pulak hahaha :'((



.......



Mula-mula susah jugaklah aku nak redha tu. First time berlaku dalam hidup kan. Selama ni aku mana pernah tengok live orang meninggal, tahlil kat rumah sendiri, ada mayat berbungkus kat tengah-tengah rumah, orang mandikan mayat, gali kubur. Since that jugak, act first time aku pergi kubur tau. Semua orang tak sanggup nak hadapi saat-saat macam ni kan? Lagi lagi bila masa tu turn mak ayah kita sendiri. Tapi bila benda dah jadi depan mata, aku nak buat apa? Merayu berdoa kat Allah mintak hidupkan balik ayah aku tu pun tak guna. Useless sangat. Kadang tu rasa terpaksa berlakon kuat and redha je sebab benda dah jadi. Tapi lama-lama bila aku kutip balik kekuatan tu satu-satu, lama-lama jadi ikhlas. 

Banyak jugaklah perubahan yang berlaku dalam hidup family aku lepas tu. Banyak gila. Suasana lain. Feeling tu lain. Orang yang selalu ada kat rumah dengan kita dah tiba-tiba takda. Pernah gak aku cari-cari ayah aku rupanya aku lupa dia dah meninggal. Kadang aku ingat dia belum balik malaysia lagi, tapi aku lupa aku yang mandikan mayat dia hari tu. 

Semua yang jadi, aku belajar untuk redha. Bila nak redha tu, aku akan cuba fikir balik hikmah di sebalik semua ni. Yelah, kata doktor, kidney ayah dah rosak, mungkin kalau dia masih hidup, hari-hari aku terpaksa tengok dia terseksa sebab dia mungkin lumpuh seumur hidup? Atau Allah sebenarnya nak bagi reminder yang semua benda yang kita ada ni, bukan milik kita. Peringatan supaya kita sentiasa ingat mati and sediakan 'bekal' secukupnya before turn kita ikut jejak macam arwah ayah.

No comments:

Post a Comment